Web TVPas


Tuesday, September 15, 2009

Dilema Subramaniam

oleh. Mohd Sayuti Omar(MSO)
PROSES pemilihan pucuk pimpinan MIC semalam menunjukkan Samy Vellu masih berkuasa dalam parti bangsa India itu. Bukan berpengaruh tetapi berkuasa! Kesemua calon yang disokongnya menang. Bermula dari jawatan kuasa kerja pusat CWC sampailah kepada naib presiden dan timbalan presiden. Usaha S Subramaniam untuk menggugat Samy menerusi jawatan timbalan presiden sekali lagi gagal.

Bekas anggota kabinet itu kalah kali kedua dalam percubaan untuk memimpin MIC dan sekaligus memghapuskan badi Samy Vellu dalam MIC. Para perwakilan masih meluut kepada Samy Vellu. Apakah ianya kerana politik wang, ugutan yang sering berlaku ataupun memang begitu kehendak ahl-ahli MIC?

Apa yang dapat disuluh dengan keputusan itu menunjukkan tidak banyak perubahan dalam MIC. Kedudukan Samy Vellu terus kekal dan kukuh seperti mana kedudukan Dr Mahathir Mohamad dalam Umno suatu masa dulu. Mungkin juga Samy Vellu belajar dan menuntut dari Mahathir bagimana hendak mengekalkan kedudukan walaupun dalam keadaan dunia sudah mencemuhinya. Samy tentu boleh bergembira dengan apa yang berlaku.

Tetapi untuk masa depan parti itu ia masih kabur. Pelan dan formula yang dirancangkan Samy Vellu untu merubah kedudukan masyarakat India tidak akan mengubah status quo MIC pada masa kini. Walaupun Samy kuat disokong dalam MIC namun ia tidak membawa apa-apa makna. MIC sudah menjadi semacam persatuan agama di mana Samy sebagai tok gurunya yang perlu dihormati sepanjang masa dan tidak boleh diusik atas kepercayaan kalau berbuat begitu akan berdosa.

Apabila parti sudah diterima sebahagian dari elemen agama, atau pemimpinnya di anggap sebagai ‘tok alim’ ini menyebabkan ahli tidak boleh bertindak apa-apa kerana bimbang akan dihukum sebagai penderhaka dan biadap. Setiap kata-kata dan gelaran politik dibuatnya diakur walaupun ianya kontras dengan amalan sebenar. Maka akan kekallah pemimin itu walaupun ia sudah tidak memberi banyak guna dan menjadil liabiliti kepada partinya.

Unsur ‘alim' dalam politik ini bahaya dan tidak membawa kemajuan kepada sesebuah parti itu. Ahli tidak boleh mengkritik dengan bebas kerana terikat dengan terma-terma sifat kealiman tokoh tersebut. Walhasil parti itu tidak akan berkembang dan kekal di pradigma lama.

Persoalan kini ke mana Subramaniam selepas ini? Apakah beliau akan terus berusaha untuk memimpin MIC? Subramaniam bukan kecil anak dalam MIC dan masyarakat India. Beliau juga mempunyai pengikut yang ramai. Kalau beliau tidak berpengaruh mustahil beliau mampu meraih undi 547 undi dalam pertandingan itu.

Ahli atau masyarakat India yang menyokong Subramaniam adalah mereka yang yakin kepadanya dan suka kepada pembawaan dan peribadi Subramaniam itu sendiri. Dia dilihat sebagai terbuka dan profesional dalam politik. Tidak sedia menggunakan samseng dan juga wang dalam meraihkan kuasa. Subramaniam masih lagi bersifat dewa dalam MIC? Maksudnya bersih.
Dengan pengikut yang ramai sebenarnya ia tidak merungsingkan Subramaniam. Kalau beliau mahu berjaya dan menghidupkan karier politiknya beliau boleh bawa pengikutnya yang ramai itu ke mana sahaja. Tetapi apakah Subramaniam berfikir begitu? Kalau beliau sudah sampai peringkat kecewa tidak mustahil Subramaniam akan bertindak di luar dugaan.

