Web TVPas


Wednesday, July 29, 2009

Pengajaran PAS dalam BN

Setelah berlaku Peristiwa 13 Mei, tentunya suasana telah berubah yang menuntut supaya parti-parti politik kurangkan politiking dan sebaliknya menumpukan kepada pembangunan. Juga dengan mengambil kira kepentingan orang Melayu, PAS yang banyak berkempen atas isu-isu Melayu dalam pilihan raya umum tahun 1969 menerima pelawaan Tun Razak.

Dengan penubuhan kerajaan campuran, ia bermakna kerajaan negeri persekutuan, Kelantan, Terengganu dan Kedah menjadi kerajaan campuran Perikatan-PAS. Asri Muda menjadi menteri, Mustafa Ali menjadi timbalan menteri, sementara Adun Perikatan menjadi ahli Exco di Kelantan, begitulah jadinya.

Namun begitu, apabila persetujuan telah disampaikan, pengumuman untuknya ditangguhkan. Ini kerana jika diumumkan bahawa berlaku kerjasama Perikatan-PAS, maka akan timbul syak wasangka di kalangan orang bukan Melayu kalau-kalau ia merupakan penubuhan kerajaan Melayu bersatu, maka ia menjadi kerajaan Umno-PAS dengan meminggirkan parti-parti MCA dan MIC.

Justeru, rundingan dibuat dengan Gerakan di mana parti itu bersetuju menubuhkan kerajaan campuran Perikatan-Gerakan di Pulau Pinang. Setelah dipersetujui, pengumuman kerajaan campuran di Pulau Pinang didahulukan daripada Perikatan-PAS. Maka tidaklah timbul perasaan bahawa kerajaan Melayu bersatu akan ditubuhkan.

Sememangnya aliran pemikiran Tun Razak ketika itu ialah penubuhan kerajaan satu parti, suatu pemikiran sosialis dunia ketiga pada zaman itu, untuk mendapatkan kestabilan politik. Malah kepercayaan ini turut digalakkan dalam akhbar-akhbar arus perdana ketika itu. Pada mula ia ditubuhkan, Barisan Nasional mempunyai komponen yang setaraf.

Bagaimanapun lambat laun, Umno mula mahu menunjukkan taring dan menjadi dominan. Perangai Umno ini tidak perlu dihairankan. Barisan Nasional telah berubah menjadi konsep barisan bersatu yang diamalkan oleh banyak parti komunis dunia. Pada mulanya mereka mengajak parti-parti lain supaya bergabung menentang musuh bersama. Tetapi setelah berjaya, yang dominan adalah parti komunis sementara yang lain hanyalah tinggal simbolik. Gejala ini berlaku di Rusia, China, Korea dan Vietnam.

Usaha Umno menjadi dominan bermula apabila ia terlibat meminggirkan Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) untuk digantikan dengan Parti Berjaya. Perkara yang sama juga berlaku di Kelantan. Umno campur tangan dalam hal dalaman PAS. Akhirnya PAS dipinggirkan dan digantikan dengan Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa).

Lihatlah, nama Berjasa adalah hampir sama dengan Berjaya. Setelah memecat PAS dan digantikan dengan Berjasa, maka rakyat tersedar bahawa Kelantan sudah dikuasai oleh Umno. Siapakah Ketua Pemuda Berjasa ketika itu? Ia adalah Ibrahim Ali.


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020463&Itemid=110

Catatan : Samseng jalanan oleh Krai Utara

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Maafkan saya jika telah mengganggu anda tetapi jika ada masa saya harap anda dapat membaca satu pengalaman yang telah terjadi kepada diri saya pada beberapa hari yang lalu dan membantu saya yang memerlukan pertolongan.

Sedikit mukadimmah. Di antara lebuhraya-lebuhraya di Semenanjung Malaysia, Lebuh Raya Pasir Gudang di laporkan antara banyak berlakunya kemalangan maut. Secara umum kenapa ianya sering terjadi tidaklah di ketahui secara tepat tetapi berdasarkan pengalaman saya yang sering menggunakan laluan ini di dapati ianya adalah kerana tindakan segelintir pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya yang telah di tetapkan.

Namun satu kejadian yang telah menimpa diri saya telah menyebabkan saya terpanggil untuk melakar email ini dengan harapan akan sampai kepada orang yang di harapkan. Pada Hari Sabtu 18/07/2009 pukul 4 petang saya bersama Isteri, Ibu Mertua, seorang anak perempuan berusia 6 tahun dan anak saudara berusia 4 tahun sedang dalam perjalanan dari Pasir Gudang menuju ke Taman Taman Tampoi Indah menggunakan Lebuh Raya Pasir Gudang.

Sewaktu kejadian , lane sebelah kiri yang saya gunakan adalah agak lancar tetapi di sebelah kanan agak perlahan dan di gunakan banyak kenderaan. Secara tiba-tiba sebuah kereta dari arah kanan melakukan belokan ke arah kiri tanpa sebarang signal dan di lakukan dengan cara yang merbahaya. Saya dengan automatiknya terpaksa membuat satu brek mengejut dan ianya menyebabkan keluarga saya juga terkejut. Sudah menjadi naluri (instinct) seorang pemandu, saya membunyikan hon menandakan supaya bahawa pemandu di depan tahu yang beliau telah melakukan kesalahan trafik.

Tetapi yang mengejutkan saya dan keluarga adalah pemandu di depan sengaja melakukan satu aksi gerakan kereta terhoyong hayang kiri kanan seolah-olah mengisyaratkan tidak ambil endah atau berkata “boleh blahlah!”. Marah juga saya dengan tindakan sedemikian tetapi apa yang terjadi seminit selepas itu terjadi perkara yang saya lebih tidak sangka. Pemandu kereta berkenaan mula memperlahankan kenderaannya dan bertindak seolah-olah tidak membenarkan saya untuk memotong kereta beliau.

Apabila saya memberikan signal hendak ke kanan, beliau akan masuk mula masuk ke kanan apabila saya bergerak ke kanan dan sebaliknya jika saya ke kiri. Setiap kali pemandu tersebut berada di hadapan saya, dia akan memperlahankan keretanya sehingga 60km/j walaupun berada di laluan kanan lebuhraya yang mempunyai had laju 90km/j dan tiada kereta lain di depan kereta tersebut.

Terdapat satu ketika apabila pemandu itu menutup laluan memotong pada kenderaan saya dengan memandu seiringan dengan sebuah lori di jalan kiri dengan halaju 60km/j. Jikalau saya berjaya masuk ke laluan kiri dan mempunyai tiada halangan hadapan untuk memotongnya, pemandu tersebut akan mula memecut dan menyangka saya akan mula berlumba sedangkan kenderaan saya ini hanyalah kereta keluarga dan membawa keluarga dan tiada niat untuk berlumba. Tapi itulah yang lawaknya bila di lihat saya tidak memecut, dia akan kembali memperlahankan kenderaan itu dan di ulangi balik perkara yang sama.

Setelah itu saya mula rasa benar-benar bosan dan ingin meninggalkan pemandu yang saya fikirkan mungkin ada masalah mental ini. Ketika saya berjaya masuk ke lane kiri saya melakukan dummy percubaan memecut, kereta tersebut mula memecut di lane kanan. Saya matikan dan hidupkan sekali lagi signal seolah-olah hendak masuk ke lorong kiri ( flyover menuju ke Larkin ) dan bergerak sikit2 ke kiri. Kereta itu kemudian dengan secara tiba-tibanya dari lorong kanan terus masuk jalan kiri dan terus naik ke jalan menuju Larkin juga ( Mungkin untuk terus mengganggu saya / berharap saya berhenti dan bergaduh atau secara kebetulan saya tidak tahu ).

Ketika itulah saya memperlahankan kenderaan dan memberikan signal kanan untuk kembali ke lebuhraya lalu terus memecut (bermula dari 60km/j) meninggalkan beliau yang tidak lagi boleh melakukan correction. Dari cermin tingkap saya dan keluarga mengesahkan dapat lihat ianya seorang lelaki melayu dalam keadaan tersengih menyangka telah menang perang psikologi jalanraya dan terdapat seorang wanita di sebelahnya, mungkin awek jadi ego mesti di pertontonkan. Kalau bawa isteri mungkin lain sikit sayangnya dan lebih berhemah ketika memandu.

