Web TVPas


Saturday, May 30, 2009

Skandal PKFZ : Siapa yang kena.....

LLaporan audit PricewaterhouseCoopers (PwC) mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) telah menguatkan lagi dakwaan selama ini - tetapi diketepikan oleh kerajaan - bahawa projek yang dibiayai dengan wang rakyat itu, dilanda kelemahan dan kecacatan sejak dari mula ia dilaksanakan lagi.

Antara fakta yang disahkan oleh PwC ialah PKFZ berdepan dengan peningkatan kos, kelemahan dalam urustadbir dan pengurusan projek dan berlaku konflik kepentingan oleh PKFZ dan pegawai-pegawai yang lain.

ong tee keat pkfz klang visit 060508 12Di samping itu, cara laporan itu didedahkan oleh Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) juga harus dipersoalkan.Mengapa laporan itu hanya boleh diakses sehingga 10 Jun sahaja? Mengapa hanya 15 salinan laporan itu yang disediakan?

Ia juga sukar dipercayai yang PwC bukan sahaja meyatakan ia tiada perlu menjawab sebarang persoalan, dan tidak bertanggungjawab kepada mana-mana pihak, kecuali PKA, tetapi turut menekankan bahawa pembaca tidak boleh mengguna atau bergantung kepada laporan itu untuk membuat sebarang kesimpulan.

Jika PwC begitu takut untuk dikaitkan dengan kesimpulan umum berasaskan kepada laporannya sendiri, maka adakah firma antarabangsa itu akan mempertahankan juruauditnya sendiri?

Mengapa tidak ada pihak yang bersedia untuk mempertahankan integriti dokumen tersebut?

Namun begitu, keputusan untuk menyerahkan laporan setebal 45 halaman itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus dialu-alukan.


BENDANYA PKFZ INI:

Pertama: Seperti biasa rampas tanah orang kampong.

Satu kompeni beli paksa tanah rakyat 3 ringgit untuk satu kaki persegi.

Lepas itu tanah yang sama di jual kembali kepada Port Kelang Authority dengan harga 25 ringgit untuk satu kaki persegi.

Mangkuk hayun penyamun ni dah rembat 22 ringgit setiap kaki persegi.

Luas tanah ialah 405 hektar.

Port Kelang Authority itu ialah duit rakyat.

Kelentong nak buat gudang, nak buat bangunan pejabat, nak buat hotel bertaraf 4 bintang.

Mulanya belanja dicadangkan RM 2.5 bilion. Songlap punya songlap sudah jadi RM.4.6 bilion.

SOALAN :

1 – Siapa lanun-lanun pelabuhan Klang ini ?
2 – Macam mana projek tipu rakyat ini di luluskan?
3 – Gedebe politik mana yang cekup duit ini?

APA YANG AKAN TERJADI?

Taraaaaaaaaaaak kes…. kah kah kah. Semua tutup kes. Tidak di temui apa-apa bahan bukti kerana semua duit telah licin. Kah kah kah.

SATU LAGI PROJEK MEMBALUN HARTA RAKYAT

(TT)

Friday, May 29, 2009

Manik Urai : Kisah katak dan si tanggang


Setelah banyak kita bercerita tentang Kak Min di Dun Penanti, mari kita menjenguk sebentar di Kelantan khususnya saat menjelang PRK Dun Manik Urai. Bezanya sedikit sahaja, jika di Dun Penanti Kak Min atau `Minah Ronggeng' (gelaran oleh Azmin) adalah calon bebas sahaja, tetapi di Kelantan `Raja Katak' tersohor adalah Wakil Rakyat bebas Parlimen Pasir Mas. Kedua-duanya tidak banyak beza, seperti `katak dua sejoli'.

Baru-baru ini Ibrahim `Al-Kataki' mula berbunyi semula selepas beliau mempersendakan mogok lapar PR di Perak. Di Perak katanya, mengapa PR tidak mogok sampai mati sahaja? Itulah kata-kata seorang MP yang tidak sedar diri diuntung. Dahulu semasa beliau mencari makan dalam Umno, beliau pernah mempersendakan Tn Guru Nik Aziz dengan menyatakan beliaulah yang mengajar MB Kelantan itu memakai semutar (serban).

Beliau dahulu pun pernah menyatakan bahawa Almarhum Ustaz Fadzil Noor (Presiden PAS) seperti Moshe Dayan (Bekas PM Israel) kerana `bermata satu'. Ibrahim Al-kataki ini juga sewaktu era kebangkitan reformasi, beliau menyatakan bagaimana DS Anwar merayu dan memeluk beliau agar beliau dapat membantunya dari dipecat dari jawatan dalam Umno ketika itu. Itulah cara Ibrahim Al-kataki berpolitik dan caranya itu tidak pernah berubah.

Saya dapat merasakan betapa menyesalnya rakyat Pasir Mas mengundi beliau di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Tapi, apakan daya ketika itu Tuan Guru Nik Aziz yang pernah dihina oleh Ibrahim Al-kataki ini tidak pernah menyimpan dendam terhadap sesiapa dan bersangka baik terhadap Ibrahim Al-kataki ini. Apatah lagi, Tuan Guru amat kesihan dan simpati apabila melihat Ibrahim Al-kataki ini `disepak serta dihumban' oleh Umno ke dalam `tong najis'.

Tuan Guru ambil beliau, bersihkan tubuhnya dari segala kekotoran najis tersebut dan memberikan ruang untuk beliau bercakap serta berkempen untuk membela nasibnya sendiri selepas dizalimi oleh Umno. Akhir sekali, Tuan Guru membuat keputusan yang amat kritikal ketika itu iaitu memberi kerusi Parlimen Pasir Mas kepada Ibrahim Al-kataki. Mungkin selepas Tuan Guru melihat betapa Ibrahim Al-kataki tidak mampu berjuang bersendirian dan beberapa kali tewas di dalam pilihanraya di Pasir Mas sebagai calon bebas. Ternyata Ibrahim Al-kataki bukan seorang yang hebat tanpa bantuan PAS.


Kini, selepas bergelar Ahli Parlimen dengan ehsan PAS, Ibrahim Al-kataki mula lupa diri seperti kisah `Si Tanggang'. Beliau berkata akan mendedahkan segala kelemahan kerajaan PAS di Kelantan di bawah Tuan Guru yang telah `memberi' nya makan. Kita tidak kisah tentang apa pun pendedahan yang mungkin akan didedahkan oleh Ibrahim Al-kataki ini kerana rakyat Kelantan khususnya di Manik Urai telah begitu lama mengenali siapa Ibrahim Al-kataki ini.

Sebelum beliau ditabalkan menjadi Ahli Parlimen, di dalam ceramahnya di Kelantan tidak lekang mulutnya memuji kepimpinan Tuan Guru. Tetapi setelah menyedari bahawa di dalam pilihanraya umum akan datang kemungkinan besar beliau akan bertanding bersendirian atau mewakili Umno (jika Umno masih selera memilihnya) beliau akan hilang deposit, maka tiada pilihan lain terpaksa Ibrahim Al-kataki ini menjilat kahaknya kembali.

Apa yang ingin didedahkan oleh Ibrahim Al-kataki? Bagaimana beliau ingin mendedahkan keburukan orang lain sedangkan dirinya kini telah terdedah dengan segala kejelekan? Saya agak hairan bagaimana beliau mampu mempunyai kulit muka yang `tebal' untuk terus berada di kerusi Parlimen Pasir Mas? Itulah kelebihan Ibrahim Al-kataki dan keajaibannya yang sukar ditandingi termasuk oleh Raja Sesumpah mahupun Kak Min walaupun dari `spesis' yang sama. Raja Sesumpah meskipun termasuk dalam kategori Al-kataki, tetapi sekurang-kurangnya beliau tidak pernah memakan hasil suapan orang yang ditentangnya. Begitu juga dengan Kak Min yang baru hendak belajar dari Ibrahim Al-kataki dan juga dari Raja sesumpah.

"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" dan "Alang-alang katak melompat, biar sampai ke dalam tong najis". Mungkin inilah prinsip Ibrahim Al-kataki sekarang. Kita akan melihat gelagat Ibrahim Al-kataki ini nanti sewaktu kempen di Manik Urai tidak berapa lama lagi. Saya berharap agar semasa kempen itu nanti, cuaca dalam keadaan baik di Manik Urai kerana saya bimbang jika Katak berbunyi, maka hujan pun turun. -wfauzdin

Sekitar majlis berbuka puasa di Ipoh








YAB Menteri Besar Rakyat Perak,DS. Nizar dan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, YB. Tuan Lim Guang Eng makan bersama selepas azan maghrib dikumadangkan menandakan masuknya waktu berbuka. Kelihatan sama Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang.

Kisah UMNO : Si Lebai Malang

Gani, SPRM dan Musa memang binatang : Jika laporan ini benar

Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang menyiasat kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim’s pada 1998, hari ini mendakwa terdapatnya perancangan peringkat tertinggi untuk merosakkan kredibilitinya menggunakan notis kebangkrapan sebelum sebutan dan perbicaraan beberapa kes termasuk kes sodomi Anwar pada bulan Juali nanti.

Laporan agensi berita negara Bernama semalam melaporkan bahawa Mat Zain telah diisytiharkan bankrap pada April 21 kerana gagal membayar hutang sejumlah RM250,000 dan telah diberikan notis pada Mei 26. Berita tersebut telah disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan termasuk The Malaysian Insider yang melanggan perkhidmatan berita Bernama.


“Saya menyebut dengan pasti bahawa terdapat beberapa tangan yang cukup berkuasa tetapi tersembunyi yaang inginkan perkara tersebut berlaku. Sebabnya ialah untuk memusnahkan kredibilit dan /atau melumpuhkan keupayaan saya serte menghalang saya dari memberi bukti-bukti terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kerana mereka-reka bukti di dalam kes mata lebam pada 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Mat Zain di dalam satu kenyataannya.

Mat Zain, yang mengambil opsyen pencen awal pada 2001 sebagai Ketua CID KL, berkata dia percaya ntis kebangkrapan ada kaitan dengan rayuannya kepada Badan Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk membersihkan namanya selepas badan itu hanya membersihkan nama Gani dan Musa dari tuduhan memalsukan bukti yang diadukan oleh Anwar.

“Saya mempunyai sebab untuk mempercayai pihak pendakwaan telah menjangka lebih awal yang Anwar pasti akan membangkitkan sewaktunya kesnya dibicarakan mengenai isu pemalsuan bukti kes mata lebam. Bukti yang saya miliki menjadi penting di ketika itu. Justeru itu pilihan yang ada ialah memusnahkan kredibiliti saya.

“Sekalipun pendedahan (mengenai kebankrapan) mungkin menimbulkan keadaan tidak senang untuk saya dan keluarga saya, namun saya menerimanya sebagai satu hikmah dan ia akan hanya meningkatkan iltizam saya untuk mendedahkan hal yang sebenar terhadap episod mata lebam itu.

“Percayalah, bukan kes ini sahaja yang kedua-dua itu terlibat. Terdapat beberapa kes lain yang sama gemparnya. Kebenaran akan tetap terserlah,” kata Mat Zain.

Beliau mendakwa beliau menyiasat kes insiden mata lebam tanpa takut atau berpihak dan kenyataannya direkodkan sebanyak lima kali oleh pelapor kepada SPRM, Badan pencegah Rasuah(BPR) ketika Anwar membuat laporan pada Julai 1, 2008 bahawa Gani, Musa, Mat Zain dan Dr Abdul Rahman Yusof telah memalsukan laporan perubatan berhubung serangan berkenaan.

