Web TVPas


Monday, April 26, 2010

pastpjp bercuti


Selepas tarikh ini blog ini tidak akan dikemaskini untuk jangkawaktu yg tidak dapat dipastikan atas lantaran yg tidak dapat dinyatakan. Harap maklum

Kekalahan di Hulu Selangor : Satu Analisis Pastpjp

Sememangnya kekalahan adalah sesuatu yang memeritkan. Namun begitu anggaplah ia sebagai satu pengajaran dan peringatan agar jangan leka dan lalai dengan kemenangan yang telah dikecapi. Dalam hal ini pastpjp telah menjangkakan kekalahan dipihak PR atas beberapa faktor:

1. Isu hindraf

Kekalahan besar BN dlm pilihanrya 2008 adalah disebabkan kemarahan masy India atas penahanan beberapa aktivis hindraf di bawah ISA. Demi mendapatkan kembali sokongan masy India, Najib telah membebaskan mereka dan memberi layanan yg baik terhadap mereka. Keadaan ini berjaya mengembalikan sokongan masy India terhadap BN. Jadi, mereka sudah tiada isu yang perlu dipendamkan untuk memusuhi kerajaan BN.

2. Isu 3 ADUN

Seperti yg sedia maklum ketiga-tiga ADUN dlm P094 adalah dikuasai oleh BN dgn majoriti yg cukup selesa iaitu lebih 6000 undi. Atas alasan itulah Muhyidin menjangkakan kemenangan adalah sekitar jumlah tersebut. Kemenangan PKR dlm pilihanraya yg lalu adalah protes rakyat Hulu Selangor ke atas Palanivel. Ini kerana lebih 1400 undi yg rosak. Itu adalah jumlah yg cukup besar. Namun sekarang undi itu sudah kembali ke pangkuan mereka.

3. Isu PKR

Isu ini adalah cukup getir dan perit untuk diatasi oleh PKR. Dgn lompatan oleh Zahrain, MP Nibong Tebal, Kulim Bdr Bharu serta yg paling terkesan ialah Dr Halili Rahmat selaku anak jati Hulu Selangor telah menghakis kepercayaan rakyat Hulu Selangor terhadap kepimpinan DSAI. Keadaan ini mencalarkan maruah serta integriti PKR selaku parti tunjang di Selangor. Ditambah dgn asakan yg cukup hebat oleh Najib selaku Pengerusi UMNO di Selangor.

4. Isu Calon

Pembunuhan karakter yg keterlaluan oleh BN melalui kempen mereka telah mencalarkan imej Zaid selaku calon PKR. Ini telah menjadikan pengundi2 melayu di kwsn FELDA tidak memberikan undi yg cukup baik kepada Zaid. Apatah lagi paparan peribadi Zaid sebelum ini telah membuatkan org2 melayu FELDA tidak mengundi beliau (sdgkn pemimpin UMNO yg masih bergelumang dgn najis arak mereka tak sedar)


5. Isu Rasuah Pilihanraya

Kesungguhan Najib begitu ketara apabila berjaya 'mengebom' penduduk Hulu Selangor dgn habuan wang yang cukup besar di saat2 akhir. Ditambah dgn bantuan mahathir (lidah bercabang) itu telah mengembalikan nostalgia org2 lama terhadap UMNO. Fenomena ini berulang dgn apa yg mereka lakukan ke atas penduduk Manik Urai. Bygkan drp 1400 undi majoriti dlm PRU 2008 telah menyusut kepada hanya '56' undi shj dalam PRK 2009. Sdgkan kawsn itu telah dperintah sejak 20 tahun yg lalu oleh PAS...jadi tak hairanlah dgn apa yg telah berlaku di Hulu Selangor.

6. Isu SPR

Badan yg dianggap tidak 'menyebelahi' mana2 pihak ini adalah juga faktor penyumbang kepada kekalahan PKR. Melalui pemindahan 14000 pengundi ke kwsn lain telah memberikan ruang yg cukup luas kpd UMNO untuk mengekalkan undi mereka dlm PRK ini. Ini dapat dilihat melalui usaha2 yg cukup terancang dlm memastikan kemenangan kepada BN.


Namun begitu, kalau ditinjau undi yg diperoleh PR tidaklah semakin kecil tetapi semakin bertambah...

2008(23,177) - Zainal Abidin Ahmad
2010(23,272) - Zaid
Bertambah 95 undi

Jadi bukanlah rakyat tidak menyokong PR tetapi pertambahan undi tidaklah sebanyak undi BN. Apatah lagi undi rosak pun sudah 731 berbanding tahun 2008 adalah 1461 undi

Apa-apa pun pastpjp berharap agar PR bekerja dengan lebih keras lagi untuk memenangi hati rakyat..mungkin apa yg dilakukan selama ini masih belum mencapai apa yg dinginkan oleh pengundi.

sekian...

Sunday, April 25, 2010

PR Tidak Menang..Tahniah Zionis

8.20pm: Beberapa pemimpin BN, termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengucap tahniah kepada calon BN Kamalanathan melalui blog mereka.

Sehingga ini, dalam 10 sepuluh pilihan raya kecil selepas 2008, Pakatan Rakyat kalah di tiga kawasan - DUN Batang Ai (Sarawak), DUN Bagan Pinang (Negeri Sembilan) dan parlimen Hulu Selangor.

Dan ini merupakan kekalahan pertama Pakatan di negeri yang dikuasainya.

8.12pm: Undi untuk calon BN meningkatkan kepada 24,669 undi selepas lebih banyak peti undi dikira. Calon PKR pula kini memperolehi 22,986 undi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan juga sedang dalam perjalanan ke tempat pengiraan undi di dewan serbaguna Komplek Sukan, Pejabat Daerah Hulu Selangor.

8.07pm: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan dalam perjalanan ke pusat pengiraan undi. Ini dilihat sebagai petanda bahawa BN menuju kemenangan.
8.05pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon BN terus menambah undi kepada 22,395 undi, manakala PKR memperolehi 2,0815 undi.

7.50pm: Sumber-sumber BN mendakwa calon BN P Kamalanathan memang pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor dengan majoriti kira-kira 1,500 undi.

Difahamkan, sehingga ini, Kamalanathan mendapat 21,919 undi, manakala PKR mendapat 20,305 undi.

Secara tidak rasmi, difahamkan kepimpinan PKR menerima kekalahan dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

7.36pm: Sumber-sumber BN mendakwa mereka mendahului dengan sebanyak 3,000 hingga 4,000 undi.
BN - 19,067
PKR - 17,554
Majoriti - 1,513

Keputusan rasmi SPR (7.41pm)

PKR - 4,082
BN - 3,398
Majoriti - 497

Keputusan rasmi SPR (7.22pm)

PKR - 3,153
BN - 2,888
Majoriti - 234

Keputusan rasmi SPR (7.20pm)

PKR - 2,722
BN - 2,468
Majoriti - 258

7.15pm: Ulasan

Kemenangan awal menunjukkan PKR memang dua pertiga undi daripada kawasan majoriti pengundi Cina - di bawah 85 peratus yang menurut pemimpin PKR, Lim Kit Siang, perlu diperolehi calon PKR.

PKR dijangka kalah besar di gugusan Felda yang majoriti pengundinya adalah Melayu.

Keputusan rasmi SPR

PKR - 2,173
BN - 1,934
Majorii - 239

_________________________________________________

7.128pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 9,133
BN - 7,261
Majoriti - 1,872

Kira-kira 33 peratus undi telah dikira

7.08pm: Keputusan tidak rasmi
PKR - 8,557
BN - 7,116
Majoriti - 1,639


7pm: Ulasan

Undi di sebahagian besar kawasan majoriti pengundi Cina telah dikira, dengan PKR mendahului dengan 1,226 undi. Kira-kira 30 peratus telah dikira.

Pengiraan undi dari kawasan majoriti Melayu belum diperolehi. PKR difahamkan tidak dapat banyak undi dari kawasan berkenaan.

6.58pm: Keputusan tidak rasmi


PKR - 7,770
BN - 6,504
Majoriti - 1,266

6.57pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 7,410
BN - 6,339
Majoriti - 1,071

6.54pm: Keputusan tidak rasmi

PKR -7,053
BN - 6,010
Majoriti - 1,034

6.45pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 6,389
BN - 5,385
Majoriti - 1,004

Kira-kira 11,674 undi, atau 25 peratus, telah dikira.

6.43pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 5,596
BN - 5,041
Majoriti - 555

6.41pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 4,204
BN - 3,592
Majoriti -612

6.34pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 2 - PKR 203, BN 77
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 4 - PKR 256, BN 73
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 1 - PKR 207, BN 56

Tidak rasmi - PKR 666, BN 206

6.29pm: Unofficial results (PKR 2,972, BN 2,259)

Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 1 - PKR 135, BN 82
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 2 - PKR 272, BN 212
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 3 - PKR 490, BN 205

Tidak rasmi - PKR 897, BN 499

6.23pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Baru Batang Kali (Chinese area), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172

Tidak rasmi - PKR 901, BN 798

6.23pm: Keputusan tidak rasmi


Kg Baru Batang Kali (kawasan Cina), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172

Tidak rasmi - PKR 901, BN 798

6.18pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Sungai Tengi Selatan (Malay Felda), saluran 1 - PKR 62, BN 176
Kuala Kalumpang (mixed area), saluran 1 - PKR 98, BN 128
Kg Baru Rasa (Chinese area), saluran 1 - PKR 301, BN 75
Kg Bahru Kerling (Chinese area), saluran 1 - PKR 268, BN 122

Tidak rasmi - PKR 729, BN 501

6.13pm: Keputusan tidak rasmi

Kuala Kalumpang, saluran 1 - PKR 98, BN 128
Ulu Yam Barat, saluran 1 - PKR 171, BN 94
Kg Bharu Kerling, saluran 1 - PKR 172, BN 83
Pertak Bukit Fraser - PKR 22, BN 15
Pertak, saluran 2 - PKR 18, BN 98
Ampang Pecah, saluran 1 - PKR 105, BN 155

Tidak rasmi - PKR 491, BN 445

6.10pm: Proses pengiraan undi sudah bermula. Menurut keputusan tidak rasmi, BN menang undi pos.