Misalnya kalau dia ingin menjaga kepentingannya, dia boleh keluar MIC dan menyertai parti PKR ataupun menubuhkan sebuah parti India baru dan menyertai Pakatan Rakyat.

Kita yakin kalau Subramainan tubuh parti baru sambutannya lebih hebat daripada parti-parti India lain yang ditubuh termasuk oleh bekas penyokong Hindraf sendiri. Ini kerana beliau masih ada wibawa dan intergriti sebagai pemimpin.

Harus direnung kata-kata beliau selepas kalah. Katanya dia akan memikirkan dan menentukan mengenai politiknya selepas ini. Apa maksud kata-kata Subramaniam itu beliau akan menentukan masa depan politiknya itu dengan menyertai PKR.

Seperkara nak disebutkan di sini bahawa Subramaniam juga merupakan salah seorang sahabat baik kepada Anwar Ibrahim semasa Anwar di dalam UBN dulu. Kalau Subramaniam menyertai PKR ini bermaka dia menjadi orang kedua bekas seorang pemimpin parti yang berwibawa menyertai PKR selepas Chua Jui Meng. Apa yang Subramaniam perlu pandangan juga entiti India masih belum ada apa-apa wadah untuk masyarakat itu dalam Pakatan Rakyat tidak seperti Cina yang sudah ada DAP. [wm.kl. 12:40 t/hari 13/09/09]

Thursday, September 10, 2009

Kitaran Politik Ganas di Selangor

Oleh Samsuri Roslan
SHAH ALAM, Sept 9 – Beberapa hari sebelum menjelang dialog isu kuil tersebar risalah yang diedarkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat negeri mengenai toleransi beragama kepada para penduduk Melayu Islam di sekitar Seksyen 23 Shah Alam.

Begitu juga tempat dialog yang dijadualkan pada September 5 lalu di Dewan Serbaguna Seksyen 23 Shah Alam turut diubah berikutan kemungkinan bibit-bibit ketegangan akan berlaku.

Menyedari hakikat ini dan berkemungkinan besar untuk meredakan keadaan, pihak kerajaan negeri telah mengubah tempat dialog di Dewan Bankuet Wisman Majlis Bandaraya Shah Alam.

Bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku. Risalah yang diedarkan dan tempat dialog turut diubah tidak memberi impak kepada penduduk sehingga menimbulkan suasana tegang di majlis tersebut. Berlaku kejadian maki hamun sehingga membabitkan Menteri Besar Selangor sendiri, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Selaku Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri, Khalid terus menghadapi pelbagai cabaran untuk menguji kewibawaan beliau.

Sejak dari awal beliau mentadbir Kerajaan Negeri pelbagai isu timbul samada dari kalangan parti pambangkang mahupun dari rakan dalam kerajaan gabungan Pakatan Rakyat dan isu peribadi.

Sejarah kitaran politik ganas seolah-olah sudah menjadi sumpahan kepada mereka yang memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Dalam satu wawancara Datuk Chamil Wariya bersama mantan Menteri Besar Selangor mengenai isu ini, Datuk Seri Khir Toyo ada menjelaskan beliau mendengar kata orang kerusi Menteri Besar Selangor ini panas dan semacam ada sumpahan bagi penyandang jawatan.

“Sebenarnya tiada ada sumpahan. Cuma cara kita bawa diri kena betul. Kadang-kadang kita melakukan kesilapan-kesilapan dan kita kena belajar dari kesilapan itu. Kalau orang kata kerusi Menteri Besar ini panas, mungkin betul. Tetapi saya sendiri tidak rasa begitu kecuali kalau kita mungkin sukar ditegur atau sukar dirapati rasa panaslah. Bagi saya bila kita buat kerja betul kita akan teruskan dan kita tegakkan,” kata Khir dalam wawancara itu.

