Web TVPas


Saturday, October 10, 2009

Penting!Seruan kepada pengundi Bagan Pinang oleh calon PAS

Kurang 24 jam daripada sekarang Bagan Pinang bakal menyaksikan satu lagi kuasa rakyat bakal tertunjuk. Kuasa mengundi yang diberikan akan digunakan sepenuhnya untuk menentukan Ahli Dewan Undangan Negeri N31 Bagan Pinang yang baru.

Pilihan raya kecil bukanlah perkara yang baru dalam dunia demokrasi Malaysia yang kita amalkan. Sepanjang 2 tahun setelah Pilihan Raya Umum ke-12, kita telah menyaksikan 9 pilihan raya kecil dijalankan. Namun, amat menyedihkan masih juga terdapat pelbagai kesalahan yang menganggu kelancaran pilihan raya dilakukan oleh sama ada pengundi mahupun petugas pilihanraya.

Kepada pengundi, tuan-tuan disarankan :

1. Semak saluran dan pusat mengundi anda sebelum keluar. Semakan awal akan melancarkan perjalanan pengundian. Pengalaman-pengalaman lalu menyaksikan terdapat pengundi-pengundi yang tidak dapat mengundi hanya kerana tersalah tempat dan saluran.

2. Keluar seawal mungkin ketempat pengundian. Trend-trend lalu menyaksikan pengundi gemar keluar mengundi pada waktu puncak iaitu antara jam 10 pagi hingga jam 2 petang. Hal ini hanya akan menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas dan pengundi juga terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran. Pernah berlaku pengundi pengsan semasa beratur dan ada juga yang meninggal dunia kerana sesak nafas. Maka, penyelesaian terbaik adalah merancang pejalanan dengan keluar awal.

3. Elakkan untuk mengundi last minute. Terdapat sekumpulan pengundi yang sering mengambil sikap untuk keluar mengundi pada saat-saat akhir iaitu sekitar jam 3 petang sehingga pusat pengundian di tutup. Dengan menganggap mereka mempunyai undi yang bakal menjadi penentu kepada kemenangan parti-parti politik yang bertanding, kumpulan ini biasanya adalah dari kategori pengundi atas pagar. Namun, sejarah pilihanraya kecil Bukit Gantang menyaksikan hujan yang turun pada petang hari mengundi terus membantutkan hasrat sekumpulan pengundi atas pagar untuk keluar menunaikan tanggungjawab. Maka petugas pilihan raya perlu mengambil tindakan segera dengan memastikan pengundi atas pagar keluar seawal mungkin dihari pengundian.

4. Jaga kad pengenalan diri dan pastikan dokumen penting tersebut tidak tertinggal semasa keluar mengundi. Adalah dinasihatkan pengundi-pengundi muda berusia bawah 40 tahun untuk sama-sama memastikan kad pengenalan ibu bapa masing-masing yang berstatus warga emas berada disisi meraka dan tidak sekali-kali diberikan kepada mana-mana pihak sekalipun. Adalah diketahui umum warga emas sering menjadi mangsa penipuan agen-agen calon dengan menyembunyikan kad pengenalan warga emas tersebut. Hal ini boleh dielakkan jika maklumat awal disampaikan kepada warga emas supaya menjaga kad pengenalan diri sebaik mungkin.

5. Elakkan menyertai apa-apa provokasi yang dilakukan oleh petugas pihak lawan kerana sejarah membuktikan dengan melayan provokasi pihak lawan, pergaduhan pasti akan tercetus dan sudah pasti akan melambatkan proses pengundian apabila campur tangan pihak polis telah berlaku. Maka jalan pintas adalah dengan menunaikan amanah secepat mungkin dan tidak sekali-kali melayan apa-apa bentuk provokasi.