Ingin saya katakan di sini bahawa janganlah terlalu ego di jalanraya kelak buruk padahnya. Di atas pengalaman ini saya berharap anda sebagai pembaca email ini haraplah dapat menolong saya memulakan satu inisiatif program kesedaran nasional terhadap pemandu tersebut di mana saya sendiri tidak kenal melainkan saya buat aduan formal menggunakan agensi kerajaan. Haraplah dapat di forwardkan email ini kepada sesiapa yang ada e-mail address dan di harap rakan anda pula akan forwardkannya pula agar email berantai ini satu hari nanti mungkin sampai kepada kenalan atau saudara pemandu tersebut jika tidak beliau dan menyampaikan pesanan berikut :

“Untuk pemandu KIA SPECTRA JHU 6537 , segala tindakan anda telah di rakam menggunakan handphone oleh isteri saya. Jika saya membawa bukti video ini ke JPJ, sekurang-kurangnya anda akan di saman kerana menghalang lalulintas. Jika JPJ atau Polis membenarkan laporan verbal atau bertulis dengan menggunakan saksi kejadian ( Isteri dan ibu mertua ) anda juga boleh di saman kerana memandu secara secara merbahaya dengan melakukan tindakan memotong secara tiba-tiba dan tanpa signal. Ataupun dengan menggunakan khidmat peguam, saya boleh mengemukakan Saman Teladan yang bernilai beribu-ribu ringgit di mana jika saya menang akan saya gunakan untuk memulihkan trauma keluarga dengan melancong menggunakan wang anda sementara anda menghadapi trauma kewangan berpanjangan.”

Tetapi saya tidak akan melakukannya kerana kita sama-sama Melayu. Bukannya ada banyak duit pun nak bayar saman lagipun raya dah dekat, nanti tiada duit untuk di beri kepada ibu bapa anda. Cuma apa yang ingin saya buat adalah kaedah “Name and Shame” biar seluruh rakyat tahu tindakan anda adalah merbahaya dan tidak selayaknya memandu sebuah kereta. Harapnya mereka tidak menyangka anda kurang siuman.

Saya hanya mampu doakan pemandu tersebut agar menganalisis kesalahan diri, insaf dan jangan salahkan orang lain. Ceritalah apapun , bukti video akan kesamsengan anda akan menunjukkan segalanya.

Berhemah di jalan raya, amalan hidup kita.
Di bawah antara still image dari video yang di ambil oleh isteri semasa kejadian sedang berlangsung…




Tuesday, July 28, 2009

Rasulullah: Tokoh hebat sepanjang zaman

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah
sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut
kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,
seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.

Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran
paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW,lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah
kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu
kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi
hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih
mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.


BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).


IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.




Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )



اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


Nabi Muhammad SAW - Manusia agong


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang
pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman
dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:


- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut..
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


NB:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita
kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.

sumber:saujana hikmah



'Bersopannya' pembangkang di Kedah

Semasa menjadi pemerintah, mereka ini bukan main eksyen lagi. Semua yang orang ramai depa yang punya. segala dewan dan premis, segala bangunan dan tempat, segala sekolah dan institute, depalah yang kuasai. Kononnya itulah hak mutlak harta merdak mak pak depa, sampai orang lain pun tak boleh nak tupang guna,seolah-olah nak buat semua tu datang dari duit dalam kocek depa semua.

Kalau diperingkat kerajaan tempatan, sebut saja apa program dan aktiviti, maka dewan serbaguna orang ramai itulah yang jadi medan depa nak berhimpun, nak bagi orang lain guna kalau ada nama dan bau politik pembangkang sikit, haram nak bagi, senut saja pun dah cukup macam menafikan sewaan tuh.

Baru-baru ni, 17 dan 18 Julai 2009, bertempat di Dewan Majlis Daerah Pendang, UMNO Pendang telah dibenarkan menyewa Dewan tersebut untuk persidangan mereka . Pada hari Jumaat Puteri dan Pemuda dan hari Sabtu persidangan sebenar/ penuh.

Cukup tak sopan jenis manusia ni, kalaupun pihak berkuasa dewan beri sewa, tapi depa ni memang jenis tak tau nak terima kasih dah lah dapat sewa walau pun perkara macam ni tak pernah pembangkang dapat bila depa jadi pemerintah, diturunkan habis gambar MB dan ahli EXCO yang ada didewan tu diletakkan dibelakang dewan. Punyalah tak sopan punya manusia.

Inilah bahana kalau tak pernah jadi pembangkang, sepanjang masa ingat depa tu masih memerintah. Kalau orang buat peraturan macam depa dulu buat kat orang, jenuh nak cari dewan mana nak buat persidangan .
Ana harap cubalah jadi pembangkang yang baik sikit wahai UMNO ooi, malu kat budak tadika , padan la TPM suruh masuk sekolah semula, belajar ABC balik.

Kami walaupun sudah jadi wakil rakyat pemerintah di Kedah dan pembangkang di peringkat pusat, masih dinafikan hak untuk memasuki sekolah atau menghadiri program disekolah kebangsaan atau menengah , bahkan nak berucap diprogram sekolah memang jauh sekali, nak gunakan premis yang dipunyai sekolah memang tak dibenarkan langsung. Itulah kelainan antara PR dengan BN, walaupun PR memerintah tetapi kita membenarkab mereka menyewa dewan dan ini pula yang mereka buat kepada kita, harap rakyat dapat fikirkanlah dan membuat penilaian

Sumber:Detikdaily
Oleh : Dr Hj Hayati

Jatuh Bangunan : Beng Hock Koyak Seluar, Kian Chong Kepala ‘Meletup’

Terkejut juga membaca berita utama Harian Metro hari ini. Seorang pemuda berusia 22 tahun, Tan Kian Chong ditemui mati setelah terjatuh dari tingkat 16, Apartmen Vista Angkasa, Kampung Kerinchi semalam. Harian Metro melaporkan
“Saya dengar macam bunyi letupan sebelum melihat satu tubuh manusia di atas lantai bangunan,” kata Hamzah Sharif, 45, menceritakan kejadian seorang pelajar lelaki Universiti Malaya (UM).

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Tan Kian Chong, 22, ditemui dalam keadaan tertiarap dengan keadaan kepalanya berkecai dan kesan darah dilihat terpercik hingga ke tingkat dua bangunan apartmen berkenaan.


Kes ini menarik perhatian saya kerana pada 15 Julai lepas, Setiausaha Politik Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah iaitu Teoh Beng Hock ditemui mati di Plaza Masalam Selangor selepas disoal siasat SPRM.

Kebanyakkan media melaporkan bahawa beliau mati kerana terjatuh dari tempat yang tinggi. Anehnya keadaan jasadnya tidaklah seteruk kes Kian Chong atau kes-kes lain yang melibatkan mangsa yang jatuh dari tempat tinggi yang lain.

Jasad Beng Hock ditemui dalam keadaan bahagian belakang seluarnya terkoyak. Kepalanya masih sempurna, pendarahan dikesan dibeberapa bahagian.

Kes ini pastinya perlukan siasatan rapi dari pihak Suruhanjaya yang diamanahkan. Kita harap kita akan mendapat jawapan yang menyakinkan tentang kematian Beng Hock tak lama lagi.
oleh : Herman Shamsuddin

Pastpjp : Aneh-aneh. Yg polis tu apa ke baghal...Teoh, Kugan mati mengejut...Wooi jgnlah nak temberang. 1Malaysia dah tahu saper pembunuh.

Monday, July 27, 2009

Demontrasi anti-ISA, 1 Ogos..Jgn Lupa..

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan

1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.

3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA

4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.

6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.

10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

Perkara yang tidak dibenarkan

1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.

4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.

5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA

7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.

9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov *****tail dan mercun.

11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan

1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.

4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.

6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.

9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.

10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.

11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.

12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.

13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).

14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.

Semasa perhimpunan dan perarakan

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.

2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.

3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.

4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.

13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.

15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

16. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Selepas perhimpunan

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.

3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.

4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.

Apa anda perlu buat jika kumpulan Pro-ISA buat Provokasi

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.

2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3. Jangan hampiri mereka.

4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

3. Duduk jika pimpinan arahkan.

4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.

5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

6. Ambil gambar mereka jika sempat.

7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

Apa yang anda perlu buat jika ditahan

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

Apa yang anda buat selepas dibebaskan

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.

2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.

4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.

7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.

8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

Perhatian!

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak Kerajaan dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan negara kita.

Ingat, Himpunan Bersih dan PPSMI berjaya menyedarkan Kerajaan kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk memansuhkan ISA.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

Berikut peta laluan untuk demonstrator:-

BAGAIMANA KITA SEBAGAI AHLI PAS BOLEH MENJAYAKAN PAS?



