Web TVPas


Thursday, September 2, 2010

Dakwah yang berterusan oleh PAS


Di kala PR menerajui Selangor, Masjid2 dan surau2 penuh dengan program sepanjang ramadan ini dengan tazkirah, qiamulai dan sudah semestinya solat terawih, majlis berbuka, moreh dan lain-lain..

YB2 PR yng non muslim turut berminat utk turut serta dalam majlis yg di adakan di mesjid dan turut sama mendengar tazkirah oleh para2 ustaz. Disamping melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat di kawasan terbabit, ia juga sebagai tanda menghormati agama Islam...

Ada di maklumkan ada non muslim dari india yg sanggup menunggu di luar sebuah mesjid di Shah Alam semasa solat terawih semata-mata utk mendengar tazkirah yg akan di buat selepas itu.

Keterangan gambar: YB Lau sedang melihat tafsir Al Quran yg di hadiahkan oleh AJK Masjid sempena lawatan beliau ke mesjid tersebut sambil diperhatikan oleh YB Tony Pua. Adakah ini juga akan dijadikan isu oleh UMNO kelak? - andak FB KBSB

Pria Malaya: Nasihat kepada saf kepimpinan atasan baik dipelbagai peringkat..teruskan usaha dan kerja dakwah..insyaAllah, sambil bersiayasah (politik), jgn dilupa manhaj dahwah dan tarbiah, baik kepada muslim mahupun non muslim...

Jangan dihiraukan provokasi nakal yang ditimbulkan oleh golongan Perkasa-UMno-yb ZUL yg tidak faham/sengaja tidak faham tentang kesempurnaan dan keindahan Islam...jgn diambil peduli pekik lolong oleh golongan yang tegar sifat asobiyahnya sejak turun temurun..tunjukkan perwatakan dan syahsiah yang baik di depan mereka..

InsyaAllah, bersangka baik di hadapan mereka, dalam masa yg sama tetap berwaspada, dari selamanya bersangka buruk dan mengadu domba...Islam rohmatan lila'laminn...wallahua'lam...

dipetik daripada Pria Malaya

Monday, August 23, 2010

No for LGE but Yes for Kamalanthan


Masih kita ingat dalam kerancakkan kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor yang lalu, UMNO dengan bangganya menggantung kain rentang di seluruh Hulu Selangor bagi memaklumkan kepada rakyat bahawa mereka akan mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk calon BN iaitu P.Kamalanathan .

Di mana Harussani Zakaria ketika UMNO mengadakan Majlis bacaan yassin dan solat hajat untuk calon mereka P. Kamalanathan seorang Hindu ketika itu?

Kenapa tiada sebarang kata-kata yang keluar dari mulut Harussani Zakaria, kenapa beliau tidak berkata hukum orang Islam mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang bukan Islam adalah haram sebagaimana beliau berkata seperti sekarang dalam kes yang melibatkan Lim Guan Eng?

Bertukar menjadi Syaitan yang Bisu kah beliau ketika UMNO mengadakan Majlis bacaan yassin dan solat hajat untuk P. Kamalanathan?

Bukankah ini jelas menunjukkan Harussani Zakaria menghalalkan apa yang tidak boleh dalam Islam jika ianya dilakukan oleh UMNO sebaliknya jika dilakukan oleh Pakatan Rakyat maka beliau dengan segera mengharamkannya pula.

Contoh lain ialah Jom Heboh TV3, dulu ianya telah difatwakan oleh Harussani Zakaria sebagai haram beberapa tahun yang lalu tetapi bila ianya hendak diadakan di Perak ianya menjadi halal.

Adakah tindakan UMNO itu halal bagi Harussani Zakaria kerana ianya dilakukan oleh UMNO yang menjadi punca rezekinya?

Sunday, August 22, 2010

Isu Khutbah : UMNO nak selamatkan Soi Lek

Oleh: AnakSungaiDerhaka

"Beberapa orang penganalisa politik berpendapat media tunggangan UMNO iaitu Utusan Malaysia yang mendakwa nama Lim Guan Eng telah menggantikan Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah jumaat hanyalah taktik UMNO untuk memenangi semula negeri Pulau Pinang.
Mereka merasakan tindakan Utusan yang menyiarkan tajuk besar “Nama Guan Eng ganti Agong - Disebut dalam doa khutbah Jumaat: Umno Pulau Pinang bantah” khusus untuk membangkitkan kemarahan masyarakat Melayu di Pulau Pinang terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat itu

Mungkin ada benarnya pendapat penganalisa-penganalisa politik itu.. Malangnya hanya Melayu yang menyokong UMNO yang berasa marah bila isu itu dibangkitkan.. manakala yang menyokong Pakatan Rakyat semakin membenci UMNO dan Utusan.
Menurut Zahid Hamidi perkara ini talah berlaku beberapa minggu yang lalu, jika ianya benar mengapa baru sekarang ianya dinyatakan? Kenapa penyokong UMNO yang kebetulan mendengar khutbah berkenaan tidak menyatakan bantahan selepas solat jumaat itu berakhir?

Tidak bolehkah mereka memberitahu kepada Zahid Hamidi dengan segera mengenai tuduhan itu agar Zahid boleh dengan segera memberitahu kepada Muhyiddin supaya Muhyiddin boleh dengan segera memberikan amaran kepada Lim Guan Eng?

Kenapa setelah beberapa minggu berlalu baru insiden ini dilaporkan kepada polis? itupun setelah Chua Soil Lek mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan rasa kurang senang masyarakat Melayu..

Yang jelas disini UMNO terpaksa memainkan isu ini bagi mengalih perhatian rakyat terutamanya yang masih menyokong mereka dari terus fokus terhadap Chua Soi Lek yang mahukan 30% pegangan bumiputera didalam ekonomi dikurangkan.. atau dalam lain ayat isu ini terpaksa ditimbulkan oleh Zahid bagi menyelamatkan Soi Lek.

Tindakan Chua Soi Lek yang menyarankan agar ekuiti Bumiputera dikurangkan secara berperingkat-peringkat juga adalah bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Negara menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Presiden MCA itu juga dalam ucapannya di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Setar telah berkata negara-negara Islam di seluruh dunia kurang demokrasi kerana terlalu mementingkan agama; mereka mengadakan pilihan raya tetapi pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak.

Kerana kejahilannya juga beliau berkata tahap buta huruf di negara-negara itu begitu tinggi khususnya di kalangan wanita kerana tumpuan negara-negara berkenaan adalah lebih kepada agama berbanding pendidikan.

Kedua-dua isu yang telah dinyatakan oleh Chua Soi Lek itu sendiri telah menimbulkan rasa kurang senang para penyokong UMNO terhadap Presiden MCA itu dan kemarahan oleh masyarakat melayu itu disuarakan oleh PERKASA kononnya..

Bagi mengalihkan kemarahan penyokong UMNO terhadap sekutu UMNO didalam Barisan Nasional satu isu baru perlu ditimbulkan agar kemarahan itu dapat disalurkan kepada pihak lain.

Untuk disalurkan kepada Gerakan adalah tidak mungkin kerana Gerakan juga adalah sekutu UMNO didalam Barisan Nasional.

Jadi sasaran mudah UMNO dengan dibantu oleh media yang ditunggangi oleh mereka ialah Lim Guan Eng dan DAP yang menerajui Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Biarpun telah dinafikan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat Pulau Pinang di SINI,SINI dan di SINI, UMNO dan Utusan dibantu pula oleh TV3 terus memainkan isu ini..

Kalau 20 tahu dulu UMNO menggunakan kaedah ini rakyat mungkin percaya, tetapi sekarang dimana ramai rakyat yang telah faham taktik-taktik lapuk UMNO, ianya hanya menjadi bahan ketawa..

Wednesday, August 18, 2010

Wayang Cina : UMNO + MCA = Operasi Lalang

PAS menyifatkan 'pertelingkahan' antara Umno dan MCA dalam isu ekuiti bumiputera umpama bangsawan Melayu dan Opera Cina menjelang Operasi Lalang 1987 yang menyebabkan pemimpin pembangkang dikambinghitamkan.


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (kiri) berkata selepas 23 tahun,ia dipentaskan semula dengan 'pelakon' yang berbeza.

"Kalau dulu (antara) Datuk Seri Najib dan (bekas timbalan presiden MCA) Datuk Lee Kim Sai, kini (giliran) Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan (presiden MCA) Datuk Seri Dr Chua Soi Lek," kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

"Apakah selepas ini ada operasi lalang kedua? (Akan ada) pemimpin pembangkang yang akan dikambinghitam (oleh) Umno/BN.

"(Mereka) akan terus berkuasa untuk meratah rakyat dan khazanah negara," katanya.

Najib ketika itu berkhidmat sebagai pemangku menteri beliau dan sukan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata sejak tragedi berdarah 13 Mei 1969 lagi, pentas "politik bangsawan Melayu dan opera Cina" sentiasa menjadi tarikan untuk dipersembahkan.

Katanya, seperti pada tahun 1987, sandiwara itu dipentaskan ketika Umno dan MCA mengalami krisis kepercayaan daripada kaum masing-masing.

Ketika itu, tambahnya, orang Cina melihat MCA gagal melindungi bangsa merekam sebaliknya pemimpinnya dilihat membina kekayaan; manakala pemimpin Umno pula dilihat mengamalkan kronisma dan nepotisma demi mengumpul kekayaan.


"Dihunuskan keris bangsawan Melayu dan pedang opera Cina bergegak gumpita seluruh negara. Datuk Lee Kim Sai lantang memperlihatkan keberaniannya mempersoalkan hak Melayu.

"Umno pula berlagak seperti Hang Jebat pembela ketuanan Tuah. Umno mencadangkan himpunan umat Melayu di Stadium Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur.

"Jelajah mereka seluruh negara berpesan pada Melayu jangan lupa bawa mancis api dan senjata tajam keperhimpunan Melayu di Kuala Lumpur untuk bakar rumah Cina dan basahkan Kuala Lumpur dengan darah orang Cina," kata Mahfuz.

Setelah politik negara menjadi tegang, polis mengumumkan perhimpunan tersebut tidak dibenarkan dan berlakulah penangkapan beberapa pemimpin pembangkang bawah akta kontroversi ISA.

"Pelakon watak utama sandiwara bangsawan Melayu dan Opera Cina Datuk Seri Najib dan Datuk Lee Kim Sai diberi cuti ke Australia. Pemimpin pembangkang dan NGO diberi cuti rehat di Kem Kemunting," katanya.

Tuesday, August 17, 2010

Musim mengawan dan musim buang anak

http://episodeperjuangan.blogspot.com/
Iklim sosial negara kita kian teruk dan parah . Nilai maruah dan harga diri telah turun semurah sekeping kad prepaid .

Jika seketika dulu dunia dikejutkan oleh tindakan Natalie Dylan dari San Diego USA [ 22 tahun ] melelong daranya dan dibida oleh seorang lelaki Britain dengan harga 2.5 juta pound [ RM 13 juta ] , kemudian Miss Spring [ 17 tahun ] melelong daranya turun pada bidaan serendah RM 1 juta dan Alina Persia [ 18 tahun ] pula menerima bidaan 10 Ribu euro apabila beliau turut melelong daranya .

Tetapi anak - anak gadis Malaysia ada yang melelong daranya dengan mee goreng sepinggan dan kad prepaid sekeping . Demikianlah harga maruah yang semakin susut malah hancur dan binasa .

Apabila maruah dan harga diri boleh dilelong dan digadai semurah itu , apalagi nilai yang ada pada manusia seperti itu untuk dipertahankan . Mereka akhirnya menjadi hamba nafsu yang tidak lagi mengenal syurga dan neraka atau dosa dan pahala . Hidup mereka hanya diabadikan kepada perut dan apa yang berada dibawah perut . Rosak nilai , hancur maruah dan binasa tamadun .