Tetapi Pengerusi SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan telah mengumumkan pada Mac 3 bahawa tiga ahli panel bebas telah menyemak kertas siasatan dan membersihkan Gani dan Musa dari prosiding salahlaku jenayah menyebabkan Mat Zain kemudian merayu keputusan berkenaan.

“Walau bagaimanapun, saya perlu nyatakan bahawa Perdana Menteri tidak pernah diberitahu tentang hal sebenar dan keseuruhan fakta berkenaan isu ini. Jika kebenaran diberitahu, saya yakin PM telah mengambil tindakan yang sepatunya,” tambah Mat Zain.

Beliau menyatakan bahawa beliau telah mengarahkan peguamnya untuk memeriksa hal kebankrapan yang diwarwarkan kerana beliau tidak pernah menerima sebarang notis berhubung dengan saman dari peniaga Yap Thoong Choan, 72, di Damansara Heights, yang difailkan pada Ogos 10, 2004, terhadap Mat Zain di Mahkamah Session Bandar Baru Bangi Sessions menyatakan baki RM250,000 pinjaman yang belum dibayar.

Dinyatakan di dalam dakwaan terhadap Mat Zain, 60, telah mengambil pinjaman RM500,000 melalui satu perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada Feb 22, 2002, dan bersetuju untuk menyelesaikannya pada atau sebelum Ogos 21, 2002.

Yap berkata setakat ini, Mat Zain telah membayar RM250,000 dari jumlah tersebut. Satu surat tuntutan telah dikeluarkan untuk baki RM250,000, pada Julai 14, 2004, telah dihantar kepada Mat Zain tetapi beliau gagal untuk membayarnya. Mahkamah Tinggi Shah Alam High pada April 21 tahun ini telah mengeluarkan notis kebankrapan ke atas Mat Zain memerintahnya untuk membayar RM250,000 dengan faedah dan kos, menjadikan jumlahnya RM288,824.92. Terjemahan bebas oleh GB

UMNO buat ceramah di Penanti : Apakah tindakan SPR?

Angkatan Muda Keadilan membuat laporan polis terhadap Umno kerana mengadakan ceramah politik ketika kempen pilihan raya N12 Penanti walaupun parti tersebut mengumumkan ia tidak bertanding.

Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa di balai polis Kubang Semang kira-kira pukul 4 petang tadi.

"Kebetulan dalam kerja lapangan kami, AMK berjaya mengesan sepanduk ceramah umno di Penanti.

"Oleh itu kami meminta pihak berkuasa mengambil tindakan untuk menghalang ceramah itu kerana BN tidak bertanding dalam pilihan raya ini," tegas Fariz.

Beliau menjelaskan walaupun ceramah ini tidak dianggap berkempen secara langsung, namun ia boleh mempengaruhi perjalanan pilihan raya di DUN Penanti.

"Saya menggesa pihak polis untuk tidak mengambil sikap berat sebelah mengambil tindakan Umno. Umno tidak perlu berada di sini," kata Fariz lagi.

Semasa berkempen pimpinan Pakatan Rakyat sering mengungkap bahawa walaupun UMNO tidak bertanding namun roh parti itu berkeliaran secara aktif di Penanti.




oleh : Greenboc

Thursday, May 28, 2009

Warna-warna larangan di Malaysia...terkini

Sejak beberapa musim ini, rakyat sudah mula terkeliru dan rungsing mengenai pakaian yang mereka kenakan setiap hari.

Mutakhir ini, warna pakaian yang dipakai pada satu-satu keadaan akan membawa kemudaratan sehingga boleh dibawa ke mahkamah dan bermalam di dalam lokap.

Pakaian Hitam


Pada Mei 5 lalu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) melancarkan 1MalaysiaGelita [dalam Bahasa Inggeris, 1BlackMalaysia] yang menuntut agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan dan diadakan pilihan raya kecil. Justeru, seiring dengan kempen tersebut, Bersih menyeru seluruh rakyat berpakaian hitam pada Mei 7 semasa DUN Perak diadakan.


Pada hari tersebut, seramai 126 orang termasuk wakil-wakil rakyat ditangkap di Ipoh. Kebanyakan mereka berpakaian hitam. Menurut beberapa video klip yang diambil, ada seorang warga Ipoh yang beriadah setiap pagi juga ditahan bersama yang lainnya, hanya kerana dia berpakaian hitam. Orang tersebut kelihatan terpinga-pinga apabila ditangkap anggota polis yang berpakaian preman.

Pada Mei 7 juga, sekotak baju hitam peniaga yang berniaga di luar masjid di Ipoh dirampas dan penjualnya ditangkap. Sebanyak lebih kurang 170 helai pakaian ‘ditahan’ sebagai bahan bukti.


Keadaan lebih runcing apabila belasan orang ditahan polis baru-baru ini kerana mengadakan acara menyala lilin dan berpakaian hitam di Brickfields, Kuala Lumpur dan di tempat-tempat lain. Pihak polis telah mereman selama tiga hari 16 orang yang ditangkap pada malam Khamis di Teratai, Selangor manakala Adun Teratai, seorang wanita, diminta menanggalkan pakaian hitamnya lalu memakai pakaian seragam lokap.

Pakaian Putih




Pada Mac 7 lalu, juga pernah diadakan tangkapan besar-besaran seramai 124 orang kerana berpakaian putih semasa menghantar memorandum ke Yang Di-Pertuan Agong menuntut pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Di baju-T putih mereka tertera simbol anti-PPSMI dan yang lainnya ‘152’

menandakan hak rakyat mengenai bahasa kebangsaan mengikut nombor Artikel Perlembagaan Persekutuan.

Pada waktu itu juga, seramai sekurang-kurangnya 4,000 menyaksikan pihak polis meleraikan perarakan yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dengan menembak gas pemedih mata.

Pakaian Merah


Pada Julai 6, 2007 Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) mengadakan perhimpunan besar-besaran menuntut harga bahan bakar turun. Mereka melancarkan merah sebagai warna rasmi dalam kempen bantahan mereka. Selepas perundingan dijalankan, akhirnya mereka dan pihak polis bersetuju untuk perhimpunan itu diadakan di Stadium Kelana Jaya, Selangor.

Salah satu publisiti yang diadakan sebelum ke tarikh Julai 6, 2008 Geramm menganjurkan program yang berjalan secara aman (Peace Walk) pada Jun 28 dan diakhiri dengan penangkapan dua orang peserta berhampiran komplek membeli-belah Sogo di ibu negara. Mereka dan kesemua yang menyertai perarakan itu berpakaian merah.

Pakaian Jingga



Pertubuhan Tindakan Hak-hak Hindu (Hindraf) melancarkan jingga sebagai warna rasmi pergerakan tersebut. Jingga menjadi ketakutan kerajaan sehingga kerajaan terpaksa memutuskan untuk mengharamkan pertubuhan tersebut.

Pakaian Kuning




Pada November 10, 2007 perarakan bersejarah yang bermatlamat menuntut pilihan raya bersih dan adil memperlihatkan pusat bandaraya Kuala Lumpur dibanjiri dengan kuning.

Perhimpunan masa itu mensasarkan untuk mengumpul seramai 100,000 orang tetapi malangnya, banyak bas-bas yang ditahan sewaktu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan polis merampas baju-T kuning.

Sungguhpun pemandu tidak berpakaian kuning tetapi ada kereta menuju ke KL yang digeledah bagi mencari pakaian kuning!

Di beberapa tempat, misalnya Masjid Jamek, polis bertindak ganas dengan menembak gas pemedih mata. Di Pasar Budaya, polis mengarahkan kompleks tersebut ditutup bagi menghalang ‘orang kuning’ dapat berlindung dan berhimpun. Di Masjid Negara, mereka dikepung dengan kawalan pihak polis yang ketat.

Kuning dipilih kerana salah satu tuntutannya ialah untuk media adil. Tuntutan lain Bersih ialah pembersihan senarai pemilih, pemansuhan undi pos kepada anggota polis dan tentera, penggunaan dakwat kekal dan tempoh kempen yang berpatutan.

Keadaan pada waktu itu sungguh tertekan sehinggakan seorang mangsa Aleyasak Hamid Ali Hassan tergelincir dan jatuh tertiarap di atas laluan pejalan kaki. Dia diterpa polis yang tidak berpakaian seragam dan salah seorang anggota polis tersebut memijak lutut kaki Aleyasak yang sedang terlipat sehinggalah pecak lututnya pecah dengan bunyi ‘pop’.

Sungguhpun Aleyasak merayu dengan mengatakan bahawa dia tidak terlibat dengan perhimpunan dan hanya menjual pisang goreng, polis mengheretnya ke trak. Dia kemudiannya menyaman pihak polis dan kesnya masih dalam perbicaraan.

Jadi, dengan insiden-insiden tersebut menyebabkan kita belajar untuk peka berpakaian demi keselamatan. Bagi mereka yang menganjurkan, sesuatu warna itu menjadi suara. Akan tetapi kepada segelintir orangramai, pakaian mungkin kini menjadi fobia.

Tidak mustahil kepada orang kebanyakan untuk berasa takut untuk berpakaian dan terpaksa melihat akhbar (sungguhpun tidak melaporkan berita sebenar) tentang acara-acara yang dijalankan.

Ada juga yang takut berpakaian batik pada hari Khamis kerana takut dicapkan sebagai kakitangan kerajaan yang terkenal dengan perkhidmatan lembab.* Dan ada juga yang mungkin takut berpakaian biru muda dengan lajur merah [warna bendera Mongolia] kerana takut tidak dapat mendapat projek kerajaan Persekutuan.

Tidak berpakaian?

Akan tetapi sekiranya seseorang itu bercadang untuk tidak berpakaian, mereka harus berfikir banyak kali.

Penyanyi Faizal Tahir pernah membuka bajunya serta menampakkan dadanya yang dicat huruf ‘S’ warna merah ketika membuat persembahan konsert yang disiarkan secara langsung di televisyen. Dia selepas itu digam untuk seketika oleh beberapa syarikat penyiaran di bawah Media Prima, dan juga oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Sekumpulan yang menggelar diri mereka Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) pula ada berhasrat untuk berbogel di hadapan pintu bangunan SUK Selangor tetapi dibantah Majlis Agama, dan akhirnya mereka akur menggugurkan niat mereka itu.

Fobia berpakaian warna salah akan merasuk kepada lebih ramai rakyat marhaen sekiranya amalan demokrasi untuk berpakaian dihalang polis dan tindakan pihak-pihak berkuasa ini tidak dibendung. (CpiAsia)

Manik Urai : Penamaan calon

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan akan diadakan pada 14 Julai 2009, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 6 Julai 2009.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu pejabat SPR, sebentar tadi.

Kekosongan kerusi DUN itu berlaku berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob, Jumaat lalu.


Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi dalam kerusi kawasan pedalaman itu di kawasan parlimen Kuala Krai.

Ismail, 60, mula memenangi kerusi DUN Manek Urai pada pilihan raya umum 1985. Beliau meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ-II), Kota Bharu kira-kira jam 5.55 pagi kerana sakit jantung selepas dimasukkan ke hospital itu sejak 26 April lalu.

Allahyarham adalah antara wakil rakyat Pas paling lama di Kelantan apabila menjadi Adun Manek Urai selama lima penggal sejak 1985.

Hanya pada Pilihan Raya Umum 2004, beliau tidak mempertahankan kerusi itu, sebaliknya diwakili Zamzuri Mat Lazim, yang tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar, dengan majoriti 53 undi.

