Web TVPas

Sunday, October 4, 2009

Penghargaan oleh Calon PAS Bagan Pinang

BAGAN PINANG, 3 Okt - Calon PAS, Zulkefly Mohamad bin Haji Omar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pimpinan tertinggi PAS, pimpinan PKR dan DAP, semua petugas dan penyokong yang turut serta memberi sokongan dalam penamaan calon pagi tadi.

"Tidak lupa juga kepada semua penyokong yang mendoakan perjalanan hari penamaan calon walaupun tidak dapat hadir bersama ke tempat penamaan calon itu," ujarnya ketika ditemui di markaz induk PAS Bagan Pinang selepas selesai penamaan calon pagi tadi.

Disamping itu, beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua parti Pakatan Rakyat yang memberi kerjasama dan sokongan yang cukup baik kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

Tambahnya, kepercayaan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat merupakan amanah yang besar kepadanya dalam mengisi kemenangan berturut kepada Pakatan Rakyat.

Ditanya mengenai peluang untuk menang, beliau yakin bahawa Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS mampu memenangi kerusi DUN Bagan Pinang pada hari pengundian 11 Oktober nanti. Ditambah sokongan kuat dan gerak kerja berterusan dari ahli PKR dan DAP.

"Ini adalah berdasarkan kepada kesedaran rakyat Bagan Pinang yang memahami keadaan politik negara pada masa ini," ujarnya.

Terdahulu, beliau turut meminta petugas dan penyokong PAS agar menunaikan solat hajat demi mencapai kemenangan yang diharapkan.

1 comment:

mohd said...

minta izin utk dihebahkan di lijnk facebook saya .. mohd


Sila Klik

Pages