Akhir - akhir ini , negara kita semakin menggerunkan . Sungguh menakutkan apabila statistik jenayah rogol , zina dan buang bayi ini semakin berleluasa seperti tidak menunjukkan tempoh tamatnya. Bermula dengan pergaulan bebas , pil ectasy , dadah , arak , pusat pelacuran , filem porno , laman lucah dan sebagainya sehinggalah sekatan ke atas majlis agama , sekolah agama rakyat [ SAR ] , mengurangkan sukatan pengajian Islam di pusat pengajian tinggi , mengambil tindakan ke atas khatib yang tidak bertauliah telah menyuburkan mungkar dan maksiat yang sedang berleluasa ini .


Saya memerhatikan sejak kebelakangan ini untuk tempoh beberapa tahun seperti menunjukkan satu trend bahawa bulan Julai , August dan Sept adalah bulan yang cukup banyak kes buang bayi dilaporkan dan ditemui . Jika bulan julai , august dan september ini bulan menetas ertinya bulan december sebelumnya adalah musim mengawan . Dalam bahasa mudah , jika bulan julai , august dan september ini adalah bulan buang bayi ertinya bulan december sebelumnya adalah bulan berzina . [ sebab tidak mungkin berzina bulan ini , bulan depan buang bayi ]

Bulan December adalah bulan terakhir bagi setiap tahun menurut kalendar masihi . Biasanya di negara kita akan menyambut kedatangan tahun baru detik 12.00 am 1 january dan sambutan itu akan rayakan dengan pesta - pestaan , konsert hiburan , tari menari sedari awal malam sehingga ke awal pagi esoknya . Tentunya pula pesta - pesta itu akan diserikan lagi dengan arak , pil ectasy , pil kuda dan pelbagai bahan khayal untuk membekalkan tenaga kepada melakukan maksiat semaksima mungkin .

Pengalaman saya meronda bersama dengan skuad Dewan Pemuda PAS Pusat dan negeri - negeri jelas menunjukkan bahawa malam sambutan tahun baru inilah menjadi musim mengawan beramai - ramai atau besar - besaran pasangan - pasangan yang tidak mengenal lagi batas dosa dan pahala . Sebahagian besar mereka adalah remaja atau anak - anak yang mengawan semahunya memuaskan nafsu liar mereka . Akhirnya 7 atau 8 atau 9 bulan kemudian tibalah masa menetas . Kini kita boleh saksikan bagaimana pesta menetas pula di dada - dada akhbar yang saya yakin akan berkurang sedikit selepas september nanti .

SANDAKAN [ 3 Julai 2010 ] Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim . Sandakan Sabah .

JOHOR BHARU [ 12 Julai 2010 ] Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu . Johor Bharu .

JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak - gerak .

KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri KelantanBandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .

NIBONG TEBAL [ 31 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di taman Cegar Simpang Ampat .

KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.

GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.

TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .

TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga .

MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .

PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.

Insyaallah Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan satu Sidang Meja Bulat di Anjung Rahmat Gombak pada 22 hb August 2010 [ jam 2 pm hingga 5.30 pm ] bagi membincangkan isu Jenayah rogol , zina dan buang bayi serta jalan penyelesaiannya . Sidang meja bulat ini akan turut mengundang parti - parti politik , ngo - ngo dan tokoh - tokoh tertentu .

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Lagi Krisis Kehakiman Malaysia...


Tidak cukup dengan pendedahan mengenai hubungan pengadu dan saksi utama perbicaraan Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan hubungan sulit Saiful dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh, kini penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin melontarkan 'bom' yang bakal menggegarkan badan kehakiman negara - dakwaan hubungan sulit antara Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Azailiza Mohd Ahad. Dalam kolumnya 'No Holds Barred' Raja Petra atau RPK menulis dalam artikel berjudul 'Okay, What About This Affair Then?' bertarikh 16 Ogos, hubungan sulit antara Abdul Gani dan Azailiza adalah 'rahsia terbuka' dikalangan kakitangan Jabatan Peguam Negara. "Ya, semua orang tahu mengenai hubungan suklit ini. Ia bukan rahsia. Peguam Negara dan Azailiza selalu ke luar negara bersama, dan untuk menjimatkan wang pembayar cukai, mereka memilih untuk berkongsi bilik daripada menyewa bilik berasingan. "Nampak gayanya banyak sangat skandal seks di Istana Keadilan. Apatah lagi Ketua Hakim Negara mengahwini isteri kedua di Thailand secara tidak sah dan kemudiannya menghapuskan bukti bagi mengelak pendakwaan, seperti juga kawan kita Ahli Parlimen dari Sabah. Terfikir kita sama ada mereka mempunyai cukup masa untuk menyediakan kes di mahkamah," kata RPK secara sinis. RPK mengaitkan pendedahan beliau terhadap Abdul Gani dengan dakwaan skandal antara Saiful dan Farah.

"Kenapa Peguam Negara tidak mahu mengesah atau menafikan dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwaan mengadakan hubungan dengan saksi utama? Alangkah mudah sekiranya beliau terus menafikannya dan selesai semua masalah? "Beliau (Abdul Gani) tidak mahu mengambil risiko ke atas dirinya kerana pertamanya beliau tahu sekiranya beliau menafikan lebih banyak keburukan akan terdedah. Lebih-lebih lagi beliau risau saya akan mendedahkan satu lagi hubungan sulit iaitu antara beliau dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Azailiza Mohd Ahad," kata RPK dalam artikelnya. RPK mendakwa mahkamah pada hakikatnya mengakui hubungan romantis Saiful-Farah kerana ia tidak berminat samada perkara itu berlaku atau tidak. Mahkamah hanya mahu menentukan sama ada hubungan itu akan menjejaskan kes yang sedang dibicarakan. "Dalam erti kata lain, adalah berlaku ‘pillow talk’ semasa hubungan diadakan? Dan mahkamah pun sudah yakin tidak ada 'pillow talk' hanya hubungan intim sahaja. Jadi tidak ada salah pendakwaan dan maka itu pertuduhan terhadap Anwar tidak harus digugurkan," kata RPK membuat kesimpulan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan pasukan pembelaan membuang kes.

Friday, August 13, 2010

oh Malaysiaku...Kertas Siasatan Pun Hilang?

Kertas siasatan hilang, dijual di kedai kitar semula

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Polis menahan lapan lelaki termasuk empat buruh binaan warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes kehilangan kira-kira 10,000 keping kertas siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini, kelmarin.

Kertas siasatan itu mengandungi rekod kes-kes jenayah IPD itu yang sudah selesai dan menunggu kelulusan untuk dilupuskan.

Ia disimpan di dalam sebuah bilik di tingkat satu, salah satu daripada bangunan IPD itu yang sedang diubah suai.

Difahamkan, keadaan fail kertas siasatan itu yang sudah usang dan berhabuk menyebabkan pekerja binaan di situ menyangkakan ia kertas lama yang sudah tidak digunakan lalu mengambilnya untuk dijual kepada kilang kitar semula.

Kertas siasatan seberat kira-kira 2,000 kilogram itu dijual pada harga RM800 kepada beberapa kilang kitar semula di Kepong berdasarkan kadar antara 37 hingga 45 sen sekilogram.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kehilangan kertas siasatan itu hanya disedari pada Sabtu lalu oleh salah seorang anggotanya yang mahu menjalankan kerja-kerja pembersihan dan mengemas kini fail-fail di situ.

Beliau berkata, pihaknya mengesyaki kertas siasatan terbabit diambil oleh para pekerja yang mengubah suai bangunan tersebut.

“Berikutan itu, kita telah menahan empat lelaki tempatan iaitu seorang penyelia dan tiga pemandu lori berusia lingkungan 40-an untuk membantu siasatan.

“Empat buruh binaan Bangladesh berusia lingkungan 20-an turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di IPD Gombak di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, kesemua lelaki terbabit ditahan secara berasingan pada sebelah petang dan malam kelmarin.

Beliau berkata, empat lelaki tempatan ditahan di beberapa kawasan sekitar Kepong manakala kesemua pekerja Bangladesh ditangkap ketika bekerja di tapak binaan.

Katanya, kesemua mereka direman selama empat hari mulai semalam untuk disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

pastpjp : tak hairanlah kat Malaysia ni..byk peristiwa aneh. Enjin jet boleh hilang..inikan kertas siasatan. Lepas tu dekta nak abih perbicaraan boleh timbul bukti baru...main silap mata pulak. mesti ada belajar dengan Daud Padang Tembaga (David Coopperfield) ni..

Wednesday, August 11, 2010

Perutusan Ramadhan oleh KM Pulau Pinang...terharu

petikan daripada Harakahdaily


Berikut adalah perutusan penuh beliau.

Saya ingin berdoakan agar keberkatan dan kesucian bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun 1431 Hijrah ini dapat dihalusi dan dinikmati semua berdasarkan perkongsian, pengorbanan dan sumbangan kepada masyarakat.

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang akan terus berusaha mendirikan kerajaan berjiwa rakyat dengan berteraskan prinsip 3P – Perkayakan Rakyat, Perkuasakan Rakyat dan Perkasakan Rakyat- dan urus tadbir kerajaan Cekap, Telus dan Akauntabel (CAT). Prinsip integriti dan kebenaran adalah penting dalam pentadbiran negara.

Kerajaan yang baik dan bersih akan dapat jimatkan wang untuk dikongsi bersama rakyat. Ini boleh dilihat buat pertama kalinya semua warga emas yang melebihi 60 tahun telahpun menerima RM100 setiap tahun dan waris akan menerima buat pertama kalinya RM1,000 untuk urusan jenazah. Di samping itu, Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Malaysia yang berjaya basmikan miskin tegar pada 2009.

Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, saya memberi jaminan bahawa amalan CAT akan dilaksanakan tanpa pilih kasih bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri diteruskan dengan tiga teras pembangunan ekonomi yang digariskan iaitu merancakkan pertumbuhan ekonomi (pro-growth), mewujudkan peluang pekerjaan (pro-jobs) dan menjamin keadilan sosio-ekonomi (pro-poor).

Di bulan yang mulia ini juga, saya mengambil semangat Ramadhan Al-Mubarak yang penuh keberkatan ini untuk menyeru rakyat negeri Pulau Pinang agar mengelakkan fitnah walaupun mempunyai ideologi politik yang berbeza. Tindakan aibkan orang atau meniup sentimen perkauman berdasarkan pembohongan dan berita palsu memang kelaziman tidak sihat yang masih dimainkan. Contohnya dakwaan perarakan Maulud diharamkan diulang-ulangi sungguhpun berjalan seperti dulu kala dan dengan lebih meriah. Ataupun demonstrasi ke atas dakwaan palsu Bazar Ramadan di Komtar diharamkan oleh sipenganjur yang telah kutip wang sewa daripada peniaga tetapi tidak serahkannya kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang(PDC).

Kerajaan negeri sedia menerima cabaran ini dengan tabah hati dan keyakinan serta anggapnya sebagai suatu ujian daripada Tuhan untuk melawan kemungkaran dan fitnah. Ini adalah kerana kerajaan negeri yakin orang Islam, dapat bezakan di antara benar dan salah, hak dan batil, antara maaruf dan mungkar.

Akhirnya, marilah kita menjauhi segala laranganNya bagi mendapatkan puasa yang sempurna sejajar sabda Rasulullah SAW (bermaksud): “Barangsiapa yang berpuasa kerana iman dan mengharap pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”.

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak, bulan rahmat yang penuh keberkatan.

Amal Maaruf Nahi Mungkar

Tuesday, July 27, 2010

Ezam...bekas Jeneral Anwar...masyuuk

drp : Shen Yee Aun di laman Malaysia kini
Anda dipilih untuk mengetuai pasukan dan agenda mengembalikan Selangor. Dalam ceramah terbaharu anda di Pelabuhan Klang, anda mengelar diri sendiri sebagai bekas jeneral Anwar Ibrahim. Maknanya anda bukan calang-calang orangnya, sangat berpengaruh dalam PKR suatu ketika dahulu.

Setahu saya semasa anda berkuasa sebagai jeneral dalam PKR anda pernah berdepan dengan dua pilihan raya umum. Dan Selangor gagal dirampas dua kali semasa anda merupakan seorang jeneral perang, seperti yang diistihar oleh anda sendiri. Selangor hanya berjaya dirampas oleh PKR ketika anda keluar daripada parti pada tahun 2006.

