Web TVPas

Thursday, June 18, 2009

Isu Kerajaan Perpaduan

TPJP sebenarnya tak update blog ini selama 2 hari ini kerana dok pening dengan isu UG yang telah menghuru-harakan PAS sekarang ni. Bukannya apa parti yang didokong oleh TPJP dan kengkawan boleh bercelaru dengan ungkapan sial(maaf...) kerajaan perpaduan(UG) ini. Pada pandangan TPJP kedua-dua puak dalam PAS ini mempunyai pandangan dan alasan tersendiri dalam mempertahankan pendirian masing-masing. Pada saya HJ Hadi, Nasha dan Cikgu PA ini mengutarakan UG ini atas alasan untuk bangsa. BAgi TPJP tak timbul mereka tergila-gilakan jawatan menteri. UMNO dan PAS terlalu banyak persamaannya iaitu dari segi bangsa(Melayu), Agama(Islam) bezanya adalah dari segi siasah(Politik). Perbezaan ini telah memecah belahkan masyarakat melayu di Kelantan, Terengganu dan sebagainya. Sedangkan politik bangsa lain(Cina dan India) bersatu dalam apa keadaan sekalipun..contohnya isu Elizabeth..MCA pun sokong w/pun berlainan parti. Kuasa politik melayu makin mengecil dengan keadaan ini. Sedangkan DAP dan PKR yang kebanyakannya didominasi oleh kaum CINA dan India contohnya Perak semakin kukuh.
Bagi TGNA pula sudah masak dengan perangai UMNO sejak bersatu pada tahun 1974 yang lalu. Mainan politik UMNO cukup hebat sehingga PAs telah dinyahkan oleh BN pada tahun 1977 dan 1978, PAS dikalahkan dengan begitu teruk sekali. Pahit maung yang dirasai oleh TGNA itu sangat menebal sehingga kemuncak kemarahannya telah meletus umpama Gunung Karakatoa yg sudah lenyap itu.
OLeh itu saya mengharapkan blog tertentu agar tidak mengeluarkan kenyataan yang menghina mana2 pihak dalam pimpinan PAS sekarang. Sama ada puak UG atau tidak. Ada blog yang sanggup menterbalikkan gambar UStz Nasha dan melabelkan mereka dengan macam2 penghinaan yang TPJP rasa sudah terkeluar dari batasan akhlak dan sakhsiyah yang dibentuk melalui jemaah. seolah-olah pentarbiyahan yg diterima sia-sia sahaja. TPJP mengharapkan agar blog2 tersebut tidak mengeluarkan hinaan yg melampau seperti itu. Awasilah..UMNO sekarang sedang bertepuk tangan atas 'perpecahan' yang berlaku ini insafilah...

Dalam hal ini TPJP petik posting daripada blog cenangau yg mengulas posting MSO :
"Aku sangat setuju dengan mantik yang MSO guna dalam blog dia bila dia ulas pasai TG Nik Aziz suruh Ust Nasa letak jawatan. Cumanya aku kena tambah sikit lagi bagi lagi tepat, bagi lagi kena dengan keadaan dan suasana sebenar.

Yang dia marah sangat kat anak dia sampai sanggup halau anak dia dari rumah tu pasai anak dia tu bangang, awat aku tak kata bangang kalau perempuan yang anak dia nak kawin tu jenis kaki kelentong, jenis yang suka penaya kat orang, jenis yang suka makan benda haram, jenis yang besar kemungkinan shadah pun dah jatuh tah kat mana.

Tambah lagi marah dia pasai dia dah nasihat perempuan tu suruh berubah kalau sungguh nak kawin dengan anak lelaki dia. Tapi perempuan tu memang jenis tak boleh pakai, bukan kata nak berubah, dengar pun kalau boleh dia tak mau. Langsung takdak nampak kata nak berubah. Tak berenti jugak kelentong orang, tak berenti jugak penaya kat orang, tak berenti jugak makan benda haram dah yang lagi teruk tak mau jugak bertaubat.

Apa la punya dayus punya bapak kalau anak nak kawin orang macam tu pun dia bagi restu jugak. Dia tau sangat yang dayus tu jawabnya masuk neraka. Dia bukan jenih tak mengaji malah dia yang ajar orang mengaji, rata surau dia pi, rata masjid dia masuk, malah sampai dalam dewan dengan wakl rakyat pun dia bukak kitab ajar mengaji.

Dia buat macam tu pasai dia nak bagitau yang dia sungguh-sungguh tak setuju dengan pilihan anak lelaki dia sebagai bini yang bakal jadi menantu dia yang bakal jadi mak kepada bakal cucu-cucu dia, bakal jadi nenek kepada bakal cicit-cicit dia.

Dia buat tu bukan pasai dia benci kat anak dia, tapi dia buat tu pasai dia sayang kat anak dia. Dia buat macam tu pasai dia fikir masa depan anak lelaki dia, dia fikir masa depan bakal cucu-cucu dia, dia fikir pasai masa depan bakal cicit-ccit dia.

Dia harap dengan tindakan keras dia tu, anak dia akan fikir balik, pasai apa ayah dia sanggup sampai halau dia dari rumah. Dia harap sangat anak kelaki kesayangan dia tu fikir betui-betui, fikir dalam-dalam, fikir masak-masak. Dia harap sangat anak dia tu ubah fikiran.

Tak patut sangat anak dia tu putuskan pertunangan dengan orang lain semata-mata nak kawin dengan perempuan yang macam tu..

Kalau anak lelaki dia tu budak lagi boleh la jugak dia tibai dengan talipingang, tak pun balum dengan pelepah nyoq kalau takmau dengar jugak, ni dah besar panjang, dah patut jadi laki orang...

Entry ni adalah edisi panjang dari komen aku kat blog mso. Aku pun taktau pasai apa aku marah sungguh masa tu. Aku terus komen dila sampai tang ayat tu."

TPJP : Masya-Allah apa nak jadi dengan PAS. Menerima dugaan yang cukup hebat ini.

No comments:


Sila Klik

Pages