BN: 767
PKR: 120

terkini

[Comment From Dragsuperstar Dragsuperstar : ]
BN harus menang PRK kali sebab dah puluh juta di laburkan...najib dah turun, Mahadey dah turun...kalau menang ini maknanya PRU nnt BN bungkus...kenapa? ingat balik peristiwa PRK Ijok sebelum PRU dulu...BN memang bukan? Pak Lah turun..berjuta dilaburkan....tapi pada kemudiannya? PRU bungkus!! Maka BN...hangpa tak menang..memang hangpa mangkak Sunday April 25, 2010 5:18 Dragsuperstar


5:26 [Comment From sham sham : ]
mereka menang menipu la...dlm satu hari kalau UMNO x menipu..tak sah Sunday April 25, 2010 5:26 sham


5:26 [Comment From Hafiz Hafiz : ]
Tapi kalau Zaid menang adakah IFC diteruskan?? Sunday April 25, 2010 5:26 Hafiz


5:26 [Comment From makcik makcik : ]
pr menang bawah 2000! Sunday April 25, 2010 5:26 makcik


5:27 [Comment From yasbiha yasbiha : ]
cam na ya Sunday April 25, 2010 5:27 yasbiha


5:27 [Comment From prakash prakash : ]
saya kat luar negeri ni pun tak sabar nak tunggu berita kemenangan PKR Sunday April 25, 2010 5:27 prakash


5:28 Malaysia's government predicted it would score a big win in a tense by-election on Sunday during which 10 people were arrested in scuffles between rival groups.

Sunday April 25, 2010 5:28

5:28 Panitia Zentrum Analisis Persepsi Kepercayaan Politik Bagi Period Pengundian 25[...] April 2010 Pilihanraya Kecil PARLIMEN P094 HULU SELANGOR (HUSEL): ZENTRUM menggaris bawahi prediksi: Pakatan Rakyat (PR) 52.3% dan Barisan Nasional (BN) 48.7%
Sunday April 25, 2010 5:28

5:32 [Comment From Jebat Jebat : ]
dah pkul 5.30 ni lum ada apa info ke Sunday April 25, 2010 5:32 Jebat


5:32

Sunday April 25, 2010 5:32

5:35 [Comment From Dragsuperstar Dragsuperstar : ]
tak rasmi...tapi bukit fraser masuk dalam UPU ke? Sunday April 25, 2010 5:35 Dragsuperstar


5:35 [Comment From tok tok : ]
ada peluang ke? Sunday April 25, 2010 5:35 tok


5:36 [Comment From Jebat Jebat : ]
wamakaru wamakarallah Sunday April 25, 2010 5:36 Jebat


5:38
Sunday April 25, 2010 5:38

5:50 KACAU DARI BN
Sunday April 25, 2010 5:50

5:51 KACAU-KACAU-KACAU TANDA NAK KALA
Sunday April 25, 2010 5:51

5:51 [Comment From JimAlifSiin JimAlifSiin : ]
Allahuakbar! Sunday April 25, 2010 5:51 JimAlifSiin


5:51 [Comment From Jebat Jebat : ]
Halah menang tu adat pertandingan tapi kalau penuh dgn penipuan susah juga kita nak halalkan Sunday April 25, 2010 5:51 Jebat


5:52 [Comment From Guest Guest : ]
dari blog Cipan, Tapir & Tenuk (C++) ...Ader member kasitau yang kita leading kat Bukit Fraser.. ntah betul ker idak.. gua tak dapat confirmkan... apa-apa nanti kalau ader masa gua bagitau... Sunday April 25, 2010 5:52 Guest


5:53 Dragsuperstar: bukit fraser pahang?
Sunday April 25, 2010 5:53 Dragsuperstar

5:54 [Comment From shukri shukri : ]
doakan muga2 zaid menang Sunday April 25, 2010 5:54 shukri


5:57 [Comment From shukri shukri : ]
apa yg berlaku di bkt frazer Sunday April 25, 2010 5:57 shukri


5:57 [Comment From tok tok : ]
bukit fraser masuk dalam hulu selangor gak ke? Sunday April 25, 2010 5:57 tok


5:58 WRLR: Ketua petugas Pakatan Rakyat di Sek Ren. JK (C) Khing Ming membahagikan petugas kepada 5 kumpulan.

Mereka masing-masing ditugaskan menjaga pintu masuk ke pusat mengundi bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku di saat-saat akhir waktu pengundian

Sunday April 25, 2010 5:58 WRLR

5:58 [Comment From Guest Guest : ]
lagi dari blog..Cipan, Tapir & Tenuk (C++)Gua nampak lebih dari 10 bas yang rasanyer bawak pengundi hantu dah bergerak kuar dari Hulu Selangor... gua terserempak tadi dengan diorang kat Batang Kali.... ramai betul hantu la bos... Sunday April 25, 2010 5:58 Guest


5:58 Dragsuperstar: Makluman sekali lagi prediksi akhir ZENTRUM: PR 52.3% dan BN 47.7%
Sunday April 25, 2010 5:58 Dragsuperstar

6:01 Dragsuperstar: Ketika ini juga berbagai ramalan analisa disebarkan. Daripada lima agensi yang membuat analisa, kesemuanya berpihak kepada PKR ada mengatakan PKR mengatasi BN antara 51% hingga 56%. Apapun ramalan dan kajian rambang ini bertentang dengan kenyataan Muhyiddin Yassin mengatakan BN akan menang besar dengan majoriti 6,000 undi.
Sunday April 25, 2010 6:01 Dragsuperstar

6:01 Dragsuperstar: berdoalah byk byk....
Sunday April 25, 2010 6:01 Dragsuperstar

6:02 [Comment From Zaer PKR Zaer PKR : ]
Ingin tahu Sunday April 25, 2010 6:02 Zaer PKR


6:03 [Comment From Guest Guest : ]
InsyaAllah mintak2 biar PKR menang..amin Sunday April 25, 2010 6:03 Guest


6:06 [Comment From Zaer PKR Zaer PKR : ]
Katanya Lepas SIBu Sunday April 25, 2010 6:06 Zaer PKR


6:06 [Comment From Zaer PKR Zaer PKR : ]
Ke Sungai Burung...ingin kesahihan Sunday April 25, 2010 6:06 Zaer PKR


6:06

Sunday April 25, 2010 6:06

6:07 WRLR: ANWAR NAIK MOTOR
Sunday April 25, 2010 6:07 WRLR

6:08 Dragsuperstar: hero kita!!
Sunday April 25, 2010 6:08 Dragsuperstar

6:09 [Comment From Guest Guest: ]
dari blog tukar tiub..bersedia untuk berpesta sekali lagi di sungai burung. sungai burung kawasan parlimen tanjung karang ! Sunday April 25, 2010 6:09 Guest


6:09 Dragsuperstar: saluran 1 KUALA KELOMPANG BN 128 PKR 98 ROSAK 6
Sunday April 25, 2010 6:09 Dragsuperstar

6:10 [Comment From Zaer PKR Zaer PKR: ]
fahmi_fadzil: Unofficial, PKR leading in Soeharto. #P94 Sunday April 25, 2010 6:10 Zaer PKR


6:10 Dragsuperstar: UNDI POS KUALA KUBU BARU PKR 120 BN 767 ROSAK 12
Sunday April 25, 2010 6:10 Dragsuperstar

6:10 WRLR: jonsonchong: EC says that a total of 48,935 voters cast their ballots in Hulu S'gor - a turnout of 75.87%. This is 2,779 more than in March 2008. #P94
Sunday April 25, 2010 6:10 WRLR

terkini

4.30 pm : Ketua petugas Pakatan Rakyat di Sek Ren. JK (C) Khing Ming membahagikan petugas kepada 5 kumpulan.

Mereka masing-masing ditugaskan menjaga pintu masuk ke pusat mengundi bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku di saat-saat akhir waktu pengundian.

4.15 pm : Jam terakhir waktu pengundian, beberapa pengundi kaum Cina dilihat masuk ke tempat pengundian di Sek Ren. JK (C) Khing Ming

4.00 pm : Di Sek Ren. JK (C) Khing Ming, FRU menyekat laluan utama masuk ke tempat mengundi namun dibantah petugas PKR.

FRU kemudiaanya membuka kembali laluan.

update 4.00 ptg...

3.30 pm : Lagi SMS kemenangan kepada Zaid tersebar. Kini maklumat yang didakwa diperoleh dari risikan tentera.

SMS itu mendakwa Zaid akan terus mendahului Kamalanathan sekiranya tren keluar mengundi perlahan atau normal sehingga jam 5 petang.

SMS itu juga mendakwa Zaid mungkin mendapat majoriti 3,725 undi dengan pecahan undi Melayu 55 peratus, Cina 75 Peratus dan India 60 Peratus.

Kebanyakan undi yang diperolehi Zaid dakwa SMS itu adalah dari peneroka selepas MB Selangor semalam mengumumkan Zaid mengetuai Task force menyelesaikan isu hak milik tanah.

Bagaimanapun belum ada pihak yang berani mengesahkan perkara tersebut.

3.25 pm : Peratus keluar mengundi hingga jam 3 petang adalah 67.18 peratus bersamaan 43,333 pengundi.

Update P094...3 petang

3.00 pm : Seorang budak Iskandar Hanafiah, 12 tahun mengaku dibayar RM2 untuk membawa bendera BN dengan basikal bersama rakan-rakannya.

"Umno bagi RM2 sahaja, yang lain Umno dia masih belum bayar lagi," katanya kepada wartawan Harakahdaily.



2.45 pm : Di Sek. Keb Taman Bunga Raya (1), keadaan pengundi yang datang mula lengang kembali.

Penyelia pusat mengundi, Hamidah Nipah berkata di sini saluran 2 mencatat bilangan pengundi paling tinggi iaitu 263 dari keseluhan jumlah pengundi 940.

Naib Canselor UUM didenda RM5000


ALOR SETAR, 25 April — Mahkamah Tinggi di sini hari memerintahkan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Tan Sri Dr Nordin Kardi membayar denda RM5,000 kerana kesalahan menghina mahkamah dalam tempoh dua minggu atau menjalani hukuman penjara dua bulan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zamani Abdul Rahim mengeluarkan perintah itu selepas menolak rayuannya bagi penangguhan pelaksanaan hukuman denda itu sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Pada 3 Feb lepas, Dr Nordin didenda RM5,000 atau penjara sebulan kerana gagal melaksanakan perintah injunksi yang dibuat Mahkamah Tinggi di sini yang menghalang universiti itu menganjurkan program pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA).

Dr Nordin, yang tidak hadir di mahkamah hari ini dan UUM diwakili peguam K.Valen.

Perintah injunksi itu diperoleh sebuah syarikat penganjur program MBA dengan

UUM, KIC Management pada 8 Julai tahun lepas.

Peguam C.V. Krishnadevan yang mewakili KIC Management berkata UUM gagal mematuhi perintah injunksi itu, menyebabkan pihak syarikat memfailkan waran komital pada Oktober tahun lepas.

