Web TVPas


Sunday, July 3, 2011

Ali Ketam dah jadi Ali Batu

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersikap adil dan tidak sewenang-wenangnya menghukum seseorang tanpa bersikap bias.

Beliau juga perlu memainkan peranan sebagai pemimpin Umno dan juga sebagai Presiden Pesaka agar tidak menjadi batu api dengan menjadikan pihak-pihak tertentu sebagai alat bagi mencetuskan permusuhan.

Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri, Muhamad Aizat Bahrudin menyatakan demikian sebagai merujuk kepada Mohd Ali yang mahukan kerajaan Persekutuan melucutkan kewarganegaraan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga.

Katanya, kenyataan Ali di dalam akhbar Utusan Malaysia semalam yang mengatakan Ambiga bertanggungjawab atas kesalahan akan berlaku huru hara jika Bersih 2.0 diadakan juga suatu yang tidak adil.

Sedangkan, ujarnya acap kali dimaklumkan tentang jaminan oleh sekreteriat Bersih 2.0 bahawa himpunan itu adalah perhimpunan aman, tidak membawa senjata dan sekadar mahu menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Ianya bukan mahu menentang kerajaan seperti yang dikatakan Ali Rustam tetapi bertujuan menuntut hak rakyat melalui 8 tuntutan bagi pilihanraya yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, Ali Rustam tidak wajar meletakkan hukuman awal pada Ambiga sedangkan himpunan tersebut masih belum berlangsung.

Katanya, kenyataan tersebut seolah-olah terus menghukum Ambiga sebagai pencetus huru-hara dan perlu dilucutkan kerakyatan.

Persoalannya, kata beliau mengapa Mohd Ali tidak menyalahkan Pemuda Umno dan Perkasa yang juga turun berhimpun pada 9 Julai nanti.

“Mengapa pula tidak menyalahkan Khairy Jamaludin dan Datuk Ibrahim Ali sekali sebagai pencetus huru-hara sedangkan mereka juga berhimpun pada hari yang sama dan waktu yang sama, walaupun tuntutan mereka berlawanan dengan Bersih,” ujarnya.


sumber harakahdaily

Saturday, July 2, 2011

9 Julai..tarikh keramat

Setelah PAS memberi arahan kepada seluruh ahlinya menyertai perhimpunan BERSIH, dan juga Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tegaskan bahawa mahasiswa menyokong sepenuhnya himpunan berkenaan, 20 NGO belia turut menyeru ahlinya, pemuda-pemudi dan masyarakat Cina berani menyertai Himpunan Aman BERSIH 2.0 bersama dengan masyarakat Melayu, masyarakat India dan masyarakat orang asal pada 9 Julai 2011 jam 2 petang di Kuala Lumpur.

Di samping itu, pihak kami mengecam pengecut yang menghantar pesanan ringkas (SMS) mengugut untuk membunuh pemimpin NGO Ambiga Sreenevasan. Pihak kami meminta pihak polis menangkap orang yang menghantar SMS ugutan bunuh tersebut.

Menganjurkan dan menyertai perhimpunan aman tidak melanggar mana-mana undang-undang, sebaliknya, sesetengah pihak yang mahu gunakan cara kekerasan untuk mencapai tujuan bagi menghentikan perhimpunan aman BERSIH adalah kesalahan serius yang tidak dapat dan tidak boleh diterima oleh seluruh warganegara Malaysia yang mencintai tanahair.

Merujuk kepada kata-kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa SPR bersedia mengadakan pertemuan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dengan syarat gabungan tersebut membatalkan perhimpunannya pada 9 Julai ini, pihak kami langsung tidak boleh terima.

Jika mesyuarat itu dapat menyelesaikan masalah penyelewengan, boleh memberi tekanan ke atas SPR, maka banyak perkara yang tidak adil dalam pilihan raya akan diselesaikan sejak dahulu.

Kita difahamkan, telah berlakunya pelbagai penyelewengan dan juga terdapat terlalu banyak aduan dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil, tetapi langsung tiada sebarang tindakan pembetulan atau siasatan dengan jawapan yang munasabah dilaksanakan oleh SPR.

Tugas SPR adalah memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor, serta bukannya menghalang atau mencabul hak rakyat berhimpun.

