Web TVPas


Sunday, July 11, 2010

Itu bukan lucu tapi bangang namanya! Oh, Ali Rustam

Malam tadi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam sekali lagi mencemarkan imejnya sendiri apabila sekali lagi mengetuai Umno Melaka menggangu ceramah PAS di Kg Bukit Pulau, Bukit Baru.

Seperti biasa beliau dimalukan sendiri oleh penyokong dan rakyat negeri Melaka apabila hanya kira-kira 100 orang sahaja yang hadir mendengar 'lawak' beliau malam tadi.

Sebelum memulakan 'lawaknya' malam tadi Ali Rustam berkata tujuan Umno mengadakan ceramah bersebelahan dengan ceramah PAS adalah untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh PAS secara 'cash' atau tunai. Sungguh melucukan kerana setiap 10 minit 'orang suruhannya' akan membawakan nota-nota kecil yang mencatatkan isi ceramah PAS. Kalaulah pencatatnya tersilap tulis atau cuba memalukan Ali Rustam tak ke 'naya'.

Beberapa cerita lucu yang hendak dikongsikan di sini :-

1) Isu banjir - Ketika menjawab isu banjir Ali berkata Kelantan pun banjir, jadi yang hendak dipelikkan. Melaka belanja berjuta ringgit untuk atasi masalah banjir. Komen Mutaligat : Masalahnya sampai sekarang banjir masih belum dapat diselesaikan walaupun ratusan juta telah dibelanjakan oleh kerajaan. Inikah sebuah negeri yang dikatakan akan maju pada 20 Oktober 2010.

2) Isu Eye On Malaysia - Ali berkata bukan kerajaan negeri yang rugi RM8 juta tetapi syarikat swasta. Ali sebenarnya cuba menipu rakyat dengan memutarbelitkan fakta. Namun rakyat sudah cerdik dan tahu bahawa syarikat yang mengendalikan Eye On Malaysia ialah syarikat yang ditubuhkan secara usahama antara anak syarikat kerajaan negeri iaitu Kumpulan Melaka Berhad (KMB) dan MST Ad Suria Sdn Bhd. Jutaan ringgit duit rakyat dilaburkan dalam KMB dan akhirnya duit rakyat hangus begitu sahaja kerana Eye On disita. Jadi Ketua Menteri cuba memutarbelitkan fakta dengan menyatakan kerajaan negeri tidak rugi dan duit rakyat tidak hangus.

3) Pulau Melaka terbengkalai - Ali berkata itu projek swasta bukan projek kerajaan negeri. Bukankah tugas kerajaan negeri memantau dan memastikan semua projek berjalan lancar dan tidak menjadikan rakyat mangsa kegagalan sesuatu projek. Kegagalan projek Pulau Melaka bermakna kerajaan negeri gagal menunaikan tanggungjawabnya yang menyebabkan ramai rakyat yang membeli hartanah disitu mengalami kerugian besar.

4) Isu Allah - Ali berkata BN tidak membenarkan perkataan Allah digunakan oleh golongan kristian. Tetapi Ali terlupa bahawa di Sabah dan Sarawak ianya dibenarkan. Tidakkah ini menggambarkan bahawa kerajaan BN bersikap double standar dan tidak konsisten. Pengharaman perkataan Allah bukannya sebab agama tetapi atas kepentingan politik sebab itulah di sesetengah negeri tidak boleh dan di Sabah serta Sarawak dibolehkan.

5) Ali Rustam berkata kita berpolitik memang untuk mencari pangkat dan darjat jadi jangan kita berpolitik sehingga melupakan kepentingan Islam dan Melayu. Komen Mutaligat: PAS berpolitik bukannya untuk mencari pangkat dan darjat tetapi untuk mendapatkan keredhaan Allah. Sebab itulah pemimpin PAS tidak membina kekayaan dan empayar seperti pemimpin BN. Lihatlah bagaimana zuhud dan sederhananya Tok Guru Nik Aziz walaupun sudah 20 tahun menjadi Menteri Besar tetapi masih tinggal di rumah buruknya dan dirinya dan anak-anaknya tidak menjadi jutawan seperti anak-anak pemimpin BN dan bekas-bekas pemimpin BN.

Banyak lagi sebenarnya cerita lucu dan melucukan yang diperdengarkan oleh Ali Rustam, Insya Allah lain kali kita nukilkan di sini.

Saturday, July 10, 2010

Satu lagi tamparan utk YB Kulim...amik engkau

oleh Yb Khalid Samad

Pada minggu ini semasa di Parlimen terdapat seorang Ahli Parlimen ‘bebas’ menimbulkan isu yang kononnya YB Batu, pakar strategi PKR, telah menggigit seorang anggota Polis.

Ditertawakan Saudara Tian Chua sambil memperlekehkan ‘strategi’ sebegini dan mempersenda ‘kepakaran’ beliau sebagai seorang ahli strategi. Hakikatnya kenyataan samada Saudara Tian Chua benar-benar telah menggigit anggota polis tersebut atau tidak masih lagi dipertikaikan. Tian Chua menafikannya dan telahpun membuat tindakan undang-undang untuk menolak keputusan mahkamah tersebut.

