Web TVPas

Thursday, August 13, 2009

Awas! Kesucian masjid telah tercemar

Ini bukan dakwaan membuta tuli. Bahkan ianya kerap sangat berlaku khususnya dalam musim-musim tertentu. Atas kekerapan itu, maka ianya menjadi suatu yang tidak terperasan. Mungkin juga, ia telah diterima sebagai suatu lumrah dan kelaziman. Alah tegal bisa, biasa agaknya. (saya pun tak pasti sesuai tak peribahasa ini).

Sekian lama, tiada teguran, tiada bantahan atau tiada kuatkuasa, hingga menjadi tabiat dan kebiasaan. Akibat sudah kerap berlaku dan telah lama dibiarkan maka , maka jiwa umat Islam telah menjadi tidak peka dan tidak sensitif dengan perlakuan dosa di dalam rumah Allah.

Yang terbaru dan sensasi berlaku lagi di rumah Allah. Ia mendapat liputan promosi besar-besaran kerana melibatkan selebriti dunia hiburan. Pernikahan di sebuah Masjid bernama Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara,


Jangan salah sangka! Bukan masalah pernikahan itu. Saya merujuk kepada masalah wanita-wanita yang hadir memasuki masjid tanpa menutup aurat secara sempurna samada pada rambut dan kaki mereka. Ya, benar, ia bukan sahaja berlaku dalam masjis pernikahan tersebut bahkan disekian banyak majlis pernikahan-pernikahan orang melayu di masjid dan surau.

Fenomema ini telah lama berlaku , sekian lama, sudah tentu sejak majlis pernikahan di buat di rumah-rumah Allah? Lantas persoalan yang menyusul adakah perlakuan ini diredai Allah? Adakah majlis sedemikian diredai dan berkati Allah? Adakah mereka-mereka seperti pak Imam, Pak Jurunikah, Pak ustaz, tok sidang….. ini patut berbuat sesuatu? Atau situasi ini dianggap remeh? Atau darurat? ...

Bayangkanlah kalau sayyidina Umar alKhattab ada dalam masjid Saidina Umar al Khattab ketika berlaku ‘pencemaran’ kesucian rumah Allah! Apa agaknya akan dilakukan....

Cuba rujuk buku Akhlak Sekolah Agama Rakyat (Johor) darjah 2, anda akan dapati bahawa sekurang-kurang ia suatu perbuatan yang tidak beradab, tidak berakhlak, apabila tidak menutup aurat di dalam masjid dan surau.

Pak imam, juru nikah, tok sidang, jemaah yang kebetulan hadir, tidak mampu berbuat apa , hanya tengok membisu sahaja...........di mana usaha dakwah menyuruh kepada maaruf dan mencegah kepada mungkar.

Jika susah sangat kita nak menegur dan menghalang, Sesuatu perlu dilakukan oleh Pihak Berkuasa Agama.

MUNGKIN TINDAKAN TEGAS IAITU - Tiada lagi majlis pernikahan dibenarkan di adakan di Masjid dan surau-surau mulai 1/9/2009

[Jika Jurunikah dilarang menikahkan di masjid dan surau, pati semua pihak terpaksa akur- kalau tak tak menikahlah jawabnya. Tertangguhlah malam pertama ….. gigit jarilah, jawabnye.]

Wallahu ta’ala alam. - By Abudubeis -

http://abu-dubeis.blogspot.com"

No comments:


Sila Klik

Pages