Selain itu, pihak kami ingin mengingatkan pihak polis bahawa hak untuk berhimpun adalah hak asasi yang termaktub di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 (UDHR Artikel 20) dan Konvensyen Antarabangsa Hak-hak Sivil and Politik 1966 (Artikel 21).

Pencabulan hak asasi perhimpunan aman adalah kesalahan di sisi Perlembagaan dan UDHR. Tanggungjawab polis adalah menjaga keselamatan rakyat yang berhimpun dan bukannya menyurai dan menyerang rakyat yang berhimpun.

Orang ramai yang menghadiri perhimpunan aman BERSIH tidak akan seperti Ibrahim Ali yang katakan, akan wujud konflik dengan Melayu, ini kerana perhimpunan aman tersebut tiada kaitan dengan isu-isu perkauman.

Ibrahim Ali berpendapat bahawa masyarakat Cina dan masyarakat Melayu yang menghadiri perhimpunan aman akan saling konflik, pemikiran tersebut adalah tidak logik, serta dia meletakkan semua hal berasaskan kaum patut dikritik. Akhirnya, pihak kami menyeru seluruh belia negara berani turun ke jalan raya, semua kaum berpaduan dan bersama menjana tenaga demokrasi, demi sistem pilihanraya yang bersih dan adil.

Organisasi yang menyokong kenyataan bersama:

1. Pemuda Dewan Perhimpunan China Selangor dan Kuala Lumpur (Pemuda KLSCAH)
2. Bahagian Pemuda Persatuan Hokkien Selangor & Kuala Lumpur
3. Bahagian Belia Persatuan Sheng An Selangor & Kuala Lunpur
4. Bahagian Belia Persatuan HoPo Kuala Lumpur & Selangor
5. The Kuala Lumpur And Selangor Teo Chew Association, Youth Section
6. Persatuan Alumni PBTUSM Selangor & Kuala Lumpur
7. Bahagian Pemuda Persatuan Wui Leng Selangor & Kuala Lumpur
8. Bahagian Pemuda Persatuan Murid-murid Tua Sekolah Yu Hua Kajang Selangor
9. Malaysia Youth and Students Democratic Movement( DEMA)
10. Kesatuan Mahasiswa New Era Kolej
11. University Malaya New Youth Association
12. Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya
13. UTM Chinese Student Council
14. Solidariti Mahasiswa Malaysia
15. Persatuan Bahasa Cina UM
16. Persatuan Bahasa Tiong Hua UPM
17. UUM Student Progressive Front
18. USM Student Progressive Front
19. UPM Student Progressive Front
20. New Era College Student Progressive Front

Saturday, May 21, 2011

kerajaan Bini Rosmah..alahai


Selepas Najib dibelasah cukup-cukup dengan pelbagai isu, kini Rosmah pula yang dijadikan sasaran.

Bukan sekadar tuduhan rasuah dan kaitannya dengan kes Altantuya tetapi Datin Seri Rosmah Mansor ini ‘ditelanjangkan’ sepuas-puasnya peribadinya untuk memperkecil dan menjejaskan imej Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dengan kata lain, isu Rosmah kini semakin geger dan menjadi isu nasional kalaupun tidak antarabangsa.

Saya turut terbaca dalam satu tulisan oleh Bekas Budak Tingkat 37 PWTC pada blog http://ohsedapnya.blogspot.com bertajuk “PAK LAH TERPAKSA & DIPAKSA” ada menyebut;

“Ketika bermesyuarat dengan Dr Mahathir sekitar 1999 yang turut disertai Tun Daim Zainuddin, apabila nama Najib diajukan, Dr Mahathir berkata “kalau beri pada Najib, Rosmah yang memerintah!”

Apa pun ikuti dua rencana berikut bagaimana Rosmah digambarkan sebagai wanita ‘hodoh’ yang akan menjadi Wanita No.1 Negara.

1. Menjejaki Diari Rosmah,
Yang Bakal Ditabalkan Wanita Nombor Satu Negara !
( pahangdaily (17 Oktober 2008)

Rakyat Malaysia kini semakin ternanti-nanti seorang manusia yang bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. Jika dulu ayahandanya Tun Razak menjadi Perdana Menteri Ke-2 selepas Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj dan bergelar "Bapa Pembangunan", maka tidak lama lagi anakandanya iaitu Najib Tun Razak bakal menjadi orang nombor satu negara.