Anda kuat menyerang Anwar sebagai agen Yahudi, namun pada masa yang sama anda pernah berjuang untuk beliau selama 10 tahun. Jika benar sekalipun tuduhan anda, maka anda sendiri sudah bersetuju, anda pernah mempertahankan seorang 'agen Yahudi' selama satu dekad. Apatah lagi kata anda sendiri pernah mengakui menjadi jeneralnya.

Rakyat Malaysia mula pelik dengan cara politik baharu yang cuba anda bawa ke dunia politik. Setelah meninggalkan PKR anda sudah mula dengan 'politik sumpah'. Sama ada anda sendiri bersumpah dalam banyak kenyataan politik, dalam banyak ceramah politik seolah-olah anda tahu rakyat sudah hilang kepercayaan kepada anda. Atau seolah-olah anda rasa Umno masih ragu-ragu padamu. Disamping anda mencabar orang tertentu untuk bersumpah atas ini dan itu.

Jangan sesekali bangkitkan politik sumpah di Malaysia kerana jika asyik bersumpah, ia tidak akan menjadi laku. Saya masih ingat seorang jeneral tersohor juga pernah bersumpah tidak akan meninggalkan perjuangan PKR. Nasihat saya jangan sesekali libatkan agama dalam politik.

Strategi anda mengembalikan Selangor juga hanya sekadar bayangan dan cerminan anda sendiri. Dalam program di Shah Alam anda membandingkan sikap Anwar melalui ucapannya semasa masih menjadi timbalan perdana menteri dan selepas menjadi penasihat PKR - parti dominan dalam Pakatan
Rakyat. Satu soalan ringkas dan mudah. Bagaimana pula dengan ceramah Ezam semasa menjadi orang kuat Anwar dan selepas keluar daripada PKR?

Penegasan anda berkali-kali menafikan masuk Umno kerana wang menjadi tanda kepada orang ramai. Siapa yang mengatakan anda masuk Umno kerana wang? Seolah-olah anda berkonflik dengan diri sendiri. Minda anda sendiri yang kata anda masuk Umno kerana wang. Dan diri anda pula terus menjawab, anda masuk bukan kerana wang.

Saya mula mempersoalkan kredibiliti dan strategi anda dalam merampas Selangor kembali. Segala strategi anda menjurus kepada usaha menjejaskan kredibiliti Anwar, seolah-olah seluruh rakyat Selangor mengundi Pakatan disebabkan faktor Anwar semata-mata.

Dalam politik, good or bad news is still a good publisity in different way. Anda hanya membuatkan masyarakat tidak dapat melupakan Anwar. Tetapi populariti Anwar semakin meningkat. Anda juga memberi gambaran betapa hebat dan agungnya Anwar sampai jika kredibilitinya terjejas maka Selangor akan mampu dirampas.

Jika anda adalah seorang jeneral, saya pula sekadar seorang hamba biasa. Kita biar rakyat bandingkan strategi kita.

Risalah lawan ceramah

Jika anda seorang ahli perniagaan maka anda seorang yang tidak mengkaji pasaran dan memahami pelanggan anda dengan baik. Ceramah anda di Shah Alam dihadiri sekitar 250 orang. Di Klang pula sekitar 500 orang. Jika tolak penyokong Umno dan BN, rasanya angka sebenar kurang daripada 50 orang.

Keadaan ini cukup jauh berbeza ketika anda berada dalam PKR. Anda gagal memahami rakyat.
Dalam masyarakat sememangnya sudah ada trend tidak hadir ke ceramah BN, kerana ia 'boring' secara semula jadi.

Kita kena tahu dalam politik ada yang melihat. Ada yang mendengar. Ada yang membaca. Ada pula yang merasainya. Jika orang sudah tidak berminat untuk mendengar maka gunakanlah strategi untuk orang yang membaca.

Jika segala serangan kamu berada dalam bentuk risalah maka orang boleh membacanya dan ada juga boleh menyimpannya.

Dalam ceramah, 50 orang tahu. Risalah pula, ratusan ribu orang dapat tahu. Tuduhan, sama ada benar atau tidak bukan isu dalam politik.

Tanam Penyokong Kamu Dalam PKR Vs Tarik Penyokong Kamu Dalam PKR

Anda dengan bangganya dapat menarik orang - orang kamu ke dalam UMNO. Strategi dan pandangan politik anda amat berpandangan cetek dan singkat. UMNO tidak memerlukan ahli yang ramai untuk menang dalam pilihan raya. DAP yang berbekalkan 70 ribu ahli mampu mendapat undi
ratusan ribu lebih daripada ahli mereka. Anda sepatutnya sedar bilangan ahli dalam sesebuah parti tidak melambangkan bilangan undi dalam realiti politik semasa. Jika penyokong kamu berada dalam PKR
maka secara diam dan tersirat bom yang ditanam itu akan dirangka untuk meletup bila diperlukan.

Strategi saya lawan strategi anda serang Anwar

Kamu menyerang Anwar sebagai pengkhianat Melayu. Agen Yahudi dan sebagainya. Strategi kamu memilih untuk menjatuhkan Anwar mungkin tepat, tetapi senjata yang kamu pilih menyerangnya sia-sia semata-mata. Mengapa? Anwar pada hari ini lebih popular dalam kalangan masyarakat Melayu atau bukan Melayu?

Jika undi Cina semakin banyak, maka serangan anda bahawa Anwar pengkhianat Melayu akan meningkatkan golongan itu. Sebagai seorang politikus yang sudah lama berkecimpung, anda sudah sedar realiti bahawa sudah ada kelompak Melayu yang memang akan tetap berpihak padanya. Pengurangan 10 peratus undi Melayu dan peningkatan 60 peratus undi bukan Melayu akan menempatkan Anwar ke Putrajaya tidak lama lagi jika anda kekal menjadi strategis yang tidak pernah hebat.

Anda sepatutnya pilih untuk menyerang Anwar sebagai 'pengkhianat' kepada bukan Melayu. Mengapa? Sebab sudah ramai ahli Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) dan pemimpin Melayu yang sudah menyerang Anwar dari sudut ini. Anda sepatutnya mencari kelainan. Biar Anwar diserang daripada dua sudut yang berbeza.

Anwar boleh sahaja diserang apabila 100 peratus ketua perhubungan negeri PKR adalah Melayu. Sebanyak 80 peratus timbalan pengerusi 1 juga Melayu. Dan Selangor satu-satunya negeri yang diperintah PKR tiada jawatan timbalan menteri besar kepada bukan Melayu. Oleh itu, mana logiknya Anwar akan beri jawatan timbalan perdana menteri kepada Cina? Biar sokongan bukan Melayu Anwar terjejas.

Percaturan anda bukan checkmate lawan anda keluar daripada Putrajaya, tetapi checkmate lawan anda ke Putrajaya.

Penjenamaan Pakatan lawan penjenamaan Anwar

Fokus anda sepatutnya menjurus kepada melemahkan Pakatan dan bukannya melemahkan Anwar.

Jika penjenamaan politik DAP yang diberi oleh Umno adalah Pro-Cina, PAS sebagai Islam ekstrem, PKR alat Anwar. BN didakwa sebagai rasuah. Maka sehingga kini tiada penjenamaan politik untuk menjejaskan kredibiliti Pakatan. Yang ada hanya sekadar dikatakan Pakatan ini tidak akan kekal lama, Pakatan bermasalah dan memiliki ideologi yang berbeza. Kesemua ini bukannya penjenamaan politik. Isu dan penjenamaan politik adalah dua perkara yang berbeza.

Pakatan Rakyat boleh dijenamakan sebagai penipu dan hiprokrit. Banyak lagi peluru dan isu yang boleh dibangkitkan untuk menjayakan penjenamaan politik ini sehingga pada satu masa tertanam dalam minda masyarakat.

PAS dan DAP lawan PKR

Anda pernah berada dalam PKR. Anda tahu calon dan kredibiliti setiap mereka. Anda tahu masalah dalaman PKR. Anda tahu segala kelemahan PKR. Anda tahu kelemahan jentera PKR dan segala-galanyaberkaitan PKR. Sebagai seorang politikus berpengalaman anda sepatutnya sudah boleh meramalkan, dalam pilihan raya umum ke-13 PKR bakal mendapat undi paling tidak stabil berbanding PAS dan DAP.

DAP pula kebal dan menjadi semakin kuat. PAS pula semakin kukuh dan berpengaruh di Selangor. Tepuklah dada dan tanyalah selera, adakah anda sudah silap menembak lawan? Sememangnya jika tidak tembak pun, lama-kelamaan akan mati secara semula jadi?

Isu setempat lawan isu tiada sempadan

Ada kalanya saya tertanya, adakah anda produk Anwar? Anwar seorang strategis bijak. Ceramahnya di pelbagai kawasan sentiasa berbeza intinya, menurut keperluan pasaran di sesuatu tempat. Sebab itu Anwar popular di kalangan orang Melayu dan bukan Melayu.

Anda pula bawa isu agama, perjuangan Melayu dan isu Israel di hampir setiap ceramah di merata tempat. Isu ini mungkin tepat di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Jika isu ini kekal dimainkan di Selangor anda hanya membantu memenangkan Pakatan.

Saya hanya memilih untuk mengemukakan perbezaan enam strategi walaupun terdapat beratus lagi yang boleh disebut. Hanya sekadar enam untuk menunjukkan mengapa dan bagaimana anda boleh menjadi seorang jeneral perang PKR yang gagal suatu ketika dahulu; dan bakal gagal lagi bersama
BN.

Ada kalanya kita tidak memerlukan seorang jeneral untuk melawan jeneral yang lain. Jeneral seperti anda, ada kalanya hamba dan askar biasa juga mampu untuk berdepan. Hamba sedia berdebat dengan jeneral di mana-mana sahaja, apa sahaja format, tajuk dan pada bila-bila masa jika jeneral masih merasakan dirinya hebat.

Monday, July 26, 2010

Gaya hidup org melayu di rantau orang..ish ish

ini adalah info yg pastpjp dapat drp FB tentang seorng melayu yg berasal dr pantai timur dan sekarng berhijrah ke Australia. Lihatlah gaya hidup mereka tidak mencerminkan budaya Islam maupun melayu...individu ini gembira menyambut party dgn memegang botol2 arak.maklumlah isterinya pun adalah mat salleh



















pastpjp : ini di negara orang...tapi yg sedihnya org2 melayu di Malaysia sendiri yg terdiri drp anak2 pembesar negara bergelumang dgn benda haram ini. Harap2 kita tidak termasuk dlm golongan tersebut..

Thursday, July 22, 2010

Sefool oh Sefool..keadaan mcm ni pun sempat lagi?....


Dakwaan ‘cinta’ Saiful, DPP(Farah) hantui pasukan pendakwa kes liwat Anwar

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwa kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam hubungan 'romantik' dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan mula menghantui pendakwa raya, tetapi status staf muda berkenaan masih belum diputuskan.

Pasukan pendakwa raya belum memutuskan sama ada akan menggugurkan rakan mereka itu apabila perbicaraan disambung semula pada 2 Ogos ini.

Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin awal hari ini mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan mereka, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.

Mohd Yusof enggan mengatakan sama ada anggota wanita itu akan digugurkan kelak.

“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.

“Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak,” kata Mohd Yusof kepada The Malaysian Insider.

Mohd Yusof menekankan, peranan staf itu adalah kecil memandangkan dia bukan “anggota rasmi” dalam pasukan itu apabila kes itu mula didengar.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina Latif.

Saiful dan Farah belum dapat dihubungi untuk reaksi.

Kata Mohd Yusof, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.

“Jadi, saya tidak boleh mengatakan dia telah digugurkan daripada pasukan ini kerana dia sebenarnya bukan sebahagian daripada pasukan saya, tidak seperti (timbalan pendakwa raya) Noorin (Badaruddin) atau Wong (Chiang Kiat), atau diri saya.

“Dia dibawa untuk membantu tetapi kini kami ada sekurang-kurangnya tiga peguam yang boleh melakukan kerja-kerja menghimpunkan (data) dan kadangkala Noorin juga mengambil nota,” katanya.