Ismail yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Kuala Krai, dipilih semula bertanding di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum 2008, dan berjaya menewaskan Mohamed Zulkifli dengan majoriti 1,352 undi.

oleh : Greenboc


Sayuti Omar membelasah Husam : Apakah agenda sebenar beliau?

Sebangkit dari tidur sore, saya menerima call dari dua orang yang berada di studio TV9 di Seri Pentas malam tadi yang mengikuti dan terlibat secara langsung dengan rancangan Hujjah.

Kedua mereka menelefon saya setelah membaca apa yang saya ulas mengenai hujah yang tidak jadi itu dalam blog saya – perihal Naib Presiden Pas, Husam Musa dan Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid hamidi yang takut untuk berhujah antara satu sama lain.

Kedua pemanggil itu menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya. Mereka mungkin merasakan perlu memberi gambaran keadaan sebenarnya memandangkan apa yang saya tulis dalam blog itu tidak memberi latar yang berlaku di studio malam tadi. Laporan mereka itu melengkapkan insiden 'lawak bodoh' yang berlaku malam semalam.

Menurut pemanggil pertama, Husam bin Musa memang hadir di studio malam tadi. Dia masuk dalam studio dan sempat bersalam dengan Ezam Mohd Noor. Kehadiran Husam itu menggembirakan pihak penerbit kerana mengira dia akan menyertai rancangan itu.

Bagaimana pun apa yang berlaku sebaliknya, dia enggan berhujah dengan Ezam Mohamad Noor yang mengganti tempat Zahid dan mahukan kepada Zahid juga...Sayuti Omar



TPJP : Sememangnya saudara MSO ini merupakan penulis yang cukup tajam dan terkedepan dalam isu-isu politik. contohnya tentang apa yang telah ditulis beliau pada sekitar tahun 1997 berkenaan Anwar Ibrahim yang mungkin akan ditendang daripada UMNO dan memang betul berlaku.Syabas MSO. Namun begitu Saudara MSO juga telah mengutarakan pendapatnya sekitar tahun 1993 bahawa dalam pilihanraya seeloknya PArlimen pangkah BN dan DUN pangkah PAS/pembangkang. Bagi saya pernyataan sedemikin amat ridiculous dan tidak bertanggungjawab.
Dalam hal Isu HUjah TV9, TPJP berharap agar saudara MSO dapat memberi kritikan yang membina dan berguna untuk memantapkan lagi PAS. Dengan kritikan dan hujahan yang membalun Husam ini tidak akan kemana. w/pun MSO berhujah untuk memperbaiki 'perangai' Husam tetapi itu bukan caranya sebaliknya orang yang dikritik pasti tidak dapat menerima melalui cara sedemikin rupa. Sebaliknya pasti akan melukai dan mencederakan Husam dari segi mata masyarakat.
Isu Hujah yang tidak dihadiri oleh kedua-dua 'bintang' itu saya berpendapat Husam berhak untuk menarik diri. apa sebabnya? Kalau beliau tetap meneruskan juga perdebatan dgn Ezam..maka seolah-olah beliau merendahkan diri setaraf dengan Ezam yang kita sedia maklum sudah 'rosak' dari segi prestasi dan reputasinya itu. Saya harap janganlh kes 'kambing jamnapari' saudara MSO bisa mengkritik dan mebelasah HUsam tanpa belas kasihan. SEDANGKAN NABI AMPUNKAN UMAT . Inikan kita manusia biasa. sekian
Zahid Hamidi sekarang dah mula nunjuk belang. Dah mula nak jadi panglima perang. Isunya? Komunis. Malam tadi dalam tivi bukan main lagi dok acah2 kata tentera kerjasama dgn polis nak lawan pengaruh komunis yang kononnya kelihatan semakin menular dalam negara.

Isu komunis ni bermula bila adanya tuntutan daripada bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk kembali ke Malaysia setelah hidup dalam buangan. Dari situlah bermulanya isu komunis ini, sampai melarat-larat ke pihak polis.

Masalahnya di sini? Kerajaan cuba sekali lagi nak kompiuskan 1Malaysia. Nak gambarkan bahawa komunis akan kembali menapak di Malaysia. Huru hara akan berlaku, Tanah Melayu akan kembali darurat, dan Jins Shamsudin bakal mengarahkan Bukit Kepong 2 selepas ini. Bekas orang Parti Komunis yang dah betobat nak balik ke Malaysia, 1Malaysia ditakutkan dengan huru hara!

Rileksla Dol! 1Malaysia sekarang sudah faham perjuangan komunis di Tanah Melayu dulu. Mereka semua adalah penduduk Tanah Melayu yang bangun menentang penjajah dengan bekompromi dengan musuh penjajah. Kebetulan pada masa itu musuh Jepun adalah China dan musuh imperialis adalah komunis, dan kebetulan China adalah komunis dan boleh bekal senjata untuk melawan senjata, maka komunis lah jadinya. Cuba pada waktu itu Empayar Khalifah masih kuat, kemungkinan besar tak akam wujud Parti Komunis. Mungkin Jihad Islamiyah. :)
Dan 1Malaysia juga dah faham bahawa PKM bukan melawan kerajaan, tetapi sebaliknya menentang penjajah British, dan selepas merdeka mereka masih meneruskan penentangan kerana merea menganggap kerajaan selepas merdeka adalah kerajaan boneka penjajah. Mereka menjadi komunis sebab musuh emperialisma pada masa itu hanyalah komunis. Walaupun 1Malaysia tidak bersetuju dengan fahaman komunis, tetapi 1Malaysia tahu bahawa yang bersungguh2 lawan penjajah buku dengan ruas bukanlah ameno, tapi komunis dan parti2 yang enggan berkompromi dengan penjajah. Ameno adalah golongan elitis yang berakar dari budak suruhan British, dilatih, diajar dengan sistem Inggeris sehingga timbul rasa taksub kepada seluruh hidup bangsa penjajah yang akhirnya, sampai sekarang, walaupun 1Malaysia sudah konfiden, 1Malaysia sudah rajin dan bersedia, ameno masih terus2an merendahkan bangsa sendiri berbanding penjajah!

Ya, terbukti 1Malaysia menolak komunis dan menerima demokrasi. 1Malaysia hanya mahukan kerajaan ameno mengiktiraf bahawa mereka yang dihalau ini juga telah berjuang melawan penjajah, buku dengan ruas, peluru dengan darah. 1Malaysia tidak menuntut ameno mengiktiraf parti komunis. 1Malaysia juga tidak mahukan fahaman itu dibenarkan dalam sebuah negara yang Bertuhan ini. 1Malaysia hanya mahukan ameno akui sejarah, akui kebenaran, dan akui fakta bahawa sedang ameno sibuk megampu penjajah dan berkowtim dalam menuntut kemerdekaan, ada golongan yang berkeras mempetahankan hak negaranya sehingga ke titisan darah yang terakhir!

1Malaysia menuntut agar sejarah ini tidak dikonfiuskan lagi demi untuk terus memperlihatkan ameno sebagai satu2nya yang berjuang menuntut kemerdekaan. 1Malaysia tahu bahawa ameno hanya berkowtim dalam mendapatkan kemerdekaan sedangkan tekanan sebenar datangnya daripada pejuang2 yang menuntut kemerdekaan mutlak. Kemerdekaan yang mana setiap tahun boleh membangkitkan semangat juang anak muda. Kemerdekaan yang boleh menjadikan rakyatnya berdiri megah dengan kekuatan menolak penjajaan. Kemerdekaan yang sebenar yang dikecapi oleh negara2 lain yang menghalau penjajah dengan peluru dan belantan.

Kerana 1Malaysia sudah muak disajikan dengan drama Bukit Kepong setiap kali sambutan kemerdekaan. Sebab 1Malaysia sudah faham, yang dilawan oleh komunis dan pejuang bukanlah rakyat Tanah Melayu yang merdeka, tetapi askar2 kepada kerajaan boneka.

1Malaysia menolak fahaman komunis. Dalam masa yang sama 1Malaysia mahukan sejarah tidak diputar belit. Kerana 1Malaysia bukan lagi bodoh seperti yang diharapkan.

Wednesday, May 27, 2009

Wow! efisiennya mufti Malaysia...

Dalam muka hadapan Utusan Malaysia hari ini memetik kata-kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut;

”Orang yang mogok lapar sama seperti golongan yang berputus dalam perjuangannya, sedangkan Islam melarang umatnya berbuat demikian”.

Sehari sebelum itu, di dalam akhbar yang sama melaporkan;

”Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya menegaskan, umat Islam diharamkan sama sekali melakukan mogok lapar kerana perbuatan itu menyerupai amalan dalam agama Buddha dan Hindu”

Ia turut melalaporkan;

”Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin menegaskan, umat Islam diharamkan menyertai mogok lapar itu dan pihak berkuasa pula perlu menghalangnya daripada berlangsung kerana ia boleh menimbulkan fitnah besar kepada negara”

Beberapa hari sebelum itu pula;

”Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria hari ini membidas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah”

Wah, sungguh pantas, cekap, dan efisien tokoh-tokoh agama dan mufti-mufti kerajaan Malaysia. Dalam tempoh tidak sampai 24 jam mogok lapar diutarakan oleh Pakatan Rakyat, Mufit Perak pantas memberikan pandangan beliau.
Taipkan perenggan satu dan dua di sini

Ia turut diikuti oleh pandangan oleh mufti-mufti lain, Perlis dan Johor.

Kita jangkakan, akan ramai lagi mufti-mufti dan tokoh-tokoh agama akan memberi pandangan tentang isu ini.

Kali ini mereka menjalankan tugas dengan pantas sekali. Ini baru betul semangat 1Mufti Malaysia!

Kita juga mengharapkan isu-isu lain turut diberi perhatian oleh para mufti dan penasihat-penasihat agama kerajaan di dalam isu-isu seperti amalan rasuah pemimpin kerajaan, isteri-isteri pemimpin dan pemimpin wanita yang tidak menutup aurat, dan sebagainya.
Mohon para Mufti memberi pandangan tentang gambar ini.

Mohon para Mufti memberi pandangan tentang gambar ini.
Sudahkah mufti memberi pandangan tentang aurat kepada mereka?

Sudahkah mufti memberi pandangan tentang aurat kepada mereka?

Perancangan jahat UMNO di Penanti...~Harakah

PENANTI, 26 Mei (Hrkh)-Umno Bahagian Permatang Pauh dipercayai mengadakan rombongan ke Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan tujuan melarikan sebahagian besar ahlinya pada 31 Mei ini.

Kegiatan tersebut dipercayai semata-mata menghalang ahlinya daripada menyertai pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti yang menyaksikan pertandingan empat penjuru tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN) iaitu tiga bebas dan seorang calon Pakatan Rakyat.

Harakahdaily dimaklumkan oleh sumber, bas disediakan di semua cawangan dan terpulang kepada ahlinya untuk turut serta atau sebaliknya.

"Kepada mereka yang tidak kesempatan menyertai rombongan tersebut mereka dinasihatkan memboikot pilihan raya berkenaan bagi mengurangkan peratus jumlah keluar mengundi," kata sumber terbabit.


Pada pendapat mereka, kata sumber itu jika peratus jumlah keluar mengundi turun tidak mustahil calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman kalah dan menyukarkan pentadbiran Kerajaan Negeri untuk mengisi kekosongan kerusi Timbalan Ketua Menteri 1 yang tinggalkan penyandangnya sebelum ini Mohamad Fairus Khairudin.

Tindakan Umno dan Barisan Nasional (BN) itu bukan sahaja menjejaskan pentadbiran Kerajaan Negeri bahkan boleh mencetuskan salah faham dan perpecahan sesama parti gabungan Pakatan Rakyat.