Biarpun pedih di hati, namun hakikatnya perlu ditanggung juga. Najib bakal mengambil alih kepimpinan negara menerusi agenda "peralihan kuasa" Pak Lah yang dijangka bermula Mac 2009 ini. Maka itu, hebohlah rakyat Pahang memperkatakan hal ini. Ada yang seronok dan berbangga dengan kenyataan ini, malahan ada pula yang mencemuh dan tidak tergamak menerima Najib sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia yang baru. Namun begitu, dalam ramai-ramai rakyat Malaysia yang menantikan detik bersejarah ini namun terdapat seorang manusia yang khabarnya sudah tidak dapat tidur lena.

Siapa lagi kalau bukan Rosmah Mansor, wanita yang senantiasa mendampingi Najib walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jarang benar kita melihat Rosmah, meninggalkan Najib hatta dalam majlis-majlis rasmi sekalipun. Malahan kita juga selalu melihat kelibat beliau ketika majlis sidang media ataupun ketika Najib menyampaikan hadiah dan cenderahati di atas pentas. Rosmah seolah-olah menbayangi Najib.

Beliau seakan takut Najib tersilap langkah, maka buruk padahnya. Umum mengetahui bahawa Rosmah terlalu "boros berbelanja", bahkan ada yang menyamakan beliau dengan bekas Presiden Filipina Imelda Marcos. Sikap beliau yang senantiasa disisi Najib membuatkan ramai yang mengganggap bahawa beliau "queen control". Apapun hanya Najib sahaja yang tahu sikap sebenar isteri kesayangannya itu.

Ramai yang tidak tahu kisah sebenarnya bagaimana Rosmah berjaya mendapatkan Najib dari bekas isterinya Tengku Puteri Zawiah iaitu seorang kerabat raja sebuah negeri di Pantai Timur. Ketika itu Najib adalah MB Pahang pada usia mudanya. Menurut maklumat Rosmah sentiasa berkunjung ke pejabat MB untuk bertemu Najib. Beliau dibawa oleh rakan karibnya iaitu Maznah Mazlan yang kini menjadi Timbalan Menteri dan ADUN Muadzam Shah.

Khabarnya, boleh dikatakan setiap hari Rosmah mengadap Najib, dan setiap kali itulah hanya Rosmah yang dibenarkan naik ke Pejabat MB, lain-lain orang tidak dibenarkan. Kejadian itu berlaku agak lama, hinggakan MB Najib ketika itu terpaksa mengarahkan pihak-pihak tertentu mengalihkan kenderaan MB untuk membuktikan beliau tiada di pejabat setiap kali Rosmah datang. Peliknya, Maznah hanya menunggu di lobi Wisma Sri Pahang tempat kejadian ini berlaku.

Hubungan pelik Rosmah yang datang ke Pejabat ini berlarutan agak lama, hinggalah ditemui isteri Najib dikatakan terkena penyakit misteri yang sukar diubati. Maka itu akhirnya, Najib menceraikan isterinya dan sanggup berkahwin dengan Rosmah setelah membayar sekian harga kepada pemilik Rosmah ketika itu (seorang selebriti terkenal). Entah berapa harga yang dibayar kita pun tidak pasti, mungkin ratus ribu atau juta agaknya. Akhirnya berjayalah Rosmah memiliki Najib, dan menurut maklumat maka bermulalah agenda Rosmah untuk menjadi orang nombor satu. Ini didedahkan kepada rakan-rakan rapatnya dan juga Maznah Mazlan. Berbanggalah Rosmah kerana memiliki lelaki seperti Najib Razak, seorang anak bekas Perdana Menteri yang amat disayangi rakyat dulu.

Hasratnya menjadi nombor satu tercapai seketika tatkala isteri Perdana Menteri Pak Lah, iaitu Hindon meninggal dunia akibat penyakit barahnya. Namun, perjalanan Rosmah sedikit terhalang selepas Pak Lah berkahwin kali kedua dengan Jeane Abdullah. Akhirnya hajat itu terbantut, namun usahanya tetap berjalan. Beliau terus melangkah dan melangkah, segala yang menghalang Najib pasti akan diketepikan. Maka wujudlah berbagai skandal yang mengaitkan namanya seperti kes Altantunya, isu pembelian kapal selam dan jet sukhoi, isu pakaian seragam pelatih PLKN dan banyak lagi. Perjalanan Rosmah sedikit terencat dengan isu-isu ini. Namun, baginya perjalanan semakin hampir cuma masanya belum tiba.

