Web TVPas

Tuesday, August 25, 2009

live update N11

5.03 petang : Calon PAS, Ust Salleh Man telah berada di Markaz Induk PAS

5.00 petang - Tepat jam 5 petang, semua pusat membuang undi secara rasminya dit
utup. Keputusan dijangka akan diumumkan pada jam 8 malam ini. Proses pengiraan undi akan bermula bila-bila masa sahaja oleh pihak SPR.


4.50 petang : Suasana 10 minit sebelum sebelum waktu mengundi berakhir, suasana di pusat-pusat pengundian sudah mulai lengang.


4.30 petang : "Polling agent" dan "Counting agent" sudah mula masuk ke dalam pusat mengundi kira-kira bermula jam 4 petang tadi.

Calon PAS kini berada di Sek. Keb Permatang Pauh. Suasana di sekitar pusat mengundi semakin susut. Para petugas yang keletihan sudah ramai yang balik.


4.16 petang : Setakat jam 4 petang SPR mengumumkan peratus keluar mengundi 70.5 % bersamaan 14 300 pengundi.


3.53 petang : Setakat jam 3.30 petang ini, peratus keluar mengundi ialah lebih kurang 65% yang dikeluarkan oleh SPR.



***Daripada jam 4 hingga 5 petang ini, Semua petugas-petugas diminta membuat semakan terakhir tugas-tugas keselamatan, pengangkutan dan pihak UPU diminta mengawasi sesuatu yang pelik kemungkinan akan dilakukan oleh Barisan Nasional.




3.37 petang : Calon PAS sekarang berada di Sek Lay Kiow (simpang empat Permatang pauh) selepas itu akan menuju ke Sama Gagah





3.31 petang : Dewan Ulama' tidak ketinggalan sama dalam hari membuang undi ini. Anjurkan - Solat hajat, bacaan Yaasin dari malam terakhir berkempen hingga ke waktu malam ini - pengumuman kemenangan.




3.25 petang : Cuaca mula panas terik. Sepanjang Permatang Ara, Permatang Pasir, Kg Pelek dan Tanah Liat para petugas semakin berkurangan terutamanya petugas-petugas BN. Di Kg Pelek Petugas BN sudah tidak kelihatan.

Wajah para petugas juga kelihatan semakin letih dan lemah dan suasana juga semakin tenang. Kelihatan beberapa orang pemuda UMNO kepala batas yang berbaju kuning kelihatan berehat di Jalan Penanti. Mereka kelihatan sangat lemah dan letih.




3.17 petang : Calon kini berada di Sekolah Rendah Islam Al-Masriyyah, Tanah Liat









2.50 petang : Timb. Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan bersama petugas Pakatan Rakyat di UPU Cross Street.





2.46 petang : Tengahari tadi sebuah motor telah merempuh kereta ketua pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hj Hasan Tantawi. Penunggang tersebut cedera dan di bawa pergi untuk dirawat.






2.36 petang : Calon PAS, Ustaz Salleh Man dilaporkan mula bergerak ke Sek. Keb Penanti di UPU Kubang semang dari Kampung Pelek.




2.18 petang : Ramalan dari seorang pensyarah yang tidak ingin di paparkan namanya, PAS dijangka akan menang dengan majoriti kurang sedikit daripada sebelum ini sekitar 4000 undi.




2.02 petang : Calon kini masih lagi berehat di Kampung Pelek dan dijangka bergerang ke Kubang Semang dalam pukul 2.30 petang. Ini merupakan pusingan kedua beliau melawat Pusat mengundi selepas melawat semua 8 pusat mengundi tadi.





1.54 petang : Peratus keluar mengundi sebanyak 53% peratus mewakili daripada 20 290 pengundi.





1.42 petang : Proses pembuangan undi di Tanah Liat berjalan lancar. Perayu undi PAS masih bersemangat melakukan tugas. Kereta seorang wartawan Te@m.IT Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya dicalar oleh seorang petugas puteri UMNO.





1.36 petang : Seramai 9307 orang telah keluar mengundi mewakili 44.54% daripada keseluruhan jumlah pengundi



1.14 tengahari : Terdapat beberapa pemuda Umno yang berang dengan tindakan ganas Pemuda Umno Kepala Batas itu. 2 orang yang dilaporkan cedera itu adalah Pemuda Umno Kepala Batas itu sendiri.



1.11 tengahari : Sejumlah 42.7 peratus dan 8672 pengundi telah keluar menunaikan tanggung jawab mengundi - sumber Bilik Operasi IT Induk.



1.00 tengahari : Calon PAS, Ustaz Salleh Man masih berada di Markaz Pemuda PAS, Kampung Pelet berehat dan menunaikan solat Zohor di sana. Dijangkakan keluar semula melihat8 pusat pengundian - second round - selepas jam 2.00 petang nanti.



12.52 tengahari : Seorang lelaki dilaporkan cedera - mangsa kepada keganasan Umno Kepala Batas itu. Meraka - berbaju kuning - dikatakan pelajar Sek. Men di Kepala Batas, dan seorang daripada mereka merupakan pelajar Sek. Keb Paya Keladi.



12.48 tengahari : 3-4 buah kereta pecah, Umno Kepala Batas itu cuba melarikan diri - membaling batu kearah petugas PAS yang cuba menangkap mereka, laporan kecederaan berlaku - pengesahan sedang cuba dibuat.



12.42 tengahari : FRU mula bertindak berbaris di hadapan Bilik Gerakan Umno Indera Muda - mengawal kumpulan penyokong Umno Kepala Batas yang berbaju Kuning dari bertindak lebih ganas - berkumpul bersama 'Kesatria Muda' - berbaju biru tua dan beret hijau.



12.38 tengahari : Penyokong buat kecoh lagi - mengeluarkan kata kesat, memaki hamun, isyarat lucah kepada petugas Pakatan Rakyat - keadaan terkawal kerana tiada serangan balas dari petugas Pakatan Rakyat.



12.35 tengahari : Setakat jam ini, mereka yang telah keluar mengundi - 33 peratus mewakili 6598 pengundi - sumber Bilik Operasi IT Induk.



12.31 tengahari : Geng penyokong Umno Kepala Batas - berbaju kuning - bermotosikal - buat kacau di kawasan Bukit Indera Mulia sehingga menyebabkan beberapa buah kereta rosak dan pecah cerminnya. Mereka kini dilaporkan menuju ke Permatang Pasir pula.




12.25 tengahari : Jalan sesak daripada Permatang Pauh ke Permatang Janggus.



12.17 tengahari : Di UPU Permatang Tengah, 53.5 peratus telah keluar mengundi setakat ini.


No comments:


Sila Klik

Pages