Ini merupakan peluang untuk Umno dan BN membalas dendam kekalahan bertubi-tubi mereka ketika berhadapan dengan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini.

Namun kata sumber itu, bagi mengatasi perkara ini daripada berlaku jentera Pakatan Rakyat harus melipat gandakan gerakan penerangan kepada rakyat betapa pentingnya pilihan raya kecil ini diadakan untuk melincinkan pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng yang jelas berjaya memperkenalkan beberapa strategi pembangunan serta membantu golongan miskin tegar walaupun baru memerintah setahun berbanding Umno dan BN. - azm _

Siapa Aminah nak dilantik TKM 1? : Azmin Ali ~ Msiakini

Calon bebas, Aminah Abdullah yang mendakwa ditawarkan sogokan oleh PKR supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, mendapat gelaran 'Minah Ronggeng' daripada Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Berucap dalam ceramah di Penanti malam tadi, Azmin berkata, tuduhan Aminah itu tidak berasas sama sekali dan mahu beliau (Aminah) 'mencerminkan' dirinya terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan liar terhadap bekas rakan-rakannya.

Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak mempermain-mainkan Aminah dan berulangkali memanggilnya ‘Minah Ronggeng', kerana mendakwa PKR menawarkan jawatan timbalan ketua menteri (TKM) jika beliau (Aminah) memenangi pilihanraya kecil itu.
"Mengapa PKR mahu menawarkan kepada seorang seperti Minah Ronggeng jawatan TKM? Mengapa kita hendak tawarkan kepadanya sedangkan kita ada seorang bekas profesor sebagai calon kita?" soalnya.

Oleh itu, katanya, 'Minah Ronggeng' tersebut perlu mencerminkan mukanya terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan tidak masuk akal seperti itu.

Kira-kira 1,000 orang penduduk di Kubang Ulu menghadiri ceramah tersebut.

Pilihanraya kecil Penanti Ahad depan menyaksikan pertandingan antara calon PKR yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dari PKR dan tiga calon bebas - Aminah, Nai Khan Ari Nai Keow Kamarul Ramizu Idris.

Sebelum ini, Aminah mendakwa dua pemimpin PKR - anggota Majlis Tertinggi, Cheah Kah Peng dan timbalan ketua PKR bahagian Batu Kawan, Peter Lim - cuba menyogoknya RM80,000 dan menawarkan jawatan yang dipertua sebuah majlis perbandaran, jika beliau (Aminah) menarik diri daripada bertanding.

Beliau juga mendakwa, kedua-dua pemimpin PKR itu menawarkan jawatan TKM jika beliau (Aminah) tetap bertanding dan memenangi pilihanraya kecil tersebut.

Aminah juga telah memberi bukti dalam bentuk foto dan rakaman audio kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menyokongnya laporannya.

Sunday, May 24, 2009

Apabila sistem kehakiman dilacurkan

Benarkah tidak ada rampasan kuasa di Perak? UMNO menafikan adanya rampasan kuasa, kerana menurut para pemimpin UMNO semuanya dilakukan menurut prinsip-prinsip demokrasi dan mengikut undang-undang. Tetapi rakyat nampaknya tetap menolak ketetapan UMNO dan sekutunya, kerana menurut rakyat terdapat unsur samseng dalam menentukan prinsip demokrasi tadi.

Tiga orang ahli DUN yang berpaling tadah kerana sebab-sebab peribadi, dengan gesaan dan sokongan dan “paksaan” UMNO, telah berjaya menimbulkan kelam-kabut di Perak dengan sokongan dan dukungan UMNO sepenuhnya.

Yang paling menarik dalam kes ini ialah undang-undang dan mahkamah yang melaksanakan undang-undang menyerlahkan wajahnya yang paling murni dan benar, yang sungguh menggembirakan UMNO yang sejak berkuasa mulai Ogos 1957 telah membuat undang-undang baru dan mengubah undang-undang yang ada untuk memastikan wajah UMNO selalu ceria dengan senyuman setiap kali keputusan dibuat oleh para hakim di mahkamah mereka.

Dalam kes Perak, rampasan kuasa (atau peralihan kuasa dalam bahasa yang lunak, yang tidak berjaya menutup hakikat maksud rampasan kuasa itu) sudah jelas dibenarkan asal saja sesuai dengan undang-undang dan Perlembagaan.Banyak kes yang berlaku di Malaysia, dan dalam menentukan kes Perak, kes-kes rampasan kuasa itu dijadikan panduan dalam membuat keputusan, seperti yang jelas dalam keputusan Mahkamah Rayuan yang memakai kes-kes itu.

Jadi dari segi undang-undang, tidak ada rampasan kuasa seperti tidak adanya penipuan dalam bentuk apa sekali pun, walaupun perbuatan yang dibenarkan itu seratus peratus adalah penipuan yang terang-terangan. Jika anda faham hujah ini, anda akan mengerti mengapa Rasulullah SAW menegaskan, sekiranya Fatimah anak Muhammad mencuri, nescaya tangannya dipotong.

Perkara ini disebutkan di sini kerana dalam Islam keadilan tidak memilih pihak tertentu yang boleh dikecualikan; seperti yang sering berlaku dalam mahkamah. Dalam kes Perak, sudah jelas hakim mahkamah tinggi tidak tahu membaca undang-undang dan agak keliru dalam memahami situasi politik sebenar. Itulah keputusan tiga orang hakim Mahkamah Rayuan, yang melontarkan dengan angkuh keputusan Mahkamah Tinggi dengan alasan yang cukup memalukan, iaitu hakimnya telah melakukan kesalahan. Bolehkah hakim yang bersalah dihukum? Tidak boleh.

Yang terjadi ialah pihak yang menuntut keadilan akan kehilangan keadilan yang terawang-awang pada peringkat awal, kemudian “keadilan” itu berpindah ke tangan lain (yang berlengas dengan tahi ayam busuk ketika menyerang raban DUN Perak mencuri ayam yang boleh dicuri) dalam sekelip mata. Jika hal ini terjadi dalam sebuah drama, atau melodrama sekali pun, tentu penonton akan menjeritkan “Mana boleh begitu, tak masuk akal!” Tetapi logik drama tidak sama dengan logik undang-undang.

Oleh itu seorang hakim yang tidak arif (meskipun digelar Yang Arif) seperti dalam kes Perak ini boleh dijadikan arif dengan mengetepikan keputusannya oleh sekumpulan hakikm lain yang lebih arif dalam erti yahng lebih luas (yakni tidak semestinya dalam undang-undang saja). Oleh itu drama dalam undang-undang jauh lebih menarik daripada drama yang dipentaskan secara olok-olok di Istana Budaya sebagai sebuah cerita. Itulah sebabnya orang tua-tua kita bercerita dalam dongeng mereka tentang Hakim Beruk yang bijaksana itu. Cerita itu tetap memikat kita semua kerana peristiwa itu diulang setiap masa sepanjang zaman.

Yang boleh dilakukan rakyat hanya tertawa melihat kebijaksanaan Hakim Beruk menipu dua orang petani yang menyerahkan pisang besarnya untuk dihakimi oleh beruk. Keputusan beruk untuk memakan pisang itu semuanya adalah bijak, kerana itulah makanannya. Seperti ular menelan katak dalam lagu “Bangau Oh Bangau”. Itulah hakikat undang-undang dan keadilan yang disahkan sama ada dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Ke mana pun kita tarik makna keadilan itu, rakyatlah sebenarnya yang menentukan keadilan untuk mereka, kerana merekalah yang memilih pembuat undang-undang. Oleh itu janganlah salahkan pemimpin atau kakitangan kerajaan dan sesiapa sekali pun, termasuk para hakim yang arif, jika mereka berasa tertipu dalam sandiwara Hakim Beruk yang diceritakan oleh datuk nenek mereka. [23/5/2009] -Mohd Affandi Hassan

Saturday, May 23, 2009

Sekitar Penamaan calon di DUN Penanti

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan tiga calon Bebas.

Calon PKR, Mansor Othman, 59, dicabar calon Bebas, Aminah Abdullah, 56; Nai-Khan Ari, 41; dan Kamarul Ramizu Idris, 42.

Pencalonan bagi seorang lagi calon Bebas, Mohd Saberi Othman, 49, bagaimanapun ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebanyak enam bantahan dikemukakan kepada SPR dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Penanti, Roslan Yahaya, mengisytiharkan empat daripada mereka layak bertanding jam 11.58 pagi tadi.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin mengosongkan kerusi itu dengan alasan mahu melanjutkan pengajian ke peringkat pasca ijazah.


DUN Penanti mempunyai 15,384 pemilih berdaftar - 72.68 peratus daripadanya pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.

Pada pilihan raya umum 2008, Mansor bertanding di DUN Pulau Betong menentang Muhamad Farid Saad dari Barisan Nasional (BN) tetapi tewas dengan majoriti 294 undi.

Pada pilihan raya umum 2004, beliau tewas kepada calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah, di DUN Seberang Jaya manakala pada 2009 beliau kalah kepada calon BN, Datuk Mohd Zain Omar bagi Parlimen Balik Pulau.

Antara yang menarik di Penanti ialah kehadiran semula calon Bebas, Kamrul Ramizu yang sebelum ini bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang menyaksikannya tewas serta hilang wang pertaruhan.

Pilihan raya Penanti juga tanpa kehadiran Barisan Nasional (BN)yang memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding.

-berita harian

Mahkamah rayuan ketepikan doktrin raja berperlembagaan

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria . Najib yang masih marah dan berang berkata : “ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA . YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : “ Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawaa. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

YDPA seterusnya menambah : “ Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang tuan hamba inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba. Bukankah tuan hamba yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen tuan hamba sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semula di Perak. Maaf tuan hamba, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa . Maka Beta dengan ini memerintahkan tuan hamba dan sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana tuan hamba bukan lagi Perdana Menteri Malaysia."

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri. Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan ( Constitutional Monarchy ) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak ( Absolute Monarchy ). Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.

Sketsa di atas adalah , bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.

Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan ( legitimacy ). Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah , Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan , maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11/5/2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.

Pada 12/5/2009 di sebelah pagi Zambry membuat permohonan bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama . Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.

Pada tengah hari 12 hb Mei itu juga Y.A Hakim Dato Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.

Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18/5/2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21/5/2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.

21 hb Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak –pihak secara mendalam . Mahkamah hanya ambil masa satu hari sahaja untuk putuskan. Memang hebat Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari .Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari- saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut .

Suatu yang amat mengharukan kami ( pasukan peguam Nizar ) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannnya Zambry.

Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Mr .Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan . Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan insya’Allah. oleh Hanifa Maidin

Friday, May 22, 2009

LIve dari mahkamah..sila refresh

1:00 [Standby] Semuanya akan bermula pukul 2: 30 ptg
1:06 [Standby] Mula 3:00 pm
3:06 [Comment From menantu org umno perak]
wak,ooo wak!!nape ko pnya live ni?

3:06 [Comment From wak kanchong]
harap-harap nizar menang dah tak sabar ni

3:06 [Comment From UmmiAnni]
salam..asal komen aku tak kuar ni...!!

3:06 [Comment From atai]
apa cherita terkini? ada sapa2 tau ka

3:06 [Comment From john]
tak dpt pun

3:06 [Comment From mata2]
dsnj dah menang..yeh2

3:06 [Comment From ipoh mali]
doa kemenangan berpanjangan tuk YAB Nizar....

