Web TVPas


Friday, June 19, 2009

Kes Liwat DSAI versi 2


Laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang diperakukan oleh 3 pakar mengesahkan tidak ada bukti Saiful Bukhari Azlan diliwat sebagaimana yang didakwa oleh beliau, kata peguamabela Datuk Sri Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah. Justeru pihak pembelaan yakin laporan itu bersama bukti- bukti lain akan menunjukkan tuduhan liwat terhadap Anwar adalah tidak benar dan rekaan semata- mata. Bercakap kepada media di satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, peguam Sivarasa dan seorang lagi peguam Anwar, Amir Hamzah Arshad berkata pendakwaraya perlu membuktikan wujudnya penetrasi untuk menyabit kesalahan Anwar Ibrahim.

“Bukti terpenting dalam mana-mana dakwaan rogol atau liwat adalah bukti mengesahkan berlakunya penetrasi. Namun, tidak ada penemuan klinial yang mencadangkan adanya liwat dan tidak ada kesan luka mempertahankan diri pada tubuh pesakit,” kata Amir Hamzah. Perbicaraan kes itu dijadualkan bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Julai. Salinan laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur itu dilampirkan bersama afidavit yang difailkan Anwar semalam. Anwar mengemukakan affidavit itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memohon membatalkan pertuduhan liwat berkenaan kerana ia dibuat dengan niat jahat dan merekacipta bukti. Laporan perubatan HKL itu bertarikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan. Laporan HKL ini seraya menguatkan lagi laporan awal dari Hospital Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) yang turut mengesahkan tidak ada penetrasi keatas tubuh Saiful Bukhari Azlan.

Thursday, June 18, 2009

Isu Kerajaan Perpaduan

TPJP sebenarnya tak update blog ini selama 2 hari ini kerana dok pening dengan isu UG yang telah menghuru-harakan PAS sekarang ni. Bukannya apa parti yang didokong oleh TPJP dan kengkawan boleh bercelaru dengan ungkapan sial(maaf...) kerajaan perpaduan(UG) ini. Pada pandangan TPJP kedua-dua puak dalam PAS ini mempunyai pandangan dan alasan tersendiri dalam mempertahankan pendirian masing-masing. Pada saya HJ Hadi, Nasha dan Cikgu PA ini mengutarakan UG ini atas alasan untuk bangsa. BAgi TPJP tak timbul mereka tergila-gilakan jawatan menteri. UMNO dan PAS terlalu banyak persamaannya iaitu dari segi bangsa(Melayu), Agama(Islam) bezanya adalah dari segi siasah(Politik). Perbezaan ini telah memecah belahkan masyarakat melayu di Kelantan, Terengganu dan sebagainya. Sedangkan politik bangsa lain(Cina dan India) bersatu dalam apa keadaan sekalipun..contohnya isu Elizabeth..MCA pun sokong w/pun berlainan parti. Kuasa politik melayu makin mengecil dengan keadaan ini. Sedangkan DAP dan PKR yang kebanyakannya didominasi oleh kaum CINA dan India contohnya Perak semakin kukuh.
Bagi TGNA pula sudah masak dengan perangai UMNO sejak bersatu pada tahun 1974 yang lalu. Mainan politik UMNO cukup hebat sehingga PAs telah dinyahkan oleh BN pada tahun 1977 dan 1978, PAS dikalahkan dengan begitu teruk sekali. Pahit maung yang dirasai oleh TGNA itu sangat menebal sehingga kemuncak kemarahannya telah meletus umpama Gunung Karakatoa yg sudah lenyap itu.
OLeh itu saya mengharapkan blog tertentu agar tidak mengeluarkan kenyataan yang menghina mana2 pihak dalam pimpinan PAS sekarang. Sama ada puak UG atau tidak. Ada blog yang sanggup menterbalikkan gambar UStz Nasha dan melabelkan mereka dengan macam2 penghinaan yang TPJP rasa sudah terkeluar dari batasan akhlak dan sakhsiyah yang dibentuk melalui jemaah. seolah-olah pentarbiyahan yg diterima sia-sia sahaja. TPJP mengharapkan agar blog2 tersebut tidak mengeluarkan hinaan yg melampau seperti itu. Awasilah..UMNO sekarang sedang bertepuk tangan atas 'perpecahan' yang berlaku ini insafilah...