Berjaya atau gagalnya sesuatu organisasi itu yang sebenarnya adalah bergantung kepada sikap ahli-ahlinya di peringkat akar umbi. Sesebuah persatuan itu hanya akan menjadi aktif dan sentiasa berfungsi sepanjang tahun jika ahli-ahlinya sendiri yang mengaktifkannya; iaitu sanggup memelihara dan menjaga persatuan supaya persatuan itu aktif sebagai mana menjaga dan memelihara Amanah.
PAS adalah sebuah jemaah. Apabila kita menjadi ahli kepada sesuatu jemaah, iaitu sebagai ahli-ahli PAS; ini bererti kita telah pun sanggup menerima Amanah dan sanggup menerima untuk menunaikan Amanah yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS itu iaitu semasa kita menandatangani di dalam Borang Permohonan menjadi ahli PAS dulu. Adalah silap bagi sesiapa yang beranggapan bahawa hanya mereka yang telah dilantik bagi menerajui atau sebagai pemimpin PAS sajalah yang mesti menunaikan Amanah. Ini adalah kerana setiap ahli PAS bila ia menjadi ahli bererti pada masa yang sama ia adalah juga turut sama telah menerima Amanah yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS itu; yang perlu dijaga dan dipelihara olehnya, iaitu menghidup-aktifkan Amanah itu..
Dalam hal Amanah ini apabila kita tidak memelihara dan menjaganya (menunaikannya), ada Rasululullah s.a.w bersabda: "Seberat-berat agama ialah memelihara amanah, sesungguhnya tidak beragama seseorang yang tidak menjaga amanah, bahkan tidak diterima solat dan zakatnya." [Hadis riwayat Al-Bazaar.]. Oleh itu kita kenalah faham kedudukan diri kita masing-masing sebagai ahli PAS walau pun kita hanya sebagai ahli biasa saja di peringkat akar umbi, iaitu setiap ahli kenalah menjaga dan memelihara (mengaktif-hidupkan) Amanah itu.


Tugas / Kerja yang diberi
Sama ada kita telah dilantik memegang sesuatu jawatan atau kita hanyalah ahli biasa saja, ini adalah bererti kita masing-masing telah sanggup menerima Amanah apabila kita menurunkan tandatangan tatkala mengisi borang memohon menjadi PAS itu dulu. Walaupun kita menjadi ahli adalah secara suka-rela, namun kita masing-masing kenalah faham apakah maksud roh-makna perkataan "suka-rela" itu, iaitu kita mesti "suka" dan juga kita mesti "rela" melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai ahli; iaitu jangan sekali-kali kita berdolak-dalik cuba-cuba hendak mengelak; kerana tindakan mengelak itu sendiri adalah merupakan perbuatan sebagai tidak mahu menjaga dan memelihara Amanah. Hal ini perlu difahami oleh kita semua sebagai ahli-ahli biasa PAS, walau pun kita tiada memegang apa-apa jawatan. Ini adalah kerana menjadi ahli biasa itu sendiri juga adalah merupakan satu tugas dalam PAS, iaitu ada kerja yang mesti dilaksanakan khususnya bagi apa-apa kerja yang kita diminta dan/atau diarah oleh mana-mana ahli Jawatankuasa dan/atau oleh pihak pentadbir di markaz PAS.
Apabila kita diarah, atau ditugaskan, atau diminta menjalankan sesuatu tugas atau membuat sesuatu kerja, bererti kita telah diberikan satu tanggungjawab, iaitu kita kena "tanggung" untuk menunaikan Amanah itu dan kita juga kena "jawab", kerana jika tidak di dunia ini pun kita kena jawab, namun di Akhirat kelak kita akan kena "jawab" juga. Itulah maksud perkataan "tanggungjawab" itu tadi. Lainlah halnya jika diri kita ada keuzuran syariei yang kita hadapi secara tiba-tiba yang tidak diduga, yang kita memang boleh mengelak tetapi dengan syarat kita hendaklah dengan serta merta diri kita ada penggantinya bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab berkenaan itu. Pengganti kita itu pula mestilah dapat mewakili diri kita untuk hadir dan/atau dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab itu menggantikan diri kita apabila kita diperlukan hadir dan/atau menjalankan tugas dan tanggungjawab itu.
Sekiranya kita ada berhadapan dengan apa-apa masalah yang menyebabkan kita tidak dapat melaksanakan sesuatu kerja atau apa juga yang kita diminta bekerjasama itu mengikut jadual yang telah ditetapkan, maka kita adalah dikira sebagai cuai apabila kita tidak cepat-cepat memaklumkannya kepada pihak yang mengarah atau yang meminta kita melaksanakan kerja/tugas itu. Kecuaian atau bersikap take for granted saja dengan membuat andaian bahawa tiada apa-apa masalah yang akan boleh timbul atau boleh berlaku disebabkan diri kita sendiri yang cuai atau disebabkan oleh diri kita yang bersikap take for granted begitu adalah merupakan satu tindakan yang bersifat sebagai tidak menjaga dan tidak memelihara Amanah. Cuai adalah satu jenis jenayah. Bila kita cuai bererti kita melakukan jenayah.
Apabila kita diberikan sesuatu tugas bererti sudah tentulah ada masalah yang kita dikehendaki membantu bagi menghadapi dan menyelsaikannya dalam tempoh tertentu yang kita kena selesaikan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak yang memberi tugas itu kepada kita.. Apabila kita bersikap tidak menjaga dan tidak memelihara Amanah terhadap tugas yang kita diminta melaksanakannya itu, maka masalah itu sendiri akan menimbulkan masalah baru pula kepada pihak lain iaitu masalah yang sepatutnya tidak wujud, tetapi ia menjadi wujud setelah kita yang telah diminta menyelesaikannya tetapi kita tidak selesaikan. Apabila kita tidak selesaikan sudah pastilah akan tiba-tiba berakhir dengan orang-orang lain pula yang terpaksa membuang masa, tenaga dan kesusahan kerana akibat kecuaian dan/atau sikap take for granted kita itu tadi.
Kemahiran mengvisualisasi
Dalam hal berpersatuan, kita sebagai ahli (tidak mengira sama ada kita sedang ada memegang jawatan atau pun kita adalah hanya sebagai ahli biasa), kita mestilah mempunyai kemahiran mengvisualisasi, iaitu kita kena tahu melihat secara proaktif kepada setiap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita yang diberikan dan/atau yang diminta kita melaksanakannya itu. Maksud proaktif ialah bahawa walaupun kita melihat ada pelbagai masalah atau kekangan yang kita kena hadapi namun sikap kita ialah kita mesti berusaha untuk menghadapi masalah itu dengan dibawa berbincang atau melaksanakan syura bagi memikirkannya agar segala tugas, permintaan, arahan, program atau aktiviti yang hendak dilaksanakan boleh terus dapat dilaksanakan dengan lancar dan supaya tiada sesiapa pun yang akan merasa kecewa akibat kerana kecuaian kita dan/atau kerana sikap tak for granted kita itu. Dan kita tidak boleh sama sekali cuai dan/atau take for granted, iaitu bersikap suka lepas tangan. Dalam mngendalikan apa-apa juga tugas serta tanggungjawab yang diberi (diamanahkan) kepada kita jika kita hanya memikirkan ia hanya menyusahkan kita saja, maka memanglah semua perkara adalah susah. Jika tidak susah bukanlah ia perjuangan namanya!
Apabila kita diberikan sesuatu tugas atau kerja atau/dan diminta memberikan bantuan atau kerjasama yang kita kena buat dalam berpersatuan, kita kena melihatnya bak kata orang iaitu dapat melihatnya dari A hingga Z tugas atau kerja yang kita diberi tugas untuk mengendalikannya itu. Malah semua hal mengenainya; apakah yang mungkin berlaku sebelum A dan apakah yang mungkin verlaku selepas Z juga, kita kena tahu menelahnya dan tahu apa yang hendak dibuat serta tahu bagaimana hendak menangani dan mengatasi segala masalah dan kekangan yang akandihadapi. Kita kena rancangkan sekurang-kurang di dalam minda kita apakah pelan tindakannya, termasuk apakah pelan alternatifnya (contingency plan), dan kita kena siap-sediakan dari awal lagi segala aspek termasuk siapa-siapakah orangnya yang akan mengambil alih tugas kita itu sekiranya berlaku kecemasan yang menyebabkan diri kita tidak dapat melaksanakannya; atau jika kita tidak dapat hadir kerana kita sendiri ada banyak kerja.
Sudah tentu setiap ahli PAS adalah juga sahabat kita dalam satu angkatan ummah. Kita tidak boleh hanya melihat saja sahabat kita yang hanya ahli biasa itu bagaikan terpinggir, iaitu tiada pun dilibatkan mereka dengan kerja. Ada ramai mereka, maka mereka itulah kita ajak secara bermotivasi turut sama berjuang supaya tugas yang kita diamanahkan itu sudah pun kita sedia siapkan ada orangnya yang akan mewakili diri kita supaya sahabat kita itu mengambil alih supaya hadir menepati masa sebagaimana yang telah ditetapkan, agar tidak menyebabkan orang lain menjadi tertunggu-tunggu yang akibatnya boleh menjejaskan sesuatu program atau aktiviti itu sehingga ada agendanya terpaksa dibatalkan saja atau ditangguhkan, atau menjadi lewat untuk dimulakan.


