Web TVPas


Wednesday, June 30, 2010

Komandan MTD ditukar....(pastpjp. menterinya bila?)

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan semalam mengarahkan Komandan Maktab Tentera Diraja (MTD), Kapten Alias Baharuddin ditukar serta-merta ekoran kematian seorang pelajar, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, yang dipercayai dibuli dan didera Rabu lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika bercakap kepada mStar Online berkata, pelantikan komandan baru telah dilakukan oleh kementerian.

Beliau menegaskan, tindakan drastik yang dikenakan terhadap komandan itu adalah wajar memandangkan beliau adalah pegawai yang bertanggungjawab untuk menjaga dan memastikan para pelajar berada dalam keadaan baik serta berdisiplin.

"Tindakan itu adalah serta-merta dan wajar. Saya mengarahkan supaya komandan ditukar.

"Saya gantikan komandan bukan bermakna dia tak buat kerja. Tapi dia perlu bertanggungjawab dalam kes ini dan menerima hukuman," tegas beliau di sini semalam.

Kelmarin, seorang pelajar tingkatan lima maktab itu yang disyaki terlibat mengakibatkan kematian Mohammad Naim disingkir serta-merta daripada pengajiannya.

Empat lagi rakannya digantung pengajian sehingga siasatan kes selesai.

Keputusan dibuat untuk menyingkirkan pelajar itu serta-merta selepas siasatan mendapati pelajar tersebut membuli dengan niat sejak awal tahun ini.

Beliau memberitahu, pihak maktab membuat keputusan untuk menyingkir pelajar tersebut serta-merta manakala kes saman sivil juga akan dikenakan selain akan berdepan tindakan daripada tentera, kementerian dan polis.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pihaknya akan mengeluarkan garis panduan yang lebih ketat dalam memastikan gejala buli dan kejadian seumpama itu tidak lagi berulang pada masa akan datang.

"Kementerian memandang serius kes ini. Peraturan dan kawalan yang lebih ketat akan dijalankan," katanya.

Mengulas tentang reputasi MTD dan persepsi masyarakat khususnya ibu-bapa yang dikatakan bimbang untuk menghantar anak mereka meneruskan pengajian di situ, beliau menolak tanggapan tersebut.

"Tidak, tidak akan timbul isu seperti ini. Permintaan dan permohonan yang diterima untuk memasuki pusat pengajian ini jelas sekali lebih banyak daripada tempat yang disediakan," katanya.

Mohammad Naim meninggal dunia Khamis lepas di Pusat Perubatan Angkatan Tentera di Kem Sungai Besi selepas tidak sedarkan diri dipercayai dibuli.

Pada 25 Jun lalu, polis menahan kelima-lima pelajar tingkatan lima kolej itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan membunuh, yang membawa hukuman mati mandatori.

Friday, June 25, 2010

Panas! Pengakuan ikhlas Senator Cap Ayam (Ezam Mohd Nor)








ulasan Pahangdaily :
[Semoga video ini menjadi panduan kepada penyokong Ezam Md Noor yang kononnya menyanjung tinggi dan percaya dengan kelentong Ezam dalam ceramah-ceramahnya di seluruh negara. Apakah manusia seperti ini layak dilantik sebagai senator agaknya?. Bukankah beliau merupakan manusia yang tidak boleh dipercayai... munafik dan merupakan "sesumpah" yang tidak mempunyai masa depan. Mungkin Ezam seronok sejak menjadi senator sekarang ini agaknya. Malah, bolehkah kita percaya dengan orang yang pernah kata tak mungkin masuk UMNO tiba-tiba sekarang ini cukup seronok pula bercakap bagi pihak mereka. Semoga pendedahan video ini memberi kesan kepada pemuda UMNO supaya berhati-hati dengan cakap-cakap Ezam ini. Apa yang pasti beliau tidak layak menjadi pejuang untuk membela rakyat kerana dia "sesumpah dua alam" yang menunggu masa untuk dipupuskan!!].

Wednesday, June 23, 2010

Isu JI : satu peralihan isu oleh UMNO-BN~Malaysiakini

Dakwaan pelbagai pihak, terutama pembangkang, bahawa isu keselamatan negara yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan sebagai permainan politik, terbukti mempunyai asas yang kukuh, kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Mereka menegaskan demikian dalam satu kenyataan bersama hari ini bagi mengulas laporan Malaysiakini mengenai taklimat keselamatan negara anjuran pihak polis yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Selain Dr Juanda dan Dr Asri, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim turut dikaitkan.

"Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan.

"Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamirkan Islam yang tolerance dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami," kata mereka.

Menurut mereka, Abdul Hadi dan Shahidan yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan.

"Beliau (Abdul Hadi) ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat.

"Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Demikian (juga) dengan Datuk Seri Shahidan, (yang juga) bekas MB Perlis dan kini ahli Majlis Tertinggi Umno, naib presiden PERKIM dan akvitis berbagai (pertubuhan) kebajikan rakyat.

"Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya Umno dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu," tambahnya.

Walaupun tidak mempunyai banyak maklumat mengenai JIM, tegas mereka, "namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu.

'Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai," tegas Dr Mohd Asri dan Dr Juanda.

Sehubungan itu, mereka menegaskan bahawa pihak polis perlu memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai satu fitnah rambang.

Mereka juga meminta pihak polis supaya menyiasat individu yang membuat tuduhan tersebut.

Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan individu tersebut, tambah mereka, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri "seakan-akan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas".

"Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar. Bahkan ia bermungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.

"Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab.

"Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit," tambah mereka

Inilah dinamakan MAHKAMAH KANGGARU

PUTRAJAYA 22 Jun - Panel hakim Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan tindakan mengheret Speaker Perak yang digulingkan, V Sivakumar, dari kerusi dan dikurung selama dua jam ketika tragedi rampasan kuasa 7 Mei lalu adalah sebahagian daripada prosiding Dewan Undangan Negeri.

Justeru, undang-undang Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk mengadili keganasan berkenaan - demikian keputusan Mahkamah Rayuan sebelum mengugurkan rayuan V Sivakumar.

Panel tiga hakim - Datuk Abdul Malik Ishak, Datuk KN Segara dan Datuk Abdul Wahab Patail sebulat suara menguatkuasakan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan dalam menolak rayuan saman Sivakumar terhadap speaker lantikan BN, R Ganesan.

Keputusan berkenaan disepakati sebelum kedua-dua pasukan peguam selesai membuat penghujahan masing-masing.

Panel tiga hakim juga memerintahkan Sivakumar supaya membayar RM20,000 sebagai kos perbicaraan.

Panel hakim itu bagaimanapun tidak memberikan alasan mereka membatalkan saman ADUN Tronoh itu.

Pada 8 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh menolak saman Sivakumar menuntut pampasan dan ganti-rugi daripada Ganesan kerana mengarahkan serangan dan penahanan tidak sah terhadap dirinya.

Hakim Mahkamah Tinggi Azahar Mohamed memutuskan bahawa badan kehakiman tidak boleh mempersoalkan kesahihan mana-mana prosiding Dewan Undangan Negeri seperti yang ditekankan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan.

Azahar dalam mengugurkan saman tersebut berkata hal-ehwal perlantikan dan perlucutan Speaker harus dikaji, dibahas dan diselesaikan dalam dewan legislatif dan bukan di mahkamah.

Dalam perbicaraan hari ini, peguam Sivakumar, Chan Kok Keong, berkata perkara yang dikemukakan dalam saman itu boleh dibicarakan bagi menentukan sama ada peristiwa yang didakwa Sivakumar sebagai serangan dan salah penahanan beraku semasa persidangan DUN adalah arahan bagi Ganesan untuk dilindungi imuniti.

Beliau berkata pemilihan Ganesan dan tindakan untuk menyingkirkan Sivakumar dilakukan di luar persidangan dewan kerana ia dilaksanakan sebelum Raja Muda Perak menyampaikan titah ucapan perasmian.

Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, peguam Ganesan, berkata anak guamnya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Speaker yang sah mengikut kuasa diberikan kepadanya mengikut Perlembagaan Perak, Peraturan Mesyuarat dan amalan persidangan.

Katanya pada hari ini, DUN telah menyelesaikan isu penyingkiran Sivakumar dengan sokongan majoriti 31 wakil rayat dan kemudiannya melantik Ganesan sebagai Speaker.

Firoz berkata selepas Ganesan dilantik sebagai Speaker baru, beliau mengarahkan Sivakumar supaya kembali di tempat duduknya tetapi Sivakumar enggan menyebabkan Ganesan mengambil tindakan bagi memindahkan Sivakumar daripada tempat duduk Speaker. -Bernama

Ulasan GB

Terperanjatkah kita dengan keputusan hakim berkenaan?

Lansung tidak ada apa yang baru.