Akhir sekali, selamat mengundi kepada semua pengundi N31 Bagan Pinang. Di doakan segala yang terbaik dapat dijelmakan dan semoga Allah memenangkan calon pakatan Zulkefly Mohamd Omar. Jika MCA baru sebentar tadi mampu menolak 2 kepimpinan mereka yang mengamalkan rasuah dan tidak berintegriti, maka apa alasan anda untuk mengundi calon yang mempunyai rekod rasuah yang buruk??... fikir-fikirkan... Selamat mengundi..

Friday, October 9, 2009

Bagaimana kalau PAS nak menang majoriti 1 undi?

Oleh: Hasrul Mohd [http://al-qedahi.blogspot.com/]

Berapa jumlah sebenar pengundi berdaftar pd 2004, 2008 dan 2009?

Tahun 2004: 11,205

Tahun 2008: 14,192

Tahun 2009: 13,664

Berapa peratus keluar mengundi pd 2004 dan 2008? Agaknya 2009 berapa?

Tahun 2004: 8341 (74.44%)

Tahun 2008: 11579 (81.59%)

Tahun 2009: Katakan 80%, maka ia berjumlah 10,931 pengundi

Berapa peratusan undi cina, india dan melayu pada tahun 2004, 2008 dan 2009?

Tahun 2004: Tak pasti

Tahun 2008: M 66% (9,367) , I 19.9% (2,824), C 10.5% (1,490), lain-lain 3.5% (497)

Tahun 2009: Melayu 62.77% (8,577), India 20.74% (2,834), Cina 10.96% (1,498), lain-lain 5.54% (755)

Berapa undi pos dan undi pemilih biasa?

Tahun 2004: Tak pasti.

Tahun 2008: 9001 (63%) biasa dan 5,191 (37%) pos.

Tahun 2009: 9,060 (66%) pemilih biasa dan 4,604 (34%) pemilih pos.

Berapa peratus atau jumlah undi india, cina dan melayu yang undi pas pd 2004 dan 2008? Jangkaan 2009 pula?

Tahun 2004: Waktu ni undi bukan melayu lebih kepada BN, jadi BN menang besar. Pas hanya dapat 1,556 undi sahaja. Jadi, jumlah sekitar itu dianggap undi total undi Melayu (undi asas atau lebih kurang undi ‘totok’ la). Undi bukan Melayu sudah pasti bawah 50%, yakni mungkin sekitar 10-30%, wAllahua’lam.

Tahun 2008: Pas dapat 4097 undi keseluruhan. Menurut Dr Wan Abdul Rahman yang juga bekas pensyarah sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pas mendapat sekitar lebih 80 peratus (sekitar 2259) undi India dan sekitar 65 peratus (sekitar 969) undi Cina dan hanya sekitar 10-15 peratus (sekitar 869) undi Melayu. Bagi penulis, peratusan tepat mungkin sekitar 9.2% Melayu, jadi tak lari jauh.

Andaikan undi total Melayu Pas ialah sekitar 869 maka undi bukan melayu ialah 3228 (67%) daripada keseluruhan pengundi bukan Melayu. Maka, sekitar 70% pengundi bukan melayu telah undi Pas.

Jangkaan tahun 2009: Undi India kelihatan kekal 80%, Cina pula pada tahun 2004 hanya 65%, dijangka akan meningkat kepada 80% juga. Undi Melayu barangkali sukar berubah, sekitar 10 % juga. Tetapi tidak mustahil akan meningkat berdasarkan isu penipuan undi pos yang kian terdedah, calon rasuah, sabotaj team MB N9 dan petugas Pas ditetak yang akan tarik simpati pengundi Melayu atas pagar. Jika tak, Pas sukar menang.

Jika 80% india dan cina keluar mengundi, maka berapa jumlah 80% daripada kedua-duanya jika mereka undi Pas?

Undi bukan Melayu ialah 5087. Jika peratus keluar mengundi 80% iaitu 4070, maka 80% daripadanya ialah 3256 (1814 India, 958 Cina dan 483 kaum lain).

Berapa % minima melayu diperlukan utk Pas menang?