Pengarah Urusan KIC Management Azahar Abdul Rahman berkata syarikat memohon

injunksi itu selepas UUM, melalui surat bertarikh 18 Mei 2009, membatalkan perjanjian usahasama dengan pihanya bagi mengendalikan program tersebut mulai 1 Jun tahun lepas.

Mengikut perjanjian itu yang ditandatangani pada 1 Sept 2008, pihak yang mahu menamatkan kontrak mesti memberikan notis bertulis enam bulan lebih awal dan selepas pelajar sesi terakhir menamatkan pengajian mereka, katanya. — Bernama

Terkini Hulu Selangor!...update

2.30 pm: Sehingga jam 2 petang, 63.74 peratus atau 41,112 sudah keluar mengundi.

2.05 pm: Restoran mamak dan restoran Melayu di Hulu Bernam sesak dengan penyokong BN. Manakala petugas Pakatan sudah kembali semula ke pusat pengundian untuk mencari undi.

Juga tiada tanda hujan akan turun walaupun Jabatan Kajicuaca meramalkan petang ini akan hujan.

01.55 pm : BN’s @Pkamalanathan expresses confidence due to rousing response from voters thus far.

1.00 pm : Kekecohan berlaku, kini di Sek. Keb. Sg. Rasa. Bermula apabila penyokong BN merentap bendera Keadilan selepas tidak berpuas hati dengan sorakan penyokong Pakatan Rakyat.

Pergaduhan kecil juga berlaku, namun suasana bagaimanapun kembali tenang selepas dileraikan pihak polis.

12.50 pm : Norasyikin Zakaria, 35, antara pengundi terawal pagi tadi memaklumkan berlaku kekecohan di tempat beliau mengundi di Sek Keb Bandar Baru Batang Kali, selepas seorang pengundi sebelumnya tidak berpuas hati kerana namanya hilang dari buku daftar pemilih.

Dalam semakan online sebelum itu, pengundi itu mendakwa namanya ada ada dalam daftar pemilih.

Dia kemudian berang, apabila aduannya didakwa tidak dilayan petugas SPR.


12.40 pm : Di Sek. Keb. Serendah, petugas sukarelawan PKR sangsi dengan penempatan berpuluh FRU dan anggota Polis di sini kerana sejak pagi tadi tiada suasana tegang tercetus di sini.

Mereka mendakwa kemungkinan kawalan ketat tersebut mempunyai agenda tertentu

12. 20 pm : Ketua AKM Selangor, Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin ketika mengulas peratus sedikit keluar mengundi sebelah pagi berkata "Ini mungkin protes senyap orang Melayu kepada Kamalanathan (calon BN)".

12.10 pm : Sehingga jam 12 tengahari ini, 49.4 peratus atau 31,632 sudah keluar mengundi.

12.00 pm : Penyokong BN mula mempamer aksi lucah kepada penyokong PR di Sek. Men. Ampang Pecah. Mereka saling berbalas sorakan. Keadaan masih terkawal.

11.55 am : Suasana sekali lagi tegang di Sek. Keb. Bandar Baru Batang Kali. Kedua-dua penyokong saling berbalas sorakan.

PRK P094 - Lagi Berita

KUALA KUBU BAHARU 25 Apr - Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dimalukan di Felda Sungai Tengi apabila pengundi wanita dan lelaki tidak mahu bersalaman dengan beliau.

Kejadian berlaku apabila beliau tiba di kawasan tersebut dan terus ke kumpulan wanita untuk bersalaman.

Beberapa pengundi enggan bersalam dengan Maslan atas alasan adalah haram bersalaman dengan lelaki bukan muhrim.

Pengundi lelaki pula tidak mahu bersalam dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu kerana mereka mendakwa tangan beliau kotor disebabkan menerima rasuah.

Secara keseluruhan pengundian bagi pilihan raya kecil P094 Parlimen Hulu Selangor berjalan lancar walaupun terdapat sedikit ketegangan di Batang Kali.

Cuaca setakat pukul 11.45 pagi kelihatan baik walaupun Jabatan Kaji Cuaca menjangkakan hujan akan turun pada lewat tengahari.

Timbalan Pengarah I Bilik Gerakan Utama Pilihan Raya Kecil, Shuhaimi Shafiei berkata di Batang Kali keadaan agak tegang apabila petugas Barisan Nasional cuba merobohkan khemah petugas Pakatan Rakyat.

"Kita bukan dirikan pondok panas atau barong, hanya pondok untuk petugas kita berteduh dan berfungsi sebagai pusat penghantaran makanan dan minuman bagi petugas kita. Lagi pun penyokong kita di kawasan tersebut kurang daripada jumlah penyokong BN tapi alhamdulillah mereka masih bertahan di situ," kata

Shuhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Seri Muda.

Wartawan Suara Keadilan melaporkan penyokong BN bertindak liar sehingga menyebabkan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin hampir jatuh ditolak.

Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim tiba di Sekolah Kebangsaan Bandar baru batang kali kira-kira pukul 11 pagi dan hanya sempat melawat seketika sebelum meneruskan lawatan ke pusat pengundian lain.

Shuhaimi berkata laporan petugas di Dulu Selangor menyatakan pergerakan trafik agak lancar kecuali sedikit kesesakan ketara dilaluan Rasa-Batang Kali.

Tiga petugas Pakatan Rakyat juga dilaporkan hilang apabila tidak sampai di kawasan yang mereka ditugaskan di Ampang Pecah.

"Kekeliruan juga berlaku di Sekolah Menengah Datuk Kamaruddin kerana sekolah tersebut terdapat dua pusat pengundi dan pengundi agak keliru pada mula di mana mereka harus membuang undi," kata beliau.

Shuhaimi juga melaporkan dua khemah sewaan yang ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Batang Kali hilang kira-kira pukul 6 pagi tadi.

Sementara itu keadaan dikatakan tegang di Sekolah Rendah Agama Kalumpang apabila jarak antara kumpulan penyokong Pakatan Rakyat dan BN dikatakan terlalu dekat.

Pusat mengundi di situ mempunyai 945 pengundi dengan tiga saluran.

Sebelum itu pihak Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan seramai 200 daripada 1,350 pengundi berdaftar telah membuang undi di Sekolah Kebangsaan Kerling.

Di Kerling juga suasana panas apabila BN yang menggunakan remaja untuk mengejek penyokong Pakatan Rakyat yang lalu di kawasan tersebut. - SK

Terkini dari Hulu Selangor

Proses mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor bermula pagi ini sebaik sahaja pusat-pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi ini.

Sejumlah 48 pusat mengundi yang ditempatkan di 47 sekolah dan dewan masyarakat yang menyediakan 136 saluran mengundi mula dibuka untuk pengundi pagi ini, dengan diselia oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia diketuai oleh pegawai pengurus pilihan raya Nor Hisham Ahmad Dahlan yang merupakan Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Seramai 63,701 pengundi dijangka mengundi hari ini untuk memilih Anggota Parlimen baru kawasan itu, bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin.


7.45 am : Petugas dari AMK telah menahan 10 bas yang didakwa dipenuhi dengan pengundi hantu dari IKBN Ampang Pecah, berhampiran Kuala Kubu Baru.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin menyatakan mereka menunggu kedatangan polis untuk menyiasat 10 bas berkenaan.

8.00 am : Proses pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor bermula sebaik sahaja 48 pusat mengundi dibuka tepat jam 8.00 pagi

8.05 am : Di Sek Keb. Rasa, Para petugas dari PAS dan Keadlilan memulakan tugas di barung dan tepi jalan dengan mengibarkan bendera parti dan poster calon.

8.30 am: Bertaus-ratus pengundi kelihatan beratur di Pusat Pembuangan Undi Sg Tengi. Situasi tenang sekalipun kedua-dua pihak saling jerit menjerit antara satu sama lain

8.50 am: Harakahdaily melaporkan : Di pusat pengundian Sek. Ren J.K.C Khing Ming, kawasan pengundi Cina, keadaan juga masih lagi lengang.

Peyokong Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP berbaris di sepanjang jalan membawa bendera dan poster calon.

Hadir sama, Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu. Penyokong BN bagaimanapun tidak kelihatan.

9.00 am : SPR menyatakan 7,891 atau 12.23pc telah membuang undi setakat 9 am.

9.12 am Lawatan pertama Calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pagi ini ialah di Pusat Pembuangan Undi Sekolah Rendah Bandar Baru Batang Kali.

9.15 am Petugas PAS menganggarkan 100 daripada 1250 pengundi di SK Bkt Sentosa telah keluar mengundi.

10.00 am Polis leraikan pertelingkahan berpunca dari pertikaman lidah di antara penyokong PR dan BN di SRJK (Cina) Serendah.

10: 17 am : Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali. suasana mula hingar bingar mula berlaku ekoran saling berbalas sorakan oleh kedua-dua belah pihak penyokong.

Para wartawan berkumpul di sini sekoran menunggu ketibaan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

10.19 am Pengundian agak lembab Bukit Beruntung apabila kurang dari 10 peratus dari 1,400 pengundi di SK Bukit Beruntung menunaikan kewajipan mereka.

10.20 am Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Salleh sampai di Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali. Kekecohan tercetus apabila beliau ditolak oleh sekumpulan penyokong BN sehingga menyebabkan beliau hampir terjatuh.

10.45 am Kenyataan SPR menyatakan 16,932 pengundi atau 26.25 peratus telah keluar mengundi setakat jam 10 pagi.

10.46 am Di Batang Kali, penyokong Pakatan dan BN, bersorak dan mengejek satu sama lain. Penyokong BN memanggil penyokong Pakatan "bodoh, gemuk" dan melaungkan "liwat", manakala penyokong Pakatan membalas “Umno rasuah" dan “Apco-Umno, "Umno-Yahudi”.

11.00 am Tercetus pertelingkahan kecil di Ulu Bernam. Pergelutan kecil juga berlaku di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali antara penyokong Pakatan dan BN. Polis bertindak memisahkan kedua belah pihak.

Keadaan bagaimanapun tenang. Ada yang membawa poster foto calon, manakala segelintirnya kelihatan membawa poster Teoh Beng Hock.

11.00 am - Dari TVSelangor:



11.12 am Calon PKR Datuk Zaid Ibrahim tiba di SK Bandar Utama Batang Kali, melambai tangannya kepada para penyokong.

11.15 am Sejumlah 16,932 pengundi atau 26.25 peratus dari 63,701 pengundi di Hulu Selangor telah membuang undi setakat jam 10 pagi tadi.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan pengundian berjalan lancar dan ramai pengundi tampil membuang undi di awal pagi kerana cuaca yang mengizinkan.