Hairannya kali ini mahkamah menyatakan bahawa "tragedi rampasan kuasa 7 Mei lalu adalah sebahagian daripada prosiding Dewan Undangan Negeri" dan "memutuskan bahawa badan kehakiman tidak boleh mempersoalkan kesahihan mana-mana prosiding Dewan Undangan Negeri seperti yang ditekankan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan".

Sedangkan sebelum ini mahkamah telah pun campurtangan apabila memutuskan sidang dewan rakyat Perak yang dilansungkan di bawah pokok tidak sah.

GB pernah menyatakan dengan keadaan di mana institusi kehakiman negara yang bobrok, jangan harap PR akan memperolehi kemenangan di dalam isu-isu tertentu seperti isu perak, isu DSAI dll.

Baca ulasan GB di SINI

Petikan semula :


Mahkamah Persekutuan? Oh, masyarakat berpersepsi bahawa ia adalah badan pegesah kepada kehendak dan keputusan Peguam Negara yang membuat keputusan demi kepentingan kerajaan UMNO dan BN. Bukan untuk kebenaran dan keadilan.

Ada beberapa kes terpilih yang mana Pakatan Rakyat atau mana-mana individu yang melawan institusi kerajaan akan PASTI ditewaskan apabila ianya sampai ke penal Mahkamah Persekutuan. Diantaranya kes Perak, kes liwat DSAI, kes melibatkan SPRM, kes melibatkan SPR, kes melibatkan PDRM.

Buka semula penghakiman kes-kes berkenaan Mahkamah Persekutuan, jika anda rasa GB tidak berkata benar.

Dan ingat juga kes correct, correct, correct. Si hakim bedebah yang membaca kertas penghakiman yang disediakan oleh peguam yang terlibat di dalam kes yang dibicarakan masih lepas bebas dan tidak diambil sebarang tindakan.

Jadi, keseluruhan sistem kehakiman negara sebenarnya bobrok. Rakyat tidak dapat mengharapkan kebenaran dan keadilan dari Istana Keadilan (Palace of Justice) lagi. Istana Keadilan bakal runtuh akibat hakim-hakim durjana ini.

Tuesday, June 22, 2010

Gelodak UMNO Selangor

oleh : MSO

CERITANYA kecil saja, Mohamed Satim Diman iaini Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor tidak hadir mesyuarat pengurusan badan perhubungan itu malam tadi. Timbalannya Noh Omar menjelaskan yang Satim ada menghubunginya dan jelas kenapa tidak dapat hadir. Bendahari, Fatah Iskandar Mohamad Mansor dan Ketua Pemuda, Suhami Ghazali juga tidak hadir.

Kata Noh Omar Fateh dan Suhaimi tidak hadir kerana berada di luar negara. Kenapa tidak sampai tunggu mereka balik untuk adakan mesyuarat? Mereka adalah penting dalam mesyuarat itu. Kalau ketiga orang penting tidak ada macam mana mesyuarat itu dijalankan?

Apakah ketidakhadiran mereka itu khususnya Satim ada kena mengena dengan khabar angin sebelum ini menyatakan Satim akan keluar parti? Dalam politik biasanya ia bermula dengan khabar angin, kemudian bertukar menjadi khabar ribut selepas itu khabar taufan. Tup tup... tumbanglah segala pohon kayu kayan. Misalnya mengenai kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak ia bermula dengan khabar angin. Pihak Pakatan membantahnya dengan keras, akhir sekali menungging makan tanah.

Satim bukan orang baru. Dia sudah empat penggal menjadi Adun Selangor. Dia lebih senior daripada bekas Menteri Besar, Mohamad Khir Toyo. Semasa Abu Hassan Omar bermasalah kerana skandal dengan adik iparnya, nama Satiman Diman disebut-sebut akan dilantik jadi MB.

Ertinya Satim Diman bukan sembarangan. Ada benarnya juga kalau beliau merasakan disisih dalam Umno. Atau merasakan dia yang patut menjadi Timbalan Pengerusi bukannya Noh Omar. Apakah ulah yang beliau buat kini untuk memperbetulkan Umno ataupun benar-benar mahu menyusahkan Umno? Ceritanya baru bermula...

Ada juga cerita mengatakan Satim Diam berminat dengan pembangkang? Walaupun cerita ini hanya 'cerita ceriti' saja ia tidak boleh dianggap sampah. Dalam politik semuanya boleh terjadi. Sampah pun boleh dijadikan emas. Mungkin kalau Najib Razak tidak cepat bertindak melendikkan keadaan apa saja akan terjadi. Sudah ada tanda-tanda Umno Selangor nak rusuk.