Jika peratus mengundi ialah 80% iaitu 10931, maka Pas hanya perlu capai jumlah minima undi berjumlah 5466, iaitu majoriti 1 undi kerana BN dapat 5465. Maka Pas memerlukan sekurang-kurangnya 2210 (26%) undi daripada 8,577 undi Melayu. Jika kurang 1 daripadanya, maka Pas akan kalah.

Jadi, peratus minima undi Melayu yang diperlukan ialah 26%, jika 80% undi bukan Melayu mengundi Pas.

Berapa undi pos yg diperolehi Pas pada 2008?

Mereka adalah dari Pusasda Kem Si Rusa (1,903 undi), 2 KAD Kem Sunggala (1,130 undi), IJED Kem Kg Sawah (847 undi), IPDA Port Dickson (407 undi), 1 Kompeni KPD Kem Si Rusa (265 undi), 1 WKSP Bgd Kem Sg Sawah (165 undi), Sekolah Pertukangan Perintis (105 undi) dan ILMI Port Dickson (103 undi).

Kemenangan Umno dan BN dalam pilihan raya umum pada Mac 2008 di DUN Bagan Pinang dengan majoriti sebanyak 2333 , telah dibantu oleh undi pos apabila mereka berjaya memperolehi 3080 (59%) daripada 5,191 undi pos, manakala PAS hanya memperolehi 1189 (23%) undi sahaja .

Berapa undi pos minima diperlukan utk Pas menang?

Terdapat 4,604 pemilih pos Majoriti pengundi pos ialah Melayu, maka andainya 98% Melayu, maka ia berjumlah sekitar 4512 pengundi Melayu pos. Maka, baki undi Melayu pengundi biasa ialah sekitar 4065. Pas memerlukan sekurang-kurangnya 2210 undi Melayu.

Andainya, Pas dapat 1000 undi (sekitar 25%) daripada pengundi Melayu biasa (4065), Maka, Pas sudah cukup untuk dapat sekitar 1210 undi (26%) Melayu pos sahaja. Pada 2008, Pas dapat 1189 (23%) undi, jadi Pas perlu tambah 21 undi saja lagi undi pos.

Jadi, berapa undi minima dgn majority 1 undi diperlukan Pas?

Jika peratus mengundi ialah 80% iaitu 10931, maka Pas hanya perlu capai jumlah minima undi berjumlah 5466, iaitu majoriti 1 undi kerana BN dapat 5465.

Jadi, berapa tambahan undi diperlukan untuk dpt majority 1 undi tersebut?

Pada tahun 2008, Pas dapat 4097. Maka, untuk mencapai 5466, Pas perlu tambah paling kurang 1369 undi lagi untuk menang majoriti 1 undi. Ini tidak termasuk undi rosak. Jika ditolak undi rosak, Pas mungkin hanya perlukan kurang 1369 undi.

KESIMPULAN PENTING:

*Fakta tambahan: Pada tahun 2009, 7,912 pengundi terdiri daripada golongan lelaki manakala bakinya, 5,752 pengundi ialah pengundi wanita.

1) Pas memerlukan sokongan 80% undi bukan Melayu dan paling kurang 26% undi Melayu untuk memenangi pilihanraya kecil dengan majoriti 1 undi.

2) Sapa yg rasa duk sokong Pas tu, jgn la duk baca analisis ja. Ini sekadar pandangan analisis yang mungkin salah. Jadi, buat la lebih skit mcm doa ka, solat hajat ka, support wang ka, kempen ka dll….Moga rakyat Bagan Pinang menyerahkan amanah ‘memimpin kawasan Bagan Pinang’ kepada yang ahlinya (yang layak memimpin).
WAllahua'lam.