Dalam hal ini TPJP petik posting daripada blog cenangau yg mengulas posting MSO :
"Aku sangat setuju dengan mantik yang MSO guna dalam blog dia bila dia ulas pasai TG Nik Aziz suruh Ust Nasa letak jawatan. Cumanya aku kena tambah sikit lagi bagi lagi tepat, bagi lagi kena dengan keadaan dan suasana sebenar.

Yang dia marah sangat kat anak dia sampai sanggup halau anak dia dari rumah tu pasai anak dia tu bangang, awat aku tak kata bangang kalau perempuan yang anak dia nak kawin tu jenis kaki kelentong, jenis yang suka penaya kat orang, jenis yang suka makan benda haram, jenis yang besar kemungkinan shadah pun dah jatuh tah kat mana.

Tambah lagi marah dia pasai dia dah nasihat perempuan tu suruh berubah kalau sungguh nak kawin dengan anak lelaki dia. Tapi perempuan tu memang jenis tak boleh pakai, bukan kata nak berubah, dengar pun kalau boleh dia tak mau. Langsung takdak nampak kata nak berubah. Tak berenti jugak kelentong orang, tak berenti jugak penaya kat orang, tak berenti jugak makan benda haram dah yang lagi teruk tak mau jugak bertaubat.

Apa la punya dayus punya bapak kalau anak nak kawin orang macam tu pun dia bagi restu jugak. Dia tau sangat yang dayus tu jawabnya masuk neraka. Dia bukan jenih tak mengaji malah dia yang ajar orang mengaji, rata surau dia pi, rata masjid dia masuk, malah sampai dalam dewan dengan wakl rakyat pun dia bukak kitab ajar mengaji.

Dia buat macam tu pasai dia nak bagitau yang dia sungguh-sungguh tak setuju dengan pilihan anak lelaki dia sebagai bini yang bakal jadi menantu dia yang bakal jadi mak kepada bakal cucu-cucu dia, bakal jadi nenek kepada bakal cicit-cicit dia.

Dia buat tu bukan pasai dia benci kat anak dia, tapi dia buat tu pasai dia sayang kat anak dia. Dia buat macam tu pasai dia fikir masa depan anak lelaki dia, dia fikir masa depan bakal cucu-cucu dia, dia fikir pasai masa depan bakal cicit-ccit dia.

Dia harap dengan tindakan keras dia tu, anak dia akan fikir balik, pasai apa ayah dia sanggup sampai halau dia dari rumah. Dia harap sangat anak kelaki kesayangan dia tu fikir betui-betui, fikir dalam-dalam, fikir masak-masak. Dia harap sangat anak dia tu ubah fikiran.

Tak patut sangat anak dia tu putuskan pertunangan dengan orang lain semata-mata nak kawin dengan perempuan yang macam tu..

Kalau anak lelaki dia tu budak lagi boleh la jugak dia tibai dengan talipingang, tak pun balum dengan pelepah nyoq kalau takmau dengar jugak, ni dah besar panjang, dah patut jadi laki orang...

Entry ni adalah edisi panjang dari komen aku kat blog mso. Aku pun taktau pasai apa aku marah sungguh masa tu. Aku terus komen dila sampai tang ayat tu."

TPJP : Masya-Allah apa nak jadi dengan PAS. Menerima dugaan yang cukup hebat ini.

Wednesday, June 17, 2009

PRK DUN Manik Urai...

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi mencabar Pemuda BN Kelantan supaya mengemukakan bukti yang mengatakan bahawa PAS menggunakan pendekatan politik samseng dalam kempen di pilihan raya kecil Dun Manek Urai. Iklan



"Saya mencabar Pemuda BN Kelantan agar mengemukakan bukti bagi menyatakan bahawa PAs menggunakan kaedah politik samseng pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai," ujarnya pada sidang media Pemuda PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda BN Kelantan, Annuar Sufian yang mendakwa kandungan ceramah pemimpin PAS yang sanggup 'bertumpah darah' untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sebagai satu pendekatan politik samseng.



Ini kerana menurutnya, pada kebiasaan sesuatu pilihan raya kecil diadakan Umno akan mencetuskan provokasi dan mengeruhkan keadaan.

"Kebiasaannya seperti yang kita semua sedia maklum, provokasi ini dicetuskan pihak Umno-BN malah tuduhan itu sendiri mencerminkan Umno itulah yang samseng," katanya.

