Web TVPas


Sunday, February 21, 2010

Isu royalti: UMNO jadi kacau

Daripada : Sayuti Omar

Umno menyiarkan iklan mengenai royalti minyak di akhbar-akhbar arus perdana. Menurut Tok Empat Umno Kelantan, Mustapa Mohamed iklan itu akan menjelaskan mengenai kedudukan royalti minyak yang dituntut oleh kerajaan Pas Kelantan hari ini. Katanya selepas atau dengan tersiarnya iklan berkenaan rakyat Kelantan akan dapat mengetahui mengenai kedudukan dan status royalti minyak berkenaan.

Tujuan iklan itu disiarkan untuk memberi kefahaman mengenai wang royalti itu yang kini menurut fahaman Mustapa ianya sengaja dikelirukan oleh Pas.

Walaupun iklan itu akan disiarkan esok atau sudah pun dicetak pada masa ini tetapi saya sudah dapat mengagakkan apa yang akan diceritakan dalam iklan berkenaan. Ia tentu sekali mengenai fakta-fakta yang menunjukkan Kelantan tidak berhak menerima royali minyak berkenaan.




Sudah tentu iklan itu akan menjelaskan mengenai kedudukan telaga minyak di perairan Kelantan yang tidak berada dalam zon membolehkan ianya diberikan kepada Kelantan. Tentu juga gambar telaga minyak dan peta menunjukkan jaraknya dari zon Kelantan disertakan.

Selain itu tentu berbagai fakta dan sejarah lagi. Iklan berkenaan adalah untuk mempertahankan tindakan kerajaan Umno untuk tidak memberi duit royalti itu kepada Kelantan. Mungkin juga Umno mengambil pendekatan itu kerana pendedahan dan penjelasan yang dibuat oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 28 Januari lalu benar-benar meletakkan Umno dalam keadaan susah.

Tidak dapat disangkal tindakan Tengku Razaleigh duduk atas pentas bersama pemimpin Pas menjelaskan isu berkenaan telah menyebabkan Umno panas punggung kerana Tengku Razaleigh adalah orang paling beroutoriti untuk memperkatakan isu berkenaan.

Saya tidak mahu tahu apakah fakta dan butiran iklan itu benar atau sebaliknya. Tetapi saya yakin iklan itu tidak akan merubah kepercayaan dan pegangan rakyat Kelantan hari ini yang merasakan mereka berhak menerima royalti berkenaan. Ada beberapa sebab kenapa saya mengatakan demikian.

1. Orang atau rakyat Kelantan lebih mempercayai apa yang dijelaskan oleh Tengku Razaleigh Hamzah daripada apa yang diceritakan oleh Umno dan kerajaan Persekutuan.

2. Orang Kelantan lebih simpati kepada Nik Aziz dalam hal ini berbanding dengan Mustapa Mohamed.

3. Keyakinan orang Kelantan bertambah-tambah lagi apabila mereka 'kapuh' gabungkan kata-kata Nik Aziz dengan kata-kata Tengku Razaleigh Hamzah.

4. Orang Kelantan lebih percaya wang itu akan sampai kepada rakyat sekiranya ia diuruskan oleh kerajaan Kelantan berbanding dengan Umno dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

5. Orang Kelantan tidak mempercayai dan membenci Umno dalam hal royalti minyak apabila isu itu turut sama dicampur tangan oleh Ibrahim Ali. Kehadiran Ibrahim Ali dalam majlis dan pentas Umno mempertahkan isu royalti minyak menjadikan liabiliti kepada Umno.

Berdasarkan sebab dan faktor-faktor berkenaan usaha Umno menyiarkan iklan berkenaan tidak akan memberi banyak hasil dan manfaat kepada parti berkenaan. Iklan itu tidak lebih daripada cara Umno Kelantan untuk membantu kewangan akhbar-akhbar arus perdanan yang menghadapi suasana ketenatan mengenai kewangan saja.

Saya masih yakin dan percayai isu royalti minyak tidak akan memberi kelabaan banyak kepada mana-mana parti. Jalan paling baik ialah kedua pihak duduk semeja dan berunding. Bahagilah wang royalti itu sama banyak dan masing-masing uruslah duit dan biarlah rakyat jadi pengadilnya siapa yang lebih efektif nanti dalam membantu mereka.

Sudah pasti selepas iklan Umno itu keluar akan dibalas pula oleh iklan oleh kerajaan negeri dan Pas. Al hasilnya kerana kedua pihak keras pedal tak fasal-fasal akhbar yang akan mendapat untung kerana mendapat wang iklan secara kering. [wm.kl. 11:00 pm 20/02/10]

Friday, February 19, 2010

Hujah TV9 Isu P.Pinang:UMNO Memperbodohkan Diri Sendiri dan Turut Diketawakan Prof Agus...





Bahaya Seks waktu haid

ISLAM melarang suami menyetubuhi isteri ketika isteri dalam haid, tetapi jika hidup bertuankan nafsu, ada yang tetap melakukannya.

Barangkali kefahaman mengenai darah haid itu kurang, menyebabkan ada suami menyangka tiada masalah jika bersetubuh ketika isteri uzur.