Termasuk Khalid, Selangor sudah mempunyai 15 orang Menteri Besar. Tujuh Menteri Besar yang awal adalah melalui lantikkan. Menteri Besar Selangor yang pertama adalah Datuk Hamzah Abdullah, Raja Tun Uda Raja Mohamad, Datuk Othman Muhamad, kembali kepada Raja Tun Uda, Tun Dr Abdul Aziz Abdul Majid, Muhamad Ismail Abd Latif dan Tan Sri Abdul Jamil Rais.

Jawatan Menteri Besar melalui Pilihan raya umum mahupun pemilihan parti Umno pula adalah Datuk Abu Bakar Baginda, Datuk Harun Idris, Datuk Hormat Rafie, Datuk Ahmad Razali, Tan Sri Muhamad Mohd Taib, Tan Sri Abu Hasan Omar, Khir Toyo dan kini Khalid.

Krisis kepemimpinan Menteri Besar disifatkan serius selepas jawatan mereka dilantik melalui pilihan raya umum.

Krisis Harun Idris berkesudahan pemecatan beliau pada awal 1976. Dia hilang jawatan parti dan kerajaan. Antara tuduhan adalah memiliki harta bernilai RM60 juta yang juga dikaitkan dengan pembabitan dalam mengagih kensesi balak di Bangi.

Pada November 24 1975, Harun disabitkan dengan salah guna wang hampir RM8 juta Bank Rakyat kerana membiyai perlawatan tinju Heavyweight Muhamad Ali dan Jeo Bugner. Dia juga menghadapi tuduhan rasuah RM250 ribu dari Hong Kong & Shanghai Bank Corporation sehingga membawa hukuman penjara.

Hormat Rafie mengundurkan diri sebagai Menteri Besar pada tahun 1982 apabila dikaitkan dengan tindak tanduk ‘mencantas’ orang-orang Harun sepanjang beliau memegang jawatan. Beliau yang dipilih sebagai pemimpin ‘meredakan keadaan’ terpaksa akur apabila peralihan kuasa berlaku di peringkat nasional dengan Tun Dr Mahathir Muhamad menggantikan Tun Hussien Onn. Dr Mahathir melantik semula Harun sebagai Pengarah Pilihan raya Barisan Nasional negeri yang memberi gambaran karier politik Hormat sudah berada di penghujung.

Perlantikan Datuk Ahmad Razali pada tahun 1982 sebagai Menteri Besar memberikan harapan baru kepada pengundi Selangor memandangkan hubungan keluarga beliau dengan Dr Mahathir.

Ahmad yang merupakan abang ipar kepada Dr Mahathir hanya bertahan satu penggal berikutan tekanan dari individu tertentu di peringkat nasional yang mahukan beliau digugurkan sebagai calon pada pilihan raya umum 1986.

Beliau memberi watikah kepada semua calon yang bakal bertanding tetapi namanya sendiri tiada dalam senarai di saat-saat akhir. Keputusan ini mengecewakan para penyokong beliau memandangkan tekanan dari individu tertentu di peringkat nasional kini sudahpun menyertai gabungan Pakatan Rakyat.

Perlantikan Muhammad menjadi suatu anjakan baru kepada perkembangan politik, sosial, ekonomi dan pembangunan negeri Selangor. Walaupun Selangor disifatkan sebagai dinamik di bawah pentadbirannya, namun dia tidak sunyi dari pelbagai isu.

Krisis dengan Sultan Selangor, isu perlantikan timbalan menteri besar, isu tanah dan kes gagal istihar wang bernilai RM2.4 juta yang Muhammad bawa masuk ke Australia telah menjadi isu hangat. Pada April 14 1997, beliau kehilangan jawatan menteri besar walaupun didapati tidak bersalah.

Abu Hassan Omar yang menggantikan Muhammad dengan slogan Tunggak 10 turut menjadi mangsa kitaran politik ganas. Dia gagal memberikan jawapan yang memuaskan ketika penguabahsuaian kediaman Menteri Besar yang bernilai RM 5 juta. Semasa dalam pengubahsuaian ini, beliau diselar kerana menetap di Hotel Raddison, Shah Alam yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun isu dari akhbar Jawa Post yang mendedahkan beliau mempunyai anak luar nikah bersama adik iparnya gagal dijawab dengan baik sehingga membawa perletakkan jawatan pada Ogos 10 2000.