11.15 am Sukarelawan PKR, Maznah Abdul Aziz, 59 mendakwa seramai empat pengundi kaum Tionghua di Sek. Keb. Batang kali Baru terkejut apabila dimaklumkan SPR bahawa nama mereka masing-masing telah dipindahkan ke Parlimen Kepong.

11.30 am SPR menyatakan 24,645 telah mengundi pada jam 11 pagi atau 38.21 peratus dari 63,701.

11.40 am TVS melaporkan Sekurang-kurangnya dua lelaki yang memakai kemeja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Sekolah Menengah Ampang Pecah, dikesan berkempen untuk Barisan Nasional dengan mengajak pengundi memangkah BN.

Tindakan mereka ini dikesali dan seakan-akan mengesahkan dakwaan betapa suruhanjaya itu berlagak sebagai parti komponen BN.

11.55 am Jalan sesak menuju ke Pusat Mengundi Batang Kali, bandar Kuala Kubu Baru & Kg Chuang Rasa.

Saturday, April 24, 2010

Tamrin Ghafar bersama Pakatan

Ramai yang terkejut dengan kehadiran anak bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba ke pentas PKR bersama ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim malam semaa Pakatanlam.

Dalam ceramah perdana Pakatan Rakyat di Felda Sungai Buaya, Tamrin, anak tokoh besar Umno itu tidak berceramah, sebaliknya duduk di atas pentas bersama pemimpin lain gabungan pembangkang.

Bagaimanapun, kehadirannya dilihat cuba digunakan sepenuhnya oleh Pakatan apabila Anwar sendiri memperkenal dan memuji kehadiran Tamrin bagi “bersama-sama” mereka dalam ucapannya.

“Ini kawan lama waktu kami dalam Umno dulu... waktu (dalam Umno) dulu-dulu,” katanya kepada lebih 5,000 pengunjung dalam ceramah di kawasan kubu kuat BN.

Tamrin yang kemudiannya bangun dan tunduk sedikit kepada penyokong Pakatan mendapat tepukan bergemuruh.

Bapa beliau, Tun Ghafar – yang mendapat jolokan 'ahli Umno yang setia' - sebelum ini pernah pernah mempunyai hubungan yang 'tegang' dengan Anwar apabila dicabar pengasas Angkatan Beliau Islam Malaysia (Abim) itu bagi merebut kerusi timbalan presiden Umno lama dahulu.

Ghafar yang mempunya rekod tanpa kalah – sama ada dalam pilihan raya atau pemilihan parti – bagaimanapun menarik diri apabila Anwar yang mendominasi pencalonan bertanding yang jauh melebihinya.

Tamparan balas

Turut berceramah malam semalam ialah Naib Presiden PKR Azmin Ali, Setiausaha Agung Saifudddin Nasution.

Musryidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang turun pertama kali ke Hulu Selangor malam semalam bagaimanapun gagal turut serta, difahamkan disebabkan keletihan.

Sementara itu, Saifuddin berkata, ketika terdapat segelintir pemimpin PKR yang melompat, kehadiran Tamrin mampu memberikan tamparan balas kepada BN.

“Kehadirannya malam ini membawa satu mesej, di sebalik tindakan keluar parti daripada beberapa pemimpin sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita ceramah selepas tamatnya ceramah tengah malam tadi.

Menjawab soalan, ahi parlimen Machang itu berkata, kehadiran Tamrin tidak dirancang, sebaliknya ia merupakan hasratnya sendiri.

“Kamu boleh tengok sendiri. Dia datang sendiri, dia balik pun sendiri. Tiada yang ambil, tiada yang hantar. Tiada sebarang sambutan bunga manggar,” jelas Saifuddin.

Bergegas pulang

Ditanya sama ada Tamrin telah menyertai parti, setiausaha agung PKR itu berkata, perkara itu hanyalah “formaliti semata-mata”.

“Saya belum semak rekod di pejabat (setiausaha agung),” katanya.

Usaha pemberita mendapatkan ulasan Tamrin selepas ceramah bagaimanapun gagal apabila beliau terus bergegas pulang selepas tamat ceramah.

Dalam ceramah tersebut juga, bekas ahli parlimen Sungai Besi daripada MCA Farn Seong Than (dipilih pada 1974) turut hadir menyatakan sokongan.

Bercakap kepada pemberita, Farn berkata keluar daripada MCA kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan baru parti Cina itu selepas Datuk SeriDr Chua Soi Lek dipilih sebagai presiden yang baru.

http://www.malaysiakini.com/news/130079

pastpjp : semakin hari BN semakin terdesak. Tak cukup dengan serangan peribadi yang melampau ditaburnya duit kepada penduduk Felda Sg Buaya. Dicucuknya hidung SPR. Dibelenggunya polis agar mengikut kehendak mereka.
Ya Allah..hancurkanlah UMNOAPCO ini. sesungguhnya Engkaulah Maha Besar dan Maha Penentu segala-galanya. Amin

Zentrum: Pakatan 51.7 peratus, BN 48.3 peratus

Hafiz YatimApr 24, 1012:27pm


Kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor terpaksa melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini.Apapun, yang pasti pertembungan antara Datuk Zaid Ibrahim yang mewakili PKR dan P Kamalanathan dari BN esok dijangka sengit.

Sehingga saat ini, kedua-dua parti menggunakan tempoh kurang daripada 10 jam berkempen untuk menggerakkan jentera masing-masing hingga ke saat terakhir dalam misi menawan hati pengundi, apabilah pengundian bermula jam 8 pagi esok.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengetuai jentera BN menggempur kawasan-kawasan yang dipercayai kubu pembangkang.Manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pemimpin lain bertungkus lumus cuba mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti tipis, 198 undi datipada jatuh ke tangan BN.

Mursyidul Am PAS yang jelas uzur dan terpaksa bertongkat juga sedang berkempen dan bertemu pengundi di Hulu Selangor.Lim Kit Siang dan Nik Aziz bertungkus memainkan peranan untuk tawan hati pengundi.Jika semalam Ilham Centre dalam kaji selidiknya mendakwa kemenangan akan memihak kepada Barisan Nasional, kajian sebuah lagi pertubuhan bebas menunjukkan pengundi Hulu Selangor mula mendekati Pakatan Rakyat.Kajian Zentrum Future Studies Malaysia, mengenai Analisis Kajian Mikro Persepsi Kepercayaan Politik menunjukkan Pakatan Rakyat yang diwakili PKR berada di hadapan dengan sokongan 51.7 peratus berbanding 48.3 peratus yang diperolehi Barisan Nasional.

Perbezaan tipis 3.4 peratus itu masih membimbangkan kedua-dua Pakatan dan BN apabila menuju penghujung kempen yang mungkin akan pengaruhi bagaimana pengundi membuat keputusan esok.Keputusan kajian yang diperolehi sebelum tengah malam semalam menunjukkan BN memperolehi 51.4 peratus sokongan manakala Pakatan pula mendapat sokongan 48.6 peratus pengundi.Ia akan menjadi menarik bagaimana keputusan malam terakhir hari ini sebelum pembuangan undi samada dapat memberi gambaran jelas siapa mendahului.

Zentrum yang diketuai pengasas dan presidennya Abu Hassan Hasbullah, dari Universiti Malaya mengumpulkan data secara harian kerana ia merasakan perubahan tertentu boleh mempengaruhi sentimen pengundi.Menurutnya sokongan kecil memihak kepada Pakatan atas alasan komunikasi dan peranan media baru, di samping kain rentang, poster dan ceramah yang kini dikatan memberi kesan.Zentrum berharap kajian ini boleh dijadikan rujukan untuk menentukan corak pengundian pada masa depan.Pemuda sokong PakatanKajian Zentrum menunjukkan 61 peratus masyarakat Melayu memilih BN manakala sokongan kaum India adalah sebanyak 54 peratus.

Namun sokongan kaum Cina kepada PKR berada pada tahap yang tinggi, iaitu 78 peratus.Golongan lelaki pula dilihat sebagai penyokong kuatan Pakatan dengan 58 peratus manakala wanita (69 peratus) menyokong BN.Apa yang lebih menarik ialah kajian menunjukkan 37 peratus wanita Melayu masih belum membuat keputusan sejak semalam berbanding wanita India dan Cina yang kebanyakkan mereka telah membuat keputusan.Turut mencuri tumpuan ialah kajian mendapati 57 peratus golongan muda iaitu responden yang berusia antara 21 hingga 30 tahun menyokong pembangkang manakala 58 peratus daripada golongan mereka yang berumur 31 hingga 40 juga menyokong calon PKR.Manakala golongan tua dan warga emas seperti mereka berumur yang 40 hingga 59 serta golongan berumur 60 ke atas adalah penyokong kuat BN.Peranan media baruKajian Zentrum juga menunjukkan 72 peratus penduduk kawasan bandar bergantung pada media baru. Manakala kajian juga menunjukkan media baru berjaya menembus 42 peratus ke kawasan pendalaman.

Beberapa faktor mempengaruhi corak mengundi setelah tempoh berakhir kempen hampir tamat iaitu:• pengaruh dan kehadiran pemimpin berpengaruh, • pengaruh media baru dan tradisional,• pengaruh atmosfera demokrasi seperti ugutan kepada kakitangan awam, masyarakat dan keluarga serta,• pengaruh budaya dalam isu agama.Kajian juga menunjukkan faktor yang akan menentukan kemenangan seseorang calon bergantung pada faktor pengundi yang akan keluar mengundi. Ia mengambil kira faktor umur dan jantina mereka. /Malaysiakini

Thursday, April 22, 2010

Isu Felda Sungai Buaya ‘barah’ hakis sokongan pengundi

Oleh G. Manimaran

HULU SELANGOR, 22 April — “Pampasan & Interchange, itu hak kami... 16 tahun ditipu, kami ada harga diri.” Demikian mesej salah satu kain rentang yang menyambut kedatangan tetamu-tetamu ke kawasan Sungai Buaya atau satu ketika dahulu dikenali sebagai Felda Sungai Buaya.

Selain mengharapkan tanah diambil dibayar dengan ganjaran sewajarnya yang dijanjikan, peneroka kawasan berkenaan juga menuntut satu persimpangan disediakan untuk dihubungkan dengan Lebuh Raya Utara-Selatan.

Jadi mereka gembira kerana persetujuan membina persimpangan itu sudah dicapai tetapi isu besar ialah pampasan hampir 80 peratus yang belum diperoleh lagi.