Sebaliknya tindakan Ahli Parlimen tersebut yang jelas 'menggigit' tangan seorang yang pernah membantunya, jelas terdedah untuk semua melihat. Begitulah apabila seseorang merupakan ahli politik murahan yang sanggup dirinya diperalatkan demi keuntungan duniawi. Tindakan khianat terhadap orang yang pernah membantunya adalah jauh lebih hina berbanding isu yang ditertawakan oleh dirinya yang sendiri pun tidak tahu hujung pangkal. Namun apa yang lebih menyedihkan ialah beliau tidak menyedarinya dan tidak juga menyedari bahawa yang turut gelak ketika itu ialah kerana menggelakkannya dan BUKAN gelak bersamanya. Jarang sekali seorang badut menyedari betapa kelakar dirinya dipersepsi orang lain. Tetapi ini bukan sebarang badut.

Orang yang pernah membantunya termasuklah DSAI, orang yang turut menjadi sasarannya pada ketika itu. Tian Chua hanyalah sekadar sasaran rambang, dikenakan tempias kata-kata sinis seorang pengkhianat. Semua tahu bahawa DSAI adalah sasaran sebenarnya. Ketua pembohong, kononnya. Mengajarnya berbohong, putarnya lagi. Sedangkan ini sesuatu yang agak mustahil kerana dirinya ialah seorang pakar dan tidak memerlukan sebarang tunjuk ajar dalam bidang itu. Menurut kata Al-Marhum Ustadz Fadhil, “kalau dia beritahu saya 10 perkara, 12 perkara saya tak percaya!”

Maka di saat itulah bermulanya bantuan DSAI terhadap dirinya. Setelah ditolak untuk menjadi calon PAS pada 2004, maka terhegeh-hegehlah bertemu DSAI. Dia merupakan seorang ahli PAS pada ketika itu, tetapi terus teringin menjadi calon walaupun ditolak oleh PAS. Mungkin di atas dasar kasihan dan mungkin juga terdesak, maka DSAI menerimanya sebagai seorang calon PKR. Beliau bertanding di Parlimen Kuala Langat dan seperti ramai pada 2004, telah turut terkandas.

Mulai saat itu, menyedari tiada masa depan untuk dirinya di dalam PAS, oleh kerana pimpinan PAS sudah mengenali sifat putar alam dan putar belitnya, maka diteruskan mengatur langkah untuk menjadi ahli PKR. Dan sepertimana yang disebut oleh SU Agung PAS baru-baru ini, apabila menjadi ahli PKR (atau mana-mana parti lain), dengan sendirinya keahliannya bersama PAS gugur. Tidak perlu ada surat menyurat dalam soal ini. Tiada siapa yang ingin membuang masa dan membazir kertas serta dakwat untuknya.

Manakan mungkin seorang peguam tidak memahami perkara yang semudah itu, tetapi sepertimana yang kita semua sudah sedia maklum, beliau ini bukan sebarang peguam.

Dari sudut ini pun boleh dinilai komitmen dan prinsip perjuangannya. Berpindah parti, dari parti Islam ke parti yang lain sambil mendabik dada sebagai seorang pejuang Islam, semata-mata kerana tidak boleh bertanding di atas tiket PAS. Apakah prinsip perjuangannya kalau tidak kerana kedudukan dan kepentingan diri sendiri? Satu sifat yang jelas terbukti untuk semua melihat kebelakangan ini.

Dalam masa yang sama, ke mana sahaja perginya, akan ditumpang populariti DSAI. “Saya peguam DSAI, saya peguam DSAI”, serunya berulang kali. Setahu saya, dirinya itu tidak pernah berperanan di mahkamah, berucap di hadapan hakim untuk membela DSAI, tetapi hanya menumpang popularitinya untuk hidup. Ini bolehlah diibaratkan sepertimana seekor parasit yang mendapat talian hidup dari yang ditumpang, tetapi pada masa yang sama mendatangkan mudarat pada yang ditumpangnya itu. Itulah yang sebenarnya! Dan sebagai parasit, menggigit kembali yang membantunya untuk terus hidup adalah perkara biasa.

Sekarang ini pula terus menerus mendakwa dirinya sebagai ahli PAS walaupun PAS menafinya. Bertambah kronik kesnya ini. Bukan sahaja pembohong dan parasit, ditambah pula gila talak! Kononnya banyak programnya bersama PAS. Bak kata pepatah, “Once a liar, always a liar”. Sekali pembohong, sentiasa pembohong dan tiahttp://www.khalidsamad.com/da contoh yang lebih jelas dan lebih nyata akan kebenaran kata-kata ini selain dirinya. Kalau dalam konteks perubatan dinamakan ‘clinical case’.

