Web TVPas

Monday, March 29, 2010

Mahathir ckp agama tetapi tak reti al-Quran

Ketika ditanya mengenai kes sebatan terhadap Kartika sejurus selepas merasmikan mesyuarat Perkasa @ Perkosa kelmarin, seperti biasa Dr Mahathir menyampaikan beberapa hujah agama mengikut andaiannya sendiri. Tapi yang seronoknya apabila Dr Mahathir berkata dia sendiripun tidak pandai baca al-Quran:


“Saya baca al-Quran tapi tak lah pandai...," kata Dr Mahathir.


Jika baca Quran pun tak berapa pandai, bayangkan bagaimana orang seperti Dr Mahathir berani bercakap tentang hukum agama dan menyanggah pandangan ulamak yang menguasai ilmu agama. Di zaman beliau memerintah dahulu, Dr Mahathir pernah memperlekeh sunnah Nabi, mempertikai beberapa hukum agama dan pernah mengesyorkan tafsir Quran dikaji semula bagi menggambarkan 'Islam sebenar' yang diyakininya.


Jadi sekarang kita faham apabila Dr Mahathir sering memberi pandangan tidak cerdik mengenai Islam, salah satu puncanya adalah kerana dia sendiri tidak begitu menguasai ilmu agama, malah baca Quran sendiri pun dia tidak pandai. Cuma yang memusykilkan, jika tak pandai mengapa sering berlagak pandai?


~ pendikar gunung kriang

Friday, March 12, 2010

Ibrahim alkataki kantoi..

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim hanya mentertawakan tuduhan yang mempersoalkan kewibawaannya sebagai aktivis Melayu ekoran kaitannya dengan jutaan Cina, Tan Sri Vincent Tan.

Tuduhan itu tersebar di internet empat hari selepas beliau mengecam tokoh-tokoh korporat Cina, termasuk Tan Sri Vincent Tan, yang digelarnya 'tauke' dan "mendominasi" ekonomi dan seterusnya menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik dan sosial.

Bagaimanapun, tersebar laporan di internet yang menunjukkan hubungan Ibrahim dengan syarikat Dunham-Bush Malaysia, yang pernah dimiliki Tan.

Penulis blog Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dalam lamanwebnya Malaysia-Today, salinan laporan tahunan 2003 syarikat berkenaan yang menunjukkan Ibrahim adalah salah seorang anggota lembaga pengarahnya.


Ketika menjawab SMS dari Malaysiakini, Ibrahim berkata tidak ada salahnya urusan perniagaannya dengan Tan kerana ia tidak menolak hakikat bahawa tokoh-tokoh besar perniagaan Cina mendominasi bidang ekonomi.

Sebaliknya, kata Ibrahim, beliau bercakap mengenai ekonomi makro dan isu-isu dalam gambaran lebih besar.

Beliau bertanya apakah masalahnya jika beliau berurusan perniagaan dengan ramai rakan-rakan Cina dan mempunyai rakan kongsi Cina.

pastpjp : nah....lihatlah bercakap berdegar2 tapi ekor bergelumang najis...

Tuesday, March 2, 2010

Awang Adek yg tak tahu malu

Oleh: ahmadfadhli

"Malaysia bahkan dunia pun mungkin telah mencatat sejarah yang menarik apabila sebuah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia pernah digegarkan dengan kempen agresif UMNO/BN di dalam menawan Kelantan.

Bermula dengan kempen ”18 Pade Doh” sehinggalah kepada menabalkan ”Bakal Menteri Besar”, UMNO / BN terus kempunan di dalam menawan Kelantan. PAS terus gagah bersama Pakatan Rakyat meninggalkan hanya 6 kerusi untuk UMNO.

Sayangnya, barangkali mimpi bakal menteri besar masih belum habis. Nyata sekali, bakal menteri besar berkenaan, YB Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein masih bermimpi, angin Pantai Bachok yang kadang-kadang kencang gagal mengejutkannya dari mimpi yang diulit oleh bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan sendiri. Sayang sekali, mimpi ini semakin beralun indah apabila diberikan teraju mengendalikan duit wang ehsan yang entah dari mana datangnya.

Bakal Menteri Besar sekali lagi mengegarkan ketenangan bumi Kelantan. Kali ini apabila YAB Menteri Besar yang sah dinafikan hak untuk membuat pelepasan pelumba-pelumba Le Tour de Langkawi (LTdL) semalam. Bukanlah soal berebut untuk bermegah-megah, isunya ialah semua pihak perlu tahu di bumi mana mereka sedang berpijak. Bumi Kelantan ada Rajanya, ada Menteri Besarnya, ada rakyatnya yang telah menolak UMNO/BN secara total di dalam pilihanraya yang lepas.