Begitu juga dengan berakhirnya karier politik Dr Khir Toyo yang menggantikan Abu Hassan apabila kerajaan BN tewas dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. Dr Khir turut menghadapi pelbagai isu seperti isu tanah di Bukit Cerakah, isu jalan di Sekincan, isu pemberian penyapu dan lainnya sehingga menimbulkan kurang senang kepada kaki tangan kerajaan negeri.

Kini Khalid sedang menghadapi pelbagai isu dan tekanan politik mahupun pentadbiran. Segala-galanya bergantung kepada wibawa dan kebijaksanaan beliau dalam menangani pelbagai isu yang dijangka akan berlarutan sehingga menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Kerusi Menteri Besar di Selangor disifatkan ‘unik’ dan sentiasa panas. Negeri ini menjadi tumpuan kerana ia disifatkan sebagai ‘nadi’ kepada ekonomi negara dan tidak menghairankan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia untuk menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.

Berbeza dengan kedudukan Menteri Besar sebelum ini yang lebih dikaitkan dengan masalah ‘politik dalaman’, Khalid pula diuji yang membabitkan pengundi Selangor.

Wednesday, September 9, 2009

Surat terbuka kpd YAB MB Selangor, YB Khalid dan YB Rodziah

Assalamualaikum..

Apa khabar tuan semua? harapnya semoga sihat sahaja...

Baru-baru ini kita telah digegarkan dengan satu peristiwa 'hitam' di dalam satu majlis dialog di Shah Alam. .majlis dialog yang yang diadakan atas inisiatif pihak tuan (kerajaan negeri Selangor) dengan penduduk seksyen 23 bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas dan respon dari penduduk setempat berkaitan cadangan membina kuil di kawasaan itu.

Tetapi malang, program baik yang dirancang oleh pihak tuan itu telah di'porak perandakan' oleh segelintir hadirin yang emosional dan entah dari latar keluarga yang bagaimana..tujuan asal untuk berbincang secara harmoni diantara wakil kerajaan negeri dengan penduduk setempat telah dicemarai insiden yang tidak tergamak untuk dilihat..

Semuanya sudah sedia maklum apa yang berlaku di dalam majlis dialog tersebut..bagaimana lagak dan perangai segelintir manusia yang seolah2 tiada sifat seorang manusia..memaki hamun, tidak beradap sopan di dalam majlis rasmi, membuat kacau, terlompat-lompat sambil melepaskan sumpah seranah kepada pemimpinnya dan lain-lain..ada pula yang mengeluarkan kata-kata kesat seperti ingin merogol seorang YB wanita, tidak kurang pula terdapat kata-kata berbentuk ugutan seperti mengugut untuk membunuh YB ini jika menjejakkan kaki ke Seksyen 23, dan pelbagai lagi..

Profesonal, matang...

Penulis cukup faham apa perasaan dan rasa hati tuan ketika itu..kecewa, sedih, terkejut, malu, marah dan sebagainya. tetapi semua perasaan itu berjaya tuan sorokkan disebalik wajah tenang dan bersahaja tuan.. penulis cukup terharu dan bangga dengan tuan..

Penulis tidak tahu, apakah yang terjadi jika penulis ditempat tuan.. mungkin penulis akan bertindak seperti MB Pahang, menjerit " Go to hell" kepada mereka-mereka yang membuat kecoh sambil pengarahkan pihak keselamatan mengheret keluar mereka ini dari dewan. .Atau penulis tidak semena-mena akan mengeluarkan kata-kata, "mu nok gocoh ke, bila2 masa je, kabo je nok kat mana" kepada samseng-samseng di dalam dewan tersebut sepertimana yg diucapkan MB Terengganu suatu ketika dahulu...atau mungkin penulis akan beradu kekuatan secara fizikal dengan mereka dek kerana tidak tahan dengan tindakan provokasi ganas mereka..