Maka dalam persoalan ini, ada satu kebenaran lagi yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. PAS tidak mahukannya. PKR juga telah memecatnya (atau menendangnya keluar kalau ikut kata orang Kedah). UMNO pula tidak teringin untuk menerimanya. Oleh yang demikian, pada PRU ke-13 ingin kita saksikan kemana dirinya bersama dengan empat lagi yang sekapal dengannya membawa diri./kopitiam Bang Nan.blogspothttp://www.khalidsamad.com/

Friday, July 9, 2010

KJ & Ibrahim Ali = 2 X 5, 5 X 2

Rasa nak tergelak pula apabila melihat Si budak khairi tu bertekak dengan Berahim Ali. Masing-masing tuduh -menuduh antara satu sama lain. Berahim kata si khairi 'Otak Budak Sekolah'..manakala si Khairi pula kata si Berahim ni 'Gedebe Politik' dan mempunyai kembarnya versi cina iaitu Wee Chee Keong yang terkenal dengan adegan lompat-melompat yang tiada kesudahan... walau macamana pun kedua-dua ni tak boleh pakai..si khairi setakat ini dengan aksi yang menjengkelkan masih belum dapat memikat hati najib untuk meletakkannya sebaris dengan anggota kabinet yang lain. manakala si Berahim pula dengan aksi si katak kodok yang sentiasa berbunyi dgn pelbagai nada..kalau tak percaya tunggulah lepas hujan...tapi masih belum ada lamaran rasmi untuk menyuntingnya kembali dalam UMNO..so kedua2nya adalah sama sahaja 2 X 5 = 5 X 2

Thursday, July 8, 2010

Diari Sasau Seorang YB..YB Lompat kut.

oleh Azizi Hj Abdullah


Sungguh-sungguh saya tidak dapat bayangkan sekiranyalah saya ini seorang YB yang telah melompat parti menjadi calon bebas, lalu hendak turun ke kawasan menemui pengundi saya.

Apa mukadimahnya hendak saya berkata jika saya bertemu dengan pengundi saya, sama ada di kedai kopi atau di masjid atau di dewan. Takkan saya akan bertemu pengundi hanya ketika Pak Husin balik dari menoreh? Takkan saya nak temui Mak Minah yang sedang cari ubi kayu di belukar? Takkan saya nak bertemu Husin yang sedang jual air tebu?

Tiga bulan dulu ada saya telefon menyampaikan hasrat kepada Seman, JKK parti dulu. Seman terkejut dan berkata:

“YB jangan balik!”
“Kenapa?”
“Saya dengan khabar, ada dua tiga orang nak cempung campak ke dalam parit kalau YB balik!”

Memang pun patut mereka buat macam itu kepada saya. Saya sedar saya memang celakakan diri. Tapi haram jadah punya tawaran, menyebabkan saya naik mabuk kepayang. Cup-cup, habuk pun tarak.

“Kalau saya tak balik, apa sudahnya dengan pengundi saya. Itu kawasan saya. Saya masih jadi YB mereka,” saya berkata kepada Seman.

“Siapa kata YB mereka? Dulu mereka pilih bukan YB, mereka pilih calon parti.”

Seman seorang pekerja saya yang suka bertegang leher. Saya diam begitu saja. Akhirnya saya minta pandangannya, apa cara saya mesti buktikan saya ini YB kawasan itu?

Maka Seman pun cepat menjawab: “Senang saja. Kan sekarang ada blog, ada Facebook. Gunakan itu saja. Satu dunia tahu yang YB cergas!”

Sungguh, mengapa saya tidak pernah terfikir tentang ini. Bukankah ‘blog’ satu-satunya medium yang sangat berkesan. Saya boleh pembohong dan saya boleh berdusta. Dunia pasti tahu walaupun di kawasan saya pengundi meludah atau pun maki-maki.

Membina blog tidaklah sukar. Upah RM100, tiga jam siaplah. Gambar di logo saya masukkan saya dengan seekur kambing besar. Saya simbolkan, saya YB dan kambing adalah pengundi.

Pertama kali saya menulis menceritakan saya berada di Moscow. Saya siar gambar untuk memberitahu pengundi bahawa inilah YB kamu. YB kamu bukan sekadar pegi melawat kolam ikan keli tapi ke Moscow.

Tapi pengundi saya sebenarnya tak tahu. Saya yang terpilih itu pun jenuh saya gabus pungkur mereka, saya cium tangan mereka, saya jilat jubur mereka dan saya menangis beritahu saya menyesal.

Esok saya keluar menyataan hentam ketua parti saya dulu. Lusa saya dapat tiket percuma melancong ke Moscow.

Balik dari Moscow saya tulis isu umat Islam sudah nipis iman dan akidah. Untuk membuktikan saya kuat sokong Islam, saya beritahu saya sudah membuat wakaf sepuluh buah ‘muqaddam’ kepada sepuluh orang yang buta qur`an berusia 65 tahun.

Tiba-tiba meletup pula pasal kerajaan nak beri lesen judi kepada satu syarikat. Saya naik pening. Mana boleh saya bantah walaupun itu perkara benar. Tapi mujurlah dalam masa yang sama timbul isu ketua parti saya dulu keluar negara. Sayapun tulis berulang kali hentam sungguh-sungguh untuk menunjukakan saya tidak setuju. Mana tahu lain kali dapat pula sponsor ke Afrika Selatan untuk Piala Dunia.