3:06 [Comment From jentayu]
awat senyap je...dalam mahkamah k

3:06 [Comment From OrangBagan]
tengok le..klu ramai penyokong UBN, sah keputusan berat ke Zambry

3:06 [Comment From hentamjer]
testing

3:06 [Comment From pendakar sang boye]
Hidup pakatanrakyar di perak!!

3:06 [Comment From Chenderong balai]
takbir

3:06 [Comment From DAP MELAYU]
Ketika ini dianggarkan 100 penyokong sudah berkumpul di lobi Istana Kehakiman

3:08 [Comment From setia]
hidup kebenaran

3:08 [Comment From MHA Hamzah]
berapa juta yg antar komen ni?

3:08 [Comment From menantu org umno perak]
aku x sabar nak dgr keputusan ni!!nak gelak biar pecah perut kat mamak samdol tuuuuuuuuuuu!!!!bangang mcm lembu!!!

3:08 [Comment From MAZHAR]
SALAM KEMENANGAN BUAT PAKATAN RAKYAT....

3:09 hisham: Mahkamah akan mula bersidang pukul 3.30 ptg, harap bersabar
3:10 [Comment From orang paghit]
ape ke ha nye.......

3:10 [Comment From que]
rasenyer bn menang

3:11 [Comment From DAP MELAYU]
Pihak media termasuk media luar negara kecewa kerana tidak dibenarkan masuk. Jumlah wakil media yang dibenarkan masuk dihadkan.

3:12 Webmaster PerakEx: kira lebih 200 penyokong nizar kelihatan diluar mahkamah..

3:14 hisham: Ni tak best ni, muqadimahnya jumlah media dihadkan, tanda-tanda Zambry menang le tu, apa-apaun Allah punyai kuasa. Doakanlah kejayaan Islam di bumi Perak

3:14 Webmaster PerakEx: Betulke.. lagi cepat ko ek...?


3:15 [Comment From sitiawan]
aku pun harap nizar menang! tapi jangan letak harapan tinggi, nanti kecewa =)

3:15 [Comment From abunabil]
media apa yang dihadkan?pro or pembangkang?

3:15 [Comment From abufahim]
berdoalah yang terbaik untuk rakyat perak.

3:15 [Comment From Guest]
mana 1 betul ni...hehe

3:15 [Comment From muhammad hafiz]
media sikit d benarkan masuk tanda BN nak kalah

3:15 [Comment From alfilfilaani]
betoi ke?

3:15 [Comment From FRIDAY]
HMM

3:15 [Comment From Ngap Sayot]
Salam

3:15 [Comment From PAS]
BN menang

3:15 [Comment From tokwan]
kalo media dihadkan, ertinye PR menaNG la bro

3:15 [Comment From nizar Jr]
harap2 nizar menang la..tp harapan palsu belaka...huhuhu


3:23 Zef Othman: Keadaan di dalam Bilik Bicara 3 kini penuh sesak.

3:23 BH: Zef sedang usahakan penghantaran klip video dari sana.


3:23 [Comment From law student ]
Zef, mampukah keputusannya yang diumumkan menjadi penamat krisis politik di Perak?

3:23 [Comment From rmdn ]
diharap semuanya berjalan dgn lancar...

3:24 [Comment From Tembangau ]
Harap-harap tak berlaku kekecohan, Insya-Allah.

3:24 [Comment From Ges ]
keadaan cuaca bagaimana, Zef?

3:24 [Comment From R O N N I E ]
Di mana YB Nizar ataupun YB Zambry ?

3:25 [Comment From mat selamat ]
semuga apa juga keputusan, kita akur dan bertenang

3:25 [Comment From syed ]
Keputusan yang diputuskan adalah menentukan pihak mana yang harus menangung mandat dari rakyat..menjadi ketua bukan lah tugas yang mudah. Diharapkan pihak yang dipilih dapat menilai denga bijak dan meneraju negeri perak dengan baik serta "meletakkan sesuatu pada tempatnya"....kerana pemimpin skarang adalah penentu masa depan.

3:29 [Comment From wakil]
mana comn aku niiiiiiiiiiiiiiiiii

3:29 [Comment From Pahlawan Patani]
kita lihat sapa yg keeenaaa

3:29 [Comment From saje nak tau juga]
org awam ramai ke masuk

3:29 [Comment From Guest]
dah start lom...

3:29 [Comment From maxsurf]
korang jgn risau..nizar mesti menang

3:29 [Comment From Yob Kuale..]
sabar..3.30 baru mula..

3:29 [Comment From baie]
sapa menang

3:29 [Comment From wan naga]
jgn tanya sapa menang..tanya sapa kena getah

3:29 [Comment From budak selama]
ape citer

3:29 perakbangkit: www.perakbangkit.blogspot.com

3:29 [Comment From Kingzul]
Liveeee

3:29 [Comment From saje]
tgk ni lagi cepat : http://www.bharian.com.my/clive_html .

3:29 [Comment From damiaphang]
sapa menang...

3:29 [Comment From ramisma]
getaaarnya

3:29 [Comment From nordin mat top]
xtau la spa nk mnang nie

3:29 [Comment From pang5nayan]
Allahuakhbar

3:29 Webmaster PerakEx: T. murugiah..senator dari PPP yang kena sack tu pun baru sampai


3:30 [Comment From DAP MELAYU]
Kelihatan Menteri di JPM, T Murugiah bergerak ke arah Bilik Bicara 3

3:30 [Comment From saje nak tau juga]
penat btol nak baca nih

3:30 [Comment From su]
wak yang aku tgk kat aninetto dia masukkan gamabr

3:30 [Comment From Guest]
Kita doa Nizar menang

3:30 [Comment From gombak]
hello zamry

3:30 [Comment From AzIpoh]
Siapa menang? nanti bawa pegi federal court pulak!!!!!!!!!

3:30 [Comment From Bolelarr]
lom agi ker

3:30 [Comment From 7552]
Dua2 kalah baru adil

3:30 [Comment From wan naga]
sabar itu separuh dari iman

3:30 [Comment From DAP MELAYU]
Kelihatan Menteri di JPM, T Murugiah bergerak ke arah Bilik Bicara 3

3:30 [Comment From kayru1]
salam

3:30 [Comment From Guest]
3.29 la

3:30 [Comment From Kingzul]
ok clearkan screen

3:30 [Comment From bb]
hakim rasuah

3:30 [Comment From baie]
macam mana keadaan

3:30 [Comment From rahim grudi]
zamri tepon tok Gandhi

3:30 [Comment From sabutnyor]
doakan kemenangan PR

3:30 [Comment From Guest]
nizar dtg ke

3:30 [Comment From UN Observer]
kentut?

3:30 [Comment From nizar Jr]
lambat ye oiii

3:30 [Comment From Nappy]
T Murugiah sedara Zamry

3:30 [Comment From Ary Ginanjar]
macam nak kalah aje

3:30 [Comment From Kingzul]
Zamri pe balik negara sendiri lah

3:30 [Comment From SAJE NAK TAU JUGA]
weh....

3:30 [Comment From sabutnyor]
sini pun laju dah posting nya.. bagus2

3:30 [Comment From Syabab]
mana nye..

3:30 [Comment From sepul]
kalau nizar menang kita sebut tak bir!!!!

3:30 [Comment From budak]
mana live nyer

3:31 [Comment From emkay]
wey

3:31 [Comment From DAP MELAYU]
Tak sedap hati bila Timbalan Menteri Kabinet ada dlm mahkamah....

3:31 [Comment From baie]
kalah ka menang

3:31 [Comment From mires penang]
perak bangkit,tabuan n bdk tadika

3:31 [Comment From nizar Jr]
tgk gaya macm nizar menag je...

3:31 [Comment From jaar]
tok gandi dah bangun ker belum??

3:31 [Comment From Bolelarr]
nape mesej aku tak kuarrrrrrr

3:31 [Comment From SAJE NAK TAU JUGA]
mane video live nye

3:31 [Comment From Kingzul]
Tunggu updtae dari yg berkenna saja

3:31 [Comment From emkay]
haa baru keluor komen teman

3:31 [Comment From Duan]
mana masage aku tak kuar ni

3:31 [Comment From bn]
bn menang

3:31 hisham: sesi baru hendak bermula

3:31 [Comment From saje]
Polis Mahkamah memberi isyarat sesi akan bermula.

3:31 [Comment From Guest]
bn pungkuk menang


3:31 [Comment From sepul]
bacullll

3:31 [Comment From zambri]
testing

3:31 [Comment From aro]
ape cer

3:32 [Comment From sabutnyor]
TAK DE VIDEO LA... HANYA POSTING LIVE

3:32 [Comment From Syabab]
Bubar DUN..

3:32 [Comment From su]
masukkan la gambar plezzz

3:32 [Comment From Mail]
diam..diam..

3:32 [Comment From SAJE NAK TAU JUGA]
oh sesi mula kol 3.30 aku ingt keputusan umum 3.30 ahahahahaahhaahahahah

3:32 [Comment From mann]
rakyat menang...

3:32 [Comment From unta]
bn menang kat mahkamah..pada hati rakyat..bn kalah dah lama dah

3:32 [Comment From SAJE NAK TAU JUGA]
oh

3:32 [Comment From umno]
bubur

3:32 [Comment From farisi]
bharian tapis dulu comment.. yg pro bn atau 50:50 baru dia submit

3:32 Webmaster PerakEx: ya...tak ada video. cuma boleh lapur apa yang dapat.


3:32 [Comment From pr menang]
pr menang

3:32 [Comment From Guest]
Nizar menang kita raya di PENANTI

3:32 [Comment From remy]
gambar byk kat http://www.bharian.com.my/clive_html

3:32 [Comment From emkay]
bior teman jadik hakim, teman nak ngundi lagi

3:32 [Comment From mangchik]
ui laju nye

3:32 [Comment From UN Observer]
hakim tak hadhir...sakit perut

3:32 [Comment From umno]
pilihanraya kito

3:32 [Comment From budak selama]
lawan tetap lawan

3:32 [Comment From faareast]
gambar xde ke? kat BH ade...

3:33 [Comment From wakil]
bharian dah boikot la

3:33 [Comment From saleh]
nizar ganti anwar

3:33 [Comment From ahmad]
?????

3:33 [Comment From tiger]
tak ade video ke

3:33 [Comment From damiaphang]
teman pun nak ngundi

3:33 [Comment From zambri]
i kalah ke menang

3:33 [Comment From Menang]
sape menang?

3:33 [Comment From pr menang]
keputusan ditangguhkan esok

3:33 [Comment From agas]
raja petra ramal zambry mng 2-1

3:33 [Comment From MHA Hamzah]
kelihatan zambry hanya pakai kain pelikat shj

3:33 [Comment From orang banjar]
salam

3:33 [Comment From BN! BN!]
Ape mende ni weh?

3:33 [Comment From shogun]
polis mahkamah kata "BANGUUUUN..."

3:33 [Comment From SAJE NAK TAU JUGA]
byk la esok

3:33 [Comment From umno]
hancur umno....

3:33 [Comment From aza]
komen i tak kuar pun !

3:33 [Comment From rajamelaka]
test

3:33 [Comment From BUNDUON]
APA KEPUTUSAN

3:33 [Comment From anak kuala kurau]
salam

3:33 [Comment From Tuk Ketuo]
mano komen den ni jang

3:33 [Comment From umno]
ok..bangun...

3:33 [Comment From menantu org umno perak]
zambryyyyyyyyyyyy

3:33 [Comment From pr menang]
SEMUA BANGUN LA

3:33 [Comment From menang]
salam kemenangan

3:33 [Comment From Bolelarr]
polis mahkamah kata duduk pula

3:33 [Comment From baie]
BANGUJ LA SUMUA

3:33 [Comment From nat]
seorang penyokong BN pengsan, nampak macam MADEY

3:34 [Comment From dzul]
hakim semlm dia makan julap ini hari berak2 hahahaha....