Mengikut pandangan dan kefahaman kuno, darah haid itu berbahaya. Jika jatuh ke tanah, ia membuatkan tanah itu tidak subur. Malah, wanita yang datang haid diasingkan dan kadangkala dikurung dalam bilik sehingga kembali suci.

Ada juga pandangan kononnya jika alat kelamin lelaki terkena darah haid, dia mungkin mati pucuk. Sebahagian besar daripada pandangan itu adalah mitos belaka, tetapi di sebalik mitos, ada juga kebenaran.

Haid sebenarnya ialah selaput dalam rahim atau endometrium yang tertanggal dari dinding rahim selepas selesai putaran hidupnya dan menjalani proses hancur lebur dan keluar dari rahim melalui saluran serviks dan faraj.

Ia bangkai yang membabitkan tisu dan sel mati dengan kandungan bakteria dan berbau seperti bangkai. Jika hubungan kelamin dilakukan pada waktu itu, wanita terdedah kepada air mani dan jika ada kuman perosak, tentu kuman itu mudah membiak dengan adanya sel dan tisu berkenaan.

Jika jangkitan merebak ke rahim dan salur rahim, kemungkinan keradangan organ boleh berlaku sehingga menjejaskan alat sulit.

Malah, ada juga kemungkinan jangkitan terbabit merebak terus ke dalam salur darah dan mengakibatkan kemasukan kuman dalam darah menerusi keadaan dikenali sebagai bacteriaemia, yang boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mengakibatkan maut!

Hubungan seksual ketika haid juga mengundang risiko berlakunya pendarahan berlebihan sehingga menjejaskan kesihatan.

Memandangkan hubungan seksual dalam pandangan Islam ialah ibadat, melakukannya ketika wanita datang haid adalah salah daripada segi hukum Islam.

Sebabnya bukan saja daripada segi kekotoran dan najis yang keluar, tetapi kemungkinan berlaku kemudaratan kepada kesihatan wanita.

Sebahagian besar wanita pula mendapati ketika dalam haid, nafsu syahwat meningkat secara mendadak dan selera seks mereka mudah terbuka sehingga sanggup melakukan seks ketika itu.

Ada juga lelaki gemar melakukan hubungan seks ketika wanita dalam haid. Kononnya mereka seronok dengan bau darah haid.

Ini dikaitkan dengan `fetihisme' atau `fetish' kepada darah haid, yang mana perasaan seksual mereka mencapai satu keadaan luar biasa apabila terdedah kepada darah haid.

Tidak kurang juga pasangan yang sanggup melakukan seks ketika wanita dalam haid kerana tidak mahu wanita itu hamil.

Bagaimanapun, jika hubungan seksual dilakukan ketika haid berkurangan, kemungkinan wanita itu boleh hamil. Justeru, pendapat mengatakan wanita tidak akan hamil jika bersetubuh ketika dalam haid adalah tidak betul.

Sebagai seorang Islam, kita perlu ikut hukum. Hubungan seksual masih boleh dilakukan ketika wanita itu kedatangan haid tetapi tanpa seks, seperti sentuhan intim di bahagian atas pusat.

UMNO yang gagal dalam PPSMI



Tuesday, February 9, 2010

Terkini 11.10 pagi

Mahkamah isytihar Zambry sebagai MB Perak.

Walaupun diisytiharkan tidak menang namun Ds. Nizar masih ceria dan bersalaman dengan peguamnya dan peguam BN.

Kemenangan 5-0 itulah yang diberikan oleh hakim kepada Zambry.

www.idhamlim.blogspot.com

Saturday, February 6, 2010

Bagimanakah konspirasi tercipta?

Bukti' sudah tersedia. Spesimen air mani pada seluar dalam Saiful telah 'disahkan' sebagai air mani Anwar. Masalahnya adalah jika mereka membenarkan pakar asing yang bebas bagi mengaudit dapatan Jabatan Kimia itu, maka akan terbuktilah bahawa spesimen itu berusia sepuluh tahun dan bukannya bertarikh 26 Jun 2008, sebagaimana yang didakwa.


NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Malam tu, mereka berparti sakan. Jabatan Kimia begitu gembira kerana beranggapan bahawa mereka ada kes yang kukuh terhadap Anwar Ibrahim, hinggakan mereka meraikannya.

Parti dengan kos RM25,000 tu ditanggung oleh seorang Individu Baik yang gembira bahawa kali ni, tak seperti perbicaraan yang sebelumnya, Anwar berada dalam tangan mereka.

RM25,000 untuk berparti bukannya banyak sangat jika ia adalah bagi meraikan perkahwinan Perdana Menteri. Tahun lalu, berjuta dibelanjakan bagi perkahwinan Abdullah Ahmad Badawi. RM25,000 juga bukannya banyak sangat bagi meraikan pengambil alihan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri pada tahun 2010. Malah Rosmah Mansor membelanjakan lebih daripada tu untuk membeli beg tangan. Tetapi RM25,000 sememangnya jumlah yang besar bagi merayakan 'kejayaan' Jabatan Kimia menjerat Anwar.