Bagaimana pun saya sebenarnya diserang fobia. Saya sebenarnya sangat tidak tenteram. Bukan kerana saya kesal lompat parti dan jadi bebas tetapi saya fobia tentang pengundi kawasan saya. Saya sepatutnya isytihar keluar parti dan sekaligus terus letak jawatan YB. Ini yang sewajarnya. Tapi apakan daya. Masakan saya boleh lepas elaun dan taitel YB begitu saja. Ini kerja bodoh. Bukan senang nak dapat jadi YB.

Saya berazam mahu mempertahankan sebutan YB ini untuk penggal ini saja. Penggal akan datang saya tidak ada peluang lagi. Saya sedar Umno pun tak akan mahukan saya. Kalau mahu pun saya akan jadi kuda tua. Nak masuk balik parti asal, weekkkk, muntah hijau pun mereka tak terima. Nak masuk Pas, itulah…Pas pun macam cerdik pelanduk. Saya telah ‘test’ dua tiga kali. Saya puji Pas, saya puji Tok Guru tapi Pas nampaknya buat dono saja.

Saya memang menyesalkan. Rupa-rupanya barulah saya sedar, orang macam saya berlambak-lambak tak berguna.

Atas asas agama yang ada pada saya, bulan Ramadan ini mahu rasanya saya kembali ke kawasan, mahu memohon maaf. Saya sedar saya sangat bersalah kepada pengundi, kepada pekerja dulu. Saya banyak berhutang: berhutang wang dan berhutang budi, berhutang tenaga. Dengan apa saya hendak membalasnya, melainkan dengan memohon maaf.

Mahukah mereka terima saya? Inilah persoalannya.

Saya cuba memejam mata dan cuba membayangkan: saya ke warung tepi sungai. Saya sua tangan nak bersalam, tak seorang pun sambut. Saya semawa ramai-ramai minum kopi, tak seorang pun datang.

Saya singgah di masjid, saya pura-pura ke saf depan. Tapi tak ada siapa pun yang tolak jadi imam. Kalau dulu, sila Yb, sila YB, sila YB.

Selepas solat, saya minta sepuluh minit nak beri tazkirah, betapa pentingnya umat Islam bersatu menentang Zionis. Tapi tiga empat orang batuk-batuk dan terkam keluar buang kahak.

Waahhh, rupa-rupanya pengundi saya sudah pandai berfikitr. Mereka rupanya bukan lagi pak turut.

Taka apa…tak apa…khabarnya pilihanraya bulan September ini. Kalau cepat lagi bagus. Akan cepatlah hilang kemaluan saya dan akan cepatlah terpadam taitel YB yang sangat menggelisahkan saya. Saya sekarang malu nak balik kawasan. Khabarnya kawan-kawansaya pun, sudah jadi macam ayam berak kapur.

Penipu dan Menipu..itulah UMNO- Raja Petra


RPK tidak boleh dipercayai, kata Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak, yang bersumpah atas nama Allah bahawa ia belum pernah bertemu 'bahawa wanita Mongolia'. 40% dari RPK menulis apa yang benar, sisanya 60% adalah penipuan, kata putra terpanjang memerintah Malaysia Perdana Menteri yang menemukan kata spin-perubatan. Mari kita cuba untuk mencari tahu mana di antara berikut adalah kebenaran 40% dan yang 60% penipuan.


Raja Petra Kamarudin


1. Tun Dr Mahathir Mohamad mahu nya 'crooked Bridge' ke Singapura lanjutan sementara Najib Tun Razak menginginkannya dibatalkan. Tun Abdullah Ahmad Badawi benar-benar dibatalkan segera setelah ia menjadi Perdana Menteri pada tahun 2003 - banyak menjengkelkan Dr Mahathir yang mengeluh bahawa kos untuk membatalkan jambatan lebih tinggi daripada kos untuk membinanya.

2.Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi telah terlibat dalam 'skandal Minyak untuk Makanan', menurut penyelidikan PBB. Dr Mahathir berkata bahawa tindakan harus diambil terhadap Abdullah Badawi - sebagai apa yang terjadi dengan Menteri KewanganIndia yang juga telah terlibat dalam skandal yang sama dan terpaksa mengundurkan diri dari jawatannya.

3.Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi menghabiskan RM200 juta dari wang pembayar cukai untuk membeli sebuah pesawat jet mewah baru sedangkan bila dia (Dr Mahathir) merupakan Perdana Menteri ia tidak membeli pesawat baru tapi menggunakan satu, tua kecil untuk bergerak sekitar.

4.Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak mentadbir negara dan bahawa negara itu sebenarnya yang dijalankan oleh "tingkat empat anak laki-laki" yang dipimpin oleh menantunya di-, Khairy Jamaluddin, yang dekat dengan Singapura dan membolehkan ' bahawa titik merah kecil di selatan 'untuk memutuskan bagaimana negara dijalankan.

5.Seorang warga Mongolia dengan nama Altantuya Shaariibuu memasuki negara itu dan kemudian dibunuh tapi tidak ada nota imigrasi untuk menunjukkan bahawa ia telah memasuki negara dan dua perwira polis dinyatakan bersalah membunuh dia meskipun tidak ada bukti dia pernah masuk ke Malaysia sejak ada nota imigrasion tidak ada yang pernah memiliki memasuki negara .