Selain itu menurut beliau, anggota berkenaan juga pendakwa raya yang turut mengendalikan kes-kes lain.

“Jika kami memutuskan untuk tidak menyertakan dia dalam pasukan kami, ia adalah kerana kami boleh mengendalikan kes ini tanpa dia... ini kerana dia juga ada kes lain untuk dikendalikan,” kata Mohd Yusof lagi.

Mohd Yusof sambil berkata beliau tiada maklumat mengenai tuduhan terbaru ini, apa yang dilakukan oleh anggota pasukannya adalah urusan peribadi.

“Saya tidak periksa kehidupan peribadi mereka... jadi saya tidak tahu. Saya tidak boleh komen. Apakah anda boleh percaya Raja Petra? Dia selaku menyebarkan khabar angin,” katanya.

“Saya memberitahu anda yang ini... saya perlu menemui anggota pasukan saya (terlebih dahulu) dan saya akan kembali kepada anda. Bagaimanapun dia bukan bahagian penting dalam pasukan saya, dia hanya akan membantu kami bila kami memerlukannya,” tegas Mohd Yusof.

Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes liwat Anwar, Ketua Pembangkang, ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh, memperolehi cuti sakit selama dua minggu.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

pastpjp : Nampaknya drama semakin menarik...tgklah satu-satu Allah nak tunjukkan siapa itu Saiful Bukhari?

Kepujian Untuk TG Lockman Nor Adem

dipetik dari : Amenoworld

Kepada :

Yang Amat Berhormat Tuan Guru Tan Sri Lokman Nor Adam, selaku tuan-guru tersohor di seluruh pelusuk dunia tiada yang lebih tersohor dari tersohor berbanding Tuan Guru Lokman Nor Adam.


Perkara : Anugerah Darjat Kebesaran Kebodekan, Ke-ampu-an dan Pemfitnah Tahap 1.

Assalammualaikum,

Ke hadapan Tuan Guru Tan Sri Lokman Nor Adam yang sangat di kasihi saya menulis surat rasmi ini berikutan kecermerlang Tuan Guru Tan Sri Lokman Nor Adam dalam menyebarkan dakyah fitnah dan putar belit yang berlangsung dengan jaya nya di saluran fitnah terhebat masakini iaitu tv3 juga dalam rancangan yang paling popular di seluruh dunia tak lain tak bukan 'soal-jawab'.

Sesungguhnya kata-kata tuan guru tan sri lokman nor adam benar-benar berjaya meraih dan mencuri tumpuan sebilangan ramai penyokong-penyokong pakatan rakyat untuk terus duduk setempat dan menyaksikan bait-bait putar belit yang keluar dari mulut tuan guru tan sri lokman nor adam.

Izinkan saya mengulas sedikit perbualan dan bait-bait putar belit tuan, yang berjaya meracun pemikiran anak muda yang tidak tahu membezakan kebenaran dan kebatilan.

1. PAS pernah menuduh umno sebagai kafir.
Inilah dia tuan, inila dia la putar belit yang paling menarik sekali, sesungguhnya tuan memang maha hebat, err silap maha-maha-maha hebat, dalam melaukkan pemikiran anak-anak muda yang tidak berdosa. syabas tuan syabas. walaupun kita sedia maklum bahawa pas tidak pernah menuduh umno sebagai kafir, dan umno yang makan cili banyak sangat sehingga dia terasa pedas, tetapi itu semua boleh kita ketepikan langsung, tak perlu takut,
dunia ini kita yang punya. Walaupun Pas boleh bagi bukti dan keterangan yang cukup konsisten untuk menentang hujah kita, bahawa pas sama sekali tidak pernah mengkafirkan umno, tetapi pas tidak akan berpeluang berbuat demikian, ingat semua media-media perdana adalah kita yang punya. kebenaran akan tertutup, fitnah akan terus berleluasa, dan kita akan kekal selamat.


2.Menfitnah nama baik Husam Musa.
Brilliant. Saya paling tertarik dengan kata-kata tuan bila tuan berjaya memburukkan husam dan nik aziz. bagi saya tindakan tuan itu di anggap tepat dan relevan. Menipu bahawa husam tidak akan melaksanakan hudud, adalah sesuatu perkara yang benar-benar bagus. Ya, teruskan menipu dan menfitnah husam. Intergriti husam harus di cemarkan sebanyak mana yang boleh. Sungguh pun kita sedia maklum bahawa husam cuma mengulas dengan jujur bahawa pakatan belum berbincang mengenai hukum hudud, bukan bererti mereka menolak hudud, tetapi ini boleh dijadikan satu point yang penting untuk menembak pakatan.
dengan menempelak mereka tentang hudud telah melepaskan kita dari tanggungjawab kewajipan melaksanakan hudud, nah, terbukti tuan sememangnya cemerlang dan gemilang, pandai sungguh tuan menolak kewajipan melaksanakan hukum hudud kepada pas semata-mata. rasakan pas. biar mereka berbuih mulut jawab dengan rakyat pasal hudud, di bahu kita tiada hudud tiada beban. bravo tuan bravo. tuan memang hebat. kurang satu musuh kita
dalam menawan pas kelantan.

3.Mengutuk Nik Aziz tanpa segan silu.
Bijaksana sungguh. sungguh saya tak sangka tuan semakin bijak berburuk-burukan nik aziz tanpa segan silu. mengutuk nik aziz kemudian nya menyenaraikan pula bahawa nik aziz adalah ikon yang penting untuk kerjasama pas-umno adalah suatu tindakan yang di anggap paling bijak. Ya, patut tuan kena kutuk dengan lebih banyak lagi, amat rugi tuan tidak memasukkan isu rasuah kek, lupa kah kita pada sejarah bahawa nik aziz merasuah pekerja dengan kek? itu isu besar yang patut masuk tv. harap sprm tidak sibuk bersihkan nik aziz seperti mana mereka bersihkan khalid daripada isu rasuah jamuan hariraya. namun, usaha murni tuan mengaitkan gambar elizabeth wong dengan nik aziz saya anggap berhasil dan berjaya sekali. biar mereka rakyat di luar sana berfikir bahawa nik aziz menyokong kepada maksiat. Itu point penting. dan syabas kerna berjaya mencipta persepsi masyarakat seolah-olah nik aziz memberikan sokongan kepada bukan-islam untuk hidup dalam maksiat. itulah yang paling penting pun, jika nik aziz di pandang buruk, maka kurang satu lagi musuh kita untuk menawan pas. ingat pas akan kekal pas dan tidak akan menjadi milik umno selagi mana nik aziz terus berkuasa.


4.Memburukan Ustaz Azizan.
Ini la yang paling hebat. tuan dengan slumber nya memburukan ustaz azizan, tanpa ada rasa malu meskipun tuan tahu ianya tidak benar, tetapi tuan berani lafazkan penipuan tersebut. keberanian tuan selayaknya di puji dan di sanjung tinggi. bukan calang-calang orang mampu berbuat demikian, insya-Allah neraka jahanam sedang menanti kita dengan penuh tawaduk. Mufti tidak patut campur soal politik bukan bermaksud pas mahu mengasingkan soal agama dari pada soal politik, apa yang dimaksudkan oleh ustaz azizan ialah mufti patut menegur perkara yang perlu di tegur bukan sibuk berpolitik dengan mengenepikan kepentingan dan peranan islam. apabila seseorang mufti berpolitik semata-mata untuk menjaga kepentingan satu-satu parti politik yang jelas menolak islam dalam kehidupan, ianya tidak patut di amalkan. Nah, inilah maksud ustaz, hanya kita sama kita sahaja yang tahu, orang lain tak tahu dan kita tidak perlu jelaskan secara terperinci kepada mereka.

5.Menghina/menuduh ahli-ahli pas.
Ya, ini yang terhebat dari yang paling hebat. saya percaya ahli pas pasti marah dengan fitnah terbaru dari tuan. pada saya, pas sememangnya berpecah belah kepada dua bahagian. pedulikan la umno yang berpecah belah kepada entah berapa bahagian sampai tidak terkira. pedulikan isu di rantau panjang, setiu dan sebagainya. mereka, masyarakat tidak tahu keretakkan umno. tetapi apa yang pasti kita kena war-warkan perpecahan pas. pas harus dilihat sebagai sebuah parti yang tidak konsisten dan tidak mampu menjaga kepentingan orang islam dan melayu kerana mereka memperjuangkan dsai lebih daripada mereka memperjuangkan kepimpinan pas. ya, inilah dia modus operandi yang harus kita sebarkan seluas yang mungkin. wajib bagi kita menyebarkan hasutan dan memecahbelah ahli-ahli pas. kita harus tiup seruling hasutan dengan lebih merdu lagi, agar mereka terlentok dalam segala tipu daya dan hasutan yang kita mainkan di radio, tv dan segala macam media. bravo tuan bravo. tuan memang wira.

Tindakan tuan tidak menyentuh langsung nama hadi awang di anggap jalan yang paling selamat dan bijak, ini perlu bagi memastikan kita berjaya mencipta persepsi bahawa hadi awang mahu kan kerjasama pas-umn0. sekaligus kita akan melaga-lagakan penyokong-penyokong pas bahawa pemimpin mereka berpuak-puak dan mempunyai pandangan yang berlainan antara satu sama lain. bravo tuan bravo. pandai tuan membuat perencanaan.

Tindakan tuan menuduh pas dengan pelbagai tuduhan juga di anggap realistik dan pelan yang berbaloi-baloi kerana dalam pada kita menuduh pas sebagai sesat, kita menekan mereka dengan bentuk kerjasama, lama-kelamaan pasti mereka akan terpengaruh dengan dakyah dan rancangan jahat kita. Itu wajib dilakukan bagi memastikan pas terlentok di bahu umno.

sesungguhnya saya melihat riak wajah tuan begitu pelik, saat melafazkan fitnah tersebut, apakah ada seruan kecil yang memujuk tuan untuk berwaspada dalam berkata-kata? jika ya, pedulikan seruan-seruan tersebut, ingat kalau ada seruan yang menyeru supaya kita mengikuti kata-kata nya, pastikan seruan itu datang dari mahkluk yang bertanduk
yang menjanjikan tempat ter-hot- buat kita, mana lagi kalau bukan neraka jahanam.

Tindakan tuan mengakui bahawa umno mengamalkan politik suku, agama suku juga di anggap cemerlang. syabas, bukan calang-calang orang berani mengakui secara spontan tanpa dia sedari bahawa dia telah memburukkan parti nya sendiri. dan kata-kata tuan mengiyakan bahawa selama ini pas teguh mengamalkan islam juga selayak nya diberikan kredit yang maksimun kerana orang biasa pasti tidak mampu untuk memuji pas tanpa sengaja dalam pada dia mengutuk-ngutuk pas. bravo tuan bravo. tuan memang hero.

Akhir kata dari saya, darjat kebesaran yang akan di anugerahkan kepada tuan, akan tuan dapat semasa di hari pengadilan yang akan di kelolakan oleh Allah swt nanti. bersama kita bersabar menunggu hari tersebut tiba. saya sendiri sudah mula berasa gembira yang amat kini.

yang benar,
Ameno Tipu Situ Sana Sini

Wednesday, July 21, 2010

Tgklah(bacalah) perangai YB Katak kat Parlimen.ni..

Bila membaca semula hansard parlimen yang dibentangkan oleh "YB-YB katak " di Parlimen buat kita kembali berfikir. Mungkin boleh dikongsikan disini. Baca petikan ini,

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Astaghfirullah. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya minta maaf, saya minta maaf banyak-banyak kepada Dewan yang mulia tentang apa yang berlaku. Mereka membuat provokasi kepada saya dengan tidak ikut peraturan, dengan tidak menghormati Tuan Yang di-Pertua. Menuduh, menuding dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar daripada Dewan. Inilah yang dikatakan...mereka ini golongan beradab dan pejuang-pejuang Islam, cukup saya kesal.

Kita baca sedutan di atas, tentu kita anggap Ibrahim Ali ini seorang pejuang Melayu yang sangat beradab dan tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat.