Umno Selangor tidak pernah merasai 'nikmati' kekalahan. Kekalahan merupakan neraka kepada mereka. Dalam keadaan hari ini tidak mungkin Umno juga akan terkena kepanasan neraka kekalahan itu menyebabkan akan ada orang-orangnya tidak tahan disula baham kepanasan. Kekalahan dan kehilangan kerajaan negeri menjadikan orang Umno Selangor nanar sampai tidak jumpa pintu untuk masuk rumah. Khir Toyo juga masih belum kebah sampai hari ini.

Mungkin Satim Diman sudah membentuk pasukannya sendiri atas nama nak betulkan Umno, atau secara terus terangnya nak suruh Najib buang Noh Omar jadi timbalan pengerusi. Mungkin dalam perkiraan Satim pendekatan Noh ala-ala gengstar itu tiak cocok dan menjauhkan lagi rakyat dengan Umno. Noh masih tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya, beliau kini sedang di kepung.

Dalam keadaan ini di manakah Khir Toyo! Tengoklah sehari dua nanti Najib akan panggil Umno Selangor ke rumahnya untuk memberi nasihat dan juga mendegar cerita dari Umno Selangor yang kini sudah mulai berbau! [wm.kl. 11:00 am 22/06/0]

PASTPJP Kembali lagi...

Syukur...pastpjp akan kembali berblog. sudah sebulan pastpjp tidak berblog atas sebab2 yg tak dapt dielakkan. Pastpjp akan memulakan isu kali ini berkenaan dengan ucapan MP Wangsa Maju (MP Katak) yang mengaitkan penjualan arak dengan lesen judi di Kelantan. pastpjp yakin MP Katak ini tidak study betul2 sebelum berucap. Oleh itu bila geng2 MP KONSESUS BEBAS KATAK ni bersatu, masing2 nak menunjukkan kesetian kepada UMNO BE END. Yang terkini, MP Wangsa Maju, YB Wee Choo Keong. Kalau BODOH, JAHIL dan BENGAP, dok diam2. Mempertikaikan kerajaan Negeri Kelantan yang kononnya hipokrit kerana membantah lesen judi tetapi membenarkan penjualan arak. Sebelum gua jawab, ada baiknya gua kongsi komen2 MP PAS :

1) MP Baling-Ustaz Taib Azamudin : "Chee Keong sewajarnya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum menyinggung mana-mana pihak dengan kenyataan dangkalnya.Dalam pensyariatan hukum Islam, judi dan arak, dua perkara berbeza.Judi, diharamkan oleh semua agama manakala arak tidak semua agama mengharamkannya.Kelantan menghadkan penjualan arak kepada bukan Islam di premis-premis tertentu sahaja dan bukannya secara terbuka."

2) MP Kubang Kerian - Salahudin Ayub : ""Kalau dia (Chee Keong) tak cakap, dia takut orang kata dia bodoh, bila dia cakap, jelas memang dia bodoh. Contoh yang digunakan itu salah, saya cadangkan dia belajar lagi dan kaji juga agama-agama lain"

3) MP Jerai - Ustaz Firdaus Jaafar : ""Hanya 'agama' (fahaman) Umno sahaja Yang menghalalkan judi di dunia, (sedangkan) agama Islam haram judi, begitu juga Kristian, Hindu, Buddha dan pelbagai lagi agama budaya yang lain di Malaysia. Kelulusan lesen arak tersebut sebenarnya sekadar untuk tidak menafikan hak masyarakat bukan Islam dari meminum minuman keras itu. Arak ini macam babi lah, walaupun umat Islam diharamkan makan babi atau arak, kerajaan (Kelantan) tidak boleh menghalang penganut agama-agama lain dari makan dan minum kedua-duanya. Ianya kerana Islam agama yang adil (dan) keadilan Islam tidak boleh menghalang hak penganut agama lain, sebab arak ini kalau ikut fekah seperti harta mereka. Disebabkan itu, sekiranya umat Islam terjebak dalam meminum arak, mereka tetap akan dikenakan tindakan syarak."

Amacam si BEBAL? Tak sangka gua dalam Parlimen ada dihuni si BODOH2. Lepas ni boleh la berkawan dengan MP Pasir Salak yang sama taraf IQ nya dengan lu. - angah
dipetik dari FB 'Kami Benci Saiful'

Sila Klik

Pages