Akhirnya kini, Rosmah sudah hampir berada dikemuncaknya. Kelibat beliau lebih hebat dari mana-mana isteri raja-raja Melayu atau Perdana Menteri sebelum ini. Kemana Najib pergi, maka beliau tetap akan mengekorinya. Beliau terlalu marah jika wajahnya tidak dipaparkan dimedia ketika beliau berada bersama Najib dalam mana-mana acara rasmi. Pernah terjadi sebuah stesyen televisyen swasta di beri surat "tunjuk sebab", gara-gara mengambil gambar Najib dengan ternampak hanya tangannya sahaja di kaca TV. Rosmah tidak suka ini terjadi, beliau memberi amaran "tunggulah beliau jadi wanita nombor satu negara nanti".

Katanya itu masih terpahat dikalangan wartawan media terbabit. Mereka takut dengan amaran Rosmah. Beliau kini sedang mengatur strategi agar tidak ada orang yang menggagalkan rancangannya itu. Jika ada pasti "dipastikan" mereka akan gagal termasuklah Pak Lah, Anwar dan lain-lain lagi. Masa semakin tipis dan beliau harus berwaspada. Khabarnya beliau sudah mula berangan-angan untuk berada di Pejabat Perdana Menteri, bukannya Najib.

Bagi memastikan semua pihak berbuat baik dengannya, maka itulah beliau telah membelikan jam-jam tangan yang nilainya jutaan ringgit untuk diberikan kepada isteri-isteri pembesar negara dan raja-raja Melayu. Beliau sanggup lakukan semua ini demi mendapat sokongan dan yakin Najib akan menjadi orang nombor satu negara dan beliau bakal ditabalkan sebagai "wanita nombor satu".

Apakah hasratnya itu akan tercapai?. Rakyat dapat membayangkan, apakah akan terjadi jika beliau berjaya dengan impiannya ini?. Ada yang gusar dan takut apakah yang akan berlaku kepada rakyat terutamanya musuh Najib dalam pakatan pembangkang. Semua ini bakal terjawab dalam masa terdekat ini. Apapun, tidurnya sedikit "tidak lena" bila melihat mahkamah membicarakan Kes Hasutan Raja Petra yang kini ditahan ISA. Apakah ini maknanya Rosmah dan Najib akan dipanggil sebagai saksi selepas ini?.

Terdapat juga khabar angin, Mahathir ada memberi "kata dua" kepada Najib, jika beliau ingin mengejar impiannya itu beliau harus "lepaskan Rosmah". Ini kerana Mahathir tahu siapa Rosmah dan apakah kaitannya dengan skandal-sakandal yang dimaksudkan. Apapun, sama-samalah kita nantikan perjalanan Rosmah sebagai "wanita nombor satu" selepas ini.
Terkadang kita naik hairan dan pening melihat kelibat Rosmah yang senantiasa disisi Najib. Beliau seolah-olah takut najib akan meninggalkannya atau melakukan sesuatu yang akan menggagalkan hasratnya itu.

Sama-samalah kita berdoa agar Rosmah akan diberikan kesedaran untuk kembali ke pangkal jalan dan mengenali dirinya sebelum beliau menjaga perasaan rakyat. Bagaimana harus Najib dan Rosmah menjadi "nombor satu" sedangkan dalam masa yang sama rakyat diseluruh pelusuk negara baik di kampung, di bandar dan di desa mula sangsi akan penglibatannya dalam kes-kes berkenaan. Beliau tidak mahu ke mahkamah, hanya ahli parlimen BN sahaja yang mempertahankan bahawa Najib sudah mengaku tidak bersalah maka kenapa lagi mahu dituduh !. Punyalah bangangnya ahli parlimen BN ini. Jika begitu Anwar pun kata dia tak bersalah, kenapa pula mahkamah mendakwanya? Bezanya rakyat tak percaya kes Anwar tetapi yakin dan percaya kes Najib

ROS yg berduri

Oleh: WFAUZDIN NS

SALAHKAH Setiausaha Agung PKR mengadakan sidang media untuk memaklumkan bahawa parti tersebut telah menerima surat mohon tunjuk sebab mengapa parti tersebut tidak boleh diharamkan? Adakah notis sepenting itu yang melibatkan hidup mati parti itu perlu dirahsiakan dari ahli-ahli parti?