Kain rentang (gambar) ini sebahagian daripada puluhan kain rentang yang menghiasi kawasan penempatan felda ini.

Di sebalik mesej kain rentang terletak keluhan dan rintihan warga peneroka Felda Sungai Buaya yang masih menunggu janji kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) yang dibuat 16 tahun lalu. Kerajaan negeri ketika itu diterajui Menteri Besar Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Tinjauan The Malaysian Insider mendapati kerja-kerja memasang kain-kain rentang ini bukan perkara baru di kawasan Hulu Selangor kerana setiap kali berlangsungnya pilihan raya ia akan muncul untuk menarik perhatian ramai.

Kali ini isu ini mendapat tempat khusus ketika berlangsungnya pilihan raya kecil.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Sungai Buaya Barat, Akhir Diran berkata pihaknya sudah memberikan memorandum tuntutan kepada parti-parti yang bertanding bahawa pihak yang boleh menyelesaikan masalah ini secara muktamad dan selama-lamanya akan memperoleh undi mereka.

“Kami sudah menghantar memorandum ini baru-baru,” kata Akhir ketika ditemui majlis kempen anjuran Umno-BN di kawasan Felda Sungai Buaya Barat baru-baru ini.

“Ketika tanah kami diserahkan kepada pemaju, ketika itu ada 363 peneroka... kini tinggal 72 orang sahaja, tolak mereka yang sudah meninggal dunia,” kata Akhir, dalam 50-an, yang merupakan generasi kedua peneroka Felda Sungai Buaya ini.

Menyeberang jalan kedengaran kempen anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR dan BN meletakkan calon masing-masing pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor ini.


Bahagian Hulu Selangor terdiri daripada beberapa penempatan felda iaitu Sungai Tengi, Soeharto, Gedangsa, Sungai Tengi Selatan dan Sungai Buaya.

Bagaimanapun Felda Sungai Buaya telah diserahkan kepada syarikat swasta untuk dimajukan. Jadi, ia hilang gelaran felda tetapi masalah mereka belum selesai sehingga kini.

The Malaysian Insider dimaklumkan bahawa peneroka Felda Sungai Buaya pernah dijanjikan akan menerima kira-kira RM1 juta seorang sebaik sahaja mereka bersedia untuk menjual tanah mereka kepada syarikat pemaju pada penghujung 1994. Mereka seramai 363 peneroka menjual tanah itu kepada Syarikat Murnia Jaya Development Berhad.

Menurut Akhir, Murnia Jaya hanya menjelaskan sekitar 20 peratus wang yang dijanjikan. Pada 4 Sept 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam memberikan Murnia Jaya selama setahun setengah untuk melunaskan baki kepada 34 daripada peneroka yang membawa kes ini.

Peneroka-peneroka berkenaan menandatangai surat perjanjian menjual tanah mereka seluas 1,335 hektar kepada syarikat pemaju tersebut dengan janji mereka akan menjadi jutawan sebagaimana pernah disaksikan di Negeri Sembilan beberapa tahun lalu.

Disebabkan beberapa faktor termasuk kegawatan ekonomi 1997/98, kawasan berkenaan tidak berjaya dibangunkan sebagaimana dijanjikan.

Peneroka masih tunggu baki wang RM360 juta. Bagi tanah seluas 640 hektar belum dibangunkan.

Menjadi isu politik

Isu ini terus-menerus menjadi satu modal politik ketika setiap pilihan raya. Malah perkara ini turut dibangkitkan dalam satu kempen di bandar Sungai Buaya yang didiami sebahagian bekas peneroka felda berkenaan.

“Sebahagian daripada baki bekas peneroka ada yang tinggal di sini dan ada yang masih tinggal di kawasan tanah felda yang tinggal tanpa dibangunkan oleh syarikat terbabit.

“Ada yang masih meletakkan harapan pada saki-baki pokok getah, yang menghasilkan pendapatan sekitar RM100 sebulan... ini nasib mereka sekarang,” kata Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman kepada The Malaysian Insider selepas berkempen tengah malam tadi.

“Kami mengharapkan bantuan kerajaan khususnya kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah ini... ini sangat penting demi kepentingan peneroka dan penduduk di sini,” kata beliau dengan merujuk kepada keterdapatan kira-kira 1,700 pengundi di kawasan Sungai Buaya.

Mazlan yang juga anggota Jawatankausa Pusat PAS berkata, pihaknya menjangkakan kerajaan negeri akan membuat pengumuman penting Sabtu ini pada majlis Himpunan Warga Peneroka Felda.

Seorang penghuni Bukit Beruntung yang ada hubungan rapat dengan keluarga peneroka Sungai Buaya mengakui masalah peneroka Sungai Buaya ini akan menentukan menang kalah seseorang calon dan parti.

“Masalah membabitkan peneroka Felda Sungai Buaya ini seakan-akan jangkitan barah... dikatakan kanser kerana masalah ini merebak daripada masalah penduduk Sungai Buaya kepada masalah seluruh kawasan Hulu Selangor.

“Mengapa saya mengatakan begitu? Ini kerana masalah ini kini dilihat bukan sahaja membabitkan penduduk Sungai Buaya, tetapi pada hari ini apabila nasib mereka diabaikan, ia seolah-olah merebak ke seluruh kawasan Hulu Selangor.

“Ini kerana sanak saudara mereka, kawan-kawan mereka tinggal di kawasan Bukit Beruntung, Bukit Sentosa dan kawasan-kawasan sekitar yang lain, di mana masalah dan janji yang tidak ditunai sejak 15 tahun lalu turut mempengaruhi pengundi dan penduduk lain... mereka kata jangan buat janji kalau tak boleh tunai,” katanya.

Kesan akibat tindakan mengabaikan mereka, katanya, telah dapat dilihat pada Mac 2008 - membawa kepada kekalahan kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Membuktikan dakwaan itu ialah daripada 1,700 undi di Sungai Buaya, calon PKR memperoleh 565 undi manakala calon BN pula menerima 698 undi manakala di Bukit Beruntung pula, seramai 928 undi menuju kepada calon PKR dan hanya 645 kepada calon BN. Bukit Beruntung menyediakan sebanyak 1,962 undi. Undi Bandar Sungai Buaya juga memihak kepada calon PKR di mana daripada 549 undi diperuntukkan, sebanyak 310 undi diterima oleh calon PKR manakala 134 undi kepada calon BN.

Di daerah mengundi Bukit Sentosa 1 hingga 5, daripada 1,493 undi yang sedia ada, 718 undi diterima calon PKR dan 448 undi diterima calon BN. Sebanyak 401 daripada 764 undi Bukit Sentosa 6 hingga 12 diterima oleh calon PKR dan 254 undi diterima oleh calon BN.

“Jika dihalusi secara kawasan-kawasan sekitar Felda Sungai Buaya, saya anggarkan ada hampir 15,000 undi... di mana jika dilihat secara kasar, jika masalah besar ini diselesaikan, parti yang dapat menyelesaikan masalah ini akan memperoleh undi menentukan kemenangan mereka.

“Jadi persoalannya senang sahaja... selesaikan masalah ini dan siri masalah lain di kawasan lain antaranya di Bukit Beruntung,” katanya.

Arak dan Judi : PAS seru Umno bertaubat

Oleh Ustaz Idris Ahmad


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan syukur kepada Allah swt kerana strategi Umno yang menyebarkan kisah calon PKR-Pakatan, Zaid Ibrahim minum arak dan berjudi ketika bersama parti itu dahulu kini secara tidak langsung telah membuka mata rakyat.


Rakyat yang dahulunya menganggap pemimpin Umno sebagai suci dan pejuang Islam, kini sudah mengetahui hakikat sebenar bahawa mereka telah ditipu hidup-hidup. Pengakuan Zaid yang kini sudah bertaubat telah turut mengheret kepada pembongkaran beberapa lagi pemimpin Umno yang turut dikategorikan sebagai pelanggan kepada minuman dan hiburan yang diharamkan itu.



Nama-nama dan gambar mereka kini bertebaran diinternet, dari Presiden, Ketua Pemuda dan ramai lagi sudah diketahui umum. Malah bukan sahaja menjadi pelanggan atau peminat minum keras dan judi, beberapa pemimpin serta ahli perniagaan Umno juga sudah dikenalpasti sebagai pemilik, pelabur dan pengarah syarikat-syarikat arak dan judi yang terkenal di rantau ini.


PAS sudah lama mengetahui hal ini, dan serangan Umno kepada Zaid akhirnya mengesahkan tuduhan PAS selama ini adalah benar. Arak dan judi bukanlah perkara baru dalam Umno. Ketika awal-awal ditubuhkan, Umno bergantung harap pada Loteri Kebajikan bagi mengumpulkan dana untuk menjana program serta menubuhkan pejabat-pejabat mereka. Malah, hingga ke hari ini ramai pihak mempersoalkan sumber duit yang digunakan bagi membina pejabat Umno di PWTC.


PAS berasakan sudah cukup lama Umno bergeluman dengan arak dan judi ini. Sudah sampai masanya mereka menuruti jalan Zaid iaitu bertaubat. Tidak guna mereka dedahkan kesilapan lampau Zaid sedangkan mereka yang masih duduk dalam Umno masih lagi bergelumang dengan arak dan judi.


Malanglah Ustaz-Ustaz yang duduk dalam Umno, kerana hanya mampu menjadi rakan kongsi dosa-dosa pemimpin mereka dan tidak mampu untuk menyatakan perkara yang haram dan halal secara bebas demi untuk menyelamatkan periuk nasi mereka. Bertaubatlah wahai pemimpin Umno!


Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Catatan Ceramah Anwar di Hulu Selangor..UMNO ternyata biadap

Kira-kira 30 orang pemuda UMNO berada di luar pagar padang Pekan Kerling, memekik dan mengganggu sepanjang ceramah politik anjuran Pakatan Rakyat, yang membariskan ahli panel seperti Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayup, EXCO Selangor Xavier Jeyakumar, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar dan sebagainya.
Malah, ketibaan Anwar Ibrahim disambut dengan pekikan "Anwar babi" oleh pemuda UMNO, sementara dibalas dengan laungan "Reformasi" daripada penyokong PR. Suasana menjadi tegang apabila air botol dilontarkan dari luar ke dalam padang, mencungkil kemarahan beberapa orang penyokong PR.



Lantas beberapa orang penyokong PR meluru ke arah kumpulan pemuda tersebut, walaupun cuba dihalang dan ditenangkan oleh rakan PR-nya. Pada ketika ini, polis yang sebelum ini membiarkan kelakuan tersebut masuk campur tangan untuk meleraikan kedua-dua pihak. Keadaan hanya reda sepenuhnya selepas ketibaan sebuah trak Light Strike Force, kira-kira lima minit kemudian.