Terkini dari Bagan Pinang



Tuan Guru Dato Dr Haron Din bermunjat untuk menghalau jin dan syaitan yang berkubu di Bagan Pinang khususnya dan Negeri Sembilan amnya.. Amiiinn



Tiada lagi kalimah yang mampu menggambarkan perasaan di saat ini. Bercampur baur di antara geram dan simpati. Geram dengan perangai budak-budak upahan UMNO membuat provokasi murahan di Bagan Pinang dan simpati dengan mereka yang dipergunakan semasa pilihanraya kecil ini. Kemudian nanti nasib mereka tidak ada siapa yang peduli. Simpati juga pada nasib sahabat kita yang diserang dan dipukul, namun mereka tahu apa yang mereka pertahankan dan apa yang mereka perjuangkan. Sedangkan budak-budak upahan ( bahkan ada yang dimabukkan ) tidak mengerti untuk apa mereka memulakan siri provokasi ini. Andai ditanya dengan kewarasan akal mereka pasti jawapannya adalah kerana habuan. Cukupkah habuan yang diberikan untuk menjadi bekal sepanjang hidup ?




Ramai di Negeri Sembilan (yang masih berkarat BN) kesal dengan siri keganasan yang berlaku. Hujah biasa yang diutarakan adalah Melayu bergaduh sama Melayu. Soalnya siapa yang mencari gaduh dan siapa yang ingin bergaduh. PAS masih memilih pendekatan 'Muwajahah Silmiah' ( berhadapan secara baik ) di dalam mendapatkan kuasa di Malaysia ini. PAS menghormati sistem demokrasi berpalimen yang diamalakan di Malaysia walaupun terdapat banyak ruang yang berat sebelah terhadap pembangkang. UMNO / BN tidak berani berhadapan dengan hujjah, mereka gunakan kuasa untuk menyekat hujjah PAS. Buktinya, hampir semua agensi di bawah kementerian turut sama membantu memenangkan calon BN di dalam PRK Bagan Pinang kali ini.




PAS tidak pernah membuat tuntutan yang tidak munasabah dan tidak masuk akal. Yang dimahukan cuma keadilan dan ketelusan. Sebagaimana media utama boleh menyiarkan kempen BN mengapa tidak untuk Pakatan Rakyat. Keraguan mengenai proses perjalanan UNDI POS yang memberi ruang untuk penyelewengan dan penipuan. Kawalan keselamatan yang saksama kepada petugas PAS dan Pakatan Rakyat yang terdedah kepada samseng BN. Laporan Polis diterima dan disiasat secara adil dan telus.




Penegasan dari Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasaruddin Tantawi dalam ceramahnya malam tadi di Markaz Ulama menyatakan, Pemuda PAS tidak pernah gentar dengan ancaman dan ugutan, tetapi kita masih mahu menggunakan ruang yang disediakan mengikut undang-undang untuk memenangkan calon kita. Kesabaran kita ada tahapnya. Beliau turut membawakan satu kalam yang sandarkan sebagai qaul sahabi dengan tegas menyatakan




" Wahai manusia ! Jangan sekali - kali kamu bercita - cita mencari musuh sebaliknya mohonlah kesejahteraan daripada Allah swt . Andai bertemu jua dengan musuh , bersabarlah ! Namun begitu , ketahuilah bahawa sesungguhnya syurga itu berada di bawah kilatan mata pedang .





Inilah prinsip perjuangan PAS. Kita masih meraikan pendekatan 'silmiah' . Kita tidak melayan sebarang provokasi murahan yang dibuat oleh UMNO yang rasanya kian terdesak dan bimbang dengan gelombang kebangkitan rakyat. Kalau tidak masakan beberapa samseng yang berbaju BN cuba mengganggu ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat. Jika UMNO benar-benar rasa telah kuat dan yakin menang apa perlu diganggu kempen anjuran Pakatan Rakyat. KIta suburkan budaya demokrasi sihat di Negeri Sembilan agar jangan terus dijumudkan oleh pemikiran UMNO sahaja yang boleh memerintah.



Bagi yang tak mampu membantu di medan jangan berhenti membantu dengan sokongan, munajat dan apa jua yang mampu diberikan. Jadikan medan Bagan Pinang ini sebagai medan permulaan untuk universiti politik matang di Negeri Sembilan ini.