Tetapi ternyata pihak tuan begitu tenang, sabar dan bersahaja berhadapan dengan adegan-adegan terancang seperti ini. .kalian telah bertindak profesional dan matang. walaupun berkuasa tidak sampai satu penggal, tp pihak tuan telah menunjukkan tahap kematangan yg begitu tinggi berbanding sesetengan pemimpin politik disebelah sana. tahniah penulis ucapkan.

Di mana pihak Polis/ FRU?

Disini, penulis juga ingin melahirkan rasa 'simpati' penulis terhadp pihak tuan, kerana sepanjang sesi majlis dialog ini, penulis tidak langsung ternampak kelibat pihak polis dan FRU untuk membantu menenangkan keadaan..kemanakah mereka disaat-saat ini? apakah pihak tuan tidak menjemput dan menggarahkan pihak keselamatan ini untuk menjaga kemananan dan keselamatan majlis tersbut termasuk diri tuan2? apakah pihak tuan mahu melepaskan peluang 'memperguna' polis untuk melindungi pihak tuan sepertimana pemimpin2 BN yg sentiasa dikawal rapi pihak polis? kenapa program kerajaan seperti ini tidak dikawal pihak polis, sedangkan program politik, contohnya Perhimpunan Agung Umno, sentiasa dikawal sebaiknya oleh pihak polis?

Atau mungkin pihak polis ini hanya bekhidmat untuk kerajaan Malaysia, bukannya kerajaan diperingkat negeri? atau pihak keselamtan ini hanya menjaga keselamatan pemimpin Umno/BN, tetapi tidak pemimpin2 PR..apa pun hakikatnya, pihak tuan telah mmbuktikan kepada dunia, bahawa pihak tuan ingin dilihat bersama dengan rakyat, bukan kelihatan 'bersama' dengan pihk keselamatan sepanjang masa..ia juga menunjukkan pihak tuan tidak mempergunakan pihak polis dan FRU sesuka hati, termasuk mengheret dan menggari peserta2 majlis tempoh hari sesuka hati..

Hikmah dan natijah yang baik..[b]

Kerana itulah, penulis begitu terharu dan bangga dengan pihak tuan..penulis yakin, isu ini akan memberi natijah yang baik bagi pihak tuan, umumnya kerajaan negeri Selangor di mata rakyat.

Mungkin penulis boleh kaitkan peristiwa ini dengan satu isu tanah runtuh di Bukit Antarabangsa suatu ketika dahulu. bagaimana kita dipertontonkan oleh media2 ampu umno/BN tentang seorang penduduk disitu melepaskan geram secara 'bertubi-tubi' tanpa belas kasihan kepada YB Azmin Ali.. beliau ditengking, dihina dan dicaci, kemudian dipertontonkan kepada khalayak ramai oleh media2 BN..pun begitu, yb Azmin Ali tetap tenang dan sabar melayani kerenah penduduk...mungkin pd perkiraan media ampu Umno/BN ini, dengan menayangkan adegan ini, rakyat akan mengkertawa dan memperlekeh YB dari pakatan kerana gagal menguruskan masalah penduduk dan sebagainya..

Tetapi mereka lupa, di sebalik kejadian ini, rakyat dan penduduk dikawsan itu termasuk dari kalangan Umno bersimpati dengan YB Azmin Ali..sudahlah turun padang meninjau masalah yg dihadapi penduduk disitu selama berhari2, kemudian terpaksa membatalkan segala atur cara lain semata2 untuk bersama penduduk disitu, tetapi ianya dibalas 'duri' dan 'racun' oleh segelintir penduduk..penulis tidak menyalahkan penduduk disitu, tetapi penulis lebih merasakan media lah yg patut dipersalahkan ketika itu...hasilnya, ramai yang memarahi dan mengutuk tindakan penduduk itu, seterusnya bersimpati dgn YB Azmin Ali..