Tetapi mengapakah Individu Baik tu perlu membiayai parti RM25,000 untuk kakitangan Jabatan Kimia? Nak raikan apanya? Adakah mereka akan membelanjakan RM25,000 setiap kali mereka berjaya menyelesaikan sesuatu kes? Atau adakah ini parti ‘sekali seumur hidup’ atas kejayaan mereka menjumpai ‘bukti’ bagi menghantar Anwar ke penjara selama sekurang-kurangnya sepuluh tahun, yang akan memastikan bahawa beliau takkan dapat membentuk kerajaan Persekutuan yang baru pada 16 September 2008?

Eh, tunggu kejap. Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi berkata bahawa Anwar perlu memberikan profil DNA ‘barunya’. Menurut Abdullah, profil DNA tahun 1998 yang disimpan polis adalah 'terlalu tua'. Pada masa yang sama, polis pula berkata bahawa jika Anwar menolak untuk memberikan profil DNA ‘barunya’, maka mereka akan mendapatkan perintah mahkamah bagi memaksanya berbuat demikian. Mmm… ada banyak yang tak kena, ni.

Pertama sekali, kalau Jabatan Kimia sudah mempunyai kes yang kukuh terhadap Anwar, maka mengapakah mereka memerlukan profil DNA Anwar yang baru? Kita perlu sedar bahawa profil DNA takkan pernah berubah. Kalau ya, maka adakah polis juga perlu mendapatkan cap jari Anwar yang ‘baru’ kerana cap jarinya dah berubah? Hakikatnya adalah cap jari tak pernah berubah sejak kita dilahirkan sampailah saat kematian kita. Hakikat yang sama terpakai bagi profil DNA.

Jika anda masih ingat, kubur Napoleon Bonaparte pernah digali semula. Mereka kemudiannya menjalankan ujian bagi membuktikan bahawa dia telah meninggal akibat keracunan arsenik. Napoleon meninggal dunia pada 5 Mei 1821, iaitu lebih daripada 187 tahun yang lalu. Jadi, logikkah apabila mereka mengatakan bahawa profil DNA Anwar sepuluh tahun yang lalu sudah basi?

Sebenarnya, 'bukti' kukuh yang diperoleh Jabatan Kimia baru-baru ini adalah berdasarkan spesimen Anwar pada tahun 1998. Jadi, mereka memerlukan spesimen baru yang bertarikh 2008. Jika tidak, jika Anwar memohon supaya ‘bukti’ Jabatan Kimia itu diaudit oleh pakar asing yang bebas, maka pakar itu mungkin mendapati bahawa spesimen yang kononnya ‘bukti kukuh’ itu sebenarnya berusia sepuluh tahun, dan bukannya dari insiden 'liwat' 26 Jun 2008, sebagaimana yang didakwa oleh kerajaan.

Ya, mereka (para pakar) bukan hanya mampu menentukan sama ada ‘air mani’ yang terdapat pada seluar dalam Saiful itu milik Anwar ataupun tidak, malah mampu menentukan sama ada ia adalah spesimen bertarikh September 1998 ataupun spesimen bertarikh 26 Jun 2008, sebagaimana yang didakwa oleh kerajaan.

Bukti' sudah tersedia. Spesimen air mani pada seluar dalam Saiful telah 'disahkan' sebagai air mani Anwar. Masalahnya adalah jika mereka membenarkan pakar asing yang bebas bagi mengaudit dapatan Jabatan Kimia itu, maka akan terbuktilah bahawa spesimen itu berusia sepuluh tahun dan bukannya bertarikh 26 Jun 2008, sebagaimana yang didakwa.

Jadi, mereka perlu menukar spesimen September 1998 dengan spesimen baru yang bertarikh Julai 2008. Itulah sebabnya Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan Syed Hamid Albar, dan yang lain-lain meminta Anwar supaya memberikan spesimen barunya. Mereka memerlukan spesimen baru ini bagi 'membuktikan' bahawa air mani pada seluar dalam Saiful adalah bertarikh 26 Jun 2008 dan bukannya September 1998. Malah Abdullah sendiri 'mengesahkan' perkara ini apabila dia meminta Anwar memberikan specimen barunya, walhal bagi pemprofilan (profiling) DNA, spesimen lama sudah memadai – tetapi jika ‘bukti’ Jabatan Kimia itu diaudit oleh pakar asing yang bebas, maka akan terbuktilah bahawa spesimen itu berusia sepuluh tahun.

Ya, pada bulan September 1998, mereka sudah pun mengambil spesimen Anwar. Namun mereka tidak boleh menggunakannya sebagai bukti dalam tuduhan liwat terbaru ini. Mereka perlu 'mengemaskinikan' bukti mereka, dan melainkan mereka dapat memaksa Anwar bagi memberikan spesimen baru kepada mereka, maka bukti tu menjadi terlalu lemah. Itulah sebabnya polis terpaksa melepaskan Anwar dengan jaminan polis sehari selepas beliau ditangkap ala filem aksi Hollywood. Mereka hanya ada dua pilihan, iaitu membebaskannya ataupun mendakwanya di mahkamah. Tetapi nak dakwa macam mana kalau bukti tak kukuh? Realitinya adalah ‘bukti’ yang berdasarkan spesimen bertarikh September 1998 tu sememangnya tak kukuh dan takkan membolehkan mereka mendapatkan sabitan. Ini kerana Anwar dituduh meliwat Saiful pada 26 Jun 2008, dan bukannya September 1998.