Menangguh-nangguh
Yang teruknya juga ada sesetengah orang memang sikapnya suka enggan memberikan pertolongan dalam hal urusan berpersatuan. Ini amat pelek, pada hal dirinya adalah ahli kepada persatuan itu, tetapi ia bagaikan tidak faham apa makna dalam perkataan "persatuan" itu, di mana dalam perkataan "persatuan" itu adanya perkataan "satu", yakni kita semua ahli mestilah kena bersatu-padu dengan secara suka-rela supaya sesama kita adalah sebagai para ahli yang saling berintegrasi dan lengkap-melengkapi, serta sentiasa kena siap-siaga memberikan pertolongan yang diminta atau juga yang tidak diminta oleh mana-mana pihak dalam parti. Dan janganlah menjadi ahli persatuan yang pasif, iaitu tidak mengambil tahu atau hanya menjadi pemerhati saja.
Sebagai ahli PAS, walaupun kita hanya ahli biasa saja yang tidak memegang apa-apa jawatan kita adalah juga turut mewujudkan peranan sendiri, iaitu menghulurkan tangan untuk memberikan bantuan walaupun kita tidak diminta. Ada terdapat berpuluh-puluh jenia bantuan yang kita boleh berikan. Dalam hal ini, maksud sebuah al-hadis berikut adalah jelas yang kita kena fahami, iaitu:Rasulullah s.a.w. bersabda:: "Beri memberilah antara kamu, nescaya kamu akan sayang-menyayangi di antara sesama kamu." [Hadis Riwayat Muslim]… Orang yang sikapnya suka enggan memberikan pertolongan ia adalah orang yang mengenepikan saja maksud al-hadis ini, iaitu Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:


yang maksudnya:
"Perumpamaan orang-orang mu’min, bagaimana kasih sayang dan tolong menolong yang terjalin antara mereka, adalah laksana satu tubuh. Jika satu bahagian merintih merasakan sakit, maka seluruh bahagian tubuh akan merasakan kesakitan." (Hadis riwayat Muslim).
Memang, memanglah tujuan asasnya kenapa kita memilih untuk menjadi ahli PAS ialah supaya PAS boleh hidup agar kesemua ahlinya tekal setiap masa sayang-menyayangi antara satu sama lain di kalangan semua jemaah PAS untuk dapat berjuang bersama-sama dengan PAS. Jika tidak begitu halnya maka untuk apakah kita jadi ahli PAS?
Sebagai contohnya yang kerap berlaku sebagai satu fenomena, seorang yang telah dilantik berjawatan sebagai Setiausaha, yang diamanah seagai seorang yang kena “setia” dan kena “usaha”; beliau menghadapi terlalu banyak tugas dan tanggungjawab kerana jantung hidupnya parti adalah berada dalam tubuhnya. Sekiranya beliau yang hendak melaksanakan semua kerja, membolot dan memonopoli semua tugas kesetiausahawanan, dia sendiri akan kelemasan dan akhirnya hampir kesemua kerja dia sndiri tidak dapat laksanakan. Inilah puncanya kenapa seseorang Setiausaha itu tidak disayangi kerana dirinya sendiri tidak mahu memberi kepada orang lain bagi melaksanakan kerja sebab dia ingat semuanya dia boleh buat sendiri.
Inilah juga punca asasnya yang menjadikan sesebuah markaz itu sepi, tiada hidup beraktiviti kerana kerja-kerja Setiausaha tidak mahu dikongsikan supaya orang-orang lain membantu menyiapkannya..
Apa yang sepatutnya seseorang Setiausaha itu lakukan ialah ia hendaklah memberikan kerja atau mengdeligasikan kerja-kerjanya yang tertentu kepada ahli-ahli biasa yang juga begitu ramai yang layak dan tahu melaksanakannya supaya mereka dapat membantunya; seperti menaipkan segala apa jua yang perlu diatipkan, serta melantik ahli-ahli biasa agar mewakili dirinya bagi meninjau apa-apakah keperluan atau aktiviti-aktiviti yang dikehendaki oleh ahli-ahli biasa di kawasannya dan meminta ahli-ahli biasa menyenaraikan apakah aktiviti mingguan dan akitiviti-aktiviti bagi sepanjang bulan bagi setiap bulan sepanjang tahun yang patut diadakan. Jika Setiausaha tidak mengdeligasikan kerja-kerjanya. biasanya beliau adalah seorang yang selalu menyatakan bahawa dirinya tidak ada masa hendak melaksanakan kerja. Pada hal sebab utama beliau tidak mempunyai masa itu, faktor utamanya adalah kerana beliau sendiri yang membolot hendak melaksanakan semua kerja itu.
Apabila kita telah menurunkan tandatangan kita masing-masing di dalam borang permohonan untuk menjadi ahli PAS dulu, dan permohonan kita itu secara rasminya telah diterima dan direstui oleh parti bahawa diri kita masing-masing adalah ahli kepada PAS, ini bererti segala arahan kerja atau tugas yang disampaikan kepada kita oleh Setiausaha pula dan juga oleh para pemimpin kita juga, statusnya adalah rasmi, iaitu segala kerja itu bukan boleh kita buat main-main. Dengan sebab itu apabila kita sebagai ahli biasa diarah atau diminta pertolongan oleh Setiausaha dan oleh para pemimpin atau oleh mana-mana ahli Jawatankuasa, maka kita mestilah anggap semua itu bukannya lagi kita boleh kata kerja itu dibuat adalah suka-rela; yang selalu dianggap oleh sesetengah orang sebagai hendak dibuat kerja itu pun elok kalau tidak mahu dibuat pun tidak mengapa. Ini adalah silap besar jika anggap seperti itu..
Ada juga misalnya Setiausaha yang bijak kerana mahu mengdeligasikan banyak kerja tertentu kepada orang lain (iaitu ahli-ahli biasa) tetapi diabaikan oleh ahli-ahli biasa berkenaan. Mengabaikan kerja yang telah diberikan oleh Setiausaha itu adalah juga termasuk sebagai tidak memelihara dan tidak menjaga amanah. Ahli-ahli biasa atau sesiapa jua pun yang telah diberikan kerja tetapi mengabaikannya, ingatlah maksud al-hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bazaar tadi akan padahnya.
Kita kena hargai nilai tandatangan kita masing-masing yang telah kita turunkan di dalam borang permohonan menjadi ahli PAS semasa kita membuat permohonan menjadi ahli itu dulu. Apabila kita telah tandatangani bersetuju menjadi ahli PAS (dalam borang permohonan menjadi ahli dulu) ia bermakna diri kita adalah secara rasminya adalah telah mengaku untuk menerima segala arahan kerja yang diarahkan oleh Setiausaha dan juga oleh mana-mana Pengerusi lujnah serta oleh mana-mana ahli Jawatankuasa sebagai ia adalah arahan rasmi daripada pihak mereka itu untuk kita laksanakan amanah yang diberi kepada kita untuk melaksanakannya..
Komited tanpa disuruh-arah
Bagi memastikan PAS berjaya mencapai matlamat perjuangannya maka setiap ahli hendaklah komited dengan sendirinya tanpa disuruh-arah; iaitu jangan sekali-kali diri kita seperti maksud peribahasa seperti pahat dengan penukul. Dari segi masa sekurang-kurangnya hendaklah memperuntukkan masa untuk digunakan bagi memikirkan apakah peranan diri sendiri masing-masing; iaitu bagi yang menyandang jawatan sekurang-kurangnya satu jam setiap hari hendaklah digunakan untuk PAS.
Bagi setiap ahli biasa di akar umbi pula peruntukkanlah masa sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari memikirkan apakah aktiviti atau program yang kita mahu PAS adakan, iaitu yang diri kita sendiri misalnya boleh menjadi pengelolanya dengan mengemukakan cadangan bertulis kepada Jawatankuasa atau Lujnah PAS Cawangan untuk mendapatkan kelulusannya. Dan juga apabila bertemu dengan para sahabat di mana-mana atau jiran yang seahli PAS, adakanlah syura, sekurang-urangnya membincangkan bagaimana mahu mengPasisasikan minda semua jiran agar mereka yang masih belum menjadi ahli PAS boleh mendaftar menjadi ahli, atau setidak-tidaknya agar mereka akan menyokong perjuangan PAS. Justeru setiap ahli perlulah memfostat ringkasan Perlembagaan PAS (yang dinukilkan di bawah) dan mengedarkannya kepada semua penduduk jiran sekampung datau setaman agar mereka semua dapat membacanya supaya mereka mengetahui apakah yang sebenarnya yang diperjuangkan oleh PAS..
Jangan buat alasan tiada masa. Orang yang suka memberi alasan bahawa ia tidak ada masa, sibuk dan sebagainya itu, yang sebenarnya ia adalah seorang yang masih bersifat belum lagi mempunyai kemahiran menguruskan masa iaitu time management bagi dirinya. Moleklah ahli-ahli yang masih lemah dalam hal menguruskan masa ini diberikan kursus sehari atau dua di markaz PAS. Gunakan markaz PAS sebagai tempat kurus diadakan. Janganlah menunggu jika ada peruntukan kewangan barulah hendak diadakan kursus kerana perjuangan kita adalah bernawaitu Lillahirobbil'alamiin. Malahan kursus seperti itu dan juga berbagai-bagai kurusus lain juga hendaklah dibuka untuk disertai oleh para pelajar dan juga dibuka kepada mereka yang bukan ahli PAS menghadirinya.
Penglibatan diri
Ada banyak aktiviti atau program yang anda sendiri sebagai ahli biasa PAS sepatutnya boleh uruskan (dengan mendapatkan kelulusan drpd. Jawatankuasa berkenaan terlebih dahulu) yang sepatutnya boleh diadakan di markaz atau di tempat-tempat lain. Demikianlah juga misalnya di bidang apa-apa jua aktiviti yang anda sendiri ingin laksanakan; maka anda berikanlah kesanggupan diri untuk menjadi pengelola untuk mengadakannya setelah pihak Jawatankuasa atau Lujnah memberikan kelulusan. Janganlah tunggu pihak atasan atau Lujnah yang kena rancang, kena buat itu dan kena buat ini barulah sesuatu program atau aktiviti itu dapat diadakan. Inilah caranya pada masa yang sama kita memajukan PAS iaitu diri kita sendiri walau pun kita hanyalah ahli biasa saja kena menjanakanya. Jangan tunggu pemimpin yang kena bagi idea kepada kita apa aktiviti yang hendak dibuat tetapi kita sendiri di pihak bawah sebagai ahli biasa hendaklah turut sama memberikan idea dan melaksanakannya. Dengan itu barulah akan dilihat oleh masyarakat bahawa PAS adalah sebuah parti politik yang sentiasa ada bergerak, hidup dan efektif.
Sebagai ahli PAS biasa, kita janganlah tunggu pihak atasan mahu buat sesuatu aktiviti atau program. Kita sendiri hendaklah mengemukakan idea kepada pihak Jawatankuasa atau Lujnah dan memohon agar idea kita itu diterima dan diluluskan. Jika diluluskan maka kita sendirilah pula membentuk Jawatankuasa Kecil-nya untuk melaksanakannya maka barulah PAS akan sentiasa ada-ada saja aktiviti atau programnya sepanjang masa di markaz khasnaya dan di mana-mana jua tempat lain amnya.
Satu perkara lagi yang amat penting yang kita jangan abaikan apabila kita menjadi ahli PAS ialah apabila kita menerima arahan atau diminta melaksanakan seperti tugas atau diminta memberikan kerjasama, sama ada besar mahu pun kecil kerja itu, walau pun kita hanyalah seorang ahli biasa saja iaitu tidak menyandang apa-apa jawatan pun, kita tiadaklah boleh menolak melainkan diri kita ada uzur syariei. Apabila kita menolak tanpa alasan yang munasabah atau sengaja dibuat-buat alasan untuk mengelak dan menolak itu, misalnya dengan mengatakan tidak ada masa, sibuk dan sebagainya yang sengaja direka-reka, ini bererti kita adalah mengkhianati Perlembagaan PAS itu; pada halnya kita adalah ahli kepada PAS itu yang mana kita telah pun menerima bahawa Perlembagaan tersebut adalah sebagai undang-undang kita.
Yang sebenarnya aspek masa itu, memang banyak kepada kita Allah Kurniakan, jika dilihat dari sudut berapa ramai jumlah ahli PAS. Jika seorang ahli boleh peruntukan 1 jam saja pun, kalau ada 100 orang ahli di sebuah kampung bererti kita ada masa 100 jam. Kalau sesuatu itu kita seorang diri saja yang hendak melakukannya, memanglah kita akan berhadapan dengan sentiasa saja tidak mempunyai cukup masa.