Catatan Tambahan : Ramai yang cuba meragui peristiwa keganasan yang berlaku. Harapnya 9 laporan polis yang dibuat oleh PAS dapat disiasat secara telus oleh pihak polis. Semalam, ketika ceramah Dr Harun Din dan Tuan Guru Nik Aziz terdapat provokasi murahan dari pemuda Bn yang menjerit-jerit berhampiran dengan tempat ceramah. Lebih menyedihkan lagi bila seorang 'pakcik' bertopi BN tiba-tiba meluru masuk ke tempat perkarangan ceramah, ketika Dr Harun Din berceramah. PAS tidak melayan provokasi murahan ini dan meminta pihak polis menyelesaikannya. Mohon Klik Di Sini


Apalah untungnya PAS mengada-adakan cerita ini. Mengerahkan tenaga pemuda seluruh negara tanpa habuan kewangan, sebaliknya terpaksa mengeluarkan wang sendiri segalanya mengatasi logik akal manusia. Berlainan dengan UMNO segalanya digerakkan dengan wang. Cubalah tengok budak-budak yang bersama UMNO / BN usianya pun belasan tahun. Tak percaya turun sendirilah tengok di Bagan Pinang. Kesian tengok mereka. Tak tahu apa pun.

dipetik dari Lobai Kampung

Bagan Pinang bagai zon perang

TELOK KEMANG, 9 Okt : Dalam keadaan mabuk, kumpulan pemuda samseng Umno ini melakukan sekatan jalan raya di Batu 4 dekat sini dan menahan beberapa buah kereta yang dilihat mempunyai lambang-lambang atau logo PAS sekaligus membelasah pemandu-pemandu terbabit sehingga cedera. Iklan


Lebih teruk, sebilangan mereka menceroboh masuk ke beberapa buah rumah kampung khususnya di Bagan Pinang dan melakukan tindakan yang sama ke atas penghuni rumah yang dipercayai penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Ada kawasan tertentu yang tercetusnya kes yang sama, seorang tua diselamatkan oleh sekumpulan anggota tentera daripada terus menjadi sasaran samseng ini.

Dan lebih dasyat, kejadian sekumpulan samseng Umno membelasah dan menetak dengan parang seorang petugas PAS berlaku betul-betul di depan Balai Polis Telok Kemang.

Demikian dakwa Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin.

Beliau menyifatkan kelakuan samseng pemuda Umno pada 7 Oktober lalu memukul dan menyerang petugas Pakatan Rakyat hanya menjadikan Bagan Pinang kini bagai 'zon perang'.

"Saya hairan bagaimana ada kejadian sebegini berlaku di hadapan Balai Polis Telok Kemang.

"Ketika 'ketegangan' memuncak sekitar jam 3.00 pagi hingga 5,00 pagi, saya sendiri beberapa panggilan dibuat kepada pihak polis, namun setiap panggilan tidak berjawab," katanya kepada Harakahdaily di Markas Utama PAS Bagan Pinang.

Badrul juga turut menahan sebuah kereta peronda polis untuk meminta bantuan seorang anggota berpangkat kostabel namun polis terbabit memohon maaf kerana tidak dapat berbuat apa-apa dan meninggalkan beliau begitu sahaja.

Ada anggota polis yang menjawab panggilan kecemasan yang dibuat beliau tetapi memberitahu bahawa mereka merupakan anggota dan pasukan polis luar yang tidak tahu selok belok jalan dan kawasan untuk menangani kes terbabit, kata Badrul.

"Mereka yang diganggu termasuk petugas Pakatan Rakyat yang berusia.

"Saya tahu pemuda Umno ini mabuk dan mereka ini keluar dari Umno Command Centre, mereka buat 'road block' sendiri di Batu 4, mereka tahan siapa sahaja yang lalu yang pakai logo PAS," ujarnya.