Tunggu dulu, tengok sedutan-sedutan sebelumnya pada hari yang sama sebagaimana dituliskan di dalam hansard itu.

Sedutan 1
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Hei, beruk!!

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Beruk sahaja kenal dengan beruk tau!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Kamu jangan kurang ajar ya!
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Beruk besar kenal dengan beruk...

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Hei, anjing!
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Kalau saya anjing, kamu pun anjing.
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Kamu anjing!

Sedutan 2

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Bukan you seorang Melayu tau, ramai lagi Melayu.
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Ya lah, tetapi kalau orang Hindu cakap saya macam itu ...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Bagi pihak Melayu, you have no right.
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Hey, you shut up! You shut up! You shut up! Babi!

Sedutan 3 (updated)

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Itu sahaja maksud saya!
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Inilah! Tadi you gunakan perkataan
‘munafik’. Ha, kamu munafik lah sekarang ini. [Dewan riuh]
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Saya tidak ada, saya kata perkataan itu umum. Saya tidak
sebut sesiapa pun melainkan saya katakan umum. Ini soal prinsip perbahasan umum. Kamu jangan kurang ajar! [Tepuk] Hei Bangsat! Kamu jangan kurang ajar!
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Pasir Mas kurang ajar, Tuan Yang di-Pertua.

Apa nak jadi dengan Raja Ketuanan Katak ni, semakin dibaca hansard itu, semakin menyampah, itulah kerekter sebenar Brahim Ali kot? Macam Paris Hilton jer cara dia ni, carik publisiti murahan, yerlah..bila sapa pun malas nak layan, PAS ? UMNO sendiri pun dah makin meluat.

Kesian rakyat Malaysia kerana dengan wang cukai dan bla..bla..bla, itulah yang rakyat bayar untuk membayar gaji "Yang Berhormat" seperti ini. Apa macam ?

Tuesday, July 20, 2010

Ezam si Pemungut Kotak kurang Ajar dgn Tok Guru

Ezam si pemungut kotak yang telah mendapat takhta itu meludah lagi. Kali ini kahak busuk miliknya diludahkan ke arah TGNA.

Katanya TGNA bukanlah pemimpin yang berjiwa besar kerana lebih mementingkan survival politik sendiri berbanding survival ummah. Pada Ezam, ummah itu adalah Melayu dan Melayu itu adalah ummah.

Entah siapalah yang mengajar Ezam dengan pandangan seperti tidak bersekolah ini. Juga seperti Mufti Harussani, Ezam juga tidak perlu kita pedulikan kerana siapalah beliau di dalam perjuangan rakyat melainkan seorang pengkhianat yang akan dikenang sehingga kiamat.

Beliau memang diketahui suka meludah merata rata dan ramai sekali pemimpin UMNO yang beliau palitkan kahak ketika mana beliau berkubang di gelanggang perjuangan dahulu. Sekarang, kita berikan sahaja peluang kepada mamat pemungut kotak ini untuk menjilat semula kahak dan air liur basi yang beliau palitkan kepada UMNO suatu ketika dahulu.

Insyaallah, giliran untuk Ezam menjilat kembali kahak hijau miliknya yang beliau palitkan kepada kita pasti akan tiba jua akhirnya. (amir ibnu salim)

Monday, July 19, 2010

Awas petualang dlm FB..




Pastpjp ingin mengingatkan sdra/sdari semua bahawa ada satu akaun FB yg menggunakan nickname 'Muslimah PAs Negeri Kelantan' telah membuat fitnah yang keterlaluan dan gambar2 yang tak senonoh utk mencaci PAS dan juga PR. Pastpjp mengharapkan para pengunjung berwaspada dgn nickname tersebut. Sekian

Sunday, July 18, 2010

TPM dimalukan oleh 4 Adun BN..padan muka!

Hisham: 4 ADUN BN 'tak hormat' TPM

Jul 17, 10

Kegagalan empat wakil rakyat kawasan Setiu menghadiri persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu seolah-olah tidak menghormati Timbalan Perdana Menteri yang merasmikan majlis itu, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Seputeh di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata majlis itu masih perlu dihadiri meskipun mereka mempunyai masalah dalaman.


"Itu bukan cara kita. Sekurang-kurangnya kita mesti menghormati perasmi, lebih-lebih lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menghormati bahagian kita kerana bahagian lebih penting daripada diri kita sendiri serta menghormati parti. Siapalah kita kalau tidak kerana parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekecewaan Muhyiddin apabila Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Jabi, Ramlan Ali, Adun Permaisuri Abd Halim Jusoh, Adun Langkap Asha'ari Idris dan Adun Batu Rakit Khazan Che Mat tidak hadir pada persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu semalam.

Berkongsi kekecewaan dengan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, Hishammuddin berkata pihaknya akan menasihatkan keempat-empat wakil rakyat berkenaan.

"Kita akan sedarkan pihak berkenaan, kedudukan dan jawatan yang mereka pegang datang daripada sokongan orang ramai, datang daripada pengiktirafan terhadap parti. Apa juga alasan diberi mereka, boleh mencemarkan dan menjejaskan Setiu sendiri," katanya.

Dalam isu berbeza, Hishamuddin berkata beliau tidak meletakkan harapan perbincangan mengenai perjuangan bangsa dan agama hanya kepada seorang pemimpin dalam PAS, termasuk Musyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Kita kena tengok pendirian secara menyeluruh daripada parti PAS sendiri," katanya ketika ditanya mengenai pendirian Nik Aziz yang dilihat berdolak-dalik dalam memberi kenyataan berhubung kerjasama antara Umno dan PAS.

--Bernama

Friday, July 16, 2010

Ini kerja penyamun malam-malam ni!...


Oleh: WFAUZDIN NS

DI TENGAH malam dalam diam Najib buat kerja. Seluruh Malaysia dikejutkan dengan pengumuman PM yang selama ini orang-orang Umno percaya beliau mendahulukan rakyat. Tetapi disaat kita sedang memasang mimpi indah, Najib mengumumkan satu berita yang mungkin menjadi penyebab kejatuhan beliau. Malaysiakini melaporkan berita dengan tajuk `5 Dalam 1, Harga Petrol, Diesel, Gula dan Gas Naik'

Kenaikan barang-barang utama tersebut berkuatkuasa tengah malam tadi. Selalunya yang buat kerja di tengah-tengah malam ini adalah perompak dan penyamun termasuk perompak wang dan titik peluh rakyat. Rakyat di dahulukan. Petrol RON 95 dan Diesel naik 5 sen. Tiada lagi subsidi bagi RON 97. Difahamkan juga RON 97 turut naik 5 sen dan mungkin ada pelarasan kemudian nanti. Gula yang semenjak kebelakangan ini menjadi masalah buat rakyat untuk mendapatkannya, kini bertimpa masalah lagi dengan kenaikan sehingga hampir mencapai RM 2 sekilo. Kenaikan 25 sen ini menjadikan harga gula sekarang adalah RM 1.90 sekilo. Gas LPG pula naik sebanyak 10 sen sekilogram.

Harga baru yang diumumkan oleh PM kesayangan Umno ini adalah seperti berikut:

Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
Diesel - RM1.75 seliter.
Gula - RM1.70 sekilogram
Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Rakyat didahulukan. Jadi, tidak sukar untuk kita memahami mengapa semenjak seminggu dua ini pemimpin-pemimpin Umno dan media-media pencacai mereka begitu menghentam pemimpin Pembangkang terutamanya DS Anwar. Kununnya minta maaf dengan Zionis Israel, alat kepada CIA Amerika dan berbagai lagi. PAS juga turut dilabelkan sebagai parti ajaran sesat. Isu kecurian pasir di Selangor dijadikan satu isu seolah-olah boleh membuatkan seluruh rakyat Malaysia kebuluran dengan hanya memakan pasir. Umno Selangor jadi bebal sehingga lupa kecurian pasir di Selangor telah berakar umbi semenjak 30 tahun lalu dan ketika itu Umno mentadbir negeri tersebut. MB Selangor Tan Sri Khalid kini melakukan berbagai usaha untuk mencuci `najis-najis' yang Umno tinggalkan itu. Rakyat didahulukan.

Patut pun dari semalam saya yang tinggal di Kuantan tercari-cari gula di merata kedai dan market namun hampa. Rupa-rupanya mereka telah `terbau' akan pengumuman menarik dari Najib. Di sebalik kita diperlihatkan salah seorang manusia terkaya di Asia adalah Raja Gula, Najib mengumumkan kenaikan harga gula. Tepat dengan waktunya, tidak lama lagi kita akan menyambut puasa dan hari raya. Kenaikan harga gula, petrol, diesel dan gas yang diumumkan malam tadi amat baik untuk rakyat bagi menyambut Ramadhan dan Syawal. Rakyat didahulukan.

Pengangkutan untuk menghantar gula dan gas pasti menggunakan petrol atau diesel. Petrol dan diesel naik, gula dan gas naik, maka kita boleh jangkakan harga barang-barang keperluan selepas ini. Inilah kebijaksanaan PM kita yang amat disayangi oleh orang-orang Melayu Umno sekarang. Saya tidak percaya jika Apco yang mengatur semua ini, dan jika ada yang percaya saya tidak pula membantah.

Tahniah buat Najib dan kabinet `Rakyat Didahulukan'. Syabas kepada kerajaan `1 Malaysia'. Inilah berita atau bonus terbaik menyambut Ramadhan dan Syawal buat seluruh rakyat Malaysia. Mungkin orang-orang Felda yang baru-baru ini tersengeh lebar setelah mendapat bonus, akan bertambah lebar ke telinga sengihnya dengan pengumuman Najib. Rakyat didahulukan./wfauzdin.blogspot.com

Thursday, July 15, 2010

Khir Toyo!..cakaaap..cakaap...

Selepas digantung, Khir Toyo membisu
harakahdaily
SHAH ALAM, 15 Julai: Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo hari ini berada di dalam dewan dalam keadaan seperti wakil rakyat baharu setelah setahun tidak berbuat demikian.

Bekas menteri besar yang terkenal dengan anugerah penyapu itu kelihatan tiba sebaik selepas doa pembukaan dewan selesai dibacakan.

Kehadiran beliau disambut oleh beberapa orang sahaja wakil pembangkang, Datuk Subahan Kamal (Taman Templer) juga tidak menyambut Khir.

Dikatakan juga Umno Selangor sekarang ini sedang menghadapi krisis dalaman sehingga Setiausaha Umno Selangor, Datuk Satim Diman tidak hadir mesyuarat parti itu baru-baru ini.

Sepanjang sesi awal pagi tadi, Khir hanya berdiam diri tanpa sebarang perkataan keluar dari mulutnya meskipun ada ruang untuk beliau bangun ketika soal jawab pada ketika itu yang isu alam sekitar termasuk di Wetlands Indah dibangkitkan dan dijawab dengan jelas oleh Exco, Elizabeth Wong.

Menyedari keadaan ini, Adun PAS Lembah Jaya, Haji Khosim Abdul Aziz berkata, kelihatan pemimpin Umno itu hanya berani di luar dewan sahaja, itu ini dan sebagainya tetapi bila berada di dalam dewan, diam mencuka pula dia.

“Sewajarnya jika beliau mempunyai hujah kuat, sila kemukakan segala bantahan dan semuanya di dalam dewan biar berlaku perbahasan dua belah pihak meskipun dalam masa sekejap.

“Ini sekejap pun tidak berani, apatah lagi untuk berbahas secara academia dan fakta di dalam dewan yang mulia ini,” tegas Khosim sekaligus menyatakan sudah terang lagi bersuluh, Khir hanya berani di luar dewan dan di hadapan media.

Adun Meru, Dr Abd Rani Osman pula tidak bersetuju jika ada yang menyarankan agar Khir balik sahaja ke rumah dari diam di dewan, “kasihan dia meskipun lama di dalam Umno tetapi ramai yang tidak suka padanya.

“Adalah lebih baik kita hantar sahaja Khir ini ke Israel untuk membantu rakyat Palestin,” cadang beliau secara berseloroh.