Perlembagaan PAS
Sebagai ahli kita kena fahami apa yang termasktub di dalam Perlembagaan PAS. Apabila tidak pernah pun membacanya dan kalau membacanya pun tetapi masih tidak faham, maknanya kita adalah dalam keadaan yang tidak mengetahui sepenuhnya apakah yang sebenarnya yang diperjuangkan oleh PAS.
Cuba kita teliti apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS itu, khususnya dalam Fasal 5 dan Fasal 6 yang berikut ini:
Fasal 5: Tujuan PAS ialah:
(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan
pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-
hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Memperjuangkan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Fasal 6: Usaha-usaha:

(1) Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah melalui
dakwah, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan.

(2) Memperjuangkn lslam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai
panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke-lslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

(3) Memupuk dan memperkuatkan ukhwah lslamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

(4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-
orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup lslam

(5) Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memper-baiki susunan serta
institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara untuk membela kepentingan umat lslam dan rakyat seluruhnya.

(5) Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau
pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

(7) Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal
dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

(8) Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang
tidak bercanggah dengan ajaran lslam.

(9) Memperjuangkan hak dan kepentingan umat lslam di negara ini tanpa
mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

(10) Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu erta badan-badan
lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

(11) Melakukan apa-apa juga usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan
dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

[Dipetik dari PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) PINDAAN
(1993), Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur, 1994, m.s. 2 - 4.].

Ada 11 perkara yang kita sebagai tiap-tiap seorang ahli PAS kena usahakan bagi merealisasikannya supaya menjadi kenyataan. Itulah Amanah yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS yang semua kita sebagai ahli telah pun diamanahkan oleh Perlembagaan PAS itu untuk menjayakannya. Apa maksud perkataan usaha?
Justeru segala arahan atau permintaan sama ada secara bertulis mahu pun secara lisan daripada mana-mana ahli Jawatankuasa atau Lujnah PAS, malahan daripada sahabat kita sendiri di kalangan ahli juga pun, itu semua adalah uasaha-usaha yang kita kena ambil tindakan menjayakannya. Bagi mereka yang berjawatan dalam parti kita kenalah fahamkan bahawa segala arahan, perminataan dan ajakan mereka itu, bukannya semua itu adalah arahan, permintaan dan ajakan oleh mereka itu adalah datangnya daripada si peribadi ahli Jawatankuasa atau Lujnah berkenaan tetapi ia adalah datangnya daripada perintah atau Amanah yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS itu sendiri kepada kita; untuk kita kena patuhi samada secara individu sebagai ahli mahu pun sebagai kumpulan mematuhinya.
Arahan, perintah dan ajakan tersebut yang sebenarnya juga adalah perintah yang datangnya daripada diri kita sendiri selaku ahli PAS kerana diri kita yang melantik mereka dan memberikan kepada ahli-ahli Jawatankuasa atau Lujnah itu mandat supaya mereka menjana dan menjalankan tugas mereka untuk kita bertindak berusaha dan mengusahakannya. Ramai ahli tidak faham dalam hal ini maka itulah sebabnya banyak markaz kelihatannya menjadi seperti maksud peribahasa: Hidup segan mati tak mahu itu.
Apabila kita enggan mematuhi perintah atau permintaan drpd. Stiausaha atau mana-mana ahli Jawatnkuasa atau ahli Lujnah PAS, maka itu bererti kita telah menyalahi perintah mereka dan sekali gus pula kita telah menyalahi semangat perintah atau de jure yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS itu sendiri.
Mengenai hal perintah, apakah yang dimaksudkan perintah? Mengenai perintah, prinsip dan pengajarannya memang ada terpapar di dalam Al-Qur'an, iaitu:
" Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci di sisi Tuhan-mu." [Al-Israa':38] - [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur'an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 686.]
Apa-apa saja yang diminta atau diarah oleh Setiausaha dan mana-mana ahli Jawatankuasa atau Lujnah kepada kita, itulah merupakan perintah. Adalah diharapkan tiada seorang pun ahli PAS yang tergamak menyalahi perintah. Bersikap sambil lewa, selalu menngatakan tak ada masa, cuai terhadap arahan dan/atau permintaan supaya bekerjasama dan mengabaikannya; juga adalah merupakan menyalahi perintah. Selama mana sesuatu perintah itu tidak menyalahi hukum syara', maka kita kenalah patuhi. Dalam sesuatu perjuangan kepatuhan kepada perintah, iaitu apa jua arahan atau permintaan oleh pemimpin mestilah ianya dipatuhi dengan bernawaitu, iaitu: Lillahirobbil'alamiin. Hanya dengan cepat-cepat bernawaitu begitu saja barulah datangnya keikhlasan di hati untuk melaksanakan apa saja kerja demi untuk menjayakan parti.
Merajuk bila ditegur atau dikritik
Kenapa ada sesetengah orang bila ditegur atau dikritik terus ia merajuk, atau ia pun terus menjauhkan diri sebagai memprotes akibat kerana ia ditegur atau dikritik itu?