3:34 [Comment From fgr]
test

3:34 [Comment From zeq]
keputusan jalan jem hakim tersangkut

3:34 [Comment From perakbangkit pukimak]
JGN TENGOK PERAKBANGKIT..ITU LINE UMNO

3:34 Webmaster PerakEx: Belum start lagi dah tanya keputusan.. apa hal?


3:34 [Comment From su]
TahniahPR dah Menang!!!

3:34 [Comment From TC Ipoh]
PR mesti menang punya .....

3:34 [Comment From klang]
elo knp komen aku x kluar

3:34 [Comment From nu_Ox3r]
selamat petang hakim!!!

3:34 [Comment From bagan sarai]
rilek......rilekkkkk

3:34 [Comment From SAJE NAK TAU JUGA]
ok duduk balikkkk

3:34 [Comment From jangga]
Nizar sudah menang

3:34 [Comment From anjang aki]
pas umno jgn gaduh le

3:34 [Comment From gmbak]
sabar web master

3:34 [Comment From umno]
ERMM...

3:34 [Comment From Kelab penyokong zambry]
zambry menang tahniah

3:34 [Comment From zaar]
jangan rosakan bangsa melayu

3:34 [Comment From DAP MELAYU]
hakim akan membaca keputusan ....dijangka selama 1 jam 45 minit

3:35 [Comment From seliparjepon]
hehhehe penyokong pr jangan terlalu mengharap tapi mari la kita berdoa

3:35 [Comment From zombi]
nijar suda menang la..

3:35 [Comment From yoep]
pe cerita?

3:35 [Comment From emkay]
wey yg kat depan tu duduk ler, ghame lagi kat belakang tak nampak ni

3:35 [Comment From su]
baca Bharian korang kena tipu je

3:35 [Comment From ummi]
dah buat keputusan ke blm

3:35 [Comment From Pahlawan Patani]
jaga tatasusila...jgn mencarut mcm UMNO

3:35 [Comment From tuah]
ramai eh... tak jd nak seberang jalan

3:35 [Comment From zamry-camry]
umno perosak melayu

3:35 [Comment From SAJE NAK TAU JUGA]
bape org live chat ni... mcm 100 org jek

3:35 [Comment From baie]
DUA DUA MENANG WEI

3:35 [Comment From nagib]
tak sabar nungu ni

3:35 [Comment From ayak keladak]
test

3:35 [Comment From PRMAN]
ANY NEWS ANY RESULT

3:35 [Comment From zz]
hu hu hu

3:35 [Comment From pok wan]
hakim pi tandas sat....cirit

3:38 [Comment From Man ]
satu Malaysia masih menanti..........

3:38 [Comment From klate ]
penyokong sebelah mana yang ramai

3:38 [Comment From warga rpt jelapang baru ]
Sama2 kita tunggu & lihat.

3:38 [Comment From kundur ]
harap sistem kehakiman negara adil dan telus.

3:38 [Comment From hafizali ]
apa perkembangan dr khirul

3:40 [Comment From kopi ]
GULP!!! gila punya suspen !!

3:40 [Comment From BudakTaiping ]
Siapa pun MB, diharap dapat membela rakyat Perak dengan adil..

3:40 [Comment From anak perak ]
keoutusan terus atau masih berhujjah lagi

3:42 Khairul/Saufi: Semua pihak terbabit sudah bersedia. Mahkamah mula bersidang bila-bila masa dari sekarang.

3:43 [Comment From yusmiza perak ]
terima keputusan dengan hati terbuka ALLAH saje yang tahu

3:43 [Comment From from anak peneroka ]
Kami menerima apa jua yang memimpin negeri Perak

3:44 [Comment From Rakyat Taiping ]
Apa-apa pun keputusan yang tepat akan diterima oleh seluruh rakyat Malaysia

3:44 [Comment From yeop Jelebo ]
semua umat Islam diminta berdoa untuk mebaikan rakyat perak supaya tunjukkan kebenaran

3:44 [Comment From Yop Zainol ]
Harap2 lepas nie semua pihak dapat terima keputusan mahkamah. Tak perlu adakan pilihan raya lagi.

3:44 [Comment From as ]
lambatnya nak bersidang.. tak sabar nak tau keputusan

3:45 [Comment From khairul ]
good luck to all , we love our new MB

3:47

3:47 Zef Othman: Penyokong di Istana Kehakiman.


3:47 Khirul/Saufi: Semua panel hakim mahkamah rayuan diketuai Datuk Raus Mohd Shariff ambil tempat masing-masing untuk memulakan pembacaan kehakiman.

3:47 [Comment From aku rakyat ]
Tak kisah sapa yg menang sekali pn janji kepentingan rakyat harus diutamakan

3:48 [Comment From Yob Hazmy ]
Good luck to both MB.. harap2 ade ketelusan dalam sistem kehakiman.. rakyat menilai keputusan ini..

3:48 [Comment From warga johor ]
apapun keputusan, diharap rakyat perak dpt menerima dengan baik & terbuka

3:48 [Comment From anakgopeng ]
Tahniah BH..usaha yang murni..berdebor yob!

3:48 [Comment From ram ]
rasa2nya sape yg menang? pape pun... kembali semula kpd rakyat perak... baru adil.....

3:48 [Comment From danial ]
apa pun keputusan tp tanggungjawab perlu digalas dgn penuh rasa amanah....

3:49 [Comment From jati ]
kami anak perak memuji BH atas laporan ini...

3:49 [Comment From akhi ]
semoga keputusan dapat diterima dengan hati terbuka dan manjadikan kite semua bersatu.... hidup malaysia

3:54 [Comment From Kome]
dalam Malaysia kini dah kuar result...Zamby MB sah perak

3:55 Webmaster PerakEx: Ya..Zamry menang


3:56 DAP MELAYU: Mungkin betul apa yang Raja Petra kata.....keputusan 2-1 , cuma hakim Dato' Zainun Ali berpihak kepada Nizar. Apapun tunggu keputusan rasmi. Mungkin penyokong BN terbaring kekecewaan !

3:56 org penang: ok dap melayu....

3:56 TEMAN: DAPAT TANAH LAGI...MELAYU JADI LAYU

3:56 DAP MELAYU: Zambry kekal sebagai MB Perak selepas mahkamah benarkan rayuannya ketepi keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

3:56 Webmaster PerakEx: TQ DAP Melayu

Debaran petang Jumaat

Pada pukul 3.00 petang ini, Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan tentang siapa Menteri Besar Perak yang sah. Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi telah diberitahu untuk memastikan keputusan akan memihak kepada Umno.

Zaki, seterusnya telah mengarahkan Presiden Mahkamah rayuan, Tan Sri Dato’ Alauddin Dato Mohd. Sherrif, untuk memberitahu ketiga-tiga hakim…Hakim Abd. Raus Sharif, datuk Zainun Ali dan Ahmad maarop…untuk memberikan keputusan yang ‘betul.’ Sekiranya mereka tidak mampu untuk memberikan keputusan 3-0, sekurang-kurangnya mereka perlu member keputusan 2-1..dimana Zainun akan memihak kepada Nizar. BN kemudiannya akan dilihat sebagai ‘adil’ dan ‘telus’ dan Pakatan Rakyat tidak boleh berkata apa-apa.

Selepas itu, Zambry akan mengadap Sultan dan memohon pembubaran DUN Perak. Umno perlu dilihat melakukan semua ini..bukannya Nizar. Dan Umno akan melakukan ini walaupun mereka boleh memerintah Perak tanpa membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya semula. Bagaimana yang dikatakan Najib gila kuasa dan tidak adil?

Dan ini akan membuktikan bahawa Najib adalah PM Rakyat dan seorang yang tahu bagaimana untuk mengurus Negara. Anwar dan Pakatan Rakyat tidak lagi boleh mendabik dada mengatakan mereka yang mahukan pilihanraya DUN Perak. Malah..mahkamah akan memutuskan bahawa Barisan Nasional adalah kerajaan yang sah. Barisan Nasional boleh memerintah sehingga pilihanraya umum akan datang…sebaliknya memilih untuk membubarkan DUN kerana itu yang diminta oleh rakyat.
Dan ini akan membuktikan bahawa Najib adalah PM Rakyat dan seorang yang tahu bagaimana untuk mengurus Negara. Anwar dan Pakatan Rakyat tidak lagi boleh mendabik dada mengatakan mereka yang mahukan pilihanraya DUN Perak. Malah..mahkamah akan memutuskan bahawa Barisan Nasional adalah kerajaan yang sah. Barisan Nasional boleh memerintah sehingga pilihanraya umum akan datang…sebaliknya memilih untuk membubarkan DUN kerana itu yang diminta oleh rakyat.

Benar..memang susah bagi Barisan Nasional untuk menang tapi apa bezanya? Keadaan sekarang sudah buntu. Sekiranya BN terus memegang kuasa…mereka akan dilihat sebagai perampas…tetapi dengan membubarkan DUN…mereka akan dilihat sebagai kerajaan yang prihatin dengan kehendak rakyat…walaupun mahkamah telah mengesahkan mereka sebagai kerajaan yang sah.

Tujuannya adalah untuk menahan kebangkitan Anwar, Nizar dan Pakatan Rakyat. Pembubaran DUN Perak adalah kehendak BN..bukan Pakatan Rakyat. Dan dengan pembubaran ini..BN akan dilihat sebagai prihatin kepada rakyat..malah ianya dibuat atas desakan Pakatan Rakyat.

Imej Pakatan Rakyat akan dicanang sebagai pihak yang menyebabkan kesusahan rakyat..dan BN akan mempelopori imej bahawa mereka adalah pembela rakyat.

Dan sekiranya BN menang dalam pilihanraya DUN Perak nanti…Najib berpeluang melantik orangnya untuk menjadi Menteri Besar. Tidak mungkin Zambry…kerana Zambry bukan orang dia tetapi orang Pak Lah. Dengan strategi yang diatur oleh Mahathir..Najib mendapat Perak dan menyingkir Menteri Besar yang bukan pilihanya. Itulah yang dirancang oleh Najib.

Jangan lupa…bahawa Mahathir adalah pakar strategi dan dia kini berada dibelakang Najib. (Baca artikel sepenuhnya di Malaysia Today) - sumber dipetik dari perakexspress

TPJP akan membuat liputan langsung

Sempena pengumuman rasmi keputusan penghakiman mahkamah rayuan, TPJP akan membuat liputan langsung khas untuk anda. Harap maklum
Semoga anda tidak ketinggalan.

Nak masuk penjara? cukup senang...baca seterusnya

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti akan menjadi perintis kepada pelaksanaan sepenuhnya undang-undang dan peraturan berkaitan larangan berkempen pada hari mengundi sehingga ada satu peraturan baru yang menyebabkan seseorang itu dipenjara kalau masih berkempen dihari mengundi.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Ngah Senik memaklumkan jika ada individu yang melanggar larangan berkempen menurut Sub Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 boleh ditahan polis dan dikenakan tindakan penjara tidak lebih setahun atau denda RM5,000 atau keduaduanya sekali jika sabit kesalahan.

Selama ini larangan itu tidak dipatuhi sepenuhnya oleh parti yang bertanding kerana mereka masih melobi undi di kawasan pondok panas melalui pemakaian lambang, logo, bendera parti atau pemujukan, katanya

"Bagaimanapun, pada pilihan raya kecil Penanti ini, pondok panas tidak lagi dibenar kerana kita tidak mahu aktiviti meraih atau merayu undi berlaku pada saat akhir sebelum pengundi masuk ke pusat pengundian," katanya kepada rakan media di sini hari ini.