Pada 19 Mei 2009, mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) negeri mencadangkan Dr Mohamad Khir digantung daripada menghadiri sidang Dun dan elaun sebagai Adun selama setahun selepas didapati bersalah menghina Dewan kerana gagal hadir pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Keteluasan (Selcat) pada Mac 2010.

Selcat ditubuhkan dengan bidang kuasa Dun bagi membolehkan pendengaran awam dilakukan berhubung pengunaan wang penajaan mengenai Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Selaadaangor (BALKIS).

JKHK turut mencadangkan empat Adun iaitu Datuk Marsum Paing (BN-Dengkil), Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (BN-Hulu Bernam), Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) dan Datuk Warno Dogol (BN-Sabak) digantung daripada menghadiri sidang Dun dan kemudahan elaun mereka digantung selama enam bulan bagi kesalahan menghina Dewan.

Pertengahan Julai 2009, setelah menimbang semua pandangan Khir dijatuhkan hukuman selama setahun oleh Speaker Teng Chang Kim dan berakhir hari ini.

Sementara itu, sekitar 200 penyokong BN terdiri daripada Pemuda Umno, Perkasa dan GPMS membuat demo di hadapan pintu masuk kawasan Bangunan SUK di mana sidang dewan berlangsung bersebelahan dengannnya.

Mereka merempuh benteng pihak keselamatan dan keadaan tenang bila Ketua Pemuda Umno Selangor, Suhaimi Ghazali, Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo dan Pengerusi Perkasa Selangor, Abdullah Mansor dapat menyerahkan memo kepada Setiausaha Eksekutif Menteri Besar, Azman Abidin sekitar 11.30 pagi.

Dalam pada itu, penyokong Pakatan Rakyat pula berhimpun di hadapan kumpulan demo yang mewakili Skuad Komunikasi Selangor yang diketuai Pengarah Penerangan Kerajaan Selangor, Ustaz Badrul Amin Baharon.

Khairi oh khairi...apalah nasib badan?

KUALA LUMPUR 15 Julai — Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengesahkan yang beliau sedang mempertimbangkan dengan serius untuk tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti dijangka diadakan tahun depan.

Ketua Pemuda penggal pertama ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

“Betullah apa yang ditulis dalam Agendadaily itu,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia.

Menurut laporan Agendadaily semalam, Khairy sedang menimbangkan secara serius untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti nanti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, keputusannya untuk melepaskan jawatan itu semata-mata kerana mahu memberi laluan kepada bakat baru.

“Ya, memang saya ada berkata begitu. Walaupun belum muktamad lagi tetapi saya memang menimbangkan secara serius untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda,” katanya.

Khairy berkata demikian apabila ditanya sama ada benar atau tidak beliau ada membuat kenyataan mengenai hal itu ketika merasmikan satu mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bahagian di Pahang baru-baru ini.

Awal tahun ini, wujud desakan supaya Khairy berundur untuk menyelamatkan pergerakan itu.

Seorang Exconya, Mohd Hishamuddin Yahaya dilaporkan membentangkan beberapa bukti yang menunjukkan kepimpinan pergerakan yang diterajui Khairy itu tidak berminat untuk membantu parti dan kerajaan menarik sokongan sebaliknya mengugut agar diberi jawatan.

Difahamkan, Hishamuddin mencadangkan dua usul sama ada Khairy meletakkan jawatan dan membenarkan Ketua Pemuda dipangku oleh Datuk Razali Ibrahim atau keseluruhan Exco meletakkan jawatan bagi membolehkan satu pemilihan baru dibuat secepat mungkin.

Khairy menggantikan Datuk Seri Hishammudin Hussein sebagai Ketua Pemuda Umno setelah memenangi jawatan itu dalam pertandingan tiga penjuru dengan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pada pemilihan parti yang lalu.

Walaupun memenangi jawatan itu tahun lalu Khairy beliau lagi menganggotai Kabinet Najib.

Wednesday, July 14, 2010

Ptuiii..busuknya mulut Rais...

Bekas Duta Amerika ke Malaysia, John R Malott mendesak Menteri Penerangan, Komunikasa dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya memohon maaf kepada Ketua Pembangkang, rakyat Malaysia dan pemerintah Amerika Syarikat kerana membuat tuduhan mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen agensi perisikan CIA.

Malott yang menjadi Duta Amerika Syarikat di Kuala Lumpur selama tiga tahun darim 1995 hingga 1998 berkata Anwar bukan dan tidak pernah menjadi agen Amerika.

“Saya tegaskan sekali lagi apa yang saya katakan kepada Menteri Luar ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi pada 1998, ” Jika anda mendakwa Anwar adalah agen Amerika, anda juga membuat rumusan, secara salah, bahawa Amerika juga masuk campur dalam hal ehwal politik dalaman Malaysia, dan ini adalah tidak benar.

“Saya pernah menyentuh mengenai perkara ini 10 tahun dahulu ketika saya menulis satu artikel untuk Malaysiakini (‘Anwar was never an American spy’, Sept 2, 2000) di mana saya menafikan secara khusus bahawa Anwar buka dan tidak pernah menjadi agen kepada Amerika.

“Seperti yang saya tulis dalam artikel tersebut saya memberitahu Abdullah bahawa Anwar bukan agen Amerika. Sekiranya kerajaan Malaysia menangkap Anwar dan mendakwa beliau agen Amerika, kita akan mengeluarkan kenyataan serta merta untuk menafikan sekeras-kerasnya dan akan mencabar kerajaan Malaysia untuk menyediakan bukti.

“Saya juga secara jelas memberitahu Abdullah bahawa kerajaan Malaysia akan dimalukan kerana mereka tidak mampu memberikan bukti untuk menyokong dakwaan tersebut kerana dakwaan ini hanya khayalan yang tidak wujud sama sekali,” kata belas duta itu dalam satu kenyataan beiau hari ini.

Beliau membidas Rais sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai penerangan dan informasi kerana gagal memeriksa fakta yang maklumat yang betul ketika membuat tuduhan yang melulu tersebut.

“Sudah tentunya rakyat mengharapkan beliau melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik. Dalam keadaan ini Rais sepatutnya memastikan berita yang beliau terima adalah benar tetapi sebaliknya berlaku.

“Rais gagal menyelidik latarbelakang blogger yang tulisan mengenai Anwar dipetik oleh Utusan Malaysia. Malah tidak siapa pernah mendengar blog ini apatah lagi mengatakan ianya ‘terkenal’. Saya yakin Rais juga tidak membaca blog tersebut sebelum beliau membuka mulut. Sebaliknya beliau terus percaya dengan laporan Utusan itu,” jelas beliau.

Malott menambah sekiranya Rais mengambil masa 15 saat untuk melayari google beliau akan ketahui bahawa blogger yang dilabelkan sebagai ‘pakar’ oleh Utusan sebenarnya berkata beliau pernah disambar petir sebanyak 10 kali ketika berada di dalam rumah beliau dan menuduh Ratu Elizabeth terlibat dalam sindiket wang haram.

“Blogger ini juga berkata beliau tinggal di atas gunung di New York bersama kuda, kucing, anjing dan ayamnya. Bagaimana orang seperti ini tahu mengenai Malaysia dan siapa sebenarnya agen CIA?

“Sebelum Rais menyebarkan berita palsu daripada orang seperti ini, elok beliau periksa fakta dan elakkan dirinya daripada mendapat malu. Mengapa Rais tidak buat kerjanya dengan betul dan bersungguh-sungguh?

“Ini bukan sahaja mengenai Rais dan Utusan malah saya amat terkejut kerana masih ada golongan di Malaysia yang terus menerus menyebarkan isu karut ini mengatakan Anwar agen Amerika demi kepentingan agenda politik mereka,” tegas beliau lagi.

Malott menyoal sekiranya beliau berbohong mengenai Anwar 10 tahun dahulu mengapa Dr Mahathir yang menguasai Cawangan Khas (Special Branch) selama 22 tahun tidak menafikannya.

“Mengapa tidak seorang pun tampil untuk membuktikan Anwar agen Amerika tujuh tahun selepas persaraan Dr Mahathir? Mengapa mereka tidak mampu membuktikan sehingga hari ini? Mengapa mengambil coretan dblogger yang membebel yang bukan-bukan yang tinggal di atas gunung di New York? Kenapa Anwar tidak ditangkap atas tuduhan pengintipan?

“Kerajaan Malaysia mungkin mempunyai perbezaan pendapat dengan Anwar tetapi jika ia membuat dakwaan palsu terhadap Amerika Syarikat khususnya menuduh kita mencapuri urusan dalaman Malaysia, kita akan mendedahkan segala dakwaan palsu itu.

“Malah selepas 12 tahun saya bertemu Abdullah, Malaysia gagal memberikan walaupun sekelumit bukti bahawa Anwar adalah agen Amerika,” kata Malott lagi.

Beliau berkata Rais juga wajib memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana dakwaan beliau tersebut dilihat cuba merosakkan usaha beliau untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat

“Mengapa anda (Rais) melemahka usaha Perdana Menteri anda dan mengatakan Amerika Syarikat masuk campur dalam urusan dalaman Malaysia dan menyokong pembangkang?

“Sekiranya Amerika gembira dengan usaha usaha Najib di mana pula letaknya logik kita menyokong Anwar dan pembangkang?” tanya Malott kepada Rais.

Monday, July 12, 2010

Penemuan kesan runtuhan ; Bukti kewujudan Tamadun UMNO..you believe or not?



Sejarah penemuan ini belum tercatat di mana mana buku sejarah, namun ini dikatakan adalah antara penemuan yang paling berjaya setakat ini. Kesan kesan runtuhan dapat dilihat secara berselerakan di kebanyakkan tempat di Negeri Terengganu. Ini adalah bukti kewujudan tamadun UMNO di sana. Satu tamadun yang dipimpin oleh sebuah kerajaan korupsi yang ditolak rakyatnya sejak zaman berzaman. Akibat kerakusan untuk memenangi pilihanraya,maka projek kilat dilancarkan. Antara tinggalan runtuhan yang amat terkenal ialah satu struktur binaan yang menyerupai binaan Colosseum di italy, namun tamadun UMNO tidak dibuktikan ada kaitan dengan Tamadun Empayar Rom. Akan tetapi diyakini bahawa tamadun UMNO ada menjalinkan hubungan dengan kerajaan Haram Israel. Lain lain hasil tinggalan sejarah yang dapat dilihat sehingga ke hari ini ialah ;



Inilah runtuhan binaan yang menyerupai Colosseum di Italy. (foto sebelah kanan)


Terdapat kira kira 10 kesan runtuhan dan kerosakan bangunan dapat dijumpai di beberapa tempat di Negeri Terengganu;

1.Dewan Sek Men Bukit Besi
Tarikh :
Harga :

2.Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang
Tarikh : 12 April 2008
Harga : RM 2 juta

3.Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Tarikh : 2 Jun 2008
Harga : RM292 juta
Punca : “Semua buat silap” – Ahmad Said

4.Kolam Renang batu Burok Bocor
Tarikh : 5 Jun 2008
Harga : RM 18 juta

5.Siling Bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Tanggal
Tarikh : 29 Jun, 2008
Harga : (Terminal ) RM123 juta

6.Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman
Maklumat – Runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.
Tarikh : 15 Mac 2009

7.Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.
Maklumat – Tumbang.
Tarikh : 6 Ogos 2009.
Harga : RM15 juta

8.Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman
Tarikh : 3 Oktober 2009
Harga : RM 2.1 Juta

9.Bumbung Kaca Terminal Bas Kuala Berang
Tarikh : 21 Disember 2009
Harga : sekitar RM700,000 (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)
Pemaju : Gemilang Mega Sdn Bhd
Punca : Tiada pemantauan semasa

10.Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
Maklumat – Runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.
Tarikh : 29 Mac 2010.


Lain-lain Binaan Yang Rosak atau Bocor


1. Bazaar Warisan

2. Masjid Kristal
Tarikh : 22 November, 2008

3. Masji Kg Lingai
Tarikh : 4 November 2009
Harga : RM3 juta

4. Masjid An Naim Dungun

5. Binjai Souq

Ini pula ialah runtuhan yang paling baru iaitu siling surau dewan konvensyen di Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man.