6.Salah satu dari mereka awalnya dibebankan untuk pembunuhan Altantuya's, Abdul Razak Baginda, berhampiran dengan Najib Tun Razak tetapi ia kemudian dibebaskan dari pembunuhan tanpa pembelaannya dipanggil.

7.Ketika Razak Baginda pertama kali dikenakan bayaran untuk membunuh dia dibenarkan jaminan walaupun tidak diberikan jaminan dalam kes-kes yang menarik hukuman mati, seperti pembunuhan - sedangkan terdakwa, dua pegawai polis, tidak dibenarkan jaminan.

8.Ketika jaminan Razak Baginda adalah diberikan , ia tersirat untuk jaminan dan menyokong aplikasi jaminan dengan surat sumpah yang mendakwa dia tidak pernah bertemu dengan dua pegawai polis sebelum sampai mereka dihantar kepadanya oleh Najib Tun Razak's ,wira polis ADC disebut Musa Safri tetapi Musa tidak pernah disebut untuk bersaksi dalam sidang pembunuhan untuk mengesahkan atau menyangkal tuduhan Razak's.

9.Hakim dalam sidang pembunuhan pada awalnya menolak untuk menerimaAffidavit Razak Baginda's dan menyarankan peguam untuk menarik sebagai mungkin merosakkan kes pelanggannya. Peguam itu, bagaimanapun, berkeras bahawa mereka menghantar surat sumpah dan hakim tidak punya pilihan selain menerimanya dan setelah membaca itu benar-benar membuat ulasan negatif dan mengatakan bahawa setelah membaca surat sumpah, dia lebih yakin bahawa Razak tidak harus diberikan jaminan. Hakim senior itu kemudian dibuang dari kes ini dan diganti dengan kehakiman yang lebih junior.

10.isteri Razak Baginda, seorang peguam dan bekas hakim, selama persidangan mengamuk dan berteriak bahawa bukan suaminya yang ingin menjadi Perdana Menteri. Ada juga kejadian di luar mahkamah ketika isteri Razak Baginda's menendang ayah Altantuya dan peguamnya mengeluh ke mahkamah dan meminta mahkamah untuk memerintahkan dia diletakkan jauh darinya.

11.Setelah Razak Baginda dan dua pegawai polis yang dibebankan untuk pembunuhan Altantuya's, Jaksa Agung membuat pengumuman belum pernah terjadi sebelumnya kepada media bahawa hanya tiga orang dan tidak ada orang lain yang terlibat dalam pembunuhan itu walaupun persidangan bahkan belum bermula lagi dan tidak ada seorang pun tahu apa saksi akan berkata selama persidangan.

12. Setelah Razak Baginda dibebaskan dari tuduhan pembunuhan Jaksa Agung mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan mengajukan banding seperti biasanya akan dilakukan, sementara pada masa yang sama, akan selepas mahkamah memutuskan bahawa saya ditahan di bawah Internal Security Act penahanan itu haram , dan memerintahkan pembebasan saya, kerajaan mengemukakan rayuan.

13.Hakim yang mewakili Razak Baginda memutuskan agar dibebaskan pembunuhan bahawa ia percaya Razak tidak bersalah berdasarkan surat sumpah ia mengajukan untuk menyokong aplikasi jaminan itu walaupun surat sumpah tidak pernah Ditenderkan sebagai bukti selama persidangan. Oleh kerana itu, sedangkan surat sumpah tidak cukup kuat untuk meyakinkan mahkamah bahawa Razak pantas jaminan itu, Namun, cukup kuat untuk meyakinkan mahkamah bahawa dia bersalah atas tuduhan pembunuhan.

14.The Petroleum Development Act disahkan oleh Parlimen pada tahun 1974 di mana minyak negara dan gas bumi akan dinasionalisasi dan badan kebangsaan yang disebut Petronas akan dibentuk untuk menguruskan minyak dan gas bumi sedangkan negara akan layak 5% dari pendapatan dan yang akan disebut 'royalti'. Perjanjian ini kemudiannya ditandatangani antara Petronas dan semua negara bahagian di Malaysia untuk melegalkan tetapan ini.

15.Berdasarkan Undang-undang Pembangunan Minyak 1974, Petronas adalah hanya melaporkan kepada Perdana Menteri dan tidak ada orang lain dan bahkan tidak boleh Parlimen mempersoalkan Petronas tentang urusannya, kegiatan dan masalah kewangan.

16.Pada tahun 2000, kerajaan persekutuan menarik royalti minyak 5% kerana negara bahagian Terengganu dan pengurusan wang itu diserahkan kepada UMNO. Lebih jauh lagi, bagaimana wang tersebut perlu dibelanjakan berbaring di tangan Perdana Menteri Jabatan sehingga negara tidak lagi memiliki kawalan wang atau boleh memutuskan apa yang terjadi pada wang itu.

17.Dianggarkan bahawa sekurang-kurangnya RM1, 000 bilion atau bahkan mungkin setinggi RM2, 000 bilion telah diperolehi melalui minyak dan gas bumi selama lebih dari 35 tahun sejak tahun 1975 tetapi hanya sedikit orang yang tahu apa nombor yang sebenarnya dan apa yang terjadi untuk semua wang itu.

18.Dianggarkan bahawa sekurang-kurangnya 6,000 orang atau mungkin bahkan setinggi 10.000 telah ditahan tanpa pengadilan selama 50 tahun sejak tahun 1960 tetapi tidak ada angka rasmi telah dikeluarkan dan tidak mempunyai senarai lengkap nama telah dikeluarkan atau maklumat mengenai apa yang dipercayai kejahatan tahanan ini berada.

19.Dianggarkan bahawa ribuan Malaysia telah meninggal dalam keadaan baik luar undang-undang bagi 'melawan penahanan', sementara sedang diinterogasi, atau semasa menunggu persidangan dr senarai dan kumpulan hak asasi manusia telah memprotes pembunuhan ini dan telah mendedahkan kebimbangan bahawa banyak yang meninggal dalam keadaan mencurigakan.

20.UMNO berpendapat bahawa ekonomi Malaysia dikawal oleh bukan-Melayu dan orang Melayu sedang tertinggal. UMNO adalah lebih banyak berpendapat bahawa Melayu juga kehilangan kuasa politik dan kelak menjadi warga negara kelas dua di negeri mereka sendiri melainkan orang Melayu semua bersatu di bawah bendera salah satu parti politik daripada dibagi dalam parti politik begitu banyak.

21.UMNO berpendapat bahawa walaupun kelihatan seperti beberapa negara yang dipimpin oleh kerajaan multi-bangsa dalam kebenaran itu adalah orang China yang merupakan kuasa di negara-negara bahagian kedua Malaysia hanyalah anjing-anjing berjalan dari China.
22.

UMNO berpendapat bahawa parti politik Islam terbesar di dunia dan bahawa Malaysia telah menjadi sebuah negara Islam jadi di sini adalah tidak perlu lagi parti Islam seperti PAS - yang setelah semua, menjadi pembangkang, hanya bisa bicara tanpa mampu berbuat apa-apa sedangkan UMNO yang berkuasa dan boleh melakukan apa PAS hanya boleh bicara tentang.

Jadi ada anda. Di atas hanya 22 item dalam senarai yang boleh berjalan menjadi 100 item. Namun, 40% di atas seharusnya benar sedangkan 60% adalah penipuan. Kerana saya tidak dapat mengetahui yang jatuh ke dalam kategori 40% dan yang jatuh ke 60% mungkin anda boleh membantu saya di sini._ Raja Petra Kamaruddin

Nah, Ambik Engkau YB Zul! Bravo Pak MSO


oleh Pak MSO

KEBUSUKAN itu kalau sudah terlalu sangat ia tidak dapat disembunyikan lagi. Usahalah macam mana hendak melindunginya ia tetap juga akan berbau. Sebaliknya makin ditutup ia makin melarat. Sudah menjadi sunatulah, bahawa kebatilan itu tidak boleh ditegakkan.

Begitulah apa yang dapat disimpulkan dengan sikap dan tindak tanduk ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin. Busuknya bukan setakat memualkan tetapi sudah ke peringkat memuntahkan. Semasa berlaku tsunami di Aceh dulu saya tiba ke negeri berkenaan. Bau mayat Tuhan saja yang tahu. Betapa pun busuk namun bau itu terpinggir juga dari deria rasa dan ingatan saya. Namun kebusukan Zulkifli Nordin ini tidak mahu beralih dari saraf pengalaman saya.

Semalam di parlimen tanpa didesak dan diminta sesiapa dia sendiri mengakui berbohong kepada orang ramai di sepanjang kerjaya politiknya. Dia mengakui berbohong mengenai Anwar Ibrahim diracun dengan arsenik. Dia memberi tahu dunia segala apa yang dilemparkan kepada kerajaan sebelum ini ada strategi yang diatur dan disusun oleh Anwar. Nauzubilahimina zalik.

Dia mengakui dialah yang membawa isu Anwar dirancun dengan arsenik. Dia mengakui dia ke depan dalam isu berkenaan. Dakwaan itu betul, cuma yang beluknya dia meletakkan kesalahan itu kepada Anwar Ibrahim yang membuat strategi itu. Dia kata dia disuruh berbuat demikian. Kalau benar Anwar menyuruh dari situ orang sudah dapat merasakan betapa ahli parlimen ini seorang yang pandir dan tidak bertindak mengikut akal yang sihat.

Soalnya benarkan Anwar yang menyuruhnya?

Apa yang diperkatakan Zulkifli dulu, kini dan selamanya (pinjam slogan Umno) adalah temberang besar yang mungkin sudah tercatat di langit akhirat mengenai Zulkifli Nordin.
Catatan ini kabur untuk dilihat hari ini tetapi ia akan menjadi besar dan terang bersama segugusan pembohongan beliau yang akan datang dari masa ke semasa. Tengoklah...

Hari ini diamengakui dia silap dan telah menyesali atas apa yang berlaku. Betulkan dia menyesali dan insaf. Saya secara yang mengenali dia secara peribadi tidak fikir dia akan insaf. Kalau dia benar-benar kesal dan sudah bertaubat dia tidak permainankan Tuhannya. Kerana hari ini dia terus galak dan mencipta pembohongan demi pembohongan baru bagi menghidupkan aksi politik munafiknya.