Ini sekadar contoh yg mungkin penulis boleh kaitkan dengan apa yg berlaku pada pihak tuan..percayalah, pihak tuan sebenarnya mendapat kepercayaan dan pernghargaan dari rakyat atas isu ini..rakyat bukan sahaja bersimpati kepada pihak tuan, tetapi mengutuk sekerasnya tindakan segelintir manusia yg membuat 'onar' pada hari kejadian..semuanya tahu, siapakah dibelakang mereka-mereka yg mencetuskan kekacauan pada hari itu..

Penulis pasti, ramai yg beranggapan tindakan pihak tuan mengadakan perbincnagan dgn penduduk dan rakyat sendiri adalah suatu yg patut dipuji dan diberi pengiktirafan..Menteri Besarnya sendiri sanggup turun padang dlm majlis dialog ini, ianya semata2 utk mendengar maslah rakyat..perkara ini terlalu asing berlaku pada parti yg satu lagi..nak harapkan Menteri Besar atau Ketua Menterinya turun padang seperti ini dlm majlis dialog, jangan haraplah..semua pusat2 hiburan, disko, pusat perjudian, termasuk kuil2 dan lain2 yg bertapak di dalam negara ini adalah hasil drpd pemerintahan kerajaan lalu, tapi mereka langsung tidak terfikir untuk mengadakan perbincnagan/ dialog dengan penduduk seperti yg dilakukan oleh pihak tuan...kerana itulah, pujian dan perghargaan patut dilabuhkan kepada pihak tuan..

Terbawa-bawa ajaran parti..

Mungkin mereka (yg membuat kecoh tempoh hari) tidak sedar, ini adalah program di peringkat kerajaan negeri, program rasmi antara kerajaan dan rakyat..ia bukanlah program kumpulan parti-parti politik atau mesyuarat diperingkat pelajar-pelajar sekolah rendah..atau mungkin mereka masih terbawa-bawa perangai dan sikap mereka ketika bermesyuarat sesama ahli dan penyokong mereka..bagaiman kita lihat suatu ketika dahulu, adegan kerusi terbang, kayu golf melayang, bertumbuk, sumpah seranah sesama sendiri dan lain2 sehingga terpaksa digerakkan polis dan FRU untuk mengawal program atau mesyuarat mereka..jadi, mungkin kerana inilah mereka terbawa2 perangai dan sikap buruk mereka ke dalam majlis orang....

Akhir kalam, penulis mengharapkan pihak tuan tabah dan cekal menghadapi ujian ini..janganlah ada di fikiran tuan untuk mengalah dan putus asa terhadap apa yang berlaku..rakyat tetap dibelakang kalian..yakin dan percayalah, peristiwa ini akan membuahkan natijah dan hikmah yang buat buat pihak tuan, termasuk kerajaan negeri pimpinan tuan..semoga Allah merhamati kita...wallahua'lam..

Yang ikhlas,
pria malaya

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/09/surat-terbuka-buat-tan-sri-abdul-khalid.html

Friday, September 4, 2009

Surat tercanggih drp MAIPP

OLeh Greensosialis

Kemarin semasa aku singgah sembahyang kat Surau kampong aku, aku terbaca satu surat yang di lekatkan di papan kenyataan surau. Surat menghebahkan tentang amil yang telah di lantik oleh Majlis agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) untuk mengutip zakat fitrah di kampong aku.





Tak kisahlah nak kutib zakat ka atau nak kutip apa pun… Yang bestnya tentang surat ini adalah surat rasmi daripada MAIPP. Nampaknya MAIPP telah maju sepuluh langkah ke depan dengan surat rasminya yang tercanggih ini. Nak cari mana letterhead yang macam ni zaman ni.

Aku tak pasti sama ada Ustaz Salleh Man kalau di lantik menerajui MAIPP nanti boleh bekerja atau tidak? Bukan apa, sebab MAIPP terlalu canggih.