Ternyata keruntuhan tamadun UMNO ini runtuh bersama moral penguasanya. Dan UMNO sendiri akan terus menjadi bahan sejarah dunia. SATU MALAYSIA, SATU DUNIA!

Tahap Pemberitaan Utusan berada pada tahap longkang

Utusan Didakwa Tangkap Muat Tuduh Anwar Agen CIA

Tahap kewartawanan akhbar arus perdana dikhuatiri merosot ke paras baru apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan muka depan, kali ini menggambarkan Anwar Ibrahim sebagai agen perisik CIA Amerika Syarikat.

Akhbar kawalan Umno itu juga mendakwa Anwar telah membayar syarikat berita terkemuka CNN untuk ditemuramah oleh stesen televisyen itu baru-baru bagi mencemuh kepimpinan Malaysia.

Dua dakwaan itu dilihat sebagai kemuncak agenda fitnah Umno-Utusan Malaysia dalam usaha menjatuhkan kredibiliti anwar sebagai Ketua Pembangkang dan antara pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Pengarah Strategik PKR, Tian Chua melahirkan rasa hairan bagaimana seorang yang dikatakan sebagai 'alat' kepada CIA terpaksa membuat bayaran kepada Cable News Network atau CNN hanya semata-mata untuk ditemubual oleh media itu.

Beliau berkata laporan Utusan Malaysia tidak masuk akal kerana ia memaparkan Anwar sebagai seorang yang dikatakan mempunyai hubungan baik dengan risikan Amerika Syarikat namun terpaksa membuat bayaran kepada stesen tevisyen berkenaan.

Pada hari ini Utusan melaporkan, penulis blog dari Amerika Syarikat, Elaine Meinel Supkis kononnya mengetahui Anwar adalah agen CIA berasaskan senarai kawan-kawannya di Amerika Syarikat.

Dakwaan blogger itu cetek dan tanpa bukti, namun laporan itu disiarkan pada muka depan utusan tanpa sebarang siasatan atas kesahihannya oleh Utusan yang kerap menggelar dirinya sebagai akhbar bertanggungjawab.

Sayurgia diingatkan penulis-penulis blog seperti Supkis begitu ramai di Amerika dan Utusan tidak memberikan sebarang maklumat mengenai kredibliti beliau.

" Saya terkejut sebab 'agen' CIA pun kena bayar kepada CNN" ujar Tian kepada Tv Selangor.
" Itu lah yang menunjukkan Utusan ini mengeluarkan cerita yang terdesak. Kalau semalam dia kata Anwar bayar kepada CNN, hari ini Anwar adalah agen CIA, dan secara logiknya kita nampak Anwar ini merupakan agen CIA pertama terpaksa bayar CNN untuk dapat liputan" tambahnya lagi.

Malah tambah Tian, selain digelar sebagai agen CIA, Anwar turut dituduh sebagai agen Yahudi sebelum ini.

Namun ironinya, tidak lama kemudian Perdana Menteri, Najib Razak dengan bantuan APCO Worlwide cuba mempengaruhi dunia kononnya Anwar seorang yang bersifat perkauman dan anti Yahudi apabila Anwar mendedahkan kerajaan telah membayar lebih RM70 juta kepada firma berkaitan Zionis itu.

Semalam, Utusan memetik dari web konservatif haluan kanan dan penulisnya, Joshua Trevino mendakwa kononnya Anwar terpaksa membiayai program tembual bersama CNN dalam usaha Anwar memulihkan kembali hubungan dengan kelompok Yahudi.

Namun apabila diperinci rencana Trevino ini, jelas beliau tidak menuduh Anwar membiayai program temu bual itu tetapi sekadar berkata temu bual itu tidak membabitkan soalan-soalan yang keras untuk Anwar.

Dalam keghairahan untuk memusnahkan reputasi Anwar, Utusan nampaknya sanggup menerbitkan semula apa sahaja yang ditulis di alam blogger Amerika Syarikat walaupun ia bercanggah antara satu sama lain.

"Sekarang ini dalam masa yang singkat, Utusan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang bercanggah sesama sendiri".

" Nampaknya mereka makin terdesak. Mereka pakai lempar sahaja apa-apa yang boleh dengan tujuan untuk mencemarkan imej Anwar sama ada ini boleh dipercayai atau tidak, asalkan mereka serang secara peribadi dengan pelbagai tohmahan dan fitnah" ujar Tian lagi.

Tian juga tidak menolak kemungkinan Anwar dikecam hebat oleh Umno dan media kawalannya sebagai taktik menutup dakwaan akhbar New York Times dibayar hampir RM10 juta untuk memuatkan dua iklan memuji isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor ketika lawatan beliau ke Amerika Syarikat sebelum ini.

" Kita nampak isu bayar CNN ini seolah-olah cuba untuk menutup cerita Rosmah bayar New York Times RM10 juta untuk untuk mendapatkan iklan memuji dia sebagai wanita pertama Malaysia" ulas Tian./TVSelangor

Terkini...serangan oleh Raja Petra

Raja Petra Kamarudin

Bukan senang untuk mengekstradisi seseorang dari UK, sekalipun orang itu ialah seorang pengganas dan merbahaya kepada masyarakat dan menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara. Dan saya hanya seorang Blogger cute yang tidak bersalah dan tidak membahayakan sesiapa yang melindungi pemimpin-pemimpin yang rosak dan ahli-ahli politik yang menguasai koridor-koridor kuasa yang menyalahgunakan kuasa dan hak mereka.

Jadi, adakah anda fikir anda boleh mengekstradisi saya dari UK? Baiklah, kenapa tidak cuba?

Masalahnya ialah, puak-puak Umno ini fikir bahawa mereka di atas undang-undang dan mereka boleh menunaikan kehendak mereka kepada sesiapa yang mereka hajati tanpa menghiraukan undang-undang. Ketika saya katakan dalam ucapan saya bulan lepas: datang dan dapatkan saya di sini di UK. Di UK kami mempunyai perlawanan yang seimbang. Anda tidak boleh mengalihkan tiang gol ketika dalam permainan seperti anda lakukan di Malaysia.

Sekarang mereka tidak boleh dapatkan saya mereka cuba untuk mengugut dan menakutkan rakan-rakan saya. Mereka harap dengan menakutkan mereka yang masih berhubung dengan saya mereka boleh mengasingkan saya. Dan dalam keadaan saya bergantung kepada bantuan kewangan daripada mereka maka saya kini boleh diramas.

Mereka juga mencuba untuk mengugut peguam. Mereka mahu Jabatan Hasil Dalam Negeri menyiasat peguam-peguam untuk melihat dari mana wang mereka datang dan sama ada mereka telah mengisytiharkan pendapatan dan membayar cukai. Mungkin mereka fikir kerana itu satu-satunya cara kerajaan AS menangkap Al Capone iaitu melalui pengelakkan cukai dan kemudiannya mereka mencuba kaedah ini pada peguam-peguam dan lihat apa yang akan terjadi.

Hei, tidak perlu siasat peguam. Peguam-peguam ini tidak membayar segala perbelanjaan penyiasat persendirian P Balasubramaniam di London. Saya, bersama dengan Deepak Jaikishan yang telah memberi Bala RM750,000 sehingga kini.

Malah, saya membayar perbelanjaan Bala secara tunai bukan sahaja di depan semua peguam tetapi juga beberapa saksi lain. Saya hanya mahu ia dicatatkan yang Raja Petra Kamarudin membayar untuk perjalanan Bala ke London dan Paris -- jadi tidak perlu untuk mengacau orang lain.

Bagaimanapun, jika ada orang lain membiayai Bala dan / atau saya, so what? Itu bukan satu jenayah. Sekalipun mereka bertemu saya (dan / atau Bala) berada di London ini, ia juga bukan satu jenayah. Apa yang saya dengar? Saya Blogger fugitif?

Hello, bila saya pernah dituduh atas sebarang jenayah? Tidak ada apa-apa pun dakwaan ke atas saya. Saya telah dibebaskan bukannya diberi pelepasan lah, brader!

Polis turut berkata mahkamah telah mengeluarkan dua waran tangkap terhadap saya. Untuk jenayah apa? Apa tuduhan-tuduhannya? Mereka juga berkata mereka pernah meminta Interpol mencari saya. Satu usaha memburu telah dilancarkan, kata mereka. Yakah?

Jadi, saya telah bercakap dengan Interpol dan mereka mengatakan: itu tidak betul. Dan jika anda memerlukan pengesahan anda boleh pergi di sini:http://www.interpol.int/Public/Wanted/Search/Form.asp.

Satu semakan dengan Scotland Yard turut mendidedahkan perkara sama. Jadi usaha memburu apa? Waran tangkap apa? Blogger fugitif apa yang mereka cakap? Jadi mengapa ia menjadi kesalahan, untuk sesiapa untuk menemui saya di UK ini? Dan apa kesalahannya sekalipun mereka memberi saya wang?

Sekarang, Bukit Aman telah menggodam e-mel saya dan memuat turun semua surat-menyurat saya dan sedang menggunakan itu untuk menangkap saya. Adakah itu bukan satu jenayah? Dokumen-dokumen yang dikatakan oleh MP Zahrain Hashim telah serahkan kepada pihak berkuasa, ialah sebenarnya butiran e-mel saya yanh telah mereka ceroboh masuk. Mereka kemudian mengubah e-mel tersebut untuk membuktikan sesetengah orang telah memberi saya wang.

Pertama, menggodam e-mel saya ialah satu jenayah. Kedua, memalsukan e-mel saya untuk membuat bukti terhadap saya satu jenayah. Jadi siapa penjenayah di sini? Saya, atau Zahrain dan pembantu-pembantunya di Bukit Aman?

Dan apa sebenarnya Zahrain lakukan dengan berpakat dengan Bukit Aman? Mereka memberinya kandungan e-mel saya yang telah dipalsukan. Kemudian dia memberikan kembali dokumen-dokumen itu kepada polis dengan cara seolah-olah dia terjumpa secara kebetulan dan menyerahkannya kepada polis sebagai bukti.

Main wayang. Kerja budak sekolah.

Pastinya, cetak e-mel saya. Gunakan itu sebagai bukti terhadap saya. Kemudian jelaskan bagaimana anda berjaya menggodam e-mel saya untuk mendapatkan ini apa yang dipanggil bukti. Ingat apa yang telah terjadi kepada Presiden Nixon dan pasukan pecah-masuk Watergate? Pancarkan kandungan e-mel saya dan biar kita melihat Googlegate meletup. Saya akan memfailkan satu aduan rasmi kepada Google yang kerajaan Malaysia menggodam e-mel saya dan telah secara terbuka mengakui melakukannya.

Mari Zahrain. Ceriakan hari saya. Dedahkan semua dokumen-dokumen yang anda miliki -- kandungan e-mel saya yang diubahsuai. Saya juga menunggu untuk memalukan anda dengan beberapa perkara peribadi anda di UK ini. Oh, dan ya, saya juga memantau pergerakan-pergerakan anda semasa berada di sini. Dan saya mempunyai sedikit kejutan menanti anda.

Orang yang hidup dalam glasshouses tidak harus melemparkan batu, kawab. Ingat Kevin Morais, pendakwa SPRM yang berusaha untuk mengenakan peguam Rosli Dahlan? Dan ingat kami jejakinya hinggalah ke rumah kekasih gaynya di sini di UK? Untuk makluman, Kevin ialah 'wanita' dalam perhubungan ini.

Jadi tiada siapa yang selamat, kawan. Anda terlalu mempunyai banyak najis. Dan kami juga telah menjejak najis anda, sehinggalah kepada anak lelaki anda yang sedang mengambil kelas-kelas penerbangan di sini di UK.

Jadi anda melihat, jangan cuba korek rahsia tentang mana orang lain dapat duit. Bila kami korek di mana anda mendapatkan wang anda, dan bagaimana anda mampu untuk menjalani gaya hidup anda yang sangat mahal, kemudian anda pulak susah nanti.

