Web TVPas


Wednesday, June 24, 2009

Gempar!! 2 bom C4 meletup di Manik Urai

INI Berita yang baru saja kami terima dari rakan setugas yang kini sedang meronda sekitar Manek Urai. 2 bijik bom C4 telah meletup di dalam Kem Umno di Manek Urai.
Gambar hiasan


Bom Pertama meletup sekitar lewat jam 6 petang tadi setelah cadangan Kerajaan Perpaduan telah ditolak mentah-mentah oleh PAS diikuti oleh rakan-rakan Pakatan yang lain. Pencetus idea dan penyokong idea ini juga telah menyatakan sokongan mereka untuk menolak dan melupakan terus idea Kerajaan Perpaduan.


Bom Kedua pula meletup selepas maghrib juga di kem Umno di Manek Urai setelah dua pahlawan iaitu Pakar Strategi PAS Datuk Paduka Husam Musa dan Aktivis cekal Muhamad Sabu telah bersetuju untuk menerima perlantikan mereka sebagai AJK PAS Pusat. Kehadiran mereka ini dalam saf pimpinan PAS Pusat tentunya bakal memberi impak yang besar dan mempercepatkan proses pereputan Umno BN. He he he Dipetik daripada pemuda kemehe1

No comments:


Sila Klik

Pages