Kelmarin Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution telah mengadakan sidang akhbar memaklumkan bahawa parti PKR telah menerima notis dari ROS kununnya parti tersebut telah melanggar Perlembagaan dan berkemungkinan boleh diharamkan. Lebih melucukan lagi, notis tersebut tiada kena mengena dengan Perlembagaan Parti dan aduan yang disebut juga tidak melibatkan anggota parti. Jelas, pegawai tinggi dari ROS yang telah menandatangani notis tersebut cuai kerana tidak menyemak fakta terlebih dahulu.

Apabila sidang media dibuat oleh PKR, kecuaian dan ketidakcekapan Ketua Pengarah ROS diketahui umum dan berkemungkinan beliau merasa malu dengan kakitangan bawahannya. Oleh yang demikian, beliau menyalahkan PKR kerana mengadakan sidang media dan namanya tercemar akibat kebodohannya sendiri. Kununnya, mengadakan sidang media itu `kurang manis'. Adakah perbuatan beliau itu teramat manis dengan memajukan notis yang tidak betul tanpa fakta?

Ini bukan masalah `manis' atau tidak. Ini masalah maruah parti yang cuba dicemar dengan kaedah sedemikian rupa. Semua ahli parti berhak tahu apa yang menimpa parti mereka. Rakyat juga perlu tahu kerana PKR adalah sebuah parti yang besar apatah lagi Ketua Pembangkang adalah Ketua Umum parti ini. Mana mungkin perkara yang serius ini boleh dirahsiakan?

Saya ingin mengingatkan ROS, bekerjalah dengan tahap profesionalisma yang tinggi dan penuh integriti. Jangan cuba bertindak terburu-buru walaupun jika arahan itu datangnya dari pihak yang terlalu berkuasa. Apa yang berlaku baru-baru ini jadikan iktibar kerana ianya memalukan keseluruhan kakitangan di dalam Jabatan itu sendiri. Jika saya sendiri sebagai kakitangan ROS, saya tidak tahu di mana mahu letakkan muka dengan sikap bos yang begitu?/wfauzdin.blogspot.com

Wednesday, May 18, 2011

Tuan Hakim yang 'berwibawa'


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "benar" dan "berwibawa."

"Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri," kata Mohamad Zabidin dalam penghakiman hampir dua jam itu.

Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

Bagi mereka yang terdedah dengan undang-undang jenayah penghakiman Hakim tersebut boleh dikatakan agak aneh dan luar dari kebiasaan. Di akhir kes pendakwa jika Hakim membuat keputusan meminta Orang Kena Tuduh ( OKT ) dipanggil bela diri pihak Hakim hanya menyatakan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan prima facie.

Hakim tidak akan di peringkat kes prima facie ini membuat satu kesimpulan bahawa saksi-saksi pendakwa adalah benar dan berwibawa .Dan Hakim juga tidak akan sama sekali di peringkat kes prima facie ini menyatakan seperti Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah nyatakan di dalam kes Anwar iaitu " kejadian liwat itu benar-benar berlaku". Kenyataan Hakim tersebut benar-benar aneh dan luar biasa.

Mengapa saya begitu ? Mari kita lihat contoh berikut bagi memudahkan kefahaman kita.Di dalam kes jenayah terdapat dua fasa perbicaraan. Fasa pertama melibatkan fasa kes pendakwa. Dalam fasa ini pendakwa akan memanggil kesemua saksi mereka bagi menyokong pertuduhan ke atas OKT. Setelah kesemua saksi dan keterangan dikemukakan oleh pihak pendakwa kedua-dua pihak iaitu pihak pendakwa dan pihak peguambela OKT akan berhujah sama ada pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie.

Jika Mahkamah berpendapat terdapat kes prima facie maka fasa kedua bermula iaitu OKT akan diminta oleh Mahkamah untuk membela diri. Persoalannya adakah hanya kerana pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwa maka kesalahan yang dinyatakan di dalam kertas pertuduhan telah benar-benar berlaku dan dibuktikan ?