Khairy Jamaluddin hendak memulakan perang terhadap saya juga? Baik, bring it on, brader. Anda mahu mendedahkan jenayah -- biarkan kami dedahkan satu jenayah. Adakah anda hendak tahu apakah dia jenayah yang sebenar? Jenayah yang sebenar adalah menjual komponen nuklear untuk negara-negara penyangak seperti Libya.

Satu lagi perkataan keluar dari mulut Khairy dan najis ini akan terbongkar. Saya akan terbitkan ia di sini dalam Malaysia Today bukti-bukti ahli keluarganya terlibat dalam aktiviti-aktiviti pengganas. Ini akan menjadi dokumen-dokumen Kementerian Dalam Negeri yang bertanda RAHSIA. Kemudian kita lihat siapa yang akan diekstradisi. Amerika Syarikat mungkin akan jadi memfailkan kertas kerja mengekstradisi terhadap keluarga Abdullah Ahmad Badawi daripada Malaysia memfailkan kertas kerja mengekstradisi terhadap RPK.

Nak lawan, mari kita lawan. Lawan tetap lawan. Lawan sampai tumbang. Berani tak? Baruah!

Semboyan telah berbunyi...Ayuh bangkit Pakatan!

oleh : Mutaligat
Anwar alat Yahudi, Anwar ejen CIA, Anwar talibarut Yahudi, Nik Aziz sesat, Haji Hadi kafirkan orang dan lain-lain semua itu adalah skrip yang di'filem'kan semula bila menjelang Pilihanraya.

Media alternatif ditarik permir atau tidak diperbaharui, diberi amaran, di beri kata dua dan sebagainya, itu juga dalil PRU mungkin diadakan dalam masa terdekat.

Dengan tindakan itu maka PR tidak mempunyai medan untuk menjawab dan mempertahankan diri dari fitnah BN.

Bila ceramah PAS diganggu dengan BN/Umno berceramah di sebelah seperti di Melaka, itu tanda PRU dah dekat.

Jadi semua orang mesti bersedia untuk menghadapi PRU ini dengan memastikan semua ahli keluarga, jiran dan sanak saudara mendaftar menjadi pemilih berdaftar.

Selain itu tuan-puan mesti menjadi Dai'e atau pendakwah untuk mengubah minda lapok menyokong BN kepada menyokong dan mengundi PR pada PRU akan datang.

Terangkan kepada seluruh rakyat tentang kebobrokan, rasuah, kezaliman, penyelewengan dan penindasan serta lain-lain perkara yang dilakukan BN/Umno guna untuk memberikan kefahaman kepada rakyat agar tidak terpalit sekali dengan dosa maksiat pemerintah BN/Umno yang tidak pernah insaf dan sedar untuk kembali kepada Islam dan demokrasi tulen.

Sunday, July 11, 2010

Pengajaran Bola sepak dunia untuk negeri pakatan

Petikan dari blog http://mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com/2010/07/sembang-piala-dunia.html


Waktu sembang kat kantin tu, ada member cakap, ada beberapa benda yg dia rasa kita (kita = geng2 PAS sebab satu meja tu penyokong PAS) boleh belajar daripada Piala Dunia ini. Apa dia?
Pertama, dia kata, cuba perati tengok bila depa main bola tu, depa pulun tara mana pun, mcm kes Itali lwn Slovakia atau pun Korea Selatan lwn Uruguay; Itali serang tak berenti-renti tapi kalah jugak. Mcm tu jugak dengan Korea Selatan, dari mula sampai habis depa dok serang, tapi kalah jugak. Sebab apa? sebab gagal jaringkan GOL. Ha, rupa-rupanya dalam game BOLA ni hat penting sekali kena jaringkan GOL, hang geleceklah pandai tara mana sekali pun, kontrollah bola hebat tara mana pun, tapi kalau tak boleh jaring GOL, tak jadi punya.

Macam tu juga dengan politik berpilihanraya ni, hang pulun pi lah tara mana sekali pun, pi kempen kat rakyat kata parti lawan kuat rasuah ka, suka perabih duit rakyat ka, tak peduli nasib rakyat bawahan ka, salahguna kuasa ka, takut kat tauke gula ka, lembab sampai 1MALAYSIA TAKDAK GULA ka, apa ka - tapi kalau mai p.raya, kalau rakyat tak undi kita, sama gak mcm game BOLA tadi, tak GOL - tak ada gunanya.

Jadi, pengajaran no satu yg PAS - khususnya PAS KEDAH - boleh belajar drpd piala dunia ni ialah mcm mana nak pastikan Team Piala Dunia PAS Kedah ini akan terus dapat jaringkan GOL bila mai PRU13 nanti. Kita dok risau semacam saja sebab dok nampak star-star player PAS Kedah ni banyak dah jadi macam Rooney dan Fernando Tores dan rakan-rakannya itu - hebat, tapi tak leh jaringkan GOL.

Tiga benda yg saya nampak yg memungkinkan PAS Kedah ada masalah nak jaringkan Gol di PRU13 nanti; satu - sokongan kaum India makin merosot (memba saya, ex-MIC dulu cukup semangat dgn Pakatan, la nie bila jumpa jarang dah sembang pasal Pakatan), dua - ikut maklumat kwn-kwn yg selalu masuk kg buat kerja amal/charity, sekarang ni mana-mana kg depa masuk selalu dok dengar cerita geng2 UMNO dah masuk bagi sumbangan, bukan sekali sekala tapi selalu sokmo dok masuk, sedangkan PAS yg dulu waktu jadi pembangkang selalu suka buat xtvt-xtvt mcm tu, tapi la nie dah jarang dok ada, mungkin sibuk memerintah agaknya .

Tiga - jarang dok nampak PAS bukak kaunter pendaftaran pengundi baru, tak mcm UMNO, hari tu saya ada nampak depa buka kat ruang legar di shopping compleks di Sg Petani. PAS kena buat sesuatu kalau masih nak score GOL!

Pengajaran kedua drpd Piala Dunia ni, memba tu kata, cuba tengok game masa England lwn Jerman, walaupun Wayne Rooney tu hebat, star player, tapi sebab dia gagal perform masa game tu, dia kena tukaq.

Macam tu juga waktu Holland lwn Slovakia, walaupun Van Persi tu hebat, antara nama-nama yg satu taraf dengan Messi, Rooney, Ronaldo dan lain-lain, tapi sebab dia tak boleh buat kerja, terus depa tukaq dia - w/pun boleh nampak jelas dia tak suka, muka masam mencuka x salam jurulatih waktu keluar padang tu, tapi coach tak kisah, hg tak boleh perform, kena ganti dengan org lain tak kisahlah hang STAR ka apa.

Saya kata, "Ooo, macam tu kalu, PAS Kedah pun kena usha tengok jugaklah, kalau pun org tu STAR PLAYER, tapi kalau tak boleh perform, tak boleh buat kerja, atau pun buat kerja tapi mcm Rooney dan Van Persi, tu, takat melepas batuk di tangga saja, gagal mencapai sasaran yg ditetapkan, mai next PRU atau next rombakan EXCO ka Ahli Majlis ka, kena buanglah depa-depa tu, ganti dengan ramai lagi pemain simpanan yg tunggu masa nak menyerlah!".

Sorang kawan saya Pak Haji - minat bola gila punya, antara peminat utama ENGLAND, dia potong cakap saya tu, dia kata:

"Awat hang dok tengok PLAYER saja, nu COACH nak letak mana? kalau MB macam Fabio Capello - STAR PLAYER ramai, tapi susun team & strategi tak betoi, cenge - dok ikut cakap dia saja, mcm mana pulak?"

Hah, hat tu saya tak dak jawapan.

Tapi, kalau sungguh MB dok buat perangai mcm Fabio Capello, bukan kata dengan STAR PLAYERS, tapi dengan COACH COACH sekali kena tukar.

Itu pun kalau ajalah, harap-harap tidak.

Itu bukan lucu tapi bangang namanya! Oh, Ali Rustam

Malam tadi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam sekali lagi mencemarkan imejnya sendiri apabila sekali lagi mengetuai Umno Melaka menggangu ceramah PAS di Kg Bukit Pulau, Bukit Baru.

Seperti biasa beliau dimalukan sendiri oleh penyokong dan rakyat negeri Melaka apabila hanya kira-kira 100 orang sahaja yang hadir mendengar 'lawak' beliau malam tadi.

Sebelum memulakan 'lawaknya' malam tadi Ali Rustam berkata tujuan Umno mengadakan ceramah bersebelahan dengan ceramah PAS adalah untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh PAS secara 'cash' atau tunai. Sungguh melucukan kerana setiap 10 minit 'orang suruhannya' akan membawakan nota-nota kecil yang mencatatkan isi ceramah PAS. Kalaulah pencatatnya tersilap tulis atau cuba memalukan Ali Rustam tak ke 'naya'.

Beberapa cerita lucu yang hendak dikongsikan di sini :-

1) Isu banjir - Ketika menjawab isu banjir Ali berkata Kelantan pun banjir, jadi yang hendak dipelikkan. Melaka belanja berjuta ringgit untuk atasi masalah banjir. Komen Mutaligat : Masalahnya sampai sekarang banjir masih belum dapat diselesaikan walaupun ratusan juta telah dibelanjakan oleh kerajaan. Inikah sebuah negeri yang dikatakan akan maju pada 20 Oktober 2010.

2) Isu Eye On Malaysia - Ali berkata bukan kerajaan negeri yang rugi RM8 juta tetapi syarikat swasta. Ali sebenarnya cuba menipu rakyat dengan memutarbelitkan fakta. Namun rakyat sudah cerdik dan tahu bahawa syarikat yang mengendalikan Eye On Malaysia ialah syarikat yang ditubuhkan secara usahama antara anak syarikat kerajaan negeri iaitu Kumpulan Melaka Berhad (KMB) dan MST Ad Suria Sdn Bhd. Jutaan ringgit duit rakyat dilaburkan dalam KMB dan akhirnya duit rakyat hangus begitu sahaja kerana Eye On disita. Jadi Ketua Menteri cuba memutarbelitkan fakta dengan menyatakan kerajaan negeri tidak rugi dan duit rakyat tidak hangus.

3) Pulau Melaka terbengkalai - Ali berkata itu projek swasta bukan projek kerajaan negeri. Bukankah tugas kerajaan negeri memantau dan memastikan semua projek berjalan lancar dan tidak menjadikan rakyat mangsa kegagalan sesuatu projek. Kegagalan projek Pulau Melaka bermakna kerajaan negeri gagal menunaikan tanggungjawabnya yang menyebabkan ramai rakyat yang membeli hartanah disitu mengalami kerugian besar.

4) Isu Allah - Ali berkata BN tidak membenarkan perkataan Allah digunakan oleh golongan kristian. Tetapi Ali terlupa bahawa di Sabah dan Sarawak ianya dibenarkan. Tidakkah ini menggambarkan bahawa kerajaan BN bersikap double standar dan tidak konsisten. Pengharaman perkataan Allah bukannya sebab agama tetapi atas kepentingan politik sebab itulah di sesetengah negeri tidak boleh dan di Sabah serta Sarawak dibolehkan.

5) Ali Rustam berkata kita berpolitik memang untuk mencari pangkat dan darjat jadi jangan kita berpolitik sehingga melupakan kepentingan Islam dan Melayu. Komen Mutaligat: PAS berpolitik bukannya untuk mencari pangkat dan darjat tetapi untuk mendapatkan keredhaan Allah. Sebab itulah pemimpin PAS tidak membina kekayaan dan empayar seperti pemimpin BN. Lihatlah bagaimana zuhud dan sederhananya Tok Guru Nik Aziz walaupun sudah 20 tahun menjadi Menteri Besar tetapi masih tinggal di rumah buruknya dan dirinya dan anak-anaknya tidak menjadi jutawan seperti anak-anak pemimpin BN dan bekas-bekas pemimpin BN.

Banyak lagi sebenarnya cerita lucu dan melucukan yang diperdengarkan oleh Ali Rustam, Insya Allah lain kali kita nukilkan di sini.

Sila Klik

Pages