"Menyorok belakang punggung Saiful"

Kira-kira 100 meter dari luar padang, satu ceramah politik anjuran Bilik Gerakan UMNO cawangan Pekan Kerling yang bertemakan "Penipuan Pakatan Rakyat", menarik kehadiran kira-kira 150 orang. Ceramah tersebut berjalan lancar tanpa gangguan oleh mana-mana pihak. Antara isu yang dibangkitkan oleh penceramahnya termasuklah "Ketuanan Melayu", dan "Parti Kelentong Rakyat". 【UMNO ulangi retorik Ketuanan Melayu】

Ceramah politik PR pula diganggu sepanjang perjalanannya. Melihat kepada gelagat pemuda UMNO, Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar menyindir, "Kita ubah dari yang buruk kepada yang baik. Bukan berubah daripada yang buruk, kepada yang macam beruk."

Beliau sambung, "BN mampu berubah, ubah apa? Ini saya nak bagi tahu. Terjerit macam orang gila. Ketua kamu, Presiden UMNO-Barisan Nasional, Perdana Menteri, lantik agen Yahudi, Zionis, nasihatkan kerajaan persekutuan..."

Shamsul Iskandar membangkitkan isu APCO, mengkritik bagaimana wang dibelanjakan untuk melantik syarikat berlatar belakangkan Yahudi sebagai penasihat. "Sebab itu, mereka tak ada isu, mereka menyorok belakang punggung Saiful."



"Bagi RM100, dia jerit setengah mampus"

Anwar juga menyelar UMNO kerana mengupah pemuda untuk berpekik di tepi padang, "Orang bacul kekuatan dia, diupah 50 ringgit, bangsanya boleh gadai."

"Dia boleh jerit. Dia jerit, dia hina saya, aibkan saya. Dia ingat saya rasa apa? Tahu siapa yang pertahankan saya? Bukan kutu haprak di tepi jalan ini, yang pertahankan saya Sheikh Yusuf al-Qaradawi," kata Anwar sambil mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah dalam kes liwat seperti yang dituduh Saiful Bukhari.

Anwar (gambar kiri) juga mengambil kesempatan untuk menyindir, "Vincent Tan, satu gunung, satu bukit...(dapat) Ini pemuda UMNO jerit, dia dapat tanah mana? Taukeh judi dapat satu bukit, Genting, 16 ribu ekar, taukeh judi kedua, satu bukit, Bukit Tinggi. Yang pemuda UMNO ini dapat apa? Pemimpin dia dapat, yang bawah dapat 100 ringgit, dia jerit setengah mampus."

Kata-katanya dibalas dengan sorakan daripada kira-kira 500 hadirin, "Sebab itu, kita jangan lawan cara mereka. Tanya saya, jangan lawan cara mereka. Orang ini jahil. Orang ini tak ada ilmu. Orang ini you bayar dia 100 ringgit, suruh dia maki, dia maki. Kemudian esok kalau kita bayar 200 ringgit, dia maki balik (orang yang beri 100 ringgit)."

Sumber: *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

Wednesday, April 21, 2010

Projek Mee Segera..Turap Tar Waktu hujan



ehsan TVSelangor


HULU SELANGOR 21 APR: Dalam mengemis undi rakyat Hulu Selangor, pimpinan Umno Barisan Nasional k (BN) tidak ragu-ragu untuk mengerah agensi kerajaan bagi membuat projek mee segera demi memancing undi.

Tindakan itu menjadi 'trade mark' kerajaan Umno BN yang tergesa-gesa membina kemudahan kepada rakyat ketika musim pilihan raya sedangkan projek sedemikian, sepatutnya sudah dilaksanakan lebih awal.

Setiausaha DAP Selangor yang juga ADUN Kampung Tungku, Lau Weng San yang sedang memandu ketika hujan lebat terserempak dengan kontraktor JKR yang sedang menurap jalan di Jalan Ampang Pecah ke Kuala Kubu Bharu semalam.

"Dijalankan oleh JKR, pelebaran dan penurapan jalan di Ampang Pecah ke KKB. Saya pergi semalam, hujan di sebelah petang dan lebat. Kerja penurapan jalan diteruskan masa hujan lebat," katanya.

Beliau yang memiliki latar belakang kejuruteraan berkata tidak masuk akal melakukan projek berkenaan ketika hujan lebat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tungku Weng San menganggap ini adalah contoh terbaik projek mee segera Umno Barisan Nasional (BN).

"Jadi, ini projek mee segera yang dilakukan BN untuk pancing Undi. Saya ada foto. Kalau tanya pada pakar buat jalan, penurapan jalan pada waktu hujan adalah tidak masuk akal. Jalan akan mudah rosak selepas itu," katanya.

Menurut beliau, ini menunjukkan BN tidak ikhlas membela rakyat kerana projek ini bukan dijalankan secara menyeluruh tetapi hanya di beberapa lokasi dan musim tertentu sahaja bagi mengaburi mata pengundi.

"Kerja ini hanya musim pilihan raya tapi tidak meliputi seluruh jalan Ampang Pecah-Kuala Kubu Bahru. Kalau BN mahu naik taraf jalan, mereka perlu melakukannya secara terperinci dan bukannya ad hoc seperti ini," katanya.

Perasmian Kilang Arak Oleh PM UMNO 1966


Ceramah Perdana di Bukit Sentosa Pada 20 April 2010

Menghadiri ceramah PR di bukit sentosa oleh DSAI, TGHH,LKS, Tian Chua. Balik kul 1.00pagi...Pergi 4 org termasuk MJ, SD, CS dan PASTPJP








gambar diciluk dari ruangan forum TKO

Tuesday, April 20, 2010

MUSYRIKIN MEKAH = UMNOAPCO?

KUALA LUMPUR, 20 April: Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (gambar) menyelar tindakan pemimpin Umno/Barisan Nasional (BN) menyerang peribadi calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dengan mengungkit segala perkara yang dilakukan sewaktu menjadi menteri kabinet dahulu.

Menyoroti sirah, Taib berkata, serangan yang dibuat Umno/BN terhadap Zaid tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh kafir Quraisy terhadap sahabat Rasulullah s.a.w., Khalid Ibnu Walid.

Menurutnya, setelah Khalid memeluk Islam dan menjadi sahabat Rasululullah s.a.w., kafir Quraisy menyerang peribadi Khalid sebelum memeluk Islam dan menghasut para pengikut Rasulullah s.a.w. agar tidak memberikan kepaercayaan kepada Khalid.

"Dari sudut Islam, apabila khalid Ibnu Walid memeluk Islam dan beriman kepada Allah S.W.T., perkara ini yang dimainkan oleh kafir Quraisy dengan mencungkil balik sejarah buruk Khalid.

"Kita tahu Khalid merupakan orang yang bersungguh-sungguh ingin membunuh nabi sehingga masa peperangan Uhud, yang memimpin perang di kalangan kafir Quraisy ialah Khalid dan beliau bersiap sedia dengan pedang untuk membunuh Nabi.

"Tapi setelah beriman dia menjadi sahabat kanan Rasulullah s.a.w. dan orang yang dijamin syurga. Kedudukan ini yang diperoleh oleh Khalid dengan taubat dia dan sebagainya, maka kafir Quraisy bertindak menyerang peribadi beliau," katanya.

Taib mempersoalkan sikap pemimpin Umno/BN yang seolah-olah bersetuju dengan tindakan kafir Quraisy dan melakukan perkara yang sama dalam kempen mereka untuk memenangkan calon BN di Hulu Selangor.

"Bagi saya apa yang dimainkan oleh Umno dengan menyerang Zaid secara peribad, ini adalah rentak tari lama yang dimainkan oleh musyrikin. Oleh itu, para pengundi boleh bertanya, apakah Umno dan Barisan Nasional hari ini sama juga perangai dengan musyrikin dulu?”

"Apakah mainan Umno semacam ini, orang Melayu dan orang Islam boleh berpegang kepada perbuatan ini dan adakah orang Umno seronok sangat dengan rentak tari yang dimainkan oleh musyrikin dahulu?" soalnya.

Beliau juga berkata, Zaid sendiri telah mengaku kesalahan dan sewajarnya sebagai orang Islam berbaik sangka dan menerima pengakuannya dengan hati yang terbuka.

"Sekarang ini Zaid sendiri mengaku dan dia pun dah insaf jadi dalam konteks itu secara baik sangkanya. Kita sebagai muslim bahawa kita yakin bahawa beliau telah bertaubat kepada Alah dan jika Allah membuka pintu taubat kepada semua orang, kenapa kita tidak boleh terima secara rasional," katanya lagi.

Beliau turut mempersoal Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang mewar-warkan membela nasib Melayu tetapi menyokong calon MIC di Hulu Selangor.

"Mana letak duduk Perkasa yang menyokong orang Melayu. Dalam hal ini dia menyokong MIC.

"Apa yang ada pada kredibilti Perkasa. Untuk mendapatkan sokongan Melayu, mereka mendendangkan lagu Melayu tapi dalam meraih politik BN mereka menyokong MIC," katanya.


PASTPJP : Ternyata UMNOAPCO sudah kehabisan modal. Isu peribadi yang dimainkan sudah mula 'backfire' terhadap mereka. Pemimpin mereka yg masih bergelumang dgn najis arak dan maksiat sudah kepanasan. Dan sebab itulah mereka yang beriya-iya menghalang pelaksanaan hudud...

Monday, April 19, 2010

Gambar yang Iblis@Apco@U*N* Benci



Mengapa foto ini tidak disiarkan? Ini adalah kerana Iblis tidak suka melihat foto ini.




BETAPA jahat dan busuk serta Munafiknya mereka yang sengaja membawa kisah buruk calon Dato' Zaid. Dato' Zaid dengan jujur, berani dan insaf mengaku bahawa dahulunya ketika berada di dalam Umno bukan manusia yang bersih seperti Malaikat. Bahkan, tiada manusia yang boleh menjadi Malaikat suci dan bersih dari dosa. Cuma, manusia itu lebih mulia di sisi Allah apabila bertaubat dari melakukan dosa-dosa terdahulu.

Apabila seseorang manusia itu mengakui kesilapannya dan ingin menuju ke jalan yang benar, menjadi kewajipan kita membantu serta membimbingnya bukan mengutuk dan mancaci apatah lagi membuat fitnah yang berlebihan. Apakah kita ingin mengambil alih kerja Syaitan dan Iblis yang tidak suka manusia itu bertaubat?