Nah, sekarang baru anda tahu bagaimana cara dua ekor kucing kurap, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara beroperasi. Kedua-dua ekor kucing kurap inilah yang memalsukan bukti pada tahun 1998, yang mana mengakibatkan Anwar dipenjarakan selama enam tahun. Dengan berkata demikian, adakah saya bersalah atas jenayah hasutan dan fitnah? Ya, tulah yang saya harapkan. Alang-alang, baik saya lakukan satu lagi ‘jenayah’. Saya akan menuduh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara memalsukan bukti dan menakut-nakutkan saksi.

Begini… sebenarnya, mereka meminta seorang doktor dari sebuah hospital bagi melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas Saiful. Doktor itu melakukannya dan dalam laporannya, dia mengatakan tiada bukti bahawa Anwar pernah ‘menjolok’ ataupun meliwat pemuda tu. Pihak polis kemudiannya menangkap doktor tu dan menahannya selama tiga hari. Walaupun mereka cuba memaksanya supaya mengubah laporannya bagi membabitkan Anwar, dia enggan melakukannya.

Sehingga ke hari ini, doktor itu tetap bertegas bahawa tiada bukti bahawa Anwar telah meliwat Saiful. Dia tahu bahawa dia akan ‘kena’ disebabkan ketegasannya, tetapi dia tak peduli. Walau apa pun yang dilakukan kepadanya, dia takkan mengubah laporannya dan mengatakan bahawa Anwar meliwat Saiful. Pihak polis akhirnya terpaksa melepaskan Anwar atas bon peribadi ataupun jaminan polis. Doktor tu enggan mengubah laporannya, manakala Anwar pula enggan memberikan spesimen ‘barunya’.

Bukti' terhadap Anwar tak cukup kukuh. Mereka kini terpaksa mencari cara lain bagi 'membuktikan' bahawa Anwar meliwat Saiful. Sementara itu, lantaran tuduhan saya yang terbaru ni, mari kita tunggu sama ada Peguam Negara akan membuat laporan polis yang lain terhadap saya dan sama ada Ketua Polis Negara akan menangkap saya dan mendakwa saya di mahkamah atas kesalahan menghasut dan jenayah fitnah.

Sekarang ni pun, saya sedang menghadapi empat pertuduhan hasutan dan jenayah fitnah. Dua ataupun tiga pertuduhan lagi, apa salahnya? Ye tak? Sama ada saya dipenjarakan ataupun tidak, tu bukan soalnya. Apa yang penting adalah dunia perlu diberitahu bahawa mereka sekali lagi cuba memalsukan bukti terhadap Anwar Ibrahim. Kalau saya terpaksa masuk penjara pun, gasaklah.

ARTIKEL DI ATAS DITERBITKAN PADA 21 JULAI 2008. TAK LAMA SELEPAS TU, SAYA DIPANGGIL KE BUKIT AMAN KERANA MEREKA INGIN 'MENGAMBIL KETERANGAN SAYA' ATAS TUDUHAN MENGHASUT. SAYA ENGGAN MEMBERIKAN KETERANGAN. MAKA POLIS TERPAKSA MEMBEBASKAN SAYA. MEREKA KEMUDIANNYA MENGGELEDAH RUMAH SAYA BAGI MENCARI LAPORAN DOKTOR YANG BERKENAAN DAN MERAMPAS PELBAGAI DOKUMEN. WALAU BAGAIMANAPUN, MEREKA GAGAL MENCARI KOMPUTER SAYA, SEKALIPUN MEREKA MENGGELEDAH SELURUH RUMAH SAYA. TAK SAMPAI DUA BULAN KEMUDIAN, SAYA DITAHAN DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI.
aruddin
Raja Petra Kam

Konspirasi II- Anwar Ibrahim



Turut didedahkan pada Rabu 25hb Jun 2008, sehari sebelum serangan seksual terakhir pada hari Khamis keesokan harinya, Saiful telah bertemu dengan pegawai polis berpangkat tinggi Penolong Kanan Komisioner SAC Rodwan Mohd Yusof (waktu itu Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis DiRaja Malaysia, sekarang Ketua Polis Melaka) di Hotel Concorde, Kuala Lumpur di bilik bernombor 619.
Sivarasa Rasiah


selanjutnya [di sini]

Gambar Sefool pada 27 Ogos 2008 selepas kena liwat

Gambar ini diambil seorang pengomen dari blog ini (klik sini). Keterangan tarikh gambar dan liwat ada kat bawah tu. Lu orang tafsirkan sendiri....


Tanpa Nama berkata...

Bukti..!!!! GAMBAR SHAIFUL BUKHARI AZLAN PADA 27 Jun 2008. Selepas diliwat pada 26 Jun 2008. Gambar dirakam oleh (AIC) Anwar Ibrahim Club pada hari Jumaat 27 Jun 2008 sedang menghidangkan minuman pada tetamu termasuk DSAI. Jadi berlakukah kejadian LIWAT....???