Jelasnya lagi pemakaian lencana, topi atau apa sahaja yang mempunyai lambang parti terutama di kawasan 100 meter daripada pusat pengundian juga tidak dibenarkan. Ngah berkata semua pihak yang bertanding diberi masa yang mencukupi untuk berkempen iaitu bermula daripada selepas Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) membuat pengumuman mengenai calon yang akan bertanding pada hari penamaan calon pada 23 Mei sehingga pukul 12 tengah malam 30 Mei ini.

"Saya benar-benar berharap semua pihak sama ada parti politik atau calon bebas yang bertanding mematuhi larangan ini dan tidak menggunakan meja semakan yang dibenarkan di kawasan 100 meter dari pusat pengundian untuk merayu undi lagi."

"Biarlah Penanti menjadi permulaan kepada pilihan raya yang aman, tenang dan pengundi tidak menghadapi tekanan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya.

Bercakap pada sidang akhbar kemudiannya, Ngah berkata SPR melantik 450 petugas dan memperuntukkan RM500,000 untuk mengendalikan pilihan raya kecil Penanti itu.

Beberapa pembaharuan dibuat untuk pilihan raya kecil kali ini, antaranya mewujudkan barung SPR di kawasan 50 meter dari pusat pengundian dan menambah bilangan pemandu arah untuk membantu pengundi menuju ke saluran masing-masing, katanya.

Sebelum itu pemasuhan pondok panas pada hari mengundi yang diumumkan oleh SPR telah mendapat bantahan dari Pakatan Rakyat.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Pukul 3.30 petang ini...tungguuuuuu

Mahkamah Rayuan akan mengumumkan petang Jumaat keputusannya mengenai siapa Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop, menetapkan pukul 3.30 petang Jumaat untuk memberikan keputusannya berhubung rayuan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional terhadap perintah Mahkamah Tinggi bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas adalah Menteri Besar yang sah.


Panel tiga hakim itu hari ini mendengar selama tujuh jam penghujahan oleh tiga pihak yang terlibat terdiri Zambry, Mohammad Nizar dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah.

Permohonan Mohammad Nizar agar rayuan itu didengar oleh panel lima hakim telah ditolak.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim menetapkan bahawa Mohammad Nizar tidak melepaskan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri Perak.

Ekoran keputusan itu, peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry, menyenaraikan 24 alasan bagi membuat rayuan, dengan meminta mahkamah membuat ketetapan mengenai sembilan isu.

"Soalnya ialah sama ada hakim yang mengendalikan kes itu membuat tafsiran yang betul mengenai Perkara 16, 18 dan 36 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak. Saya ingin berhujah bahawa Yang Arif Hakim berkeaan telah terkhilaf," katanya.

Beliau berkata Perkara 16 amat jelas bahawa apabila seorang Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan, dia perlu meletak jawatan.

"Ia tidak menyatakan beliau mesti kembali ke Dewan (untuk hadapi undi tidak percaya," kata Abraham.

Beliau berkata hakim berkenaan juga tersilap kerana mengandaikan bahawa Sultan Perak tidak ada kuasa untuk memastikan sama ada terdapat satu kebuntuan dalam Dewan Undangan Negeri atau sama ada Mohammad Nizar telah hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan.

"Kami juga ingin mengemukakan di sini bahawa undi tidak percaya bukanlah satu-satunya jalan untuk memastikan bahawa responden (Mohammad Nizar) tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti anggota," kata Abraham.

Beliau berhujah bahawa mengikut Perlembagaan, tidak ada peruntukan khusus supaya undi tidak percaya diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri bagi memastikan Menteri Besar telah kehilangan kepercayaan.

Dalam penghujahannya, Abraham juga berkata Mahkamah Tinggi membuat keputusannya tanpa mengambil kira fakta tepat dan dokumen yang mempunyai kaitan dengan kes itu.

"Penghakiman itu, secara menyeluruh, tidak mengambil kira fakta dan dokumen berkenaan dan ini menjadikan pengisytiharan yang dibuat Mahkamah Tinggi, adalah silap," katanya.

Abraham berkata bukti dokumen menunjukkan tidak wujud kebuntuan dalam politik Perak sebelum Mohammad Nizar menghadap Sultan Perak pada 4 Feb.

"Ini kerana, pada 3 Feb, tiga anggota dewan undangan negeri -- Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang), telah mengemukakan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan kepada baginda bahawa mereka telah hilang keyakinan terhadap Nizar dan berikrar menyokong Barisan Nasional.

"Surat berkenaan diterima Sultan pada pukul 3 petang, iaitu sebelum Sultan menerima menghadap Nizar pada pukul 5 petang. Sehingga 5 petang, apabila Nizar memohon pembubaran itu, bagaimanakah keadaan politik di Perak ketika itu? Yang Arif hakim perbicaraan telah gagal menimbangkan dan mengambil kira sepenuhnya perkara ini dalam penghakiman beliau," katanya.

Dalam hujahnya, Abraham seterusnya berkata pada 5 Feb, sebelum Sultan Azlan Shah membuat keputusan tentang permohonan Mohammad Nizar agar membubarkan dewan undangan negeri, baginda telah menerima menghadap dan menemubual Jamaluddin, Mohd Osman dan Hee, bagi memastikan sama ada Barisan Nasional mendapat sokongan mereka.

Baginda juga menerima menghadap 28 Adun lain, yang mengikrarkan sokongan mereka terhadap BN, bagi memastikan parti gabungan itu mendapat keyakinan majoriti daripada dewan, katanya.

"Setelah berpuas hati yang BN mempunyai majoriti, baginda mengeluarkan kenyataan media yang menyatakan bahawa Mohammad Nizar telah hilang keyakinan majoriti serta meminta beliau berundur," katanya.

Sementara itu, dalam penghujahannya, Abdul Gani berkata Mohammad Nizar tidak boleh mendakwa beliau mendapat keyakinan majoriti kerana terdapat jumlah undi sama banyak iaitu 28 bagi kedua-dua pihak (Pakatan dan Barisan Nasional).

"Dalam kes ini, 50-50. Ia bererti tidak ada majoriti atau minoriti. Malah, responden (Mohammad Nizar) mendapat 28 undi, termasuk Speaker V.Sivakumar, tapi mengikut peraturan tetap, speaker tidak boleh mengundi," katanya.

Abdul Gani juga berkata apabila Mohammad Nizar menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb, beliau mengaku berlaku kebuntuan dalam dewan undangan negeri itu.

"Kebuntuan bererti tidak ada undi majoriti atau minoriti. Bagaimana pula, pada mulanya, Mohammad Nizar berkata beliau mendapat undi majoriti, tapi pada waktu yang sama, mendakwa wujud kebuntuan," katanya.

Pada perbicaran sebelah petang, peguam Sulaiman Abdullah, yang mewakili Mohammad Nizar, dalam hujahnya berkata mengikut Perkara 16(6) Perlembagaan Perak, Menteri Besar tidak memegang jawatan atas perkenan Sultan, tetapi berdasarkan keyakinan anggota dewan undangan negeri, yang beliau mempunyai tanggungjawab terhadap mereka.

Oleh yang demikian, Mohammad Nizar tidak boleh dipecat oleh Sultan. Mohammad Nizar hanya boleh dipecat selepas undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota dewan undangan negeri, katanya.

Sulaiman berkata Hakim Abdul Aziz bertindak betul apabila beliau mengguna pakai keputusan dalam kes bekas Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan iaitu satu-satunya cara bagi memecat Mohammad Nizar daripada jawatan ialah melalui undi tidak percaya.

"Oleh itu, kami menyatakan bahawa tidak ada sebab bagi mahkamah ini untuk tidak mengikut dan mengguna pakai kes Ningkan bagi kes kami ini," katanya.

"Sama ada Menteri Besar berkenaan telah tidak lagi mendapat keyakinan majoriti, bukan diputuskan oleh rakyat Perak, dan bukan juga diputuskan oleh Sultan, tapi hanya diputuskan oleh anggota dewan undangan negeri yang dipilih," kata Sulaiman.

Ketika ditemui pemberita selepas perbicaraan itu, Mohammad Nizar berkata: "Tak kiralah apa keputusannya esok, tapi apa yang paling penting ialah sokongan rakyat Perak terhadap saya.

"Apa yang kami minta ini adalah untuk mereka dan apa yang kami lakukan ini hanyalah untuk mendapatkan keadilan melalui proses mahkamah," katanya.

OLEH Greenboc
Peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Nizar Jamaludin memberitahu “Seseorang Menteri Besar tidak boleh dilucutkan darpada jawatannya, walaupun dia kalah dalam undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri”.

Sulaiman berkata demikian dalam Mahkamah Rayuan yang bersidang bagi mendengar kes untuk menentukan siapakah sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah di sini semalam.

Beliau membuat kesimpulan tersebut berdasarkan kes Stephen Kalong Ningkan tahun 1966, yang telah membawa kepada pindaan kepada undang-undang negeri Sarawak dibawah peruntukan darurat (emergency legislation) bagi memberi kuasa kepada Gabenor Sarawak melucutkan jawatan Ketua Menteri.
Dalam kes Stephen Kalong Ningkan, mahkamah telah memutuskan cara untuk membuktikan Ketua Menteri telah hilang kepercayaan majoriti wakil rakyat adalah hanya dengan undi tidak percaya dan sidang DUN.


Suleiman berkata, walaupun mahkamah memutuskan demikian, krisis politik Sarawak ketika itu tidak selesai kerana Stephen Kalong Ningkan masih enggan meletakkan jawatan.

Oleh itu kerajaan persekutuan terpaksa menguatkuasakan perintah darurat di negeri Sarawak bagi membolehkan satu pindaan dibuat, memberikan kuasa kepada Gabenor untuk melucutkan jawatan Ketua Menteri.

Peruntukan yang dipinda tersebut walaubagaimanapun hanya bertahan selama enam bulan dan terbatal setelah perintah darurat ditamatkan.

Suleiman berkata, pindaan undang-undang melucutkan jawatan Ketua Menteri bagi kes Ningkan, terpaksa dibuat dibawah perintah darurat, adalah satu kenyataan bahawa seorang Ketua Menteri atau Menteri Besar itu tidak boleh dilucutkan jawatannya.

Ia adalah kerana tidak ada peruntukan yang wujud dalam undang-undang bagi melucutkan jawatan seoang Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Sulaiman telah menggunakan fakta tersebut untuk menyokong hujahnya mengapa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak boleh meminta Nizar meletakkan jawatan atau menganggap jawatan Menteri Besar adalah ‘kosong’ sekiranya Nizar enggan meletakkan jawatan.

“Undang-undang negeri Sarawak tidak memperuntukkan kuasa keatas Gabenor untuk memecat atau dengan makna lain, untuk memaksa Ketua Menteri meletakkan jawatan, walaupun telah di buktikan Ketua Menteri tersebut telah hilang keprcayaan majority.