Nasruddin juga menyelar dakwaan Pemuda BN kelantan yang menuduh Pemuda PAS menggunakan pendekatan samseng sebagai suatu tuduhan yang liar dan jahat.

"Ia merupakan satu tuduhan yang liar, jahat dan tidak masuk akal," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai kesan isu kerajaan perpaduan ketika kempen pilihan raya kecil itu, beliau menganggap ianya tidak menjadi kerisauan kepada parti.

"Perbezaan pendapat antara pimpinan bukanlah menjadi isu yang merisaukan kerana masing-masing adalah berasaskan hujah dan ianya diraikan.

"Malah terdapat mekanisme untuk menyelesaikan perbezaan ini menerusi muzakarah di peringkat dalaman," katanya lagi.

Walau bagaimanapun, beliau menganggap media turut menjadi punca mengeruhkan keadaan dengan eksploitasi yang dilakukan bagi memecah belahkan parti. - mns _
DIPETIK DARI HARAKAHDAILY

Tuesday, June 16, 2009

Chin Peng aka Ong Boon Hua


Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng harus dibenarkan pulang untuk menghabiskan sisa-sisa terakhir hidupnya di tanah airnya.

Isu ini sengaja dimainkan oleh pihak-pihak tertentu untuk keuntungan politik.

Tidak membenarkan Chin Peng yang lahir di Sitiawan, Perak pulang ke tanah air adalah sama dengan pengkhianatan kerajaan Malaysia terhadap Rundingan Damai Haadyai pada 2 Disember 1989.

Apakah Isi Kandungan Rundingan Damai Haadyai?


Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :

>PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.
>Parti Komunis Malaya dibubarkan
>Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.
>Chin Peng selaku wakil ahi PKM berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia.
>Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.
>Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.
>Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia.
Sepupu kepada PM, Hishamuddin Hussein mahu mengkhianati Rundingan Damai Haadyai apabila beliau mengeluarkan kenyataan seumpama ini.

Sebenarnya anak kepada Hussein Onn inilah yang tidak faham sejarah!

Sewaktu perjanjian tersebut ditandatangani, Malaysia diwakili oleh:

Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman, Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
Tan Sri Mohd. Hanif Omar – Ketua Polis Negara
Jeneral Hashim Mohd Ali – Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia
Hishmuddin harus berjumpa dengan orang-orang ini agar beliau dapat memahami isi kandungan perjanjian tersebut!

Kalau susah juga nak faham, sila tengok video dibawah:









TPJP : Kalau mereka menyatakan bahawa kekejaman komunis tidak patut dilupakan dan sesiapa yg bersimpati dengan chin peng adalah pengkhianat, bgm pula dgn kekejaman Jepun terhadap penduduk Tanah Melayu. sehingga ada yg kena penampar Jepun, disiksa dan didera dgn begitu hebat sekali. Ada yg kena htr ke Burma untuk membina landsan kereta api maut dan tidak pulang-pulang lagi sekarang. Mengapa kita harus berbaik dgn Jepun sdgkan Jepun jg persis komunis. pada saya tindakan UBN ini adalah satu tindakan bodoh dan menonjolkan kejahilan mereka terutamanya sepupu PM iaitu ...entah siapa tu.

PRK DUN Manik Urai

Biar pun yakin Pas akan mendapat sokongan padu daripada pengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini, persiapan rapi masih perlu dilakukan jentera pilihan raya parti itu.

Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, persediaan lebih kemas itu perlu kerana Barisan Nasional (BN) dijangka akan menggunakan segala kemudahan yang ada termasuk jentera kementerian dan agensi kerajaan untuk meraih undi menjelang pilihan raya kecil itu.

Menurutnya, berdasarkan maklumat terbaru yang diterima, beberapa kementerian mengarahkan semua agensi dan jabatan di bawah mereka yang ada di negeri ini supaya menggunakan segala kemudahan yang ada untuk tujuan berkenaan.

“Agensi dan jabatan kerajaan di bawah beberapa kementerian ini, diarahkan supaya menggunakan segala kemudahan, peruntukan dan jentera kakitangan yang ada untuk melaksanakan projek dan menyalurkan bantuan segera sempena pilihan raya kecil DUN Manek Urai.
“Saya juga sudah mengenal pasti, beberapa kementerian terbabit yang mengarahkan kakitangan mereka supaya turun dan berkempen di Manek Urai,” katanya di sini, semalam.