Klik sini http://www.ziddu.com/download/8460604/saiful27jun.jpg.html

Sabtu, Februari 06, 2010 2:53:00AM

Wednesday, February 3, 2010

Renungan - dari blog Pendikar Gunung Kriang

Dari Mahkamah Tinggi: Saiful Tak Basuh Berak?

Mahkamah Tinggi sebentar tadi diberitahu oleh Pendakwa mereka mempunyai bukti air mani kepunyaan Anwar Ibrahim di kesan di bahagian luar dan dalam dubur Saiful Azlan. Pihak Pendakwa seterusnya menyatakan mereka akan membawa bukti itu ke mahkamah yang telah disahkan oleh Jabatan Kimia sebagai kepunyaan Anwar berdasarkan pemeriksaan DNA. (Petikan: Malaysian Insider)

Saya bukan pakar DNA dan tentu saja saya tidak layak komen mengenai penemuan air mani Anwar di dubur Saiful. Tetapi yang memusykilkan saya, DNA bukanlah satu-satunya bukti yang boleh mengesahkan berlakunya hubungan sex. Ini kerana bukti DNA boleh dicipta dengan mengubah palitan dari satu tubuh ke tubuh lain. Sewaktu perbicaraan Sodomy I pada tahun 1998 dulu, bukti DNA tidak dapat dipakai kerana ia sangat meragukan kerana ada unsur pemalsuan, hinggakan hakim Augustine Paul yang jelas berat sebelah itu pun terpaksa membuang bukti tersebut daripada membantu kes pendakwaan.

Itu kemusykilan pertama. Kemusykilan kedua, berdasarkan fakta kes, Saiful mendakwa diliwat pada 26 Jun 2008 (Khamis) dan dua hari lepas itu (Sabtu) baru Saiful menemui pegawai perubatan bagi memeriksa punggungnya. Yang herannya jika air mani Anwar masih dapat dikesan selepas dua hari kejadian liwat itu, adakah dalam tempoh dua hari itu Saiful tidak membuang air besar? Jika Saiful membuang air besar dan membasuh punggungnya, bagaimana kesan air mani masih ada di punggungnya.

Atau Saiful ini jenis orang yang berak tak basuh punggung?



Ketika UMNO tidak menyerang

Oleh : Dato' Tuan Ibrahim b. Tuan Man


Berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti bukanlah sesuatu tempat yang mudah dan selesa. Ia adalah tempat yang akan menerima pelbagai kecaman dan kritikan, dan di waktu yang sama saya tidak boleh membela diri kerana sebarang jawapan kepada kritikan berhubung keputusan JK Disiplin, akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti, yang tidak perlu diketahui oleh umum.

Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah. Bahkan saya sangat bersetuju suatu pindaan Perlembagaan parti perlu dibuat agar Pengerusi JK Disiplin tidak diambil dari kalangan AJK Pusat; kerana ia akan dilihat ‘tidak adil’ terutama bilamana kita terpaksa membicarakan AJK sendiri atau pemegang jawatan parti. Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya. Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyak karenah dalaman.

Bilamana saya dihadapkan dengan kes membabitkan dua tokoh di Selangor , Dato’ Dr Hassan Ali dan YB Khalid Samad, kedua-duanya adalah sahabat baik yang semua orang tahu. Saya mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Khalid Samad, bahkan kalau ke Shah Alam, Markaz PAS Seksyen 18 adalah tempat penginapanan saya. Di situlah saya berehat dan tidur selepas program di Shah Alam, dan Khalid Samad antara orang terawal saya hubungi, memaklumkan bahawa saya masuk kawasan jajahan takluknya, sebagai Ahli Parlimen. Biasa kami akan berjumpa, minum-minum berbual-bual. Bahkan selepas hukuman dijatuhkan kepada beliau saya hubunginya di luar Negara, memaklumkan keputusan, dan memohon keampunan Allah kalau saya tersilap dalam membuat keputusan kepada sahabat sendiri.

Tapi apakan daya, hukuman dan keputusan terpaksa dijatuhkan. Hanya saya rasa kurang terbeban bilamana keputusan dibuat dengan sebulat suara oleh semua Ahli JK Disiplin. Di kalangan kami ada bekas hakim dan peguam veteran PAS, Dato’ Abd Mutalib Embong dan Tuan Guru Hj Osman, seorang ulamak terkenal yang pernah menuntut di Makkah al-Mukarramah dalam bidang syariah.

Saya memaklumkan kepada YB Khalid Samad, agar menggunakan peruntukan perlembagaan untuk membuat rayuan kepada JK Pusat dan Syura, sekiranya beliau rasa hukuman tidak berpatutan. Saya masih ingat kata-kata beliau sebelum beliau ke luar negara, dalam pertemuan sewaktu membincangkan isu kalimah Allah, beliau berkata: “Kalau ana bersalah, hukumlah, jangan anta rasa berat pulak.” Saya menjawab : “ InsyaAllah, semoga Allah memudahkan urusan ini.” Beliau menyatakan dengan keputusan ini beliau sukar untuk merasmikan mesyuarat agung cawangan –cawangan yang telah membuat jemputan tetapi beliau boleh hadir atas sifat sebagai Ahli Parlimen, dan aktiviti beliau boleh berjalan macam biasa.

