Web TVPas

Friday, June 19, 2009

Kes Liwat DSAI versi 2


Laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang diperakukan oleh 3 pakar mengesahkan tidak ada bukti Saiful Bukhari Azlan diliwat sebagaimana yang didakwa oleh beliau, kata peguamabela Datuk Sri Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah. Justeru pihak pembelaan yakin laporan itu bersama bukti- bukti lain akan menunjukkan tuduhan liwat terhadap Anwar adalah tidak benar dan rekaan semata- mata. Bercakap kepada media di satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, peguam Sivarasa dan seorang lagi peguam Anwar, Amir Hamzah Arshad berkata pendakwaraya perlu membuktikan wujudnya penetrasi untuk menyabit kesalahan Anwar Ibrahim.

“Bukti terpenting dalam mana-mana dakwaan rogol atau liwat adalah bukti mengesahkan berlakunya penetrasi. Namun, tidak ada penemuan klinial yang mencadangkan adanya liwat dan tidak ada kesan luka mempertahankan diri pada tubuh pesakit,” kata Amir Hamzah. Perbicaraan kes itu dijadualkan bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Julai. Salinan laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur itu dilampirkan bersama afidavit yang difailkan Anwar semalam. Anwar mengemukakan affidavit itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memohon membatalkan pertuduhan liwat berkenaan kerana ia dibuat dengan niat jahat dan merekacipta bukti. Laporan perubatan HKL itu bertarikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan. Laporan HKL ini seraya menguatkan lagi laporan awal dari Hospital Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) yang turut mengesahkan tidak ada penetrasi keatas tubuh Saiful Bukhari Azlan.

No comments:


Sila Klik

Pages