Abdul Latiff yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan berkata, BN tidak seharusnya menggunakan kemudahan agensi dan jabatan kerajaan, bagi tujuan menarik sokongan pengundi kerana pilihan raya kecil itu adalah pertandingan antara parti dan bukannya antara kerajaan dengan kerajaan.

Menurutnya, dengan kemudahan dan peruntukan yang terhad, kerajaan negeri sudah tentu tidak akan mampu untuk melawan kerajaan Pusat yang mempunyai kemudahan dan sumber kewangan yang jauh lebih besar.

“Kita (Pas) berasa kesal dan kecewa kerana dengan arahan ini, BN sudah menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka. Sepatutnya (pilihan raya kecil) ini pertandingan antara dua parti dan bukannya antara dua kerajaan,” kata Abdul Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang. -SH

Monday, June 15, 2009

Rakaman di sidang Parlimen





P/raya DUN Manik Urai

Biar pun yakin Pas akan mendapat sokongan padu daripada pengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini, persiapan rapi masih perlu dilakukan jentera pilihan raya parti itu.

Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, persediaan lebih kemas itu perlu kerana Barisan Nasional (BN) dijangka akan menggunakan segala kemudahan yang ada termasuk jentera kementerian dan agensi kerajaan untuk meraih undi menjelang pilihan raya kecil itu.

Menurutnya, berdasarkan maklumat terbaru yang diterima, beberapa kementerian mengarahkan semua agensi dan jabatan di bawah mereka yang ada di negeri ini supaya menggunakan segala kemudahan yang ada untuk tujuan berkenaan.

“Agensi dan jabatan kerajaan di bawah beberapa kementerian ini, diarahkan supaya menggunakan segala kemudahan, peruntukan dan jentera kakitangan yang ada untuk melaksanakan projek dan menyalurkan bantuan segera sempena pilihan raya kecil DUN Manek Urai.
“Saya juga sudah mengenal pasti, beberapa kementerian terbabit yang mengarahkan kakitangan mereka supaya turun dan berkempen di Manek Urai,” katanya di sini, semalam.

Abdul Latiff yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan berkata, BN tidak seharusnya menggunakan kemudahan agensi dan jabatan kerajaan, bagi tujuan menarik sokongan pengundi kerana pilihan raya kecil itu adalah pertandingan antara parti dan bukannya antara kerajaan dengan kerajaan.

Menurutnya, dengan kemudahan dan peruntukan yang terhad, kerajaan negeri sudah tentu tidak akan mampu untuk melawan kerajaan Pusat yang mempunyai kemudahan dan sumber kewangan yang jauh lebih besar.

“Kita (Pas) berasa kesal dan kecewa kerana dengan arahan ini, BN sudah menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka. Sepatutnya (pilihan raya kecil) ini pertandingan antara dua parti dan bukannya antara dua kerajaan,” kata Abdul Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang. -SH

Insiden di Dewan Parlimen...

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar Dewan Rakyat tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Arahan itu dikeluarkan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan Nizar melaungkan slogan "bubar Dewan Undangan Negeri" sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan ingkar arahan supaya menanggalkan lilitan "BUBAR DUN" Perak.

Nizar mengenakan lilitan di kepalanya sejurus mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Bukit Gantang.

Tindakannya mencetuskan kekecohan apabila Speaker mengeluarkan arahan itu dan turut disokong oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.

Nizar terpaksa menanggalkan lilitannya sebelum kembali ke tempat duduk beliau di blok "F".

Bagaimanapun Nizar terus diminta keluar Dewan Rakyat ketika beberapa wakil rakyat pembangkang turut mengenakan lilitan tersebut.

Turut diarah keluar ialah beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat yang enggan mematuhi arahan Speaker supaya tidak memakai lilitan itu.

Mereka ialah Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas) serta N. Gobalakrishnan (Padang Serai).

Ada wakil rakyat yang mengikat pada kepala dan ada yang memakai pada lengan masing-masing.

Malah Dewan Rakyat juga mengarahkan sekumpulan tetamu yang hadir, dipercayai penyokong Pakatan Rakyat dari Perak yang turut memakai lilitan "BUBAR DUN".

Insiden itu menyebabkan sesi soal jawab soalan lisan tertangguh 15 minit.

Sila Klik

Pages