Sosialis Hijau
http://greensocialis.blogspot.com/

Samy Velu kata org UMNO gila

Pemimpin Pakatan kecewa penyambungan kontrak KPN yg bermasalah ~PDOnline

Para pemimpin Pakatan Rakyat menyelar tindakan Perdana Menteri Najib Tun Razak menyambung kontrak perkhidmatan Ketua Polis Negara bermasalah, Tan Sri Musa Hassan (foto). Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shahrin tindakan menyambung kontrak Musa disebalik tuduhan terbabit dalam sindiket kongsi gelap, pemalsuan bahan bukti serta kegagalan mencantas indeks jenayah kebangsaan adalah amat memalukan. Badrul berkata demikian merujuk kepada tindakan kerajaan melanjutkan tempoh khidmat Musa untuk setahun kepada September 2010. Musa dijadualkan bersara pada 13 September tahun ini. Ini adalah kali kedua perkhidmatannya dilanjutkan. Kali pertama adalah semasa di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi pada September 2007. “Bagaimana terdapat koleksi akuan bersumpah bukan sahaja dari orang awam tetapi anggota PDRM sendiri yang mengaitkan musa dengan kegiatan kongsi gelap dan ia lebih memarahkan lagi dalam keadaan negara berdepan dengan indeks kadar jenayah negara yang semakin meningkat.




“Bermakna amat diragui intergritinya ia amat memalukan dan amat menggusarkan seluruh rakyat dalam negara dan rasa amat malu selaku pimpinan dalam parti mengecam dan kesal dengan tindakan Najib mencadangkan pada Yang DiPertuan Agong untuk Musa dipanjangkan kontrak,” katanya. Badrul turut menyifatkan hari ini sebagai hari malang bagi negara dengan pengumuman penyambungan kontrak Musa yang merupakan Ketua Polis Negara paling bermasalah. “Musa ini bukan sahaja diragui lantikannya terhadap jawatan berkenaan pada peringkat awalnya adalah hasil daripada kesungguhan beliau memalsukan bukti dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini telah dibuktikan dan disebut tetapi tidak dicabar pembuktian tersebut,” katanya. Sementara itu Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Mohammad Sabu berasa hairan kerana penyambungan kontrak itu kerana Musa mempunyai prestasi buruk dalam mengendalikan pasukan polis. Menurutnya, ramai lagi anggota polis yang lebih layak untuk dilantik sebagai Ketua Polis Negara. “Kita amat tidak senang dengan tindakan Perdana Menteri yang menyambung khidmat ketua polis yang kita boleh mengambil mana-mana pemimpin polis lebih berwibawa. “Kalau mahu jadi yang berwibawa tentu ada tetapi Najib mungkin perlu ketua polis seperti ini untuk menjaga Umno dan Barisan Nasional,” katanya. sumber tvantara

[Apa yang pasti, keputusan kerajaan menyambung kontrak Musa Hassan kerana beliaulah Ketua Polis Negara yang paling berjaya membentuk satu "bala tentera" untuk menggempur parti pembangkang di negara ini. Kerana Musa Hassan, pilihanraya kecil dijadikan "medan tempur" antara rakyat dengan kerajaan. Musa berjaya mengubah persepsi rakyat terhadap polis. Jika dulu, rakyat hanya tidak suka kepada polis. Kini rakyat menjadi benci dan meluat-luat kepada polis. Musa berjaya membentuk polis yang menakut-nakutkan rakyat. Malah mereka juga menjadi musuh kepada rakyat, bukan lagi pelindung keselamatan mereka. Apa yang dilindungi oleh mereka ialah, kuasa yang ada pada pemimpin UMNO dan BN semata-mata. sebab itulah polis digunakan untuk membuat huru-hara dalam Sidang DUN Perak hingga tergamak membawa keluar Speaker secara tidak bermaruah. Polis juga memburu sesiapa sahaja pemimpin atau penyokong pembangkang yang didapati boleh menggugat kerajaan BN. Anehnya, jenayah terus meningkat di zaman Musa Hassan. Apakah kerana beliau adalah anak tokoh ugama terkenal di negara kita iaitu Ustaz Hassan Azhari. Sedih rasanya melihat beginilah caranya anak kepada tokoh agama menjalankan kerja. Semoga rakyat akan menjatuhkan kerajaan yang sudah tidak mengutamakan mereka ini!]

Sila Klik

Pages