Saya teringat bila mana Umar al-Khattab melucutkan jawatan Khalid al-Walid ( bukan menggantungnya ) sedangkan Khalid tidak melakukan apa-apa kesalahan. Khalid terus berjuang sehingga penyokong hairan dengan tindakannya. Mereka bertanya: “Kenapa kamu tidak nampak apa-apa perubahan?” Beliau menjawab: “Aku bukan berperang kerana jawatanku, tetapi kerana Allah!” Bahkan beliau terus mengemukakan cadangan kepada penglima baru bilamana melihat tentera Islam hampir kalah. Inilah semangat Khalid al-Walid. Saya yakin kita perlu mencontohinya.

Kami tidak ada agenda untuk menjatuhkan seseorang atau menaikkan seseorang. Hukuman berdasarkan fakta yang ada di hadapan kami adalah hasil soal siasat dan penghujahan yang lama dan panjang, semata-mata untuk memberi keadilan kepada tertuduh. Kami tidak boleh mengikuti kehendak orang ramai yang hanya berdasarkan andaian, bukan fakta siasatan. Saya yakin pengumuman keputusan akan menjadi tajuk utama berita, kerana media perdana telah memainkan isu ini beberapa waktu sebelumnya dengan pelbagai andaian hukuman. Mereka telah berjaya membawa pemikiran massa kepada satu hukuman jangkaan yang mereka ada agenda tersendiri.

Selepas keputusan diumumkan saya menjangka UMNO akan memainkan isu ini bagi melemahkan pengaruh PAS, khususnya di Selangor. Ternyata andaian saya meleset. UMNO tidak menyerangsebaliknya saya diserang oleh ahli PAS dan rakan-rakan sendiri, yang hadir dalam mesyuarat bersama dan sering berjumpa sama. Kenapa mereka tidak datang jumpa dan bincang terus, kenapa perlu menggunakan media untuk menyerang JK Disiplin yang ditubuh oleh parti dan mempunyai hak dan kelayakan dalam perlembagaan parti? Apa untung bagi parti dengan tindakan tersebut?

Saya sebenarnya cuba untuk menjawab tohmahan itu, tetapi sebarang jawapan hanya akan menimbulkan polimik yang lebih besar dan berpanjangan. Tambahan pula ada beberapa fakta yang ditemui tidak sesuai jadi tatapan umum. Cuma saya bertanya sendirian, kenapa UMNO tidak mengambil kesempatan menyerang sedangkan mereka telah membentuk pemikiran massake arah itu. Bahkan yang hebat menyerang adalah ahli PAS atau penyokong PAS. Mungkin kerana simpati terhadap Khalid Samad, atau geram dengan Hassan Ali.

Komentar dari Abdullah Karim saya anggap melampau dan saya difahamkan Dewan Pemuda Pusat akan melakukan sesuatu, dan Pejabat Agong juga akan bertindak. Beliau sebenarnya telah menghantar surat memaklumkan akan mengikuti isteri ke luar negara dalam tempoh yang panjang, dan sehubungan itu beliau melepaskan semua jawatan dalaman parti dan jawatan di peringkat Negeri Pahang. Mesyuarat telahpun menerima permohonan beliau.sayangnya saat-saat akhir sebelum beliau keluar Negara, kesempatan diambil untuk menyerang JK Disiplin Parti. Kritik kemudiannya tinggal.

Saya dukacita kerana beliau seorang peguam, yang memahami prosedur hukuman dan siasatan. Kita tidak boleh menghukum berdasarkan andaian dan kehendakmassa. Hukuman mestilah berdasarkan fakta yang kita temui dalam siasatan. Seandainya ada fakta yang terselindung atau yang tudak dikemukan sebagai bahan kes, maka kita tidak boleh mengambilnya sebagai alasan penghakiman. Memang saya akui bahawa beliau ada menghantar satu laporan kepada JK Disiplin, tetapi saya telah maklumkan prosidur bahawa dia kena hantar kepada SU Agong untuk dibuat penilitian, kesahihan penama-penama yang disebut, apakah ia benar ahli PAS atau bukan, sejauh mana ada kes yang boleh dirujuk kepada JK Disiplin atau keshanya melibatkan urusan pentadbiran parti.

JK Disiplin adalah hakim, bukan badan untuk menyiasat. Takkan beliau tak faham, semua parti politik mempunyai mekanisma yang sama. Bahkan dalam prosedurperundangan biasa pun, mana ada seorang yang dituduh terus diheret di hadapan hakim untuk bicara. Pihak polislah perlu menyiasat, mencari bukti dan menentukan apakah ada kes sebagaimana yang dituduh atau tiada kes. Aduan yang dia buat hanya berupa ‘hear say’, dan dia juga faham dan sudah diberi tahu bahawa aduan beliau tidak boleh diambil tindakan, hanya dengar cakap, tiada bukti. Untuk memanggil orang yang berkenaan dalam pertuduhan beliau, penama tersebut bukan ahli PAS. Kita tiada kuasa memanggil bukan ahli dan apa jaminan ianya tidak bertindak merosakkan nama baik parti sekiranya dipanggil. Ini JK Disiplin parti, untuk menjaga ahli agar tidak melakukan tindakan merosakkan nama baik parti, dan bertindak diluar perlembagaan parti.