Tuan Guru Menteri Besar telah dijemput dari awal untuk membuat pelepasan peserta LTDL. Petang sehari sebelum berlangsungnya pelepasan, Datuk Awang Adek memohon untuk turut hadir bersama. Persetujuan telah dicapai dengan Menteri Besar akan membuat pelepasan diiringi oleh Datuk Awang Adek. Bukankah itu satu kompromi yang baik dan jernih? Setidak-tidaknya Awang Adek tidak dilihat sebagai tidak cerdik. Paling kurang pun sudah mengiringi Menteri Besar sekalipun gagal menjadi Menteri Besar yang sah.
Pagi hari pelepasan jam 9.15 pagi, pengesahan dibuat bahawa Menteri Besar yang akan membuat pelepasn. Sayangnya, entah sihir apa digunakan, kedatangan Menteri Besar tidak dialu-alukan. Datuk Awang Adek langsung tidak berdiri sewaktu kedatangan Menteri Besar sebagaimana orang lain. Bahkan pada peringkat awalnya, hanya Awang Adek dan Pengarah JPP Kelantan dibenarkan untuk berada di atas pentas manakala Menteri Besar di bawah! Teruk sekali apabila orang yang bermimpi masih belum terjaga!

Akhirnya, yang dijemput membuat pelepasan hanyalah Datuk Awang Adek meninggalkan Menteri Besar yang sah. Konspirasi apa yang dirancang tidaklah diketahui, yang jelasnya kejadian tersebut benar-benar memalukan. Bukan memalukan Menteri Besar, tetapi memalukan Awang Adek sendiri yang langsung tidak menghormati pemimpin negeri yang sah di majlis yang sama.

Bak kata YAB Tuan Guru Menteri Besar sebentar tadi di dalam Dun Kelantan, ” Malu hanyalah harta orang beriman. Orang yang tidak beriman tidak malu. Bahkan lembu kerbau juga tidak malu. Orang yang tidak malu kulit mukanya lebih tebal dari kulit kaki..”

AHMAD FADHLI BIN SHAARI
2 Mac 2010 : 11.00AM

Penulis merupakan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.
"

Sumber: http://ahmadfadhli.com.my/2010/03/%E2%80%98bakal-menteri-besar%E2%80%99-masih-bermimpi/

Penganjur LTdL sabotaj TGNA

KOTA BHARU, 1 Mac: “Kami telah berbincang dan bersetuju memberi penghormatan kepada Menteri Besar bagi melepaskan pelumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) seperti tahun-tahun lepas. Namun malangnya ada sabotaj di saat-saat akhir apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pula diminta penganjur melepaskan peserta, sedangkan Menteri Besar ada pada majlis berkenaan,” kata anggota Exco, Abdul Fattah Mahmood (gambar).

Menurutnya, tindakan pihak penganjur itu secara jelas telah memperlekehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai ketua kerajaan negeri.

“Sedangkan sejak peringkat awal lagi perlumbaan LTdL diadakan kita memberi segala kerjasama sebaik mungkin,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Upacara pelepasan pelumba ke Kuala Berang, Terengganu diadakan di Dataran Rehal pagi tadi.

Dan tengah hari semalam, Menteri Besar hadir pada program pengenalan pasukan bertanding yang diadakan di sebuah hotel.

Abdul Fattah yang juga Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri telah memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan program tersebut.

Malah katanya, persetujuan telah dicapai di mana acara pelepasan dilakukan Menteri Besar, namun apa yang berlaku pagi tadi begitu mendukacitakan.

Oleh itu, beliau berkata kerajaan negeri akan mengutus surat kepada pihak penganjur bagi menyatakan kekesalan terhadap insiden terbabit.

LTdL tahun ini buat pertama kali dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan disertai 20 pasukan.

Perlumbaan melibatkan tujuh peringkat sejauh 1,013.9 km bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai RM710,650.

LTdL 2010 menjadikan Kelantan sebagai tempat pelepasan pertama peserta bagi memulakan cabaran Kota Bharu ke Kuala Berang sejauh 174.5 km.

Abdul Fattah juga mendakwa tindakan Awang Adek dianggap biadap kerana semasa ketibaan Menteri Besar beliau tidak bangun, sedangkan VIP menghormati kehadiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Sila Klik

Pages