“Oleh kerana Stephen Kalong Ningkan tidak meletakkan jawatan, jawatanya (pejabatnya) tidak boleh dianggap kosong. Oleh yang demikian, undang-undang darurat dikuatkuasakan bagi membolehkan satu pindaan dibuat untuk melucutkan jawatan Stephen Kalong Ningkan,”kata Suleiman yang menambah undang-undang negeri Sarawak adalah sama dengan undang-undang negeri Perak

Mahkamah Rayuan telah menangguhkan keputusan persidangan semalam sehingga jam 3 hari ini (22 Mei)

http://buletinonline.net

Hari Jumaat

Hari ini adalah penghulu segala hari. Hari yang membawa keberkatan. Hari manusia pertama diciptakan. Hari bumi diciptakan. Hari jumaat juga dikatakan hari berlakunya hari kiamat. oleh itu berdoalah kita agar sentiasa mendapat kerahmatan daripada-Nya.
Hari ini hari penentuan tentang siapakah ampunya kerusi MB Perak? Moga-moga keputusan berpihak kepada YAB Nizar. Namun hendaklah kita berserah kepada-Nya kerana Dialah yang menentukan segalanya

ADUN Manek Urai Kelantan meninggal dunia ~ Cina Islam

Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai

Haji Ismail Yaacob, 60 telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.

Demikian satu berita dari satu pesanan ringkas dari Kelantan yang saya terima sebentar tadi dan juga saya telah mendapat pengesahan dari Speaker DUN Kelantan, Ust. Nasharuddin Daud yang memaklumkan kepada saya dia juga menerima mesej yang sama selepas sembahyang subuh pagi ini.

Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan..

Sebelum ini beliau menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Pada persidangan Dun Febuari lalu beliau dapat menghadirinya biar pun badannya kelihatan agak kurus.

Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan.




Al Fatihah.....

Keputusan mahkamah rayuan : Ulasan oleh YB Zul Nordin

Salam 2 all.
Kes rayuan Dato Seri Zambry Abdul Kadeer terhadap keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi Dato Abdul Aziz Abdul Rahim yang mengisytiharkan Dato Seri Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar yang sah bagi Negeri Perak telah didengar pagi tadi oleh Mahkamah Rayuan di Kompleks Kehakiman Putrajaya.
Sidang Mahkamah tersebut di ketuai oleh YA HMR Datuk Mohd. Raus Shariff dan bersama dengan beliau adalah YA HMR Datuk Zainun bt Ali dan YA HMR Dato Ahmad Maarop.
Perbicaraan bermula dengan hujah dukemukakan oleh peguam DS Zambry iaitu Cecil Abraham, kemudian diikuti oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Peguam DS Nizar mengemukakan hujah balas disebelah tengahari.
Mahkamah kemudiannya menetapkan esok jam 03.30pm untuk keputusan.
Saya melihat kepada panel Hakim yang bersidang adalah terdiri daripada Hakim-Hakim yang agak berwibawa dan punya integriti yang agak baik dikalangan kami para peguam. Kebetulan pula saya pernah berkesempatan mengendalikan kes-kes dihadapan mereka semasa mereka di Mahkamah Tinggi dahulu.
Oleh itu saya merasakan bahawa kita boleh meletakkan harapan bahawa apa juga keputusan mereka sudah pasti akan berlandaskan kepada undang-undang dan tidak mirip kepada mana-mana pihak atau pun partisan.
Secara peribadai saya akan menerima dan menghormati keputusan mereka tanpa mengira ianya memihak kepada samada DS Zambry ataupun DS Nizar.
Apa yang jelas, apa pun keputusan mereka kedua-dua pihak mempunyai hak untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan sebagai Mahkamah terakhir negara. Dan saya kira apa pun keputusan sudah pasti akan ada pihak yang memohon penggantungan apa-apa periintah.
Ini kerana jika ianya memihak kepada DS Nizar, sudah pasti DS Zambry akan memohon penggantungan perintah kerana jika tidak, DS Nizar sebagai MB boleh memohon pembubaran Dewan dan ini sudah pasti akan menjejaskan kedudukan DS Zambry sebagai MB.
Sebaliknya jika ianya memihak kepada DS Zambry, sudah pasti DS akan memohon penggantungan perintah kerana sebagai MB DS Zambry berhak memanggil Dewan Undangan Negeri bersidang. Jika ini berlaku, suatu undi tidak percaya boleh dikemukakan terhadap DS Nizar dan ini akan menjejaskan usaha DS Nizar merebut kembali jawatan MB.
Walau apa pun, insyallah Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan esok jam 03.30pm di Kompleks Kehakiman Putrajaya. Apa hal pun, saya rasa apa juga keputusan Mahkamah Rayuan ini perlu dihormati oleh kesemua pihak, termasuk BN dan PR. Bagi yang berminat untuk menghadiri keputusan, sidang tersebut adalah terbuka. Cuma pastikan bawa IC, dan kalau boleh elakkan pakai baju hitam. Nampak gaya macam pak polisi kita ni ada fobia dengan baju kaler hitam.. :))
Adios amigos..grasias..

Keputusan hanya perundangan biasa: Nizar



Thursday, May 21, 2009

live...SILA REFRESH SETIAP 5 MINIT

12:50 Di luar Istana Kehakiman pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi tempatan membawa kain rentang yang mahukan pembubaran DUN

12:54 Peguam Negara berhujah Nizar hilang majoriti sokongan Adun di Dewan Undangan Negeri Perak kerana Pakatan Rakyat cuma ada sokongan 27 Adun berbanding BN dengan 28 Adun kerana Speaker tidak boleh mengundi.
Justeru, Nizar perlu letak jawatan Menteri Besar Perak apabila hilang majoriti kerana kumpulan minoriti tidak boleh tubuh kerajaan dan bercanggah dengan sistem demokrasi

12:55 Keadaan masih tenang di dalam dan luar Mahkamah. Penyokong masih berkeliaran di sekitar lobi Istana Kehakiman

12:58 Lim Kit Siang dilihat memasuki Bilik Bicara 3 Mahkamah Rayuan

14:00 Zambry masih tidak kelihatan.

14:15 Mahkamah Rayuan menyambung perbicaraan, Peguam Nizar, Sulaiman, memulakan hujah.

14:20 Sulaiman berhujah bahawa mengikut Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja tidak mempunyai kuasa untuk memecat Menteri Besar

14.34 Sulaiman kata jika Cecil dan AG tu betuL PM boleh dipecat oleh Agong kerana tidak mendapat sokongan dari Ahli Parlimen BN

14.39 Sulaiman berhujah soal berapa bilangan kerusi DUN Perak yang dipegang BN tidak relevan dan apa yang penting adalah peruntukan yang dinyatakan Perkara 16 (6) Undang-Undang Tubuh Perak.
14:44 Peguam Negara yang menjadi pencelaH dan menjadi wakil UBN tidak kelihatan di kamar maHkamah

14:50 Penghujahan Peguam DS Nizar nampaknya lebih konsisten dan mempunyai fakta yang kukuh serta berlandaskan perlembagaan manakala hujah yang disampaikan oleh peguam Zamry hanya sekadar biasa(tidak relevan) dan merujuk kepada bilangan kerusi DUN Perak

15:00 Sultan tak ada kuasa dalam mana-mana peruntukan untuk memecat MB

15:06 Peguam Sulaiman kata satu-satunya cara perlucutan seseorang MB hanyalah undi tidak percaya di DUN dan TIDAK berlaku di DUN Perak

15:13 Penyokong DS Nizar di lihat semakin bertambah di perkarangan Makamah Rayuan,Putrajaya

15:27 Pada sessi petang ini sampai berita ini diterbitkan Peguam Negara (AG) masih tidak muncul dalam kamar bicara. Yang kelihatan cuma timbalan dan peguam-peguam dari pejabat AG.

15:30 Sulaiman submits that Nizar need not tender resignation as there was not vote of confidence in assembly.(Sulaiman menjelaskan bahawa Nizar tidak perlu meletak jawatan kerana tiada undi tidak percaya di DUN) ~ Msian Insider

15:39 Sulaiman masih membaca autoriti bagi kuatkan hujah untuk sangkal hujah Cecil dan Peguam Negara

16:06 Sulaiman: "Kami bukan menyanggah kuasa DYMM Sultan. Tapi adalah tidak masuk akal untuk mengatakan Nizar sudah hilang kepercayaan dan terus menyuruhnya meletakkan jawatan!"

16:08 Sulaiman berhujah Nizar menghadap Sultan Perak untuk memohon pembubaran DUN mengikut peruntukan Perkara 36 (c) Undang-Undang Tubuh Perak, bukan mengikut Perkara 16 (6) seperti yang dihujahkan Cecil.

16:15 Peguam Ranjit Singh bangun berhujah bagi pihak Nizar...apa yg Ranjit cuba sampaikan ialah jika betul Sultan tak suka Nizar kenapa Sultan tak sebutkan semasa Nizar mengadap Sultan dulu. Sebaliknya Sultan bertitah supaya "bersabar"

16:30 Ranjit sudah selesai. Sekarang Cecil Abraham membuat penggulungan.

live dari Tankuda

8:24 Ketika ini anggota polis masih belum kelihatan di sekitar kawasan Istana Kehakiman


8:59 Wakil Datuk Seri Mohammad Nizar bersama peguamnya sudah memasuki Mahkamah Rayuan bilik bicara 3.


9:07 Datuk Seri Nizar bersama isteri memasuki Mahkamah Rayuan bilik bicara 3


9:15 Peguam Negara memasuki bilik bicara 3 Mahkamah Rayuan


9:22 Penyokong Nizar hadir mengikuti perbicaraan. Keadaan terkawal ketika ini


9:24 Peguam Zambry memasuki Bilik Bicara 3 Mahkamah Rayuan


9:31 Zambry masih tidak kelihatan


9:32 Perbicaraan nizar lwn zambry sudah bermula

10:00 Peguam Zambry sedang kemukakan hujah mereka

10:15 Kelihatan Dr Hatta bersama penyokong Nizar menunggu di luar Bilik Bicara 3 Mahkamah Rayuan

10:17 Kedatangan penyokong Nizar semakin bertambah. Mereka berkumpul di lobi



10:34 Peguam BN masih berhujah




10:39 Suasana di lobi dan luar kawasan Istana Kehakiman tenang. Pihak polis menjalankan tugas mereka bagi mengawal keselamatan di sini


10:59 Kelihatan peguam Nizar, Sulaiman Abdullah keluar dari Bilik Bicara 3

11:10 Peguam Zambry, Datuk Cecil Abraham kemukakan hujah berdasarkan 24 alasan rayuan

11:11 Galeri awam Mahkamah Rayuan penuh sesak sehingga sesetengahnya duduk di lantai.

11:11 Kelihatan Adun-Adun Pakatan Rakyat sedang berbincang sesuatu di lobi Istana Kehakiman

11:17 Peguam Zambry, Cecil, berhujah alasan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa Sultan Perak tidak mempunyai kuasa meminta Nizar kosongkan jawatan Menteri Besar adalah satu taksiran salah

11:17 Aku nak pi minum sekejap.....just stay tune...jangan kemana-mana

11:30 Ketika ini ada dua kes dibicarakan di Mahkamah Rayuan. Difahamkan, ketika ini hakim hanya mendengar kes semakan Zambry mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi KL. Kes rayuan Nizar bagi mengenepikan rayuan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu masih belum didengar hakim Mahkamah Rayuan

11:45 Keputusan Mahkamah Rayuan belum dapat dipastikan sama ada hari ini atau ditangguhkan kerana peguam Zambry masih berhujah.

11:50 Mahkamah ketika ini berehat selama 15 minit


11:59 Nizar dan isteri menuju ke kafeteria Istana Kehakiman untuk menjamu selera ketika mahkamah ditangguhkan.

12:00 Selepas rehat, Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail akan kemukakan hujah

12:06 Terdapat ramai pemberita antarabangsa datang untuk membuat liputan disini\

12:25 Mahkamah sambung semula dengar rayuan Zambry dan Peguam Negara mulakan hujah sebagai pencelah.

Sila Klik

Pages