Apa yang mendukacitakan saya ialah saya telah jelaskan bahawa inilah prosedur laporan disiplin parti, yang telah diamalkan sejak awal penubuhan parti lagi, dan beliau memahaminya dan menerimanya pada waktu itu, tapi kenapa tiba-tiba dia sanggup mengeluarkan kanyataan menyerang prosedur tersebut. Soal dia tidak berpuas hati dengan hukuman ke atas tertuduh, saya pelik bukan dia yang kena tuduh. Bahkan kalau kita baca tulisan YB Khalid sendiri dia rasa puas hati bilamana segala dakwaan beliau terhadap Hassan Ali dibuktikan benar oleh JK Disiplin, sehingga Hassan Ali didapati bersalah dan dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang merugikan PR dan parti. Yang kena hukum berpuas hati, yang tak ada kena mengena pulak tak puas hati.

Sebagai pimpinan kita sepatutnya menyalurkan komentar melalui saluran parti dan memelihara adab dalam jamaah. Semua harus fikir apakah tindakan yang kita lakukan itu menguntungkan parti atau sebaliknya, kerana kenyataan kita bukan keputusan perbicaraan, yang terpaksa berdasarkan fakta dan bahan yang ada di hadapan kita.

Kepada Allah saya memohon ampun andainya tindakan yang diambil tidak tepat dengan apa yang sepatutnya; dan semoga Allah tidak membebankan saya dengan bebanan yang lebih berat di akhirat. Ingatlah, kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah.
Wassalam.

perbicaraan pun bermula...satu konspirasi wujud kembali...

Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini untuk menghadapi hari pertama perbicaraan kes liwatnya.

Laungan reformasi kedengaran sebaik saja Anwar masuk ke pekarangan mahkamah yang dikawal ketat anggota polis.

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya, akan menjadi saksi pertama memberi keterangan apabila perbicaraan kes itu bermula petang ini.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaaan mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihak pendakwa menyenaraikan lebih 20 saksi untuk member keterangan dalam kes itu yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

1.45pm: Peguam Karpal Singh dan Ram Karpal tiba di kompleks mahkamah untuk pendengaran kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2.05pm: Naib Presiden PKR Mohd Azmin Ali tiba .

2.22pm: Pengarah Strategi PKR Tian Chua cuba memasuki bangunan mahkamah membawa banner tetapi telah ditahan oleh pegawai polis. Bersamanya ialaj Ketua PKR Hj Abdullah Hukum, Roslan Mat, yang kelihatan cuba berunding dengan polis.

Tian Chua menyatakan tiada sebab polis hendak menahannya kerana membawa banner.

2.23pm: MP Subang MP R. Sivarasa tiba dan cubaberunding dengan polis mengizinkan Tian Chua membawa banner.

2.25pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tokoh veteran DAP Lim Kit Siang tiba. Laungan “Reformasi” kedengaran.

2.37 pm: Bekas Ketua Gerak Malaysia Nazri Yunus, mula melaungkan “Reformasi”. Beliau dan lain-lain membawa banner “Perhimpunan bantah fitnah ke-2.”

2.49pm: Peguam Karpal Singh masuki ruang mahkamah.

3.00pm: Ruang mahkamah sesak, ada yang duduk di lantai.

3.15pm Beberapa orang membantah tindakan polis menghalang Tian Chua, "Bukannya bom, hanya sehelai banner." Polis menolak Tian Chua keluar dari bangunan.

3.16pm: Anwar kelihatan berada di bahagian pendaftaran mahkamah mengesahkan affidavit terhadap rayuannya ke atas keputusan yang tidak memihak kepadanya, iaitu mengenepikan tuduhan ke atasnya.

3.25pm Peguam Karpal Singh sebelumnya menegaskan, "Kami bercadang untuk bertemu semula Presiden Mahkamah Rayuan esok."

3.26pm Karpal menyatakan bahawa ia berdsarkan fakta bahawa keadaan telah berubah. Karpal menyatakan rekod rayuan kini sudah siap "jadi kami boleh meminta presiden mahkamah rayuan menangguhkan kes sehingga rayuan didengari."

3.27pm Anwar memasuki mahkamah ditemani isterinya Wan Azizah dan anak-anaknya.

3.30 pm Pendengaran kes bermula

3.36 pm Karpal meminta mahkamah menangguhkan perbicaraan sehingga pertemuan pihak pembela dengan Mahkamah Rayuan esok.

3.40 pm : Hakim menolak permohonan Karpal, mengarahkan perbicaraan diteruskan

3.42 pm : Karpal meminta senarai saksi-saksi tetapi hakim menyatakan beliau tidak boleh berbuat apa-apa kerana ini keputusan Mahkamah Persekutuan. Perdebatan hangat diantara hakim dan Karpal tercetus.

