Web TVPas


Friday, August 13, 2010

oh Malaysiaku...Kertas Siasatan Pun Hilang?

Kertas siasatan hilang, dijual di kedai kitar semula

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Polis menahan lapan lelaki termasuk empat buruh binaan warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes kehilangan kira-kira 10,000 keping kertas siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini, kelmarin.

Kertas siasatan itu mengandungi rekod kes-kes jenayah IPD itu yang sudah selesai dan menunggu kelulusan untuk dilupuskan.

Ia disimpan di dalam sebuah bilik di tingkat satu, salah satu daripada bangunan IPD itu yang sedang diubah suai.

Difahamkan, keadaan fail kertas siasatan itu yang sudah usang dan berhabuk menyebabkan pekerja binaan di situ menyangkakan ia kertas lama yang sudah tidak digunakan lalu mengambilnya untuk dijual kepada kilang kitar semula.

Kertas siasatan seberat kira-kira 2,000 kilogram itu dijual pada harga RM800 kepada beberapa kilang kitar semula di Kepong berdasarkan kadar antara 37 hingga 45 sen sekilogram.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kehilangan kertas siasatan itu hanya disedari pada Sabtu lalu oleh salah seorang anggotanya yang mahu menjalankan kerja-kerja pembersihan dan mengemas kini fail-fail di situ.

Beliau berkata, pihaknya mengesyaki kertas siasatan terbabit diambil oleh para pekerja yang mengubah suai bangunan tersebut.

“Berikutan itu, kita telah menahan empat lelaki tempatan iaitu seorang penyelia dan tiga pemandu lori berusia lingkungan 40-an untuk membantu siasatan.

“Empat buruh binaan Bangladesh berusia lingkungan 20-an turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di IPD Gombak di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, kesemua lelaki terbabit ditahan secara berasingan pada sebelah petang dan malam kelmarin.

Beliau berkata, empat lelaki tempatan ditahan di beberapa kawasan sekitar Kepong manakala kesemua pekerja Bangladesh ditangkap ketika bekerja di tapak binaan.

Katanya, kesemua mereka direman selama empat hari mulai semalam untuk disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

pastpjp : tak hairanlah kat Malaysia ni..byk peristiwa aneh. Enjin jet boleh hilang..inikan kertas siasatan. Lepas tu dekta nak abih perbicaraan boleh timbul bukti baru...main silap mata pulak. mesti ada belajar dengan Daud Padang Tembaga (David Coopperfield) ni..

No comments:


Sila Klik

Pages