Web TVPas


Friday, August 14, 2009

Kisah benar 7 eleven



Catatan ini dipetik daripada pengunjung blog CinaIslam yg menggelarkan diri al-Amin. Bacalah menarik betul kisah beliau ttg 7 Eleven.


salam sejahtera YB,
saya salah seorang mangsa aniaya 7 eleven pada tahun 1996..kisah yang menjadi pengajaran buat saya agar tidