Web TVPas


Wednesday, December 30, 2009

Aksi Lawak Bodoh 2009...saksikan

Berikut adalah himpunan aksi lawak bodoh sepanjang tahun 2009.Aksi lawak bodo berani mati ini menggunakan modus operandi yang sama serta font yang sama pada kain rentang. Bukan calang-calang manusia yang mendapat peluang berdemo tanpa air asid ataupun bom beracun.Cuma manusia terpilih sahaja yang mendapat nikmat seperti itu.Sebab itu kita dapati tidak ramai yang dapat beraksi dalam setiap episod lawak bodo yang dilakonkan. Paling ramai 40 orang sahaja yang bernasib baik untuk menyertai lakonan lawak bodo ini.Namun jumlah itu akan menjadi 40,000 orang apabila diberitakan secara superimpose oleh media-media monyet dan ungka untuk sebaran di seluruh belantara.Ini selaras dengan konsep 1Malaysia yang cuba dikomersilkan,asal nampak nombor 1 saja,terus disuperimposekan dengan menambah perkataan Malaysia di bawahnya.

Jangan mimpi untuk kita menyaksikan adegan polis kejar mengejar dalam siri lawak bodo ini. Dengan keistimewaan yang dianugerahkan itulah wajar kita menganugerahkan mereka Raja Lawak Bodo 2009.biaqpila.blogspot.com



Saturday, December 26, 2009

Nak kenal ore Kelate Murtad?

Rakyat Kelantan terkenal dengan "ketaksuban" mereka dengan budaya mereka. Mereka berada di seluruh pelusok Malaysia. Bahkan di seluruh dunia. Mereka akan membawa budaya mereka ini di mana sahaja mereka berada. Antara budaya-budaya yang "amat keramat" ialah budu , loghat percakapan mereka dan kesatuan komuniti mereka.


Tentang budu, mereka sanggup pikul gelen budu masuk ke perut kapal terbang jika mereka merantau jauh atau balik dari bercuti di kampung halaman. Begitu juga "kecek" mereka. Mereka tetap amalkan loghat mereka di mana jua berada. Bahkan ramai rakan-rakan mereka dari negeri lain terikut-ikut dengan "kecek Kelantan". Malah ada rakyat Mesir dapat bercakap loghat Kelantan hasil pergaulan dengan pelajar Kelantan di Mesir. Begitu kuat pengaruh budaya mereka.


Kesatuan komuniti rakyat Kelantan juga tinggi. Lihatlah semasa Final Piala Malaysia 2009. Ramai rakyat Kelantan yang tinggal, bekerja dan belajar di sekitar Lembah Kelang "turun" ke Stadium Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan.


Sifat budaya kesatuan komuniti ini di bawa oleh mereka bertujuan untuk tolong menolong dan saling bantu membantu. Jika orang Cina boleh wujudkan "China Town" di seluruh dunia, orang Kelantan juga telah mewujudkan "Kelantan Village" di seluruh negara.


Dengan 3 aspek budaya di atas tadi iaitu budu, loghat dan kesatuan melahirkan orang Kelantan yang berjiwa bebas, merdeka, punya jati diri , bijak berpolitik, sayang dan kasih kepada negeri mereka.


Mana-mana orang Kelantan yang "menjauhi" dari 3 aspek budaya itu, akan dipinggirkan dan di gelar sebagai "Ore Kelate ye murtad" ! Jika ada orang Kelantan yang "kecek bahasa luar" sesama sendiri akan mendapat label "murtad". Begitu juga yang tidak bergaul dengan komuniti sendiri dan mengutuk dan tidak membela negeri sendiri juga bakal di gelar demikian.


Dalam kes royalti, suatu sikap yang aneh lagi pelik apabila ada orang Kelantan tidak "satu hati" menuntut hak negeri mereka sendiri. Alangkah peliknya nama-nama besar seperti Awang Adek, Mustafa Mohammad, Ibrahim Ali dan Anuar Musa "bersungguh-sungguh" menafikan hak Kelantan mendapat royati minyak.


Mereka semua punya pengaruh di Putrajaya. Mereka juga anak jati Kelantan. Mana dia sifat jati diri, kesatuan komuniti dan sayang kepada bumi kelahiran ?


Berlainan isu pampasan Empangan Pergau tahun 1991 dahulu. Semua rakyat Kelantan "satu hati" menyokong tuntutan TG Nik Aziz terhadap pampasan dari TNB.


Kalau Ahmad Maslan maupun Samy Vellu menentang hak royalti Kelantan, itu bukannya suatu yang pelik. Tetapi ini mereka adalah anak kelahiran Jeli, Bachok, Melor dan Pasir Mas. Bukan lahir kat Sungai Siput !


Mungkin pembesar-pembesar Kelantan ini sudah lama tidak makan budu, kecek bahasa luar dan asyik bergaul dengan orang Kuala Lumpur. Inikah orang Kelantan yang "murtad" ?
http://tokpepijat.blogspot.com/

Thursday, December 24, 2009

Lim Guan Eng disiasat

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan dipanggil memberikan keterangan berhubung ucapannya dalam Kovensyen Pakatan Rakyat 19 Disember lalu mengenai punca kematian mantan Setiusaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, ia dibuat rentetan satu laporan polis yang dibuat sabtu lalu terhadap Guan Eng kerana menyatakan Beng Hock dibunuh.

“Kita sudah menerima laporan polis yang mengatakan Lim Guan Eng ada menyebut pada Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini ada menyebut dalam ucapannya bahawa Teoh Beng Hock dibunuh.

“Kita akan membuka kes di bawah akta hasutan,” katanya.
Khalid berkata, siasatan akan dilakukan di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat 5, Plaza Masalam, pada 16 Julai lalu, beberapa jam selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Inkues kematiannya yang ditanguhkan buat kali kedua selepas bedah siasat kedua ke atas mayat mendiang dibuat, ditetapkan pada 7 Januari depan.

Bedah siasat kali kedua ke atas mayatnya dibuat setelah Pakar Patalogi dari Thailand, Dr. Pronthip Rojanasunand yang dilantik Kerajaan Negeri Selangor mendedahkan 80 peratus kemungkinan mendiang dibunuh.

Pastpjp : Syabas PDRM! Cepat, betul dan mesra dalam bertindak. Sepantas kilat yang menyambar..tapi..kalau kena kat UBN dan konco2nya..perlahan-lahan mcm kura-kura ataupun cam siput babi... kalau ginilah trend yang diamalkan oleh PDRM..Tunggulah PRU ke-13 nanti...

Monday, December 21, 2009

Pergolakan baru BN di Pulau Pinang?~ harakahdaily

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 20 Dis: BN PULAU PINANG semalam dilaporkan bergolak apabila Umno negeri menuntut jawatan Pengerusi BN yang disandang Gerakan sejak 35 tahun dahulu.

Menurut Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, tuntutan itu sesuatu yang wajar memandangkan Umno mempunyai Adun terbanyak di peringkat BN negeri, iaitu 11 orang dan tiada wakil dari kompenen BN yang lain.

Zahid yang juga Menteri Pertahanan menegaskan bahawa Umno layak mempengerusikan BN kerana hanya Adun Umno sahaja memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.

Ekoran itu, Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mempersoal permintaan Zahid yang didakwanya sudah jelas dipersetujui bersama.

"Mengapa kita perlu membangkitkannya semula apabila amat jelas bahawa apa jua perubahan tidak akan dipersetujui oleh Gerakan," soal Koh sebelum merasmikan Kem Kepimpinan Remaja di Pulau Pinang.

Jelas Koh lagi, aturan mempengerusikan BN bukan sahaja kehendak Gerakan, malah diakui sendiri oleh Majlis Tertinggi BN pada pertengahan tahun ini.

Koh turut menasihatkan Ahmad supaya tidak membangkitkan soal perjawatan itu lagi.

Mendengar nasihat Koh, Ahmad kemudiannya turut menasihatkan para pemimpin Umno semua peringkat supaya tidak membangkitkan isu tuntutan Umno mempengerusikan BN Pulau Pinang menggantikan Gerakan lagi.

Menurut Ahmad, pergelokan dalaman itu bukan sahaja merugikan parti-parti komponen dalam BN, malah mampu merosakkan imej BN di mata masyarakat Pulau Pinang sendiri.

Dalam perkembangan berkaitan, dipercayai Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Ahmad dan Koh tidak membangkitkan isu tersebut dalam media massa.

Najib yang juga Pengerusi BN Nasional dikhabarkan akan membincangkan konflik Ahmad-Koh dalam suatu mesyuarat bersama dalam masa terdekat.

Pun begitu, sumber tersebut menafikan bahawa Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang pernah mengatakan 'orang Cina sebagai Pendatang' sebelum ini, sebagai punca desakan dalaman dalam Umno sendiri.

Pergolakan tersebut dijangkakan turut mencetuskan 'konflik kepentingan' di peringkat nasional kelak.

TGNA berasa berada dalam dunia baru ~ Malaysianinsider

SHAH ALAM, Dis 20 — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, salah seorang pemimpin yang menyampaikan ucapan penutup pada Konvensyen Pakatan Rakyat semalam, menyifatkan beliau seolah-olah berada di dunia baru ekoran kerjasama PAS, DAP dan PKR.

Selepas pengalaman berada bersama Umno dan Barisan Nasional (BN) kira-kira empat dekad lalu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata beliau kini merasai suasana yang berlainan.

"Saya rasa berada dalam dunia baru, sesuai dengan pengajian dan akidah saya," kata beliau yang muncul julung kali bersama Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh di pentas yang sama di auditorium MBSA.

Karpal juga menyampaikan ucapan penutup.

Menurut Nik Aziz, sebelum ini PAS pernah bersama BN tetapi kemudian dikhianati oleh Umno.

Dalam ucapan ringkasnya Nik Aziz menambah beliau merasa jijik dengan Umno apatah lagi selepas Perak yang sebelum ini di bawah Pakatan Rakyat diambil kembali oleh BN.

Bagaimanapun, beliau berkata mudah-mudahan tidak ada karenah yang bakal dihadapi PAS semasa bersama Pakatan Rakyat.

Nik Aziz merupakan antara pemimpin kanan menentang sebarang kerjasama antara PAS dan Umno-BN untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

Beliau membangkitkan bantahannya itu di muktamar PAS dan juga baru-baru ini dengan menggesa agar diadakan muktamar agung khas bagi memilih semula barisan kepimpinan.

Pakatan Rakyat, ikatan DAP-PAS-PKR mengadakan konvensyen sulung di sini semalam dan meluluskan dasar yang berteraskan empat pegangan utama.

Empat pegangan teras itu ialah Demokrasi Telus dan Tulen, Memacu Pertumbuhan Ekonomi Makmur, Lestari dan Adil, Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan dan Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara.

PR dikatakan merangka dasar ini untuk menghayati dan melaksanakan agenda politik baru dengan menggembleng rakyat pelbagai kaum menjelang pilihan raya umum akan datang.

Teras Demokrasi Telus dan Tulen memfokus pada soal negara perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, pemisahan kuasa dan sistem pilihan raya yang bersih, bebas dan adil manakala teras Memacu Pertumbuhan Ekonomi Makmur, Lestari dan Adil, Keadilan Sosial akan memberi tumpuan kepada aspek pertumbuhan lestari dan pembangunan hijau, ekonomi demokratik dan telus, ekonomi kemahiran tinggi, dasar afirmatif berdasarkan keperluan, tenaga kerja, jaringan perlindungan sosial, perumahan, prasarana dan kemudahan awam dan alam sekitar.

Dalam pada itu, teras Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan pula menyentuh aspek perpaduan, agama, pendidikan, wanita, belia, keselamatan, kesihatan dan kebudayaan. Teras keempat Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara akan menyentuh sistem persekutuan, Sabah dan Sarawak dan dasar luar negara.

Ia diluluskan oleh 1,500 perwakilan dengan mengangkat tangan.

Dasar tersebut kemudian ditandatangani oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat PKR, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) dan Lim Kit Siang (Pengerusi DAP).

Thursday, December 17, 2009

Saman Tg Fakhry ke atas pemangku Raja

Tengku Muhammad Fakhry Petra tidak boleh mencabar keputusan kekandanya, Tengku Muhammad Faris Petra iaitu Pemangku Raja Kelantan, yang melucutkannya daripada senarai bakal pewaris takhta, demikian Mahkamah Tinggi diberitahu pada hari Rabu.

Peguam Persekutuan Kanan Datin Azizah Nawawi berkata mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mengadili isu berkenaan kerana keputusan Pemangku Raja melucutkan keanggotaan Tengku Muhammad daripada Majlis Perajaan Negeri Kelantan, adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan.

"Kami menggesa mahkamah ini untuk menolak permohonan mendapatkan kebenaran berasaskan kepada prerogatif Pemangku Raja mengikut Perkara 5 Perlembagaan Kelantan mengenai pelantikan dan pembatalan anggota Majlis adalah tidak boleh diadili," kata Azizah.

Beliau membantah permohonan bagi semakan penghakiman yang difailkan oleh Tengku Muhammad Fakhry, 31, bagi membatalkan keputusan Tengku Muhammad Faris pada 16 Sept lepas dan satu deklarasi bahawa pembatalan itu adalah bercanggah dengan Perkara 7 Perlembagaan Kelantan.

Dalam permohanan itu, Tengku Muhammad Fakhry turut memohon perintah daripada mahkamah yang menghendaki Tengku Muhammad Faris untuk mengembalikan keanggotannya dalam majlis dan satu perintah certiorari bagi membatalkan pelantikan lima anggota majlis itu.

Tengku Muhammad Fakhry, putera ketiga Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra, menamakan Pemangku Raja, Setiausaha Majlis Perajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Kelantan sebagai responden pertama, kedua dan ketiga.

Lima responden lain ialah Datuk Hashim Yusoff, Datuk Tengku Salwah Sultan Yahya Petra, Datuk Sukri Mohamed, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh dan Kol Dr Mohammad Razin Kamarulzaman.

Menurut Perkara 5 Perlembagaan Kelantan, majlis itu bertanggungjawab untuk menentukan bakal pengganti Sultan dan memastikan sama ada wujud kekosongan ekoran ketiadaan pemerintah negeri lebih dari setahun.

Tengku Muhammad Faris selaku Tengku Mahkota Kelantan, dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan berikutan kegeringan Sulan Kelantan pada 24 Mei lepas.

Dalam penghujahannya hari ini, Azizah berkata istilah "Duli Yang Maha Mulia" dalam Perlembagaan Kelantan meliputi Pemangku Raja dan sehubungan itu, Pemangku Raja mempunyai budi bicara mutlak mengenai isu pembatalan pelantikan kepada Majlis mengikut Perkara 7 perlembagaan negeri.

"Prerogatif seumpamanya hanya boleh dilakukan oleh Duli Yang Maha Mulia sendiri dan dengan itu tidak boleh diadili," katanya.

Peguam K. Shanmuga, yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry berhujah bahawa Pemangku Raja tidak berkuasa penuh memandangkan baginda tidak dilantik Sultan tetapi oleh Majlis Perajaan pada 2001 apabila Sultan gering.

Beliau berkata Pemangku Raja tidak diberi kuasa untuk melaksanakan fungsinya sebagai Sultan bagi melucutkan Tengku Muhammad Fakhry daripada majlis, dan dengan bertindak sedemikian, wujud perampasan kuasa oleh Pemangku Raja.

"Oleh yang demikian, membenarkan Pemangku Raja untuk meminda komposisi majlis dan mengubah pelantikan yang dilakukan Sultan mengizinkan Pemangku Raja untuk mewujudkan tribunal yang baginda sendiri menjadi hakim, dan sedemikian menjadi faktor penentu keupayaan baginda untuk mengambil alih takhta," katanya.

"Pemangku Raja adalah waris yang pertama akan mewarisi takhta Kelantan tetapi pewarisannya itu tidak automatik, jika beliau tidak disahkan, adinda baginda Tengku Bendahara sebagai pewaris takhta kedua adalah layak, dan jika ini tidak dilakukan, maka pemohon Tengku Temenggong adalah waris selanjutnya yang akan mewarisi takhta," katanya.

Shanmuga semasa berhujah bahawa perkara itu boleh diadili, berkata: "Ini merupakan kes baik untuk diperdebatkan kerana Pemangku Raja tidak diberi kuasa untuk membuat keputusan yang dipersoalkan."

Beliau turut membangkitkan isu bahawa jika Pemangku Raja dibenarkan untuk melaksanakan kuasa budi bicara, sama ada baginda dikehendaki untuk membenarkan pewaris membela diri sebelum membuat sebarang keputusan dan alasan keputusan itu diambil.

Dalam kes ini, Shanmuga berkata tiada alasan diberikan oleh responden kepada Tengku Muhammad Fakhry akan alasan pelucutan tugasnya daripada majlis itu.

"Dihujahkan di sini bahawa penentuan sama ada eksekutif telah melaksanakan kuasanya mengikut yang diperuntukkan undang-undang atau tidak, adalah satu perkara yang Mahkamah Tinggi boleh putuskan," kata peguam itu.

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof menetapkan 31 Disember untuk membuat keputusan.
BERNAMA

PAstpjp : Mengikut ceritanya, ada konspirasi utk menabalkan Tg Fakhry sebagai pemangku raja selepas Sultan gering. Ini untuk meneruskan legasi bondanya untuk menguasai tampuk pemerintahan Kelantan. Tetapi dgn kuasa Allah Taala Tg Muhd Faris Petra telah berjaya dilantik sbg pemangku. Selepas pelantikan itu, baginda telah memecat ADO dan DO-Do yang bersekongkol menyapu dan songlap duit rakyat di Kelantan. Keadaan ini menimbulkan rasa cemas dan tidak puas hati di kalangan pihak yang selama ini hidup mewah dgn pelbagai projek D'R...yang dijalankan di setiap jajahan di Kelantan. Kemuncaknya penyambung legasi iaitu Tg Fakhry yg terpalit dgn isu Manohara Pinot telah dipecat oleh Tg Faris dalam Majlis Perajaan negeri Kelantan. Majlis ini terdiri daripada kerabat di raja dan mempunyai peluang untuk menjadi sultan atau sekurangnya sbg pemangku raja tetapi tindakan yg bijak dan cepat Tg Faris telah mengubah segala-galanya. Oleh itu Tg Fakhry yg tidak berpuas hati telah membawa kes ini ke mahkamah. Tetapi spt yg sedia maklum pemangku raja amat berhak atas segala tindakan mengikut perogratif dalam undang Tubuh negeri Kelantan. Kalau dulu pejabat jajahan seolah-olah berkonfrontasi dgn Kerajaan Negeri..sehingga gambar Tg Nik Aziz tidak pun dipamerkan di pejabat tersebut tetapi kini sudah berubah segala-galanya. Syukur..sumber (pelbagai sumber)

Tuesday, December 15, 2009

Bajet sulung...Najib hampir tertewas


Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, Dis 15 — Bajet 2010, belanjawan sulung yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak selepas dilantik sebagai Perdana Menteri April lalu, diluluskan dengan perbezaan undi amat tipis oleh Dewan Rakyat lewat malam tadi.

Bacaan kali ketiga diluluskan dengan 66 menyokong manakala 63 menolak — menjadi ujian kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Difahamkan ini kali pertama satu bajet diluluskan dengan perbezaan undi yang tipis, di mana jika ditolak boleh membawa implikasi negatif terhadap kerajaan pimpinan BN.

Pembangkang menganggap ia sebagai satu "kejayaan besar" buat PR yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga dikatakan hampir 'berjaya' untuk menumbangkan kerajaan BN.

The Malaysian Insider difahamkan pemimpin tertinggi kedua-dua BN dan PR telah segera mengarahkan tindakan tegas diambil ke atas wakil-wakil mereka yang tidak berada di Parlimen malam tadi.

Berdasarkan amalan kerajaan demokratik, jika bajet tidak diluluskan ia boleh dianggap sebagai keputusan undi tidak percaya terhadap kerajaan semasa, sekali gus membuka laluan kepada pembentukan kerajaan yang baru.

Sebelum undian bacaan kali ketiga berlangsung, bajet itu diluluskan dengan perbezaan satu undi ketika ia melibatkan perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri — kementerian terakhir di peringkat jawatankuasa kali ini.

Pakatan pernah mempertimbangkan pendekatan ini ketika membahaskan Bajet 2009 tahun lalu selepas usaha projek 16 September Anwar gagal.

Perkembangan itu dikatakan telah mencetuskan suasana cemas di Parlimen malam tadi sehingga Najib terpaksa bergegas ke Parlimen untuk mengambil bahagian dalam sesi pengundian.

Turut mengambil bahagian dalam undian bacaan kali ketiga ialah Najib yang dilaporkan bergegas ke Parlimen selepas berucap pada majlis makan malam sempena ulang tahun ke-90 Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa di sini malam tadi.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga bergegas ke Parlimen dari lokasi majlis tersebut.

Kini, BN mempunyai 137 wakil di Dewan Rakyat manakala PR 82 manakala tiga yang lain adalah Bebas.

Dewan Rakyat ditangguhkan kira-kira 11.15 malam tadi selepas bacaan kali ketiga diluluskan.

Najib membentangkan Bajet 2010 bernilai RM191.5 bilion yang mengandungi tiga strategi utama iaitu untuk memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan, dan mengutamakan kesejahteraan rakyatpada 23 Oktober lalu.

Najib dalam bajet sulungnya sebagai Perdana Menteri yang bertemakan 1 Malaysia, Kemakmuran Bersama memperuntukkan RM138.3 bilion atau 72.2 peratus untuk perbelanjaan mengurus dan RM53.2 bilion atau 27.8 peratus untuk perbelanjaan pembangunan.

Peruntukan belanjawan 2010 ini merupakan pengurangan sebanyak 11.2 peratus berbanding dengan jumlah peruntukan belanjawan 2009 sebanyak RM215.7 bilion.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub ketika mengulas perkembangan tersebut berkata ia menunjukkan bahawa kehadiran PR semakin dirasakan.

"Kehadiran kami dirasakan... kami telah menunjukkan satu indikator penting malam ini (malam tadi)," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS kepada The Malaysian Insider.

"Keputusan (dengan perbezaan) satu undi di peringkat jawatankuasa dan tiga undi di peringkat bacaan kali ketiga telah memberi satu keyakinan bahawa kami boleh melakukan sesuatu yang signifikan di Parlimen... bahawa PR menjadi pakatan alternatif yang serius," katanya lagi.

"Kalau mengikut amalan House of Commons, jika bajet (2010) ditolak bermakna wujudnya undi tidak percaya terhadap kerajaan semasa," katanya.

Jawatankuasa buat Kementerian Kementerian Dalam Negeri adalah yang terakhir sebelum dibacakan kali ketiga.

Difahamkan suasana cemas itu bermula sebaik sahaja selesai sesi penggulungan peringkat Kementerian Dalam Negeri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Seperti lazimnya, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggunakan kaedah meminta suara ahli sama ada bersetuju ataupun menolak.

Memandangkan kehadiran anggota Dewan Rakyat kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang selalu tidak penuh, maka Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng mengesyorkan agar undi belah bahagian dijalankan.

Ketika syor itu diluluskan kehadiran wakil rakyat PR dilihat begitu ramai berbanding BN.

Apabila pengundian dijalankan ke atas perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri, ia diluluskan dengan 64 menyokong manakala 63 menolak.

Situasi yang sama berulang semasa pengundian bacaan kali ketiga dilangsungkan atas permintaan Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M. Kulasegaran agar undi belah bahagian dijalankan.

Kali ini Bajet 2010 diluluskan dengan 66 menyokong manakala 63 menolak.

Monday, December 14, 2009

Kaji semula ucapan "Salam 1Malaysia"

KOTA BHARU, 14 Dis: Selepas Islam Hadhari tenggelam bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi, kini rakyat digalakkan melakukan perbuatan bidaah (tidak menjadi amalan Nabi Muhammad saw) apabila dipaksa melafazkan ucapan 'Salam 1Malaysia’.

Ulama menjelaskan ucapan seperti itu merupakan satu perbuatan bidaah dan tidak ada dalam Islam.

Malah, kata mereka ucapan itu seperti mempersendakan Islam yang menganjur umatnya melafaz ucapan 'assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh'.

Sehubungan itu, ia perlu dikaji semula dan pandangan dari para ulama yang adil perlu diambil untuk menilainya.

Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Mohamad Mustafa berkata, ucapan Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpangkal kepada tuntutan agama.

"Rasulullah saw tidak pernah mengajar 'Salam 1Madinah ketika baginda mula-mula menegakkan kerajaan Islam selepas diusirkan kafir Quraisy dari Mekah.

“Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur kepada amalan Islam berilah salam yang sempurna. Ini sesuatu yang cukup memalukan umat Islam di negara ini," katanya.

Ucapan Salam 1Malaysia kini seperti menjadi peraturan yang diwajibkan pembaca berita di media elektronik di negara ini. Ucapan itu dilafazkan ketika awal dan akhir membaca berita.

Bagaimanapun ramai ulama yang mencari makan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menegur perbuatan tersebut biar pun ia jelas bercanggah dengan Islam.

Begitu juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membisu. Beliau sebelum ini dilihat lebih cepat mengkriitik dan mempersendakan pemimpin PAS.

Mohamad yang juga Adun Demit turut meluahkan rasa curiga terhadap slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kerana dalam ajaran Islam mestilah Allah swt didahulukan dalam segala hal.

Katanya juga, tauhid amali tidak dilaksanakan kerajaan BN sejak menerajui negara ini pada 1957.

“Dari segi dasar pemerintahan negara, Islam tidak dimartabatkan sebab Allah swt tidak didahulukan, bahkan Islam kerana hak Allah swt tidak ditunaikan.

“Mereka telah mensyirikkan Allah SWT dengan menduakan sistem dalam melaksanakan undang-undang. Inilah yang dinamakan sebagai syirik nasional,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, konsep 1Malaysia yang dilaungkan perdana menteri sekarang sekadar mengajak rakyat bersatu di atas dasar seperti diamalkan di United State America.

Sedangkan kata beliau penyatuan sebenar bagi umat Islam berdasarkan kepada tauhid.

sumber :harakahdaily

Pastpjp : sebenarnya amalan menyampaikan ucapan ini selalu kedengaran melalui corong-corong radio dan TV oleh juruhebah yang bertugas. Saya juga amat terkeliru dengan ucapan yang disampaikan ini sehingga terfikir di hati saya..adakah ini ajaran dan amalan nabi Muhammad saw? Bila fikir2 punya fikir..patutlah itukan UMNO boleh bikin punya...

Saturday, December 12, 2009

UMNO dulu, kini dan selamanya ...perkauman

Oleh : tok-pepijat
Pelbagai pihak pro-Rasis UMNO mula menyalak menuntut MP Taiping Nga Kor Ming menuntut maaf. Antaranya PERKASA dan GPMS. Bagi mereka seolah-olah Nga Kor Min buat satu "dosa besar" kepada umat Islam. Dosanya cuma tanya tentang peruntukan bina masjid dan peruntukan rumah ibadat ugama lain. Buat seketika media-media barua perkauman UMNO pun "menghembus-hembus" bara agar menjadi api, api perkauman ! Celakanya UMNO !

Dan buat seketika UMNO diangkat seolah-olah sebagai pejuang ugama ! Dalam isu Nga Kor Ming ini, silapnya mungkin "ayat" nya (teknikal) sahaja atau diputarbelitkan oleh media barua UMNO. Kebetulannya pula Nga Kor Ming dari DAP. Bersoraklah puak UMNO dapat "mangsa" baru untuk "diratah" buat santapan UMNO, perkauman. UMNO perlu makanan ini untuk hidup!

Keikhlasan MP Taiping ini tidak perlu dipertikaikan. Beliau lulusan UIA. Mengkaji Islam sejak bersama MB Nizar dalam kerajaan PR Perak. Mungkin silapnya ayat pertanyaan yang boleh diputar belit oleh media.

Jika beliau tersilap, rekod DAP adalah senang secara terbuka mohon maaf. Lagipun rekod "paling jahat" DAP dibuat oleh KM Pulau Pinang 10 tahun dulu. Apa dia kejahatan KM itu ? Membela gadis Melayu yang dirogol oleh KM UMNO hingga beliau terpaksa jadi warga Penjara Kajang.

Berbalik kepada UMNO, kita merasa pelik bin ajaib mengapa begitu bersungguh UMNO "membela" Islam ? Rekod UMNO selama 52 tahun perintah Malaysia, sememangnya UMNO celaka! UMNO umpama ayam jantan yang berkokok tapi ekornya berlumuran tahi ! Berkokok sana sini kononnya "bela" Islam dan Melayu, tapi dalam masa yang sama menjahanamkan Islam dan Melayu.

Lihatlah, siapa yang lulus lesen judi? Menteri UMNO. Siapa tarik bantuan Sekolah ugama? Menteri UMNO. Siapa lulus disko? Menteri UMNO. Siapa lulus lesen jual arak? Menteri UMNO. Siapa hina undang-undang Islam? Menteri UMNO. Siapa "baham" duit projek? Menteri UMNO.

Itulah wajah hodoh UMNO.

Malaysia negara sumpahan minyak~Malaysiakini


Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara 'sumpahan minyak' di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

"Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut," katanya.

Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Tengku Razaleigh - bekas naib presiden Umno yang hampir menewaskan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden 20 tahun lalu - merupakan antara pengasas penubuhan Petronas pada tahun 70-an.

Menurutnya, Malaysia kini terjebak dalam perangkap pendapatan pertengahan, "tersangkut dalam pertumbuhan mudah dari pengeluaran tambah nilai yang rendah dan pemasangan komponen dan tidak mampu membuat lonjakan kepada ekonomi berintensifkan pengetahuan.

Katanya, tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan yang berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi.

"Kita melihat simpanan minyak kita sebagai satu kurniaan kekayaan yang akan menghasilkan wang untuk tujuan pemodenan dan teknologi," katanya ketika berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, katanya, berbilion-bilion ringgit hasil eksport minyak sejak tiga dekad yang lalu, telah dibazirkan oleh kerajaan.

Menurutnya, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

Buku bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Time', yang dilancarkan baru-baru ini, menganggarkan kira-kira RM100 bilion telah dibazirkan dalam skandal kewangan sewaktu 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.

Pengarangnya, Barry Wain yang juga bekas editor Asian Wall Street Journal, menulis bahawa sebahagian besar skandal itu, termasuk percubaan kerajaan untuk memanipulasi harta timah antarabangsa dan pembabitan Bank Negara dalam pasaran matawang global, pada tahun 1980-an.

Bagaimanapun, ada sesetengah penganalisa yang menyebutkan jumlahnya lebih tinggi daripada itu.

Malahah Time memetik Daniel Lian - seorang pakar ekonomi dari Morgan Stanly di Singapura sebagai berkata, Malaysia mungkin telah kehilangan "sehingga AS$100 bilion" (RM340 juta) sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.

Petronas menyumbangkan 40 peratus daripada bajet negara sejak bertahun-tahun lalu tetapi penggantungan terhadap perolehan hasil minyak semakin tidak dapat dipertahankan lagi.

Kerajaan akan memperluaskan lagi asas cukai dengan memperkenalkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di mana semua rakyat Malaysia dikehendaki membayar cukai tambahan di samping cukai pendapatan.

Tengku Razaleigh berkata, kekayaan minyak negara telah dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal, membeli senjata, membina bandaraya secara besar-besaran di atas tapak ladang kelapa sawit.

Perolehan tersebut, katanya, tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang miskin, tetapi disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik.

Katanya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, telah digunakan untuk menunjangi pemerintahan yang 'authoritarian, menghakis demokrasi berpelembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan

Friday, December 11, 2009

Kemalangan ngeri..4 jam selepas akad nikah

KANGAR: Seorang pengantin lelaki yang baru empat jam bernikah adalah antara empat orang yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan pertembungan sebuah kereta dan bas di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Zull Aznam Harun, berkata pengantin yang terbunuh dalam kejadian pada 1.05 tengah hari itu dikenali sebagai Mohd Ariff Abdul Kadir, 23, seorang jurutera.




Turut terbunuh ialah ibu bapa Mohd Ariff iaitu Abdul Kadir Awang, 53, dan Aspah Osman, 58 serta seorang jurugambar, Mohd Farhan Musa, 18, yang juga rakan Mohd Ariff.

Katanya, semua mangsa yang menetap di Taman Melati Indah dekat sini sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit, Kedah.

Mereka terbunuh di tempat kejadian manakala 27 penumpang serta pemandu bas yang datang dari arah bertentangan menghala Kangar tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zull Aznam berkata, tayar kereta yang dipandu Abdul Kadir, seorang pesara pembantu makmal Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra itu, dipercayai pancit menyebabkan kenderaan yang sedang menghala arah Beseri itu tidak dapat dikawal lalu bertembung dengan bas pesiaran yang membawa pelancong dari Selangor itu.

"Kami masih menyiasat punca kejadian. Pemandu bas itu juga telah direkodkan kenyataannya," katanya semasa ditemui di rumah mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi rumah mayat hospital itu apabila dibanjiri ratusan sanak saudara mangsa manakala di rumah mangsa di Taman Melati Indah turut dipenuhi orang ramai.

Kerja gotong royong untuk mendirikan khemah kenduri untuk majlis perkahwinan Mohd Ariff dan pasangannya, Teh Hafifah Shahirah Abdul Hamid, 23, dibatalkan.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Perlis, Jamsari Jamaluddin, yang juga jiran kepada mangsa berkata semua mangsa sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit dan majlis kenduri perkahwinan Mohd Ariff dijadualkan Ahad ini. - Bernama

Pastpjp mengucapkan takziah atas kepergian untuk selama-lamanya insan-insan tersebut. 'sesungguhnya ajal maut di tangan tuhan'..oleh itu pastpjp berpesan agar kita semua merebut 5 perkara sebelum 5 perkara iaitu masa lapang sebelum masa sibukmu, masa senang sebelum susahmu, masa kaya sebelum miskin, masa muda sebelum tua dan masa hidup sebelum mati...pastpjp hanya mampu mengucap alfatihah

Apabila lanun-lanun bercakaran

Perang mulut antara Dr Mahathir - Nazri meletus lagi di era PM Najib. Dulu era Pak Lah juga meletus perang mulut Dr Mahathir- Nazri.


Masa era Pak Lah itu, Nazri marah bila Dr Mahathir asyik menghentam dan "membebel" tentang gaya kepimpinan Pak Lah. Dikatanya Pak Lah "lembik". Marah benar Nazri bila bosnya dituduh lemah. Akhirnya Dr Mahathir keluar UMNO.


Kini "perang" mereka berkisar tentang isu BTN. Nazri "menjunjung perintah " PM Najib untuk bubarkan modul BTN yang berbaur perkauman. Dr. Mahathir bantah. Katanya sememangnya BTN bagus dan tidak perlu diubah.


Mahathir menempelak Nazri jika Nazri anti perkauman, lebih elok keluar dari UMNO kerana UMNO adalah Parti Perkauman.





Akhirnya Nazri kata Mahathir "gila kuasa" mahu jadi PM lagi! Lebih "tolol dan power" lagi Nazri kata inilah kenyataan paling bodoh yang beliau pernah dengar dari Mahathir.


Cuba anda perhatikan. Setiap kali PMNajib keluar negara mesti "lanun-lanun UMNO" bergaduh. Dulu masa Najib di Trinidad untuk hadiri sidang CHOGM, Muhyidin, Maslan dan Noh "gila-gila" pertahankan BTN.


Dan kini semasa Najib melawat Thailand, Mahathir pula "senyanyuk"nya mempertahankan dasar perkauman UMNO dan BTN.


Nampaknya PMNajib bertambah pening dan bertambah "merah bibirnya" ! Sudahlah terpaksa bergelut dengan Bala yang kembali dengan "sumpahan ketiga"nya, kini sesama "lanun" bergaduh.


Biasalah orang jahat begitulah perangainya. Masing-masing tamak dan jaga isi perut. Puas "kedarah" harta rakyat, tiba masanya berperang, bergaduh, bergocoh sesama sendiri pula. Begitulah lumrah kehidupan para "lanun-lanun moden era OneMalaysia".


UMNO kini pecah dua. Satu puak dokongi One Malaysia ciptaan Najib dan satu puak lagi sokong racist pimpinan Dr Mahathir.

Sudah tentu ini gambaran awal bakal berlaku pertembungan jawatan Presiden UMNO antara Najib dengan Muhyidin. Najib mewakili puak One Malaysia manakala Muhyidin puak perkauman (racist) yang dibawah pengaruh dan asuhan Mahathir.

Oh ya...adakah Najib hadir dalam Mesyuarat Tinggi UMNO yang menarik balik hukuman gantung keahlian Ketua UMNO Bukit Bendera yang racist itu?

Adakah ini atas perintah Muhyidin ?

Nampaknya tahun depan, Tahun 2010 ini bolehlah kita namakan Tahun Perang 2N vs 2M !
Selamat bertarung 2M ( Muhyidin + Mahathir) lawan 2N (Najib+ Nazri) !
Harakahdaily

Thursday, December 10, 2009

Utusan Malaysia@ lidah syaitan

Pemuda MIC menyeret seorang pengarang kanan Utusan Malaysia yang melabelkan India sebagai kaum yang suka buat kecoh dalam satu artikelnya semalam kepada polis hari ini, demikian lapor malaysiakini.

Biro integrasi kaum pergerakan itu MT Padmanathan membuat aduan polis terhadap Zaini Hassan berhubung artikelnya 'Alkisah India di India dan India di Malaysia' di ibu pejabat polis daerah Sentul, Kuala Lumpur pagi ini.

Artikel tersebut menceritakan betapa kelam-kabutnya kehidupan di India yang dianggap telah mendarah daging dalam kaum tersebut, termasuk India di negara ini.

"India tetap India. Orang India ialah masyarakat yang begitu unik. Jika kita sering tengok wayang Tamil atau Hindi, itulah budaya mereka. Kecoh, kecoh dan kecoh.

"Namun, kita di Malaysia pun ada orang India. Kecohnya pun lebih kurang sama. Mereka ini rata-ratanya terdiri daripada ahli-ahli profesional, peguam dan kini menjadi ahli politik.

"Di Malaysia hanya orang India yang pandai-pandai sahaja yang sering buat bising,"
artikel tersebut dipetik.

Penulis menceritakan pengalamannya berada di Hyderabad baru-baru ini sebelum mengecam tindakan pemimpin DAP dan juga ahli parlimen Ipoh Barat, N Kulasegaran, yang didakwanya mempertikaikan hak-hak Melayu.



gambar hiasan

Zaini kini berdepan tindakan saman oleh exco kerajaan Selangor, Teresa Kok berhubung artikelnya 'Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya' yang mengulas isu azan - kontroversi yang menyeret ahli parlimen DAP itu dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu.

Seorang aktivis Angkatan Muda PKR cabang Batu, V Ravindran, turut membuat aduan berhubung isu tersebut di balai berkenaan bersama Padmanathan dan empat lagi rakannya kira-kira jam 11.10 pagi ini.

Ahli parlimen DAP bagi Teluk Intan, M Manogaran juga hadir memberikan sokongan.

Beliau tiba di balai itu di situ 15 minit selepas enam lelaki itu masuk ke balai dan menunggu sehingga selesai aduan dibuat, kira-kira sejam jam 12.15 pagi.

Dalam aduannya, Padmanathan (tiga dari kiri) mendakwa artikel itu "mengandungi unsur-unsur cemuhan terhadap masyarakat India dan memburuk-burukkan sikap mereka".

"Akhbar Utusan Malaysia telah melampaui batasan yang telah ditetapkan bagi kebebasan media. Pernyataan yang melulu ini boleh mencetuskan perbalahan etnik dan mampu menjejaskan reputasi kaum India.

"Pernyataan-pernyataan tersebut menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan warganegara Malaysia yang terdiri daripada kaum India," laporan polis itu dipetik.

Ravindran (dua dari kanan), dalam aduannya pula, mendakwa "artikel tersebut mengandungi komen-komen yang berbau perkauman serta memburuk-burukkan kaum India di negara ini" dan bercanggahan dengan slogan 1Malaysia yang dipromosikan oleh perdana menteri.

Dalam sidang media selepas itu, Padmantahan mendesak Zaini memohon maaf kepada masyarakat India.

Mahathir is the father of racist...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menepis serangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyelar mantan Perdana Menteri itu sebagai ‘bapa segala perkauman’.

Berhubung isu modul perkauman Biro Tata Negara, Nazri membidas mantan Presiden Umno itu sebagai cuba menegakkan benang yang basah, dan mengkritik Tun Dr Mahathir sebagai seorang munafik.

Nazri berkata demikian ketika mengulas mengenai cabaran Mahathir supaya beliau meletakan jawatan bagi membuktikan Nazri bukan seorang yang rasis. Cabaran itu timbul selepas Nazri menyifatkan veteran Umno tersebut sebagai sangat rasis dengan mempertahankan kursus berkenaan.

“Jika saya bersifat perkauman kerana dalam Umno, beliau adalah bapa perkauman selaku Presiden Umno selama 22 tahun.

“Apa yang dia buat kini, kami menyokong dia sepenuhnya sebelum ini tanpa ragu dan sekarang dia menyerang kami lebih teruk dari pembangkang. Hari ini pembangkang tidak perlu buat kerja bagi Tun Mahathir sahaja,” katanya.

Mantan Perdana Menteri itu dan Nazri Aziz bertelagah selepas kerajaan dikritik kerana akur dengan tuntutan rakyat supaya kursus BTN yang pro-Umno dan anti-Cina dirombak dan diperbaharui dengan modul yang pro-Malaysia.

Tun Dr Mahathir yang Nazri sifatkan sebagai gurunya dalam politik ala-Umno dikecam kerana menggerakkan kempen menjatuhkan kerajaan dibawah para penggantinya. Nazri juga menolak cabaran Dr Mahathir yang beliau sifatkan sebagai satu perangkap politik.

“Dulu masa dia hendak berhenti kita kata jangan berhenti, dia yang hendak berhenti. Lepas tu nak suruh saya berhenti kenapa?

“Saya tidak akan memenuhi permintaanya untuk membuat dia gembira kerana itu yang dia mahu dari saya. Saya tidak bodoh untuk terperangkap,” katanya.

Nazri juga menyanggah dakwaan bahawa beliau telah bersikap kurang ajar terhadap mantan Perdana Menteri itu. Beliau menambah Tun Dr Mahathir perlu redha bahawa dalam negara demokratik, tidak ada orang yang bebas dari kritikan.

“Jangan kata saya ni kurang ajar, yang dulu pada tahun 60-an dia kritik Tunku Abdul Rahman beliau tidak kurang ajar? Dia ajar saya.

“Kalau dia boleh komen orang kenapa saya tidak boleh komen dia? Siapa dia? Hanya sebab dia mantan Perdana Menteri dia boleh buat apa yang beliau suka saya tidak setuju.”katanya.

Wednesday, December 9, 2009

Aksi puak parti Kepala Lembu




Ketuanan Melayu: Aduan polis terhadap wakil DAP

...Selepas keluar dari mahkamah, mereka dilihat memegang kain rentang yang bertulis "Jangan bodoh macam lembu, jaga sensitiviti dan perasaan orang Melayu".

Kain rentang tersebut juga turut memaparkan gambar tiga pemimpin DAP Lim Kit Siang, Lim Guan Eng (setiausaha agung) dan Nga Kor Ming (setiausaha Perak).

Ditanya mengenai kain rentang tersebut, Mahayuddin berkata, ia sebagai reaksi kepada pemimpin DAP yang memijak gambar tiga ADUN bebas di Perak baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, bukan mereka yang membawa kain rentang tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, ketika keluar dari mahkamah, mereka ternampak ada oran gyang membawa kain rentang tersebut dan mereka turut memegangnya sama sebagai tanda sokongan.

Sumber, Malaysiakini

[[ Satu sahaja penulis nak cakap..dasar pembohong!..gambar2 diatas jelas menyanggah kata2 sumbang Muhyidin..kononnya mereka tidak tahu kain rentang terbabit wujud..sedangkan dan hakikatnya dari kalangan merekalah yang bertanggungjawab menyediakannya!

Jika sebelum ini, heboh 1Malaysia mengenai isu pemimpin DAP memijak gambar ADUN 'katak' dan ramai menuntut mereka memohon maaf, bahkan kepimpinan tertinggi Pakatan rakyat, Anwar Ibrahim sendiri yang membantah tindakan pemimpin DAP tersebut, sehinggalah mereka memohon maaf..

Tapi untuk kali ini, ternyata pemimpin tertinggi mereka, Muhyidin awal-awal lagi mempertahankan tindakan ahli-ahlinya walaupun jelas ianya perlakuan salah dan biadap..kerana apa? kerana itu bertepatan dengan ciri dan budaya mereka...benar kata Tun Mahathir, Umno sememangnya parti perkauman, berjuang hanya untuk bangsanya sahaja..

Akhir kalam, inilah dikatakan 'asobiyah tidak bertempat'..jauh sekali menepati 'asobiyah terpimpin' yang selari dengan syariat dan nilai2 Islam seperti kata Ibnu Khaldun..fikir-fikirkan...wallahua'lam..
]]

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/12/gambar-aksi-penyokong-parti-perkauman.html

Monday, December 7, 2009

Video tragedi KB Mall

Tragedi KB Mall 6 Dis 2009~ Pinkturtle

2 Maut 3 cedera parah, kereta jatuh dari parking tingkat 3 menjunam ke dalam supermarket KB Mall Kota Bharu
Kejadian berlaku lebih kurang dalam pukul 4:30 petang

Lokasi : Di Supermarket KB Mall Kota Bharu

Punca: Kereta yang dinaiki di tempat parking tingkat 3 KB Mall hilang kawalan lalu merempuh benteng simen dan terus menjunam ke dalam supermarket.Jatuh tepat di atas tangga eskeletor dan merempuh beberapa orang pengunjung supermarket.

Mangsa: Mengikut maklumat daripada pengawal yang bertugas, saya diberitahu Setakat pukul 6:30 petang tadi 3 orang telah disahkan meninggal dunia dan 2 lagi cedera parah.













Dalam kita semua dok kalut urus tragedi dan mangsa-mangsa... 3 ekor ni kalut dok mencuri pakaian.Salah seorang tu abg aik dan saya sempat tangkap..bagi upah mencuri sikit.selepas 10 minit, sekor lagi kita dapat tangkap sedang bersembunyi dalam kedai pakaian yang telah ditutup... alasan 3 ekor ni pada pengawal2 senang je,, depa nak ambik helmet yang tertinggal kat dalam KB Mall.Teruk juga Pengawal2 tu bagi upah menipu kat 3 mangkuk ini.

Sunday, December 6, 2009

Ahmad Said dalam kenangan yang...

Ahmad Said mula menerajui BPR pada May 2007, dan selama hampir 30 tahun beliau mengepalai agensi pencegahan rasuah negara, mulanya BPR dan kemudiannya SPRM, akan diingati sebagi ‘Hari-hari hitam’ dimana kepercayaan rakyat terhadap BPR dan SPRM terus merudum ke tempat paling bawah.

Ahmad Said gagal keseluruhannya dalam misi Pelan Integriti Nasional yang dilancarkan pada 2004 bagi mengurangkan korupsi , salah tadbir dan salah guna kuasa dengan matlamat khas memperbaiki kedudukan Malaysia dalam Indeks Rasuah Transparency Internatioanal ( CPI Transparency International) dari kedudukan ke 37 pada 2003 kepada kedudukan ke 30 sekurang-kurangnya pada 2008 , dan penambahbaikan unjuran CPI bagi Malaysia dari 5.2 pada 2003 ke 6.5 sekurang-kurangnya pada 2008.(10 yang terbaik dan 0 terburuk)

Sebaliknya, sepanjang 30 tahun sebagai Ketua Badan Pencegah Rasuah, Ahmad Said telah mengemudikan kejatuhan berganda Malaysia yang merudum jatuh dalam Indeks Rasuah Transparency Internatioanal dari tempat kedudukan 44 pada 2006 ke tempat 56 pada 2009 (melungsur 22 kedudukan).

Malaysia tidak akan melupakan Ahmad Said seorang bapa kepada seorang pilot yang ditangkap di Australia yang kesnya semua orang kampong tahu, malah kerana meninggalkan rekod hitam sebagai:


Kematian misteri Teoh Beng Hock di ibupejabat SPRM pada 16 Jualai, 2009 dengan penolakan rakyat terhadap pendapat yang mengatakan konon kematian Teoh disebabkan beliau membunuh diri dengan terjun dari tingkat ke-14th ibupejabat SPRM di bangunan Plaza Masalam;

Kegagalan bertindak keatas ‘Ikan Yu’ tetapi hanya bertindak keatas ‘Ikan Bilis’.

Menjadi alat kepada Umno dan Barisan Nasional untuk bertindak keatas Pakatan Rakyat.

sumber : Lim Kit Siang / end

Saturday, December 5, 2009

Wang Ehsan untuk peminta sedekah...

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyelar sikap biadap dan double standard yang diamalkan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap tuntutan Kerajaan Kelantan berhubung isu Royalti Minyak yang dibayar oleh Petronas melalui Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN.

PAS kesalkerana Kerajaan BN melayan tuntutan rakyat Kelantan seperti melayani peminta sedekah, dengan mengumumkan 'wang ehsan' bagi mengantikan wang royalti yang dikatakan tidak layak diterima kerana kononnya Petronas beroperasi dikawasan bertindih.

Jawapan ini memperlekehkan tuntutan rakyat Kelantan yang mana mereka tetap berhak walaupun ia berada di kawasan yang bertindih. Sekurang-kurangnya bayaran royalti perlu dibayar kepada Kelantan yang jumlahnya sama dengan negeri yang bersempadan dikawasan bertindih itu.

Negeri-negeri lain yang mempunyai sumber minyak yang diterokai oleh Petronas seperti, Sabah, Sarawak, dan Terengganu mendapat wang royalti, tetapi kenapa Kerajaan BN hanya memberikan 'wang ehsan' sedangkan itu adalah hasil bumi Kelantan yang diakui oleh ramai pakar geografi dan petroleum termasuk dari pihak Petronas sendiri.

Krisis ini mengulangi kebiadapan Kerajaan BN terhadap rakyat yang satu ketika dahulu mengantikan wang royalti kepada wang ehsan kepada Kerajaan Terengganu selepas negeri itu diperintah oleh Kerajaan PAS. Ketika itu, wang ehsan itu diberikan melalui kroni-kroni mereka di dalam Jabatan Pembangunan Persekutuan yang ditubuhkan tanpa persetujuan Kerajaan Negeri.

Hal yang sama akan berlaku di Kelantan dimana duit 'wang ehsan' itu akan masuk ke kantung kroni BN melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan tanpa melalui Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan.

Jika ini berlaku, bermakna rakyat Kelantan tidak akan mendapat manfaat apa-apa melainkan sekadar layanan seperti peminta sedekah kepada Kerajaan Pusat. Wang royalti dirompak ditengah jalan oleh Kerajaan BN dan duit sedekah ehsan diberi untuk menunjukkan kepada rakyat yang kononnya BN prihatin, walhal mereka sepatutnya mendapat hak mereka, lebih dari nilai wang ehsan itu. Ini adalah cara fikir politik yang kotor, dendam dan tamak yang menjadi darah daging pemimpin BN.

Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sepatutnya malu untuk mengumumkan perkara ini di Parlimen, kerana apa yang beliau lakukan ini hanyalah satu lagi bukti kezaliman BN terhadap Kelantan yang sudah 20 tahun di tadbir oleh PAS dengan jayanya tanpa bantuan wang royati minyak yang sudah lama dituntut.

Inilah jasa Datuk Awang Adek selepas dilantik menjadi Senator dan Timbalan Menteri Kewangan oleh Najib kepada rakyat Kelantan. Mujurlah beliau dan sekutu BNnya kalah di Kelantan dalam Pilihanraya 2008, jika tidak rakyat Kelantan akan lebih menderita lagi jika beliau dilantik menjadi Menteri Besar.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Najib: Antara 2 BALA

Sekembalinya ke tanahair, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah diserbu wartawan dengan mengajukan kepadanya beberapa isu yang melanda negara, khususnya yang ada kaitan dengan Mohd. Najib sendiri.

Pertama isu dakwaan bahawa adiknya, Datuk Mohamed Nazim telah memaksa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpahnya.

Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan itu yang menurutnya tidak berasas.

Apabila soalan itu diajukan kepada beliau dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam ini, Datuk Seri Najib Tun Razak sepertimana biasanya dalam isu Altantuya berkata, beliau tidak akan melayan kenyataan semberono.

Beliau diminta mengulas dakwaan Balasubramaniam dalam siri video wawancaranya yang disiarkan dalam Youtube.

Dalam wawancara tersebut, Balasubramaniam mendakwa Nazim dan beberapa individu lain, bertindak sebagai proksi Najib bagi memaksanya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.

Beliau juga mendakwa ditawarkan RM5 juta oleh Nazim dan individu lain yang dikaitkan dengan kes tersebut.

Akuan bersumpah itu mengandungi dakwaan yang Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya Shaariibuu, di mana Najib telah menafikannya.

Balasubramaniam telah menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu dalam tempoh 24 jam dalam situasi yang meragukan dan meninggalkan negara bersama anggota keluarganya.

Walaupun pelbagai pihak telah mendesak Najib supaya memberi reaksi terhadap perkembangan terbaru itu, tetapi perdana menteri dan adiknya itu sebelum ini, hanya membisu.

Najib memang selama ini takut untuk membicarakan hal berkaitan Altantuya, memang hantu Altantuya sentiasa mengejarnya ke mana ia pergi. Jalan mudah - jangan fikirkan lansung mengenainya.

Kedua ialah isu rompakan terhadap royalti minyak Kelantan dan bala yang didoakan oleh Mursyidul Am PAS keepada perompak-perompak dari UMNO ini.

Najib berkata beliau tidak pasti mengenai penglibatan bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai kaukus mengenai royalti minyak Kelantan kerana perkara itu belum disahkan.

Najib berkata kerajaan juga tidak berhasrat mengambil alih soal penubuhan kaukus mengenai royalti minyak Kelantan yang kini diusahakan oleh pembangkang.

"Nak take over macam mana... kerajaan telah pun membuat pendirian berhubung perkara itu," katanya.

Pada bulan lepas, Najib mengumumkan kerajaan akan membayar wang ehsan kepada kerajaan negeri Kelantan melalui Petronas bermula tahun depan, sebagai menggantikan tuntutan royalti minyak yang dimahukan kerajaan negeri Kelantan.

Beliau berkata kerajaan negeri Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih dan wang itu akan disalurkan dalam bentuk pembangunan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang mewarisi kelembapan Tun Abdullah dalam kabinet Najib, terkejut dengan doa Nik Aziz.

"Tak tahu nak kata apa", itulah reaksi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terkejut dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan mendoakan pemimpin kerajaan BN "pecah perut" berhubung isu bayaran royalti minyak.

Beliau berkata kenyataan sedemikian kononnya langsung tidak mencerminkan sifat keislaman dan terperanjat kerana ia keluar daripada seorang yang bergelar mursyidul am.

Merompak royalti Kelantan itu mencerminkan sifat keislaman agaknya.

Munkin Najib dan Muhyiddin selepas ini akan sentiasa meraba perutnya, khuatir nanti terlalu gedempol dengan hasil rompakan minyak Kelantan, maka wang haram itu akan cepat diagihkan kepada pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan, supaya pemimpin UMNO Kelantan pula yang akan pecah perutnya kerana melantak duit kepunyaan Kerajaan Negeri Kelantan berdasarkan Perjanjian yang telah di tangani di bawah Akta Petroleum yang senang-senang saja diubah dan dicabuli oleh pemimpin tertinggi UMNO ini.

Semalam di Kelantan, dunia dan langit menyaksikan rakyat pelbagai kaum memberi sokongan kepada Nik Aziz. Melayu, Cina, India dan mungkin kaum Siam juga, dari kanak-kenak kepada orang tua, lelaki dan perempuan, tanpa dipaksa oleh ssiapa, telah mengenakan lilitan di kepala WE LOVE TOK GURU.

Mungkin Najib dan UMNO terpaksa merancang untuk memaksa Ong Tee Keat yang sedang berdepan kemelut MCA, Samy Vellu dan Kayveas dengan masyarakat India agar memakai lilitan di kepala WE LOVE NAJIB... sebagai tangkal untuk menghalau dua bala yang menyerangnya.

ALHUSSEYN: Sebab sebenar Ahmad Said tergesa-gesa mahu bersara

ALHUSSEYN: Sebab sebenar Ahmad Said tergesa-gesa mahu bersara

huruf pertama

ALHUSSEYN: Sebab sebenar Ahmad Said tergesa-gesa mahu bersara

ALHUSSEYN: Sebab sebenar Ahmad Said tergesa-gesa mahu bersara

huruf pertama

Friday, December 4, 2009

Sekitar Perhimpunan menyokong TGNA

Siapa Kickdefella @ Syed Azidi?


Tentang Sdr Syed Azidi, saya kenal beliau sejak beliau jadi pelajar USM lagi pada akhir 80an dan awal 90an. Beliau pelajar jurusan komunikasi massa - antara course paling simple dan mudah lulus kat USM masa itu. Pelajar2 mass com masa itu merupakan antara golongan pelajar paling "sosial" dan maaf kalau saya katakana ini course untuk golongan2 melayu yang malas di sana pada waktu itu. mereka ni sering berteater dan berdrama di panggung eksperimen bersama2 nama2 besar dalam dunia seni seperti Rosminah Tahir dan Dato' Ahmad Tarmimi Siregar. Golongan pelajar mass com USM pada masa itu selalunya akan sering berkonfrontasi dengan pihak PMI (persatuan mahasiswa islam) dalam aspek penganjuran aktiviti seni dan budaya di DTSP (Dewan Tuanku Syed Putra). Jadi tidak hairanlah jika kebanyakan isu yang di timbulkan oleh penulis spt Syed Azidi juga banyak merupakan lakukan teater dan drama dimana dialah watak dan pengarah utamanya. Jika kedua2 Arifahmi dan Nik Amalina faham watak2 yang cuba dimanipulasikan oleh Syed Azidi, maka mereka berdua tidak akan terjerat dengan mainan beliau. tapi jika mereka tidak faham skrip yang cuba beliau lakunkan maka mereka akan menjadi bahan eksperimen dan mainan Syed, akhirnya mereka akan kecundang dan kesannya makin negative pula. Syed ini jenis orang yang keras kepala, manusia jenis api. So kita tak payah lawan api dengan mencurah minyak petrol kerana api itu akan menjadi makin besar. Kalau kita biarkan api itu, lama2 dia akan padam juga. Paling mudah nak padamn api kalau kita hadkan bekalan oksigen pada api itu maka ia akan mudah dan lagi cepat padam. Tuhan maha kaya, so satu hari nanti biarlah Allah balas jika perbuatan, tulisan dan arahan filem beliau itu adalah fitnah semata-mata. .

Hari ini, jika saya dapat bercakap dengan Prof Shahnon Ahmad atau Ustaz Elias Zakaria (kedua2nya bekas Pengarah Pusat Islam USM) maka saya fikir kedua2 mereka ini boleh jelaskan siapa itu Syed Azidi dan golongan pelajar Mass Comm masa itu yang rasanya jauh dari menghadiri aktiviti ugama di Pusat Islam USM, khususnya aktiviti di Masjid Al Malik Khalid USM pada masa itu.

Nordin Kardi: perosak BTN?

Tan Sri Dato' Dr. Nordin Kardi sekarang ini menjawat jawatan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia , Beliau memulakan kariernya sebagai guru seni perusahaan selepas tamat latihan di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur.

Sebelum dilantik sebagai Naib Canselor UUM, beliau telah menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN) bagi tempoh selama hampir tujuh tahun mulai Februari 1999. Sepanjang perkhidmatan beliau di BTN, pelbagai pembaharuan yang dilakukan untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

Antara pembaharuannya ialah memesongkan BTN dari matlamat asal penubuhan BTN itu sendiri iaitu untuk menguatkan bangsa Melayu , yang mana kini modul kursus tidak lagi menumpukan soal bangsa apatah lagi agama, sebaliknya menanam semangat perjuangan UMNO pada jiwa peserta kursus.

Beliau juga dikatakan telah menjadi dalang UMNO dalam BTN, Dalang yang telah mengajar peserta kursus memusuhi pemimpin parti-parti pembangkang, khususnya ulama dalam PAS, lebih bersifat perkauman dan berbagai lagi.

Dalang yang telah memperdodohkan peserta kursus dengan mengatakan hanya UMNO yang mampu memerintah negara .







Bekas Pengarah BTN Terengganu, Rosli Abdullah memberitahu modul kursus yang diajar dalam BTN khususnya selepas tahun 1998, lebih menekankan pengukuhan peserta kursus kepada pada parti pemerintah itu.

“Pada masa yang sama, peserta kursus juga turut diajar memusuhi pemimpin parti-parti pembangkang, khususnya ulama dalam PAS, lebih bersifat perkauman dan berbagai lagi,”ujarnya lagi.

Beliau yang pernah diamanahkan sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan BTN Pusat, itu seterusnya memberitahu, propaganda termasuk tuntutan Hindaf juga turut dicanang kepada peserta kursus berkenaan.

“Modul kursus BTN khususnya diawal era 90-an, berbeza khususnya sewaktu dibawah seliawan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut ditekankan soal pendidikan Islam.

“Sekarang ni khususnya selepas tahun 1998, kursus berkenaan bukan sahaja tidak ditekankan soal pendidikan Islam, sebaliknya lebih menjurus pada propaganda Umno, perkauman dan memburukkan ulama’ khususnya dalam PAS,”ujarnya lagi.

Sambungnya lagi, masyarakat begitu mengagumi BTN sehingga antara tahun 1991 hingga 1998 merupakan zaman kegemilangan BTN kerana modul kursus yang diperkenalkan termasuk pendidikan Islam.

Namun tambahnya, kini ianya menjadi hambar kerana lebih bersifat politik demi untuk kepentingan parti pemerintah.

Beliau yang kini Timbalan Pengarah Tabung Amanah Tok Kenali juga memberitahu, keberkesanan kursus BTN sekitar tahun berkenaan juga menyebabkan rakyat turun ke bawah akibat kesan dari reformasi yang disuntik dari semangat kursus BTN, khususnya selepas penyingkiran Anwar.

“Kini mereka ingin melakukan perkara yang sama namun lebih sistemetik demi untuk kemenangan mereka dalam pilihan raya umum akan datang,”ujarnya lagi.

Jelasnya, kursus BTN dalam tempoh lima hari amat berkesan kepada peserta kursus dengan asakan serta cara mereka menyampaikan ceramah melalui modul yang telah disediakan kepada peserta.

Jelasnya, BTN kini juga telah terpesong dari matlamat asal penubuhan iaitu untuk menguatkan bangsa Melayu itu sendiri, yang mana kini tidak menumpukan soal bangsa apa lagi agama, sebaliknya menanam semangat perjuangan Umno pada jiwa peserta kursus.

Pada masa yang sama beliau turut menyokong langkah kerajaan Selangor menghalang kakitangannya mengikuti kursus BTN bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri itu perlu mengadakan satu medan kursus khas untuk kakitangannya memandangkan setiap kakitangan awam perlu mengikuti kursus untuk kenaikan pangkat mereka.

Menurutnya lagi, kursus khas di bawah Menteri Besar perlu ditubuhkan sebagai alternatif baru untuk kakitangannya mengikuti kursus.

Pada masa yang sama, sambungnya masyarakat perlu didedahkan tentang intipati yang terdapat dalam kursus BTN agar mereka selamanya tidak diperbodohkan oleh kerajaan khususnya yang mengaitkan hanya Umno mampu memerintah negara.

“Fahaman atau ajaran sesat ini sewajarnya dibuang dari minda rakyat kerana Pakatan Rakyat juga mampu memerintah,”ujarnya.

Harakah Daily

Thursday, December 3, 2009

Doa TGNA terhadap Najib

Awas! Jangan ketinggalan perhimpunan besar-besaran di KB

PETALING JAYA, Dis 3 — Di sebalik spekulasi bahawa wujudnya "boikot senyap-senyap" dalam PAS sendiri terhadap kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, satu majlis besar-besaran yang dikenali sebagai Perhimpunan Rakyat bagi menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Kelantan itu akan diadakan di Kota Baru esok.

Ia dianjurkan oleh barisan kepimpinan PAS negeri dengan sokongan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri.

saha sedemikian bertujuan membalas tunjuk perasaan yang diadakan oleh kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai gerakan Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan kelmarin.

"Satu perhimpunan besar, yang lebih 10 kali ganda daripada apa (tunjuk perasaan) yang dianjurkan oleh sekumpulan tidak sampai 100 orang (dari gerakan Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan) akan didakan esok," kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim ketika dihubungi The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider juga difahamkan akan ada deklarasi menyatakan sokongan ke atas kepimpinan Nik Aziz pada majlis itu.

Lazimnya Nik Aziz akan mengadakan kuliah setiap Jumaat di hadapan bangunan PAS di Kota Baru.

Justeru perhimpunan itu akan diadakan serentak dengan kuliah mingguan tersebut.

"Akan ada ucapan beberapa pemimpin dan wakil NGO, bertujuan menunjukkan bahawa Tok Guru Nik Aziz masih menerima sokongan padu daripada rakyat negeri ini," kata Zaki yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kelaboran.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan itu menambah, usaha itu yang digerakkan pemimpin-pemimpin PAS negeri dengan sokongan beberapa NGO bertujuan menunjukkan kepada umum bahawa rakyat negeri Kelantan masih menyokong padu kepimpinan Nik Aziz yang kini berhadapan dengan siri kontroversi dan desakan agar meletakkan jawatan.

Kelmarin Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata beliau tidak akan tunduk kepada desakan Umno agar melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan, sebaliknya hanya akan melayan gesaan seumpama itu jika datang daripada kepimpinan PAS sendiri.

Kelmarin hampir 200 anggota kumpulan yang menggelarkan diri mereka Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan mengadakan tunjuk perasaan di Kota Darul Naim, Kota Baru memprotes tindakan Nik Aziz yang mendoakan kecelakaan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno kerana keengganan kerajaan persekutuan membayar royalti.

Protes itu yang juga bertujuan mendesak Nik Aziz meletakkan jawatan adalah inisiatif NGO tersebut.

Sejak sebulan lalu Nik Aziz diserang dengan isu pelantikan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan tajaan kepada Menteri Besar Kelantan itu untuk menunaikan haji tahun ini.

Ketika ditanya mengenai tanggapan ramai bahawa Nik Aziz kini keseorangan dalam menghadapi siri itu dan wujudnya elemen memboikot kepimpinan beliau, Zaki menafikan persekitaran sedemikian.

"Tidak betul, Tok Guru tidak keseorangan dalam isu-isu yang ditimbulkan ini. Setiap keputusan yang diambil adalah keputusan kolektif.

"Cuma Tok Guru yang memberikan kenyataan-kenyataan media (dalam isu membabitkan kerajaan negeri) dan dalam isu pertikaian royalti petroleum, Datuk Husam Musa berada di depan dengan memberikan kenyataan, sebab ia melibatkan isu teknikal dan beliau selaku Exco yang berkaitan kewangan," kata lagi.

"Disebabkan formula ini kita dapat bertahan di Kelantan selama 19 tahun... setiap pemimpin tidak membuat kenyataan masing-masing, tapi keputusan dibuat secara bersama... kita ada Dewan Harian di mana semua orang memberikan pandangan dan keputusan dibuat bersama," katanya.

Kelmarin Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Mohamad Daud Iraqi mengeluarkan kenyataan yang dilihat sebagai langkah mahu menyatakan sokongan padu kepada Nik Aziz untuk terus menerajui kerajaan negeri dan mempertahankan tuntutan royalti minyak lima peratus daripada kerajaan pusat.

Mohamad berkata Dewan Ulama berpendirian untuk terus menyokong beliau mengekalkan kepimpinan dalam kerajaan dan parti.

“Buat masa ini Nik Aziz dilihat masih mampu untuk meneruskan pentadbiranya.

“Ketokohan dan budaya pemerintahannya seperti yang ditunjukkan beliau masih menjadi contoh yang terbaik dan tetap disegani kawan dan lawan,” katanya.

Wednesday, December 2, 2009

BTN oh BTN...

Anggota kabinet dari Umno hari ini mempamerkan keretakan dan percanggahan sesama diri dalam menangani isu kursus BTN.

Sehari selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz tampil mendedahkan bahawa kursus berkenaan akan dirombak atas arahan Perdana Menteri, Timbalan Menteri JPM Ahmad Maslan cuba memberi gambaran sebaliknya.

Beliau menafikan kurikulum BTN akan dirombak, sebaliknya cuma akan melalui proses “penambahbaikan’ minimum.

”Kita tambah baiklah... dalam ceramah kita tambah sebut 1Malaysia, lagu kita tambah,” kata timbalan menteri yangg bertanggungjawab atas BTN.

Ahmad Maslan bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sekadar berkata beliau yakin Nazri tidak menyampaikan mesej tepat mengenai kursus BTN.

“Saya tidak yakin dia kata begitu, saya rasa dia maksudkan, (kursus BTN) harus diperbaiki,” tambah beliau.

Nazri semalam berkata Najib mengarahkan kursus BTN dirombak untuk memastikan ia tidak menggugat perpaduan kaum dan selaras dengan konsep 1Malaysia yang dibawanya.

Beliau memberi arahan itu meskipun timbalannya Muhyiddin Yassin mendakwa kursus BTN sudahpun disesuaikan dengan konsep 1 Malaysia dan tidak perlu diolah.

Najib memberi arahan itu selepas Selangor dan Pulau Pinang mengharamkan pegawai kerajaan negeri dan pelajar universiti menyertai kursus BTN.

Ini kerana kurikulum BTN didapati menjurus kepada memupuk sentimen perkauman di samping menggembleng sokongan untuk Umno-Barisan Nasional.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata larangan itu bertujuan melindungi pelajar dan pegawai kerajaan daripada dakyah politik yang boleh memecah-belahkan rakyat.

Sementara itu, Kerajaan negeri Selangor menyambut baik keputusan Kabinet untuk merombak semula sukatan program Biro Tata Negara (BTN) yang menjadi kontroversi akhir-akhir ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata usaha kerajaan negeri mendedahkan mengenai intipati kursus berkenaan akhirnya membuka mata Kabinet.

"Sama ada pihak kerajaan persekutuan bersetuju atau tidak impact(kesan) hasil daripada keputusan Kerajaan Negeri Selangor telah membuka beberapa perbahasan bagaimana cara pengajaran nasionalisme dan patrotisme dapat dilakukan," katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kualiti 2009 di Shah Alam pagi tadi.

Jelas Tan Sri Khalid, keputusan ini adalah yang terbaik setelah BTN dilihat menyebarkan sentiment perkauman dan menyuntik kepentingan politik Barisan Nasional semata-mata.

Beliau turut mencadangkan penglibatan semua pihak dalam merangka silibus dan modul kursus itu supaya tidak dilihat menyebelahi mana-mana pihak.

"Saya rasa ada baiknya kira mengadakan perbincangan antara pelbagai pihak termasuk badan-badan politik, badan bukan kerajaan(NGO) dan juga pihak-pihak akademik supaya kita mencari lagi satu usaha supaya modul-modul yang kita lakukan itu mengambil kira keinginan kita untuk menjadikan negara malaysia ini negara yang berbilang kaum dan dapat menyatukan negara ini," katanya.

Menurut Tan Sri Khalid, melalui pendekatan yang dicadangkan ia membolehkan semua pihak memantau serta memberi cadangan mengenai unsur yang akan diterapkan dalam modul kursus tersebut untuk mewujudkan kesepaduan di kalangan masyarakat.

"Jadi ini kita akan cadangkan kalau tak ada dipersekutuan kita boleh lakukan dinegeri," katanya. -TVS


Sila Klik

Pages