Apakah wakil rakyat bebas ini sudah memohon keampunan atas apa yang berlaku? Mungkin. Tetapi bila sekali lagi dia menyalahkan Anwar terhadap tindak tanduknya itu, menyebabkan kita keliru apakah dia insaf atau pun bertaubat atas perbuatan beliau itu.

Apa yang berlaku ke atas Zulkifli itu umpama tangki najis di belakang rumah yang sudah penuh dengan tahi. Ia sudah sebak dan membuak ke atas. Walaupun ditutup tetapi membuak-buak ke atas juga. Kita percaya Zulkifli cuba menutup segala kebusukan sejak beliau berpaling tadah dan pelahap dengan wang dari UBN. Tetapi kerana ia terlalu banyak menyebabkan tidak mampu melindungi. Beranikah dia menanfikan beberapa perjanjian dan persetujuan yang beliau sebut dan buat dengan Najib Razak, dan seorang menteri? Saya dengar dan saya ingat semuanya.

Umpama tangki najis tadi ia melimpah dan terkena ke atas batang hidungnya sendiri. Sebab itu saya kata dia ini umpama bunga kembang pagi saja. Molek dan cantiknya setakat pukul lapan, tetapi akan kecut menjelang tengah hari dan akan hancur bila tiba waktu Asar. Kini periodenya untuk menempuh kehancuran. Habis saja penggal parlimen ke 12 ini maka masuk kubur Zulkifli bersama geng-geng bebas yang lain.

Mengenai kebejatan dan kebijangan politik beliau ini saya sudah meramlkan setahun sebelum beliau membuat onar melarikan diri. Malangnya ada penyokong Pakatan otak kemetot menuduh saya membuat fitnah. Hari ini dunia mengetahui apakah yang saya spekulasi itu fitnah atau apa?

Teringin saya mendengar ulasan si otak kemetot berhubung dengan kedudukan Zulkifli Nordin hari ini. Apakah dia masih balik ke Kulim dan masih memegang tongkat di mimbar menyampakai khutbah Jumaat? Atau pun masih mengadakan ceramah dan kuliah agama dengan mendapat wang seratus dua yang kononnya untuk diberikan kepada parti? Ceritalah.

Dengan gelagat dan kebusukan yang Zulkifli lumurkan sendiri pada diri itu, marilah kita tutup kisah si budak kecil ini. Biarlah dia bermain dengan guli-guli politiknya di bawah rumah. Penyokong Pakatan Rakyat khasnya dan rakyat umumnya jangan terkilan dan sedih atas apa yang berlaku. Sama-sama kita dengar suatu hari nanti mengenai berita Zulkifli Nordin terlekat biji guli di tengkok. [wm.kl. 12:00 t/hari 09/07/10]

pastpjp : Inilah ulasan yang ditunggu oleh pastpjp terhadap keceluparan YB ZUL. Banyak ucapan dan kata beliau semakin melalut dan penuh dgn kehanyiran. Sedarilah Zul tindakan anda sdg diperhatikan oleh rakyat dan Allah swt

Hoi..Ezam..dulu kotak apa cerita? Nak buka kotak baru pulak

Ezam akan serahkan bukti
KUALA LUMPUR 5 Julai - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Ezam Mohd. Noor mendakwa, beliau mempunyai segala bukti mengenai agenda jahat akhbar The Star dan portal berita propembangkang, Malaysiakini untuk memburukkan imej Istana Negara.

Sehubungan itu, katanya, segala maklumat dan bukti tersebut akan diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Raja-Raja Melayu dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

"Saya ada semua bukti bahawa The Star dan Malaysiakini mempunyai agenda jahat terhadap projek Istana Negara yang sedang dibina. Mereka berselindung di sebalik isu buruh asing.

"Fokus mereka adalah untuk menimbulkan rasa marah rakyat terhadap institusi diraja dan bagi mencapai maksud tersebut, mereka sengaja memperbesarkan isu gaji buruh asing," kata melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kelmarin, beliau menafikan laporan Malaysiakini yang mendakwa Istana Negara baru itu kononnya 'istana air mata' kerana masalah pembayaran gaji membabitkan beberapa pekerja asing.

Sebaliknya Ezam menegaskan, Istana Negara adalah lambang keagungan sebuah institusi diraja bagi mencerminkan kedaulatan Malaysia dan semua rakyat negara ini wajib mempertahankannya.

Dakwanya, The Star bersekongkol dengan beberapa pemimpin kanan parti pembangkang bagi mencemuh projek pembinaan istana berkenaan.

"Saya tegaskan bahawa perkara ini merupakan bukti wujudnya manipulasi jahat oleh anasir-anasir untuk merosakkan institusi asas negara.

"Istana Negara bukan isu rasis, ia bukan istana sesuatu bangsa tetapi ia istana bagi negara ini. "Hanya mereka yang rasis sahaja melihat isu ini sebagai isu bangsa," katanya

RPK & Bala : Bayang2mu menghantui PM & Bik Mama

Oleh: BayangDiAir

"Tiada seorang pun yang kedudukannya lebih tinggi daripada undang-undang. Sekiranya Perdana Menteri terlibat dalam kes jenayah seperti pembunuhan, rasuah dan konspirasi yang bertentangan dengan undang-undang, PM semestinya dibawa ke muka pengadilan, dibicarakan dan menerima hukuman yang telah termaktub.