Biar beribu foto yang disiarkan, biar beribu kisah aib yang dihebahkan dari mulut-mulut Syaitan dan Iblis ini yang dibantu oleh media berlidah Syaitan dan Iblis laknatullah, kita wajib membantu seorang insan ini yang mahu kembali ke pangkal jalan. Saya terharu dengan sokongan PAS kepada Dato' Zaid dan ini menggambarkan bahawa PAS akan sentiasa menyokong sesiapa sahaja yang sanggup berubah ke arah jalan agama. InsyaAllah, semakin kuat Syaitan dan Iblis ini menjaja keburukan Dato' Zaid, pasti Allah akan bersamanya.

Seandainya Dato' Zaid tewas sekalipun, beliau tetap menang di sisi Allah kerana orang yang menang itu sebenarnya adalah mereka yang sanggup meninggalkan dosa-dosa terdahulu. Bagaimana pula dengan puak mereka? Apakah mereka telah berubah? /wfauzdin.blogspot.com

Sah! Berahim Ali memang Katak...

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata beliau memberi sokongan kepada calon BN dari MIC, P Kamalanathan itu atas dasar 'kepentingan negara' dan sekaligus menafikan dakwaan beliau mengamalkan sikap perkauman.

Menurutnya, beliau ada menerima SMS daripada pihak tertentu yang menggesanya agar menyokong calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim kerana beliau seorang calon berketurunan Melayu.

"Melayu, Melayu lah. Tapi saya nak tengok pendirian politik beliau. Adakah beliau menyokong PERKASA. Mungkin beliau tidak menyokong," kata Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas.

Ibrahim memberitahu demikian dalam satu sidang media selepas berceramah di Batang Kali malam tadi.

Menurutnya, beliau menyokong Kamalanathan dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kerana beliau mengenali ketua penerangan MIC itu.

"Saya kenal beliau. Beliau seorang anak muda yang ada visi, dan bercakap pun yang fasih bercakap Melayu. Saya cukup kagum. Dan beliau juga seorang pengamal perhubungan awam. Ini sesuai menjadi seorang wakil rakyat.

"Beliau seorang yang muda dan bertenaga. Beliau tidak mempunyai kontroversi dan tidak membuat kenyataan yang bukan-bukan," katanya.

Selain Zaid dan Kamalanathan, dua lagi calon Bebas menyerahkan borang pencalonan mereka untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor 25 April ini.


pastpjp : Berudu belum jd katak hidup dalam air..makanannya lumut dan kulampair. Bila dah jd katak makanannya serangga kecil

Fairuz! Mana hang dpt duit yg byk tu?


Suatu ketika dulu sebelum bertindak keluar dari PKR dan menyertai UMNO, beliau telah datang ke Penanti di Permatang Pauh sekadar bertemu sahabat-sahabat lamanya yang banyak membantu beliau ketika beliau menjadi TKM1 Pulau Pinang dan ADUN bagi Penanti.

Dalam kunjungannya beliau telah menceritakan tentang keperitan hidup yang dialaminya setelah meletakkan jawatan sebagai TKm1 dan juga ADUN Penanti.

Katanya kehidupannya ketika itu serba kekurangan kerana dibebani masaalah kewangan untuk menyara kehidupan keluarganya di Selayang.

Katanya juga gaji yang diperolehi sebanyak RM4000.00 sebulan dari kerja yang diberikan oleh PKR adalah kecil jika dibandingkan dengan gaji semasa menjadi ADUN dan TKM1 dulu..

RM4000.00 sebulan.. itulah yang digunakan untuk membayar sewa rumah, itulah juga yang digunakan untuk membayar ansuran kereta , membayar bil Api, Elektirk dan Talipon dan dengan RM4000.00 itulah perlu digunakan untuk menyara anak-anak yang masih kecil..

Tambahan pula beliau tinggal di Selayang, kos sara hidup menurutnya adalah tinggi jika dibandingkan kos sara hidup di Pulau Pinang.

Jumlah itu adalah tidak setimpal dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh beliau kepada PKR, dan ianya juga adalah lebih kecil dari yang dijanjikan oleh DS Anwar Ibrahim..

Hidupnya perit sekali, nak berkunjung ke Pulau Pinang pun terpaksa menumpang kenderaan sahabat yang hendak ke Pulau Pinang karana tidak mampu..

Menurutnya lagi Ibunya sendiri pernah diherdik oleh DS Wan Azizah apabila ibunya menghubungi DS Wan Azizah meminta bantuan kewangan bagi pihak beliau..

Sedih dan kasihan menguasai perasaan apabila mengenangkan nasib beliau yang begitu perit..

Itu adalah luahan perasaannya bila ditanya tentang khabar angin tentang beliau akan keluar dari PKR tiga bulan sebelum berita mengenai beliau telah keluar dari PKR tersebar..

Dan setelah disahkan beliau telah keluar dari PKR ini pula antara luahannya kepada beberapa orang sahabat yang mempercayai dan menyokongnya semasa beliau menjadi TKM1 dan terus bersahabat dengan beliau selepas beliau meletakkan jawatan tersebut.

Apabila ditanya betulkah bahawa beliau tidak mendapat sebarang imbuhan dari Najib setelah mengistiharkan keluar dari PKR..

Jawabnya ialah “Wallahi, Wabillahi, Wataalahi saya tidak mendapat sesenpun imbuhan dari UMNO bila saya menyertai UMNO setelah mengistiharkan keluar dari PKR..”

Sumpahnya “Wallahi, Wabillahi, Wataalahi saya tidak mendapat sesenpun imbuhan dari UMNO” itu diulang sebanyak tiga kali untuk menyakinkan dan memang menyakinkan sekali.

“Mereka hanya memberikan saya kuasa menjaga dan mentadbir bangunan dimana terletaknya Pertubuhan Silat Gayung sekarang ini” tambahnya lagi..

“Tujuan saya menyertai UMNO adalah baik dan saya menyertai UMNO dengan secara sukarela bukan atas dasar kewangan, Saya mahu memperjuangkan nasib bangsa Melayu dari dalam UMNO.

“Saya menyertai UMNO itu pun setelah melakukan sembahyang Iztikarah memohon petunjuk dari Allah.

Tetapi hari ini segala kata-katanya diatas terbukti adalah rekaan semata-mata demi menagih simpati dan dalam masa yang sama menimbulkan kebencian kepada DS Anwar Ibrahin dan DS Wan Azizah.

Fairuz yang mendakwa menghadapi masalah kewangan dan tidak mendapat sebarang habuan bila menyertai UMNO telah menyelesaikan bayaran pinjaman membeli sebuah Mercedez Benz dengan Kerajaan Negeri berjumlah RM109,000.00..

Setelah tidak sampai 3 Bulan menyertai UMNO , Fairuz mampu membayar RM109,000.00 sekaligus dengan tiada imbuhan dari UMNO….

Saturday, April 17, 2010

Sekitar Penamaan Calon P 094 Hulu Selangor










'Kehangatan' di Kuala Kubu Bharu

Oleh G. Manimaran

HULU SELANGOR, 16 April — Kuala Kubu Baru atau terkenal dengan singkat “KKB” dibanjiri dengan lautan manusia dari seluruh negara bagi “memeriahkan” proses penamaan calon pilihan raya kecil ke-10 dan yang pertama di Selangor sejak Mac 2008.

Proses penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor ini, satu lagi pilihan raya kecil yang sengit khususnya antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), bermula 9 pagi.

Penyokong-penyokong parti utama yang bertanding berkumpul di kawasan sekitar bandar Kuala Kubu Baru sejak 6 pagi tadi.

Barisan calon bakal bertanding dijangka diketahui dua jam kemudian.

Ketika 37 borang penamaan calon sudah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat semalam, BN dan PR serta dua calon Bebas telah mengesahkan persaingan mereka.

BN menurunkan Ketua Penerangan MIC pusat P. Kamalanathan, yang dipilih hanya beberapa jam sebelum pengumuman rasmi parti itu di sebalik kemelut pemilihan calon manakala PR akan meletakkan anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

Kamalanathan merupakan muka baru dalam pilihan raya manakala Zaid pernah bertanding di kerusi Kota Baru pada 2004.

Bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon pagi ini jalan dari Dataran Kuala Kubu Baru menghala ke pekan itu dijadikan laluan sehala.

Bermula pukul 7 pagi ini sehingga tengah hari ini, jalan itu dijadikan sebagai laluan sehala dan kenderaan yang menghala keluar diminta menggunakan laluan Ampang Pecah menuju ke Rasa, kata polis.

Seramai 1,000 anggota dan pegawai akan bertugas bagi memastikan keselamatan masyarakat serta kelancaran perjalanan pilihan raya kecil tersebut.

Walaupun SPR meminta semua parti yang bertanding tidak membawa penyokong yang ramai ke pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini tetapi ia tidak mematahkan semangat penyokong masing-masing.

Setakat 7 pagi ini kira-kira 3,000 penyokong BN dan PR — terdiri pelbagai umur berkumpul jalan-jalan menuju ke kompleks sukan itu.

Semalam Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kehadiran ramai penyokong akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu rutin harian penduduk tempatan.

“Memandangkan pekan Kuala Kubu Baru tidak besar, kami meminta pemimpin parti menasihatkan penyokong masing-masing supaya berdisiplin dan mematuhi arahan,” katanya.

SPR telah membahagikan kawasan untuk pemimpin dan calon bersama penyokong parti bertanding iaitu BN dan PKR, yang diwakili PKR berkumpul dengan menjarakkan 100m antara mereka.

Abdul Aziz berkata pihaknya turut menyediakan khemah bagi 100 wakil parti pada hari penamaan calon iaitu hanya mereka yang mempunyai pas yang dikeluarkan oleh SPR sahaja dibenarkan memasuki kawasan di dewan itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR pada 25 Mac lalu kerana barah otak.

Pengundian akan diadakan pada 25 April ini.