Golongan yang suka merajuk dan terus menjauhkan diri atau memprotes secara senyap begitu, ia adalah golongan yang masih belum matang lagi sebagai seorang yang dewasa. Lebih-lebih lagi yang memprotes itu yang sebenarnnya ia adalah seorang yang sahsiahnya sedang mengindap sindrom inferiority complex. Ini adalah kerana ia selama ini adalah terbabas dari landasan kebenaran bahawa ia seharusnya bersyukur ke hadrat Allah SWT., kerana Allah telah Menggerakkan hati orang itu mahu menegur dan mengkritik dirinya itu. Sanggupnya orang atau sesiapa saja memberikan teguran atau kritik, yang sebenarnya ia adalah merupakan satu mekanisme atau cara di mana yang hal itu dapat membantu dirinya dapat secara percuma bagi ia sendiri boleh sedar dan boleh mengetahui kelemahan atau kekurangan yang ada pada dirinya yang selama ini (atau sebelumnya ia ditegur atau dikritik itu), yang dirinya itu tidak pun pernah pun menyedarinya.
Adalah amat silap apabila kita ditegur atau dikritik lalu kita pula terus melatah atau melenting dan anggap orang yang menegur atau mengkritik kita itu tadi adalah sebagai musuh di hati kita sedangkan yang sanggup menegur dan mengkritik kita itu ia yang sebenarnya adalah amat sayangkan diri kita. Di sebaliknya kita jangan lupa bahawa jika ia tidak mengkritik atau menegur, iaitu jika ia mendiamkan saja, biarkan saja kita dengan kelemahan serta kekurangan yang ada pada diri kita berterusan saja begitu, padahnya juga akan turut menimpa kepada diri orang yang tidak mahu mengkritik atau menegur itu sendiri pula. Ini adalah kerana sekiranya ia tidak menegur atau mengkritik itu, padahnya telah ada disebutkan dalam maksud sebuah al-hadis. Cuba kita fahami maksud al-hadis ini:
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Demi Allah yang diriku berada di tangan (dalam Kuasaan-NYA) hendaklah kamu menyuruh yang makruf dan melarang kemungkaran; jika tiada Allah akan menimpa ke atas kamu siksa-Nya, kemudian kamu berdoa kepada-Nya tetapi doa kamu tidak akan diperkenankan." [Hadis Riwayat Abu Daud.]
Maknanya apa? .... Maknanya orang yang menegur atau mengkritik kita itu ia adalah melaksanakan tanggungjawabnya kerana di dalam ajaran Islam (sebagaimana maksud al-hadis itu) ia adalah diperintah untuk menegur (atau mengkritik) dan jika ia tidak laksanakan perintah itu maka padahnya ialah dirinya sendiri pula yang akan kena tanggung seksanya serta doanya pula yang tidak akan diperkenan oleh Allah. Dengan sebab itu janganlah kita sangka bahawa diri kita yang sudah dewasa tidak boleh ditegur dan dikritik oleh sesiapa jika kita cuai, dan tidak melaksanakan tugas atau tanggungjawab atau engkar iaitu tidak mahu mematuhi perintah yang berkaitan dengan kepentingan parti kita; kerana tidak melaksanakannya itu juga adalah merupakan satu kemungkaran.
Bagaimanakah pula sekiranya ia diam saja, iaitu ia tidak mahu mematuhi perintah menegur yang terdapat dalam maksud al-hadis itu tadi? Pertamanya, sudah tentulah dirinya yang akan menerima padahnya sebagaimana padahnya yang tersebut dalam maksud al-hadis itu. Keduanya pula sudah tentulah dirinya tidak pasal-pasal boleh termasuk ke dalam golongan yang melakukan kejahatan yang dibenci di sisi Allah sebagai akibat kerana tidak mematuhi perintah Rasulullah s.a.w. yang termakstub dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud tadi.. Ini adalah kerana:
" Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci di sisi Tuhan-mu." [Al-Israa':38] - [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur'an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 686.]
Walau pun Ayat 38 dalam Surah Al-Israa' itu merujuk kepada Perintah-perintah Allah yang terdapat di dalam Ayat-ayat sebelum Ayat 38 itu, namun prinsip yang terkandung dalam Ayat 38 itu ialah ia adanya terdapat mengenai konsep perintah, yakni ada pengajaran mengenai hal yang berkaitan dengan bahawa apa jua perintah oleh pihak yang berkuasa yang kita terima dalam kehidupan kita ini, selama mana sesuatu perintah itu tidak melanggar hukum syara', kita jangan menyalahinya.
Siapakah pihak yang berkuasa itu? Apabila kita sudah menjadi ahli PAS maka pihak yang berkuasa itu ialah Ketua kita dan juga mereka yang kita telah berikan mandat menganggotai Jawatankuasa atau Lujnah dalam parti PAS. Dalam perkataan Jawatankuasa itu adanya perkataan kuasa yang maksudnya yang menjadi ahli dalam sesuatu Jawatankuasa itu dirinya adalah pihak yang berkuasa yang kita kena patuhi. .
Demikianlah latarnya jika kita semua mahu PAS menjadi satu wadah dan wahana yang sentiasa dinamik, aktif dan akan hidup, serta agar setiap markaz menjadi boleh berfungsi selaras dengan prinsip dan selogan (motonya) seperti visi, misi serta juga sebagaimana de jour yang sedia sudah ada terdapat di dalam Perlembagaan PAS kita itu. Dengan sebab itu Perlembagaan PAS itu sendiri semua ahli hendakl membaca dan menghayatinya. Demikikanlah juga ringkasan Perlembagaan PAS itu setiap ahli hendaklah memfotostat sebanyak-banyaknya dan mengedarkannya kepada mahajana

Lihatlah kebesaran Allah swt



sel kanser paru-paru



Lapisan pada otak



hujung rambut yg terputus



embrio manusia berusia 6 hari



vilus pada usus kecil



ovum dgn sel korona



sperma pada ovum



Sel darah merah

Blog murahan...PR kuasai Selangor sejak Jan 2008?

Heboh diperkatakan orang mengenai kewujudan blog membela Teo Beng Hock. Tapi apa yang sebenarnya hanya nak menyiarkan beberapa catatan atau rekod perbelanjaan bagi DUN Sungai Pelek.

Sesuai dengan namanya, beberapa fakta memang pelek. Apakah YB Ronnie Liu pernah menjadi ADUN Sungai Pelek sebelum Pilhan Raya Umum Ke-12? Semak baik-baik salinan penyata yang dimuatkan di blog berkenaan. Lihat dan semak tarikh-tarikh berkaitan. Pelek, memang pelek tapi mungkin tak pelek bagi SPRM..

Friday, July 24, 2009

Rahsia Budu

Budu sangat sinonim dengan masyarakat Kelantan. Dikatakan, hampir setiap keluarga di negeri itu mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka.

“Walaupun keluarga saya berketurunan Cina, namun kami selalu makan budu bersama ikan bakar dan ulam-ulaman,” akui Tan Chia Ying, 22.