Mari kita lihat kes bunuh misalnya. Katakan pendakwa telah berjaya di akhir kes pendakwa membuktikan kes prima facie , adakah Hakim ketika memanggil OKT membela diri akan menyatakan bahawa "kejadian bunuh telah berlaku" ? Jawapannya sudah tentu tidak. Mengapa ? Pendakwa mungkin berjaya membuktikan prima facie bahawa kematian telah berlaku namun kematian itu bukan semestinya satu pembunuhan atau disebabkan oleh satu pembunuhan. Oleh itu seorang Hakim hanya akan dibenarkan membuat kesimpulan "kejadian bunuh telah berlaku" hanya setelah beliau meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa dan pembelaan.

Perlu diingatkan beban pembuktian bagi membuktikan pertuduhan adalah di bahu pendakwa dan beban pembuktikan itu tidak pernah berubah meskipun setelah OKT memberi keterangan membela diri.

Nampaknya hal tersebut tidak berlaku di dalam kes Anwar. Amat pelik dan luar biasa Hakim dengan tergopoh gapah menyatakan di peringkat kes prima facie bahawa " kejadian liwat telah berlaku" sedangkan Anwar dan saksi-saksi beliau ( termasuk Najib dan Rosmah ) belum memberi keterangan lagi.

Menyatakan bahawa " kejadian tusukan/penetrasi ( penetration ) ke atas anus Saiful telah berlaku" adalah berbeza dengan menyatakan " Kejadian liwat telah berlaku." Perbezaaannya adalah kenyataan pertama bermaksud mungkin tusukan ke atas anus Saiful telah berlaku namun ia tidak semestinya dilakukan oleh Anwar.

Kenyataaan kedua pula bermakna hakim boleh ditafsirkan telah membuat satu kesimpulan bahawa Anwar telah meliwat Saiful.

Bagi kes yang melibatkan tuduhan liwat Hakim tidak sepatutnya menyatakan " kejadian liwat telah berlaku" di akhir kes pendakwa tanpa Hakim mendengar keterangan OKT ( Anwar ) dan saksi -saksi Anwar terlebih dahulu.

Tetapi bukankah saya pernah dan seringkali mengingatkan para pembaca di ruangan ini bahawa tuduhan Anwar adalah melibatkan dakwaan Anwar melakukan perkara di luar tabie ( luar kebiasaan ) maka jangan sama sekali kita terkejut jika banyak benda-benda luar biasa berlaku di dalam kes ini.

Ini adalah siri perkara luar biasa yang baru. Lepas ini apa pula sama-sama kita tunggu !!! Saya percaya reaksi pertama rakyat Malaysia yang prihatin apabila mendengar Hakim menyatakan bahawa Saiful adalah saksi benar dan berwibawa adalah reaksi berikut : Adakah Tuan Hakim membuat satu lawak jenaka yang baru !!!

Keputusan terbaru ini menuntut kita bertanya soalan ini : " Adakah sejarah lama kini berulang kembali ?Adakah Umno fikirkan rakyat masih lupa apabila Hakim Dato' Arifin Jaka menyabitkan Anwar di atas kesalahan liwat beberapa tahun yang lalu Hakim tersebut juga memuji keterangan Azizan iaitu pihak pengadu di dalam kes tersebut.

Dato' Arifin Jaka menyatakan keterangan Azizan adalah tersangat kuat dan kukuh sekuat atau sekukuh gunung Gibraltar.

Come on Mr Perdana Menteri ! Takkanlah kamu tidak ada skrip yang lebih baik !!!

Mohamed Hanipa Maidin

Tuesday, May 17, 2011

UMNO SELANGOR??POOORAH




Inilah bukti sokongan orang Melayu kepada UMNO. Ini juga jawapan kepada Noh Omar yang kata boleh tawan 30 kerusi DUN untuk rampas Selangor.

Dalam dok kata DAP anti Melayu tiba-tiba UMNO buat perhimpunan di sekolah Cina. Inilah rupa sebenar UMNO, pejuang Melayu konon. Piiiirah......

Sunday, March 6, 2011

Terserlah sudah wajah sebenar UMNO berkaitan judi di Kelantan

Alhamdullilah. Thank You Allah swt. Akhirnya Allah swt tunjukkan kebenaran kepada kami meskipun ia memakan masa. Akhirnya Allah swt memakbulkan permintaan kami meskipun selama neh kami teruk diherdik bertubi-tubi. Siapalah kami tanpa Allah swt. Apalah erti kesabaran kami kalau bukan kerana Allah swt nak memberikan hikmah. Kali neh terbukti di depan mata. Tepat, sahih, dan benar. Saksilah kebenaran nya di depan mata. Kenapa PREMIS judi WUJUD di kelantan.