Inilah hakikat keadilan undang-undang yang diterimapakai oleh negara bertamadun. Sebarang usaha sama ada daripada PM atau melalui kroninya untuk menyembunyikan fakta, menafikan maklumat dan menyelamatkan PM dari diheret ke mahkamah dan diselamatkan daripada hukuman adalah perbuatan yang tidak adil dan terkutuk. Masalahnya ialah bagaimanakah dan sejauh manakah kuat dan beraninya pegawai dan pelaksana undang-undang untuk bertindak menegakkan keadilan?
Semua orang berpegang kepada keadilan umum bahawa PM kita tidak terlibat dengan sebarang jenayah kerana tiada bukti untuk mensabitkan beliau. Balasundram dan Raja Petra mendakwa ada bukti. Bahan buktinya mungkin kuat. Namun bahan bukti juga mungkin dipalsukan untuk mengalahkan musuh politik. Bagaimana rakyat dapat memastikan bahan bukti benar sekiranya bahan itu tidak pernah dibawa kepada perbicaraan mahkamah?

Selain kroni PM, rakyat jelata yang menjadi ahli UMNO juga mungkin tidak rela PM dibawa ke mahkamah walaupun mereka sangsi terhadap ‘kebersihan’ PM. Ini membawa interpretasi bahawa jika PM ada kes sekalipun , tidak usahlah dibongkarkan di mahkamah. Sekiranya PM didapati bersalah, kita (UMNO/BN) juga yang menerima padahfnya. Kerajaan kita mungkin tumbang. Daripada tumbang, baiklah PM kita selamat dan tidak disabitkan.Demikianlah episod manusia yang meletakkan otak di kepala lututnya. Orang seperti ini susah untuk mengerti nilai kemanusiaannya. Mereka sentiasa dibelit oleh khurafat bahawa hanya BN boleh memerintah dan memberi mereka kesenangan. Mereka tidak pernah nampak bagaimana rakyat Kelantan hidup aman dan makmur di bawah PAS. Kalau PAS menafikan hak rakyat untuk mendapat keamanan dan kemakmuran sudah lama mereka mengenyahkan PAS dari tampuk kuasa. Semasa PAS memerintah Terengganu, rakyat mendapat kenikmatan berganda. Ketika banjir berlaku, kerajaan PAS beri bantuan dan UMNO juga beri bantuan. Masing-masing berlumba-lumba untuk memberi bantuan dan khidmat kepada rakyat. Di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang kini, rakyat masih mendapat hak-hak mereka malah ditambah-tambah lagi bantuan dan peluang kepada rakyat.

Rakyat terbanyak jangan terkeliru akan situasi yang berbeza antara mereka dengan ahli politik, kontraktor, tauke judi dan spesies seumpamanya. Mereka sangat takut BN jatuh kerana kepentingan peribadi mereka. Golongan ini takut rasuah, penyelewengan dan jenayah mereka terbongkar. Mereka takut tidak dapat lagi mengaut kekayaan. Syarikat-syarikat besar mereka akan muflis apabila projek tidak dirundingkan lagi dengan mereka. Golongan inilah yang takut BN kalah. Mereka ada sebab dan alasan. Justeru itu mereka berjuang habis-habisan dengan cara yang wajar mahupun tidak wajar. Menipu, bohong, eksploit, fitnah, menakut-nakutkan, dan berpura-pura adalah kerja mereka.

Kerja ini tiada kena- mengena dengan rakyat terbanyak. Apabila Pakatan Rakyat memerintah, rakyat tetap mendapat hak-hak mereka malah kebajikan mereka lagi terpelihara. Apabila tiada lagi ketirisan ekonomi, kerajaan Pakatan Rakyat mampu menyalurkan lebih banyak bantuan dan kebajikan kepada rakyat. Contohnya, di Kedah, kerajaan PAS/Pakatan Rakyat dapat mengaut hasil perhutanan berganda-ganda berbanding hasil yang diperoleh oleh BN semasa mereka memerintah. Dengan hasil yang berlipat kali ganda ini, ekonomi negeri dan rakyat dapat dijana dengan lebih baik.

Berbalik kepada PM dan undang-undang. PM dengan kuasa dan bala tentera di sekelilingnya mungkin tidak akan sampai ke kandang mahkamah. Tetapi suara dan undi rakyat mampu melaksanakannya. Ketika itu barulah PM dapat membuktikan bahawa beliau bersih daripada segala tohmahan dan tuduhan. Itulah yang kita harapkan. Rakyat tetap tidak rugi apa-apa. Mereka mempunyai peluang 5 tahun sekali untuk ‘mengajar’ kerajaan. Mereka hanya boleh menjadi ‘guru’ hanya apabila mereka pandai menghargai hak-hak mereka sebagai warganegara. Dan untuk menjadi ‘guru’, mereka perlu pastikan bahawa otak mereka sentiasa berada di kepala.
"

Sila Klik

Pages