Friday, April 16, 2010

Berita terkini dari Hulu Selangor

Saya telah menghubungi beberapa rakan yang aktif berkempen di Hulu Selangor sekarang ini. Antara yang saya dapat sedikit-sebanyak maklumat adalah:
1.0 Secara umumnya, kita masih terkebelakang dari BN tapi tak berapa jauh. Dalam 4-5% sahaja. Namun, kalau kita kerja keras, kita mampu mengatasi defisit ini.
2.0 Sambutan pengundi Melayu terhadap kempen Pakatan Rakyat agak baik. Tiada kedengaran pengempen Pakatan Rakyat atau PAS (kerana PAS menjaga kawasan Melayu) dihalau atau diusir dari kampung.
3.0 Ceramah-ceramah dapat diadakan di tengah-tengah perkampungan Melayu yang totok UMNO. Ini satu perkara yang amat luar biasa sekali. Dahulunya, nama kata nak buat ceramah pun tak boleh kerana tiada tuan rumah yang berani menjadi tuan rumah.
4.0 Untungnya ramai penyokong-penyokong tegar UMNO ini rupanya bukan fanatik UMNO. Mereka cuma tidak pernah mendapat maklumat dari pihak yang bukan UMNO selama ini. Maka ramai juga orang tempatan yang hadir dalam ceramah-ceramah kita.
5.0 Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna kita selesa dikalangan pengundi MElayu. Tetap dan wajib kita berusaha keras untuk menaikkan undi Melayu kepada calon Pakatan Rakyat.
6.0 Ini kerana setelah berpuluh-puluh tahun diasak dengan propaganda UMNO, maka ia akan memakan waktu yang agak panjang untuk menghilangkan daki-daki UMNO itu dari pemikiran mereka.
7.0 Isu calon PKR tidak menjadi isu langsung. Zaid Ibrahim adalah bekas menteri kabinet serta MP UMNO. Maka, ramai orang UMNO lebih menyukai beliau berbanding calon MIC yang tidak dikenali oleh majoriti orang Melayu di Hulu Selangor. Tetapi, ini bukan jaminan yang majoriti orang Melayu akan mengundi PKR. Masih perlu usaha yang gigih dan banyak.
8.0 Isu anak tempatan pun tidak menjadi isu kerana calon MIC pun bukan anak tempatan di situ.
9.0 Calon PKR juga amat disukai oleh pengundi CIna. Sememangnya Zaid Ibrahim telah lama popular di kalangan pengundi CIna semenjak beliau dalam Barisan Nasional lagi. Adapun Kamalanathan pula tidak dikenali oleh sesiapa pun dari kalangan pengundi CIna
10.0 Pengundi India juga perlu dikhuatirkan. Ini kerana sentimen calon bangsa India akan dimainkan oleh MIC sehingga hari mengundi nanti. Pada 2008 pun, undi India masih majoriti pergi ke Barisan Nasional dan Palanieval. Dalam pilihanraya kecil ini saya jangka tiada penambahan undi India kepada Pakatan Rakyat. Kalau dapat sebanyak 2008 pun dah kira baik.
11.0 Ezam Soros akan turun ke Hulu Selangor dan akan meminta maaf kepada semua orang kerana mempertahankan Anwar dalam isu liwat. Beliau seterusnya dijangka akan menuduh Anwar meliwat Azizan dan Sukma Darmawan. Beliau akan kata beliau sebenarnya tahu hakikat perangai Anwar yang suka jantan tapi sengaja berbohong kerana mempertahankan bos beliau.
12.0 Jentera UMNO dan BN nampaknya baru nak mula gerak. Manakala, jentera PKR dan PR dah lama bergerak. Tapi, BN ada media dan surat khabar, maka walaupun jentera mereka slow, mereka masih berkempen melalui media perdana.
13.0 UMNO nampaknya masih bersedih kerana calon UMNO tidak bertanding. Namun, kita bukan boleh percaya diorang ni. Nanti bila dah kena hulor, semangat diorang tu datang semula la.
14.0 Apa pun, pilihanraya ni akan menampakkan keputusan yang amat rapat. Jadi, tiada masa untuk berehat dan bersantai. Apa yang kita boleh sumbangkan kita wajib sumbangkan. Masa, tenaga, kederat malahan kalau mampu sedekah pensel sebatang pun takpa.
15.0 Bekas wakil2 PKR yang telah melompat akan turun berkempen. Tapi, rasanya mereka dah takda kredibiliti untuk dipercayai. Kalau Zul Nordin turun, pastikan kita ramai-ramai baling dia dengan batu.
16.0 Minta kita semua berdoa semoga Allah SWT memberi kita kemenangan di Hulu Selangor. Amiinnn
Tulang Besi

Zaid Pening, Anak & Isteri Ajak ‘Shopping’

KUALA LUMPUR : Calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk Zaid Ibrahim bersedia untuk mendedahkan kekayaannya tetapi mencabar Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan anggota pentadbiran Najib Razak untuk turut berbuat demikian.

Cabaran Zaid dibuat di hadapan kira-kira 300 orang dalam kempen tidak rasmi pertamanya di dewan serba guna Kampung Sungai Buaya baru-baru ini.

Pendirian Zaid itu turut dimuatkan dalam laman blognya.

Cabaran itu dibuat beberapa jam selepas Muhyiddin mengatakan bahawa Zaid dipilih sebagai calon PR kerana kekayaan beliau, bukannya kerana kemampuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Ekoran kenyataan itu, Zaid dalam nada berseloroh dalam tulisan di laman peribadinya mengatakan kini isteri dan anak kesayangannya sangat teruja untuk mengetahui di mana beliau sorokkan hartanya dan berkeras mahukan Zaid membawa mereka membeli-belah.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, sebahagian anggota Kabinet menentang idea mengisytiharkan harta ketika berkhidmat di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Zaid berkata beliau hanya merupakan menteri undang-undang dan kehakiman selama enam bulan.

Ketika itu katanya, beliau tidak pernah menyelia Petronas, tanah, air atau mana-mana sumber lain.

erapakatan

Tuesday, April 13, 2010

5 Sebab Kita Perlu Sokong UMNO/BN


oleh : ZulMamak

Artikel kali ini special sikit jika dibandingkan dengan biasa. Artikel kali ini memberikan 5 hujah tipikal kenapa kita MESTI mengundi UMNO. Kalau hujah untuk undi PAS/PKR dah biasa .

Kita lihatlah pulak hujah-hujah mengundi UMNO, baru adil. Kalau teman-teman UMNO ziarah ke rumah untuk kempen, jangan lupe untuk berkongsi 5 sebab ini dengannye:

1. UMNO itu sumber rezeki.
Inilah hujah pertama yang selalu dijaja oleh UMNO. Kata cerdik pandai UMNO, semua pembangunan di Malaysia ni ialah hasil jasa daripada UMNO. Kalau tiada UMNO, maka tiadalah pembangunan kerana rezki itu rupa-rupanya daripada UMNO belaka. Sekalipun ustaz ustaz di masjid selalu berceramah bahawa rezki itu dari Allah, cerdik pandai UMNO rupanya lebih bijak.

Pembangunan di Malaysia ni tiada kena mengena dengan sumbangan dan jasa atau titik peluh rakyat yang pro-Pakatan rupanya. Wang cukai dan tol yang dibayar rakyat yang pro-Pakatan pun rupanya tiada kesan.

Malah semenjak Pakatan memerintah Selangor dan KL ni, pintu rezeki dah tertutup agaknya, pada pemikiran cerdik pandai UMNO. Semua penduduk Selangor dan KL menjadi lapar dan kebuluran, malah hidup seumpama di Somalia.

2. Pemerintahan UMNO umpama mandat dari Tuhan

Inilah sebab kedua yang selalu digambarkan oleh cerdik pandai UMNO. Bak kata KJ, Pakatan memerintah hanyalah kerana kelemahan BN, tidak lebih dari itu. Profesor Aziz Bari pernah mempertikai kenyataan KJ ini kerana berbunyi seolah-olah hanya UMNO yang layak memerintah dan bagaikan UMNO mendapat mandat direct dari TUhan.

3. Hanya UMNO yang sayang Cina dan India.

Bak kata penyokong UMNO, hanya UMNO yang mampu memerintah kerana UMNO bertoleransi. Sekalipun ahli dan penyokong UMNO didapati terlibat dalam kegiatan memijak kepala lembu dan provokasi, dan masjid dan gereja terbakar berikutan kenyataan provokasi kepimpinan UMNO, itu semua hanyalah persepsi rupanya. Kasih sayang yang membuak dari UMNO dizahirkan dengan sokongan UMNO kepada ketua MCA aka Mr.DVD.

4. Anwar, Tok Guru etc ejen Zionis semuanya.

Sekalipun UMNO-Apco terpalit dengan pembuktian Apco ialah syarikat Israel-Zionis, rupa-rupanya Anwar lah ejen asing rupanya. Kenapa? Apa bukti? Buktinya ialah Najib pernah bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tak terlibat dengan Altantuya. Ezam dan Saiful pun pernah bersumpah dengan nama Allah. Rupa-rupanya, bersumpah dengan nama Allah ialah kayu ukur terkini UMNO untuk menentukan kebenaran.

Maka dijajalah cerita di BTN bahawa Anwar ect ialah geng Zionis belaka, dan Najib dan UMNO ialah pembela Islam No.1.

5. MP Lompat bukti UMNO parti suci.

Beberapa MP lompat pasti berkempan habis-habisan untuk memperjuangkan BN. Ini petanda UMNO parti suci. Kalau UMNO tidak cukup suci, mustahil MP yang terpalit dengan rasuah ini akan tergerak hati untuk menyokong BN.


PENDEK KATA, kalau penagih tegar UMNO mendengar 5 hujah bodoh ini, maka nescaya mereka akan mengangguk-angguk kepala mereka tanda setuju. Kalau dah ketagih tu, susah nak rawat. Biarlah mereka dengan khayalan mereka..

Monday, April 12, 2010

Fakta yang menakutkan dalam PDRM

oleh : http://chegubard.blogspot.com

Tulisan di bawah ini diperolehi dari penghantar email / orang sumber yang sama yang telah mendedahkan maklumat mengenai PDRM dan agen Zionis. Diperturunkan di sini maklumat lanjut dari pendedahan awal tempoh hari.

Singapura

Republik ini walaupun kecil tetapi taringnya lebih besar dari Harimau Malaya. Maka tidak hairanlah jika ada orang mengatakan jika Malaysia berperang dengan Singapura maka Malaysia akan kalah.Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?

Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.

Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura

Dalam menguruskan sistem keselamatan negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara.


Namun sekarang, ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura. Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa)

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM

Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H). Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. yang berpengkalan di Singapura.

Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta. Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah 'individu' yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.


Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan? Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah 'pakar' sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.


Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen. Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak? Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel .

Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia

Seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia.

Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.

Isu-Isu yang perlu diberi perhatian

Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus. Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding. Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi.

Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura. Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara

Kesimpulan

Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia.

Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara.

Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara.

Badrul Hisham Shaharin


PAsTPJP : Patutlah FRU buat 'kerja' ala-ala polis Israel terhadap rakyat Palestin ketika demo BERSIH terhadap rakyat Malaysia...000 baruku tahu

Sila Klik

Pages