Web TVPas


Thursday, June 25, 2009

Mufti kecewa?? Kerajaan perpaduan tak jadi

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka.

Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri.

as-syahid ibrahim libya

‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyaraakat Melayu dan Islam ini bersatu.

‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. utusan melayu.

TPJP : Sebenarnya Mufti Perak ni memang main wayang. Apakah beliau tidak membuka minda dan mata seluas-luasnya? suruh contohi parti cina pulak.Apakah UMNO benar-benar ikhlas jika UMNO sekukuh tahun 2004 yang lalu. Mengapakah perpaduan tidak diuar-uarkan pada waktu itu? TPJP amat berharap agar Sohibul Mufti membuat koreksi terhadap UMNO tu sebelum cuba nak 'kahwinkan' UMNO dgn PAS. Muhasabah apa dosa UMNO sehingga membunuh seorang ustaz di Memali 20 tahun yg lalu...sedihnya melihat Mufti mcm ni

No comments:


Sila Klik

Pages