3.45 pm :Pertuduhan dibacakan kepada Anwar, tetapi Anwar menyifatkan ia sebagai tuduhan jahat oleh mereka yang berkuasa.

3.49 pm : Pendakwa di dalam kenyataan pembukaan menyatakan mereka akan membuktikan kesan yang diambil dari dubur Mohd Saiful Bukhari adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menyatakan mereka akan mengesahkan tuduhan liwat ke atas Anwar adalah melampaui keraguan. Mereka akan membuktikan evidence terus dari Mohd Saiful dan pengesahan forensik dari doktor dan pakar kimia.

Selain itu, beberapa dokumen sokogan lain akan dikemukakan.

Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden menyatakan Mohd Saiful telah pergi melakukan ujian medikal di hospital KL pada Jun 28, 2008. Contoh tisu Mohd Saiful telah diambil pleh doktor yang memerikasa beliau untuk ujian DNA.

Mohamed Yusof berkata Mohd Saiful telah membuat laporan polis pada hari yang sama ketika insiden liwat itu berlaku di Kondominium Desa Damansara pada Jun 26, 2008.

3.55 pm: Pendakwa memanggil Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi pertama. Seorang anak perempuan Anwar menjerit, "Taubat lah." Mahkamah senyap sepi.

3.36 pm: Saiful memberitahu mahkamah latarbelakang pendidikannya. Beliau menyatakan beliau tidak menamatkan pelajarannya di Uniten kerana keputusan yang lemah kerana kedudukannya sebahai ketua badan pelajar.

3.37 pm: Saiful menyatakan dia malu lantas berhenti dari menyambung pelajarannya.

3.39 pm: Saiful menuding kepada Anwar sebagai tertuduh. Anwar tidak melihat ke arah Saiful.

4.02 pm : Saiful menyatakan tugasnya sebagai Pembantu kepada Anwar termasuklah mengaturkan mesyuarat sulit dengan Ahli-ahli Parlimen yang mahu melompat ke PKR pada waktu itu.

Tuesday, February 2, 2010

Pencetus larangan masjid di Swiss memeluk Islam



Daniel Streich, politikus Swiss, yang tenar karena kampanye menentang pendirian masjid di negaranya, tanpa diduga-duga, memeluk Islam.

Streich merupakan seorang politikus terkenal, dan ia adalah orang pertama yang meluncurkan perihal larangan kubah masjid, dan bahkan mempunyai ide untuk menutup masjid-masjid di Swiss. Ia berasal dari Partai Rakyat Swiss (SVP). Deklarasi konversi Streich ke Islam membuat heboh Swiss. Selanjutnya baca disini


PASTPJP : Syukur..Allah itu maha pengasih

Monday, February 1, 2010

SPRM memang lembu....

Setiausaha Kerja kepada Exco Selangor, Hussien Ahmad dukacita kerana SPRM dipergunakan oleh pihak tertentu untuk membuat pertuduhan fitnah terhadapnya.

Beliau berkata penahanannya oleh SPRM berpunca daripada fitnah anasir-anasir yang tidak berpuas hati kerana gagal mendapatkan kontrak pasir.

Pegawai kanan kepada EXCO Yaakob Sapari itu dibebaskan tanpa syarat setelah ditahan reman selama lima hari minggu lalu.

“Pasir adalah sumber alam yang di bawah YB Yaakob, tapi sebenarnya YB Yaakob sebagai Exco Sumber Alam, tapi pasir ini adalah bawah jagaan anak syarikat kerajaan Selangor yang bernama Kumpulan Semesta Sdn Bhd jadi ini yang berlaku apabila setiap permohonan terpaksa dihantar kepada pihak KSSB, tapi malangnya melihat mereka ini tidak faham prosedur yang sedia ada dan saya terlibat dengan konflik untuk menjatuhkan saya kerana tak dapat kontrak pasir”, katanya yang ditemui baru-baru ini.

Hussein ditemubual dalam program Apa Khabar Selangor terbitan TV Selangor di Shah Alam.

Hussien turut disoal siasat SPRM atas lawatannya ke Hangzhou, China pada Oktober lalu di bawah program lawatan kerja usahawan yang ditanggung kerajaan negeri.

“Kita pergi ke Hangzhou sebagai usahawan, tapi dalam ramai-ramai itu, rupanya terselit 2-3 orang yang kita tak dapat terima keinginan dia itu, yang dia mahu bukannya usahawan, tetapi pasir, tapi kita tak tahu, tuduhan yang kita terima dia kata semasa dalam perjalanan itu pergi Hangzhou, tuduhan dia telah memberi saya 10 ribu yuen untuk saya meluluskan permit pasir dan juga gambar China, apa yang saya tahu, saya tak pernah meluluskan permit pasir, kerana saya tak pernah meluluskan permit pasir dan saya tak boleh meluluskan permit pasir begitu juga YB Yaakob Sapari”, jelasnya lagi.

Beliau tidak menolak kemungkinan tuduhan terhadapnya didalangi oleh golongan terdesak dalam Umno-Barisan Nasional yang mahu menggulingkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN (TVS)


Sila Klik

Pages