Beliau yang tinggal di Kampung Panji, Kota Bharu, tidak malu mengaku makan budu sejak kecil. Keluarganya sering menyediakan budu yang diperah limau nipis dan dicampur cili api dan bawang.

“Bukan sesuatu yang ganjil sekiranya melihat masyarakat Cina di Kelantan makan budu. Malah ramai kenalan saya yang berketurunan Cina meminati budu,” katanya yang berkulit putih gebu.

Kartilawati Subari, 40, pula berkata, beliau sentiasa menyimpan bekalan budu di rumahnya untuk dihidangkan kepada keluarga.

Terang beliau, walaupun budu merupakan makanan tradisional namun ia mempunyai banyak khasiat tetapi kurang didedahkan.

“Budu dikatakan menyumbang kepada kecantikan dan awet muda,” ujarnya sambil tersenyum.

Bagi seorang usahawan, Mat Ismail, 57, permintaan budu yang tidak pernah putus itu adalah satu idea perniagaan yang hebat.

Pada tahun 1978, Mat mula membuat budu secara kecil-kecilan di belakang rumahnya di Kampung Geting, Tumpat dengan bermodalkan RM1,500. Beliau menubuhkan syarikat Perusahaan Warisan Ketereh dan menggunakan biji ketereh sebagai tanda niaganya.

Selepas 30 tahun, ternyata budu telah memberi banyak kebanggaan kepada beliau.

Ia bukan semata-mata kerana beliau kini tinggal di rumah banglo dan memandu kereta Mercedes Benz.

Sebaliknya, Budu Ketereh beliau menjadi budu pertama negara ini yang diiktiraf sebagai harta intelek. Kejayaan itu dicapai pada tahun 2007.

Berikutan pengiktirafan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) itu, Budu Ketereh kini dilindungi mengikut Akta Perlabelan.

Budu Ketereh juga digunakan oleh Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) untuk menghasilkan produk kosmetik.

Buat masa ini, Mat mempunyai sebuah kilang budu di atas tanah seluas 0.8 hektar dengan dibantu 40 orang pekerja.

SOS budu terhasil selepas enam bulan dibiarkan di dalam tong pemeraman.

Empat daripada lapan anaknya hasil perkahwinan dengan Kamariah Hussein, 45, turut melibatkan diri dalam perniagaan itu.

Menurut Mat, proses membuat budu adalah ringkas iaitu hanya mengunakan ikan bilis, garam dan gula.

Katanya, kerja memproses budu dimulakan dari bulan Jun hingga November kerana ia merupakan musim ikan bilis.

IKAN bilis merupakan ramuan utama budu.




ADAKAH rahsia kehalusan kulit wanita Kelantan kerana mereka mengambil budu setiap hari?

“Dalam tempoh tersebut, kerja-kerja pembersihan dan pengasingan ikan bilis dilakukan oleh pekerja di bahagian pelantar kilang yang dibina di tebing sungai sebelum diangkut ke darat.

“Ikan bilis itu digaul dengan garam dan diperam selama enam bulan di dalam tong gentian kaca atau dalam kolah yang diperbuat daripada simen,” katanya yang kini memiliki 20 buah tong gentian kaca berukuran 1.2 meter tinggi dan 2 meter lebar.

Khabarnya, Mat merancang untuk membeli 200 buah tong lagi.

Penggunaan tong gentian kaca disarankan oleh Sirim bagi meningkatkan kebersihan produk berbanding kolah simen.

Bulan Disember hingga Mei pula adalah masa untuk memasak, menapis dan membotolkan makanan itu.

Selepas budu dimasak, ia ditapis dan disejukkan selama beberapa jam sebelum dibotolkan menggunakan tenaga mesin dan manusia.

Secara purata, kilang Budu Ketereh mampu mengeluarkan 12,000 botol budu sehari untuk memenuhi pasaran di seluruh Malaysia.

Bekalan bilis makin kurang

Bagaimanapun, Mat mengakui kekurangan ikan bilis menyebabkan pengeluaran budunya agak terhad.

Secara purata beliau memerlukan bekalan ikan bilis sebanyak tiga hingga empat tan sebulan, namun bekalan yang diperoleh sejak kebelakangan ini sekitar satu tan sahaja.

“Saya terpaksa membeli ikan bilis dari Sabah untuk memenuhi permintaan.

“Ikan bilis di perairan negara kita semakin berkurangan dan pada masa yang sama banyak kawasan pulau telah diwartakan sebagai Taman Laut Negara,” katanya yang menambah budu yang baik bergantung pada kualiti ikan bilis yang dibekalkan.

Pada awal tahun ini, Mat membeli sebuah mesin pembungkusan baru berharga RM45,000 untuk memasarkan budu dalam bentuk peket.

Budu yang diusahakan oleh Mat Ismail merupakan budu yang pertama di negara ini yang dimodenkan penampilannya hasil bantuan Sirim dan Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC).

Menurut Mat, idea untuk memasarkan budu di dalam peket muncul selepas beliau mendapati kebanyakan produk seperti kopi segera kelihatan lebih moden dan ringkas apabila dipeketkan.

“Selain itu, budu yang disimpan di dalam botol agak sukar dipasarkan ke negara luar kerana ia tidak boleh dibawa dengan kapal terbang.

“Dengan pembungkusan menggunakan teknik lebih canggih, saya berharap Budu Ketereh mampu menembusi pasaran antarabangsa sedikit masa lagi,” katanya.

Mat berkata, mesin pembungkusan baru itu mengeluarkan budu dalam dua peket berbeza iaitu kandungan 20 mililiter dan 80 mililiter. “Dalam sehari mesin itu boleh mengeluarkan lebih 1,000 peket budu,” katanya.

Budu cerahkan kulit dan antipenuaan

RAUT wajah Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek kelihatan seperti gadis 20-an walaupun umur sebenarnya adalah 40 tahun.

Apabila ditanya rahsia awet mudanya, graduan dalam bidang pertanian dari Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, beliau pada mulanya menggunakan produk kecantikan terkenal.

“Namun kini saya beralih kepada makan budu setiap kali makan tengah hari dan makan malam,” katanya.

HAMIDAH menunjukkan produk kosmetik dengan jenama BK yang turut mengandungi budu.

Menurut Hamidah, dalam kajian yang dilakukannya selama dua tahun bersama 10 penyelidik Sirim yang lain, makanan tradisional itu mampu mengekalkan wajah muda seseorang.

“Proses penapaian budu menguraikan bahan organik kepada peptida dan asid amino yang menyumbang kepada rasa dan aroma lazat serta mempunyai nilai kosmetik.

“Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Semua ini berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.

“Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari,” terang beliau yang telah melakukan kajian makmal dan ujian ke atas 25 individu.

Sebahagian besar individu yang diuji mendapati wajah mereka semakin cerah, bintik jerawat berkurangan dan menyelesaikan masalah kulit berminyak.

Produk kosmetik budu Sirim terbahagi kepada tiga iaitu pembersih dan penyegar, krim kulit dan serum kecantikan kulit. Ia menggunakan jenama BK iaitu Budu Kelantan atau Budu Ketereh.



“Walaupun hanya satu peratus ekstrak budu digunakan sebagai bahan asas kosmetik tetapi ia berkesan kerana komponen itu sudah cukup untuk memberi khasiat kepada pemakainya.

“Malah kami kini mengkaji potensi tempe sebagai produk kosmetik,” katanya.

Hamidah berharap produk BK akan mendapat sambutan daripada pengguna kelak sebaik sahaja Sirim bertemu syarikat yang berminat untuk mengedarkannya. – MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

Wednesday, July 22, 2009

MIsteri kematian Teoh mengingatkan kita ttg Altantuya~LHS

Misteri kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Exco Selangor kekal sebagai misteri walaupun telah dikebumikan pada hari ke-5. Siasatan polis yang 60% selesai walaupun memberi jawapan kepada soalan tertentu pada peringkat awal, namun juga menimbulkan kesangsian baru yang sukar dijawab.

Pertikaian terhadap SPRM

Dakwaan pihak SPRM bahawa Teoh Beng Hock telah dibebaskan pada jam 3.45pagi, 16 Julai, dan Teoh meminta untuk tidur di pejabat mencungkil keraguan, antaranya:-

1. Sekira-nya Teoh telah di- bebaskan, mengapa dompet, telefon bimbit dan dokumen penting yang lain masih berada di tangan SPRM?