Beliau turut mendakwa, salah seorang anak pemimpin tinggi Umno di Negeri Sembilan terbabit dengan keganasan ini.

Beliau menamakan anak pimpinan Umno yang terbabit itu sebagai 'Bob' yang dibayangkan seorang yang bertubuh besar dan berkulit cerah.

Tindakan samseng jentera Umno itu sebenarnya hanya menjadikan suasana pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang yang pada awalnya tentera, kini seperti 'zon perang'.

Justeru beliau menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membuat 'onar' iaitu Pemuda Umno.

"Jangan sampai mengasak atau meberi tekanan kepada Pemuda Pakatan Rakyat sampai ke dinding. Kesabaran kami ada hadnya," jelasnya tegas dan tidak menolak kemungkinan insiden ini akan berlaku dalam dua tiga hari lagi.

Sehingga kini, difahamkan terdapat 9 laporan polis telah dibuat berhubung tindakan ganas samseng Umno ini dan gambar-gambar mangsa belasah parang dan pedang samurai itu telah tersebar di papan-papan poster markas, internet, rakaman telefon dan diedarkan sebagai risalah.

Malah ada sms yang meminta Pemuda Pakatan Rakyat dan PAS untuk tingkatkan keselamatan dan siap siaga bagi mendepani sebarang kemungkinan yang tidak diingini beberapa hari menjelang hari pengundian Ahad ini.

harakahdaily

Kerusi yang setia mendengar ceramah TPM

Ini posting yang cukup kelakar aku cilok dari blog Tukar tiub



NOTA:
ribuan kerusi telah datang berpusu
pusu untuk memdengar khutbah al-malikul sembab.

kerusi kerusi ini telah datang tiga
jam lebih awal dari kesampaian malikul.

ada kerusi datang diosong. ada datang diangkut
ada datang dijenjeng. ada datang naik lori
dan ramai juga bersendirian.

kerusi kerusi amat kyusuk lagi tawaiduk
apabila mendengar khutubah al-malikul yang
membawakan fatwa baiknya mendirikan jamban tan
kepada orang ramai.


kerusi kerusi ini tidak berganjak sedikit pun.
kerusi kerusi ini adalah penyokong setia al-malikul sembab.

diakhir khutubah ini semua kerusi ini telah bersumpah
untuk tidak menjadi kaki bangku di hadapan malikul kah kah kah.

Video: Azeez memang pembohong

Thursday, October 8, 2009

Syabas Radio IKIM!

Ketika aku dlm perjalanan pulang dari kampus sekitar pukul 6.15 petang terdapat satu segmen untuk aktivit-aktiviti di masjid di seluruh Malaysia. Hebahan aktiviti dibuat secara terus melalui telefon dan berinteraksi dengan Dj yang bertugas. Banyaklah aktiviti yang dihebahkan terutamanya di Selangor dan juga Negeri Sembilan. Yang tertariknya apabila ada seorang pemanggil dari Bagan Pinang yang menyeru penduduk di sekitar Bagan Pinang untuk turun sama-sama bersembahyang hajat di sebuah masjid. Sembahyang hajat itu diimamkan oleh Tn Guru Hj Hussin dari Pondok Lubuk Tapah, Kelantan. Menurut pemanggil itu lagi sembahyang itu memohon agar memberi kemenangan kepada Islam. Dan DJ radio tersebut tidaklah cuba untuk menyekat atau menghentikan hebahan tersebut malah melayan pemanggil tersebut sehinggalah pemanggil itu meletakkan gagang telefon. Serta banyak lagi aktiviti masjid yang dijalankan di sekitar selangor dan ada yang disebutkan nama tokoh PAS seperti Dr Rani, Ustz Ismail Kamus dlm aktiviti di masjid tersebut.
Aku mengharapkan agar pihak radio IKIm meneruskan momentum tersebut tanpa menjadi seprti media yang lain. Syabas

Isu serangan pengganas UMNO di markas PAS


Sila Klik

Pages