Ingat kenyataan ini TIDAK keluar dari MULUT ;

1. Tuan guru nik aziz

2. Tuan guru hadi awang

3. Semua KETUA dewan tertinggi PAS

Ia keluar dari MULUT orang yang UMNO paling SAYANG iaitu MCA.

LESEN JUDI di kelantan dikeluarkan, diberikan, disahkan oleh ;

KERAJAAN PUSAT YANG BERNAMA BARISAN NASIONAL

YANG DIKETUAI OLEH UMNO

YANG MENGAKUI MEREKA ISLAM

YANG MENGHINA PAS SEBAGAI SESAT

Inilah orang yang mengherdik saudara se-agamanya sendiri ble PAS mementingkan islam

Inilah orang yang menikam saudara se-agamanya sendiri ble PAS mementingkan akidah umat islam

Inilah orang yang mengagalkan setiap rancangan dakwah PAS ble PAS berdakwah kerana Allah swt...

Inilah dia..

Dan inikah yang anda sokong? Anda undi anda dapat. Allah swt tanya, anda jawab!




SUMBER: TGNA

Saturday, March 5, 2011

fitnah yg melampau terhadap Tuan Ibrahim oleh agen Yahudi Malaysia (UMNO+APCO)

Para pemimpin dan media Umno terbukti berbohong ketika mereka memfitnah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membeli tanah peneroka Felda kerana ianya sebenarnya dibeli oleh pihak lain.
Ia sebenarnya dibeli oleh Ibrahim bin Osman, seorang guru yang hanya meminjam duit dari Tuan Ibrahim dan kini tanah itu dicagarkan oleh Ibrahim kepada MARA untuk satu pinjaman lain lapor Harakah Daily.

"Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.

"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya
menjelaskan kesemua pinjaman itu.



"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak MARA atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd (gambar)," kata Ibrahim dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang ini.

Ibrahim menjelaskan fitnah yang dibuat Umno dan medianya terhadap Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau Datuk Tuan Ibrahim dengan mendakwa beliau membeli tanah peneroka Felda yang dalam kesempitan bukannya membantu beliau.





(Gambar Atas: Bukti yang menunjukkan tanah itu adalah milik syarikat Cikgu Ibrahim, Pintar Kesuma sdn bhd. Ini adalah borang permohonan cagaran tanah kepada MARA)

Blog Umno juga ada mendakwa Tuan Ibrahim sebagai lintah darat ekoran laporan itu.

"Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau.

"Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa," kata Ibrahim Osman.

Oleh itu, katanya, soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar.

Tuan Ibrahim dalam sidang media itu berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini dan hanya membantu meminjamkan wang kepada Ibrahim sahaja.

"Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini," kata Tuan Ibrahim.



Juragan : Di Tenang blogger Haram Umno Fitnah pasal Solat 2 Imam..Berjayaaa!!
kini..media dan blogger haram tu,sekali lagi menjalankan kerja-kerja ke lubang nerakaaa!!!

PRK Kerdau dan Merlimau




Pas TPJP mendoakan agar calon-calon PAS di kedua-dua tersebut dapat membuat suatu kejutan yang boleh membangkitkan semangat baru untuk menghadapi PRU yang ke-13 nanti.
Dalam hal ini para pengundi di Kerdau dan Merlimau mesti berani membuat perubahan agar dapat menyedarkan penguasa bahawa mereka tidak boleh selama-lamanya menipu rakyat.
Kenaikan harga minyak dan barang serta polemik saman ekor yang menyusahkan rakyat itu perlu memberi satu kesedaran kepada para pengundi untuk membuat perubahan.
PAS TPJP juga mengucapkan selamat berjuang kpd ahli-ahli dan pejuang pas di TPJP serta kawasan subang di kedua-dua kawsan tersebut.
Kempen mesti dioptimumkan walaupun kita menghadapi provokasi yang cukup luar biasa drp puak2 UMNO.
Sesungguhnya perjuangan itu tiada noktahnya.
selamat mengundi kepada pengundi di Kerdau dan Merlimau. Undilah calon PAS.
Selamat bekerja kpd para pekerja parti. ssesungguhnya Allah jua yg dapat membalas terhadap usaha-usaha anda itu..
takbir 3x

Sila Klik

Pages