2. Selepas membebaskan Teoh, mengapa SPRM membiarkan Teoh bebas bergerak di pekarangan pejabat SPRM?

3. Mengapa Teoh tidak menghubungi saudara mara mahupun Ean Yong Hian Wah untuk menghantar khabar bahawa dia berada dalam keadaan selamat, tetapi memilih untuk terus tidur di pejabat SPRM?

4. Kereta Teoh berada di tempat meletak kereta. Mengapa Teoh memilih untuk tidur di pejabat SPRM, dan bukannya pulang ke rumah?

5. Mengapa SPRM tidak menghubungi keluarganya, atau EXCO Selangor dengan segera setelah mendapati kematian Teoh pada jam 1.30 tengah hari, 16 Julai?

6. Tan Boon Wah, Ahli Majlis Perbandaran Kajang yang turut disiasat dibenarkan pulang pada jam 1.35 tengah hari, 16 Julai. Teoh dikatakan mati pada pukul 8 pagi, ditemui mayatnya pada 1.30 tengah hari, namun Tan tidak mengetahui apa-apa ketika dibebaskan dari SPRM.

Pertikaian terhadap polis

1. Mayat Teoh ditemui pada jam 1.30 tengah hari, 16 Julai. Pegawai SPRM dikatakan telah mengenalpasti identiti Teoh pada ketika itu, namun mengapa polis gagal mengesahkannya, sehingga jam 5 petang?

2. Mengapa pihak polis Selangor "kembali" ke pejabat SPRM untuk mengumpul bukti, hanya pada hari ke-3 selepas tragedi kematian Teoh?

3. Mengapa polis mengambil telefon bimbit Teoh dari pihak SPRM pada hari keesokan tragedi berlaku, dan bukannya pada hari kejadian berlaku?

Laporan awal mencentus persoalan baru

Menurut siasatan peringkat awal, Ketua Polis Selangor Khalid Abu Bakar tidak menolak kemungkinan bahawa mendiang jatuh dari tingkat 14 yang menempatkan pejabat SPRM. Malah, laporan awal pakar patalogi mendapati bahawa Teoh meninggal dunia kira-kira 4 hingga 5 jam sebelum mayatnya ditemui di tingkat lima, koridor luar bangunan Plaza Masalam.

Dengan kata lain, Teoh mungkin meninggal dunia antara jam 7.30 atau 8.30 pagi, 16 Julai. Soalan yang ditimbulkan daripada ibu mendiang adalah, mengapa mayat Teoh tidak ditemui pada ketika itu (waktu pagi), sedangkan terdapat orang yang melalui tempat tersebut, pada hari yang bukan merupakan cuti awam?

Malah, seandainya Teoh jatuh dari tingkap tingkat ke-14, bahagian pejabat tersebut perlu dikenalpasti. Sama ada tempat di mana Teoh jatuh itu merupakan ruang tamu, pantri, bilik soal siasat, bilik mesyuarat dan sebagainya, adalah petunjuk penting dalam siasatan.

Kontradiksi hujah

Selain itu, hujah yang tidak selaras dan saling kontradiksi, terutamanya berkenaan telefon bimbit Teoh telah mengungkit pertikaian.

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching mendakwa bahawa SPRM telah berbohong dalam perkara ini. Teo Nie Ching memetik hujah Timbalan Pesuruhjaya SPRM Selangor, Abu Kassim Mohamed yang pada mulanya mendakwa SPRM telah memulangkan telefon bimbit, dokumen penting dan kunci kepada Teoh, selepas tamatnya soal siasat.

Namun, polis telah berjaya mendapatkan telefon bimbit Teoh daripada pihak SPRM, setelah perkara ini dipersoalkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat dan khalayak umum.

"Bunuh diri" dipertikai

Di samping itu, kemungkinan Teoh membunuh diri juga disanggah, terutama apabila keluarga Teoh memaklumkan bahawa mendiang merancang untuk mendaftar perkahwinan pada 17 Julai.

Pakar dalam bidang psikologi kriminal merangkap penyiasat persendirian, Loke ketika ditemuramah media cetak bahasa Cina, berkata orang yang bunuh diri biasanya akan meninggalkan warkah, mahupun wasiat, sebelum membunuh diri. Malah, secara umumnya, menurut Loke, orang yang memilih untuk membunuh diri tidak memakai kasut.

Teoh ketika ditemui mayatnya, dengan tangan kanan yang dalam genggaman, dan berpakaian kasut.

Terbunuh, dibunuh atau bunuh diri?

Walau bagaimanapun, sama ada Teoh dibunuh, terbunuh atau membunuh diri, soalan muktamad yang wajib ditanya dalam setiap kes kematian adalah, apakah motifnya?

Soalan ini tidak terjawab untuk banyak kes di Malaysia, dari kes kematian dalam lokap, sehinggalah kematian dalam hutan yang diletupkan dengan C4.

dipetik daripada blog Chegubard

Pemuda UMNO Subang memang biadap!

Sememangnya aku tak berapa gemar untuk melayari laman web UMNO dan konco2nya. Tapi takder kerja aku terlihat satu blog Pemuda Subang pada bahagian komennya. Cukup biadap dari segi bahasa. Aku tak nak citerlah. Tuan2 bolehlah baca sendiri.

Ini ada pertanyaan ttg cwng UMNO kat Subang Suria...

* harisfadzilah hashim on June 25th, 2009 12:29 pm

Assalammualaikum..tanya sikit subang suria ader cawangan tak ? kalau tak der nak join kat cawangan mana?…terima kasih.

Lalu Mamat ini jawab...

* Budak Tak Ada Cawangan on June 25th, 2009 3:03 pm

Subang Suria? tak penah dengo pung
apa nak susah, kau bukak je cawangan umno subang suria kat situ. kau kompol aje 50 orang yang tak penah jadi ahli umno, kau mintak diorang isi borang jadi ahli, lepas tu kau submit kat bahagian. pastikan 50 orang tu memang tak pernah jadi ahli. cara nak pastikan, kau pegi kat sini : http://www.daftar.umno.org.my
kalau kau ada apa-apa masalah berkaitan penubuhan cawangan (bukan masalah duit), boleh lah gi tanya kat tuan setiausaha bahagian tu.
pas dah jadi ahli dan ada cawangan sendiri, pepandailah tarik penduduk lain jadi ahli atau sokong kerajaan ameno/bn. jangan contohi cawangan-cawangan ameno peminta sedekah yang belambak kat subang ni



Tapi mod laman ini iaitu
tunmaharezza on July 2nd, 2009 10:52 am

menjawab...dgn bhs yg...

slm semua :
kpd budak x ada cawangan…..
” jangan contohi cawangan-cawangan ameno peminta sedekah yang belambak kat subang ni ”
1.sungguh terkilan dan malu saya apabila membaca ayat ini……..sungguh hina penyataan u kpd cawngan x2 umno nih…..i terfikir..apakah ini mentaliti yg umno mahukan..?
2.apakata u klu saya katakan kpd sdr harisfazilahhashim dgn ayat spt berikut…”
” jgn mencontohi penjilat pembodek mcm hhanjhing terkena wabak h1n1 tuh …penjilat pembodek tiada maruah harga diri + bangsat kurap panau spt ini yg hanya tau menjilat membodek pemimpin tertentu dan menghina org lain hanya merosakan parti aja ”
3.jika u berterusan merosakkan pemuda umno subang dgn cara politik picisan murahan u nih…i takkan teragak agak utk bersemuka dgn tuan komander u dan i akan pastikan identiti dan percaturan politik ala dajal kamu nih diketahui org lebih ramai org…u pun tau..i x rugi apa apa…yg rugi nanti..adalah u ..tuan komander u ….dan platoon u…
4.klu dah rasa diri u hebat sgt…bagilah produk politik yg dpt pemuda subang mendapat manfaat….buktikanlah kehebatan u tuh….dgn cara ini…bukan dgn cara merosakkan produk org lain….klu takat merosakkan produk org lain dan seterusnya membanggakan diri dgn produk sendiri yg kualiti murahan tuh…x yah lah…tu bukan hebat……itu musibat namanya………
5.klu u rasa cawangan umno tu peminta sedekah….u katakan kpd mereka secara berdepan…itu pon klu u berani la….klu u jantan la…..takat hina kat mereka dgn nama samaran tuh….sapa sapa pun boleh….i cabar u….beranikan diri.,..jgn jadi jantan bersuara separuh pompuan….cis….
sifat pejuang umno dulukala….
berjuang demi anak bangsa…
sikap penjilat umno hari ini…..
berjuang utk rosakkan bangsa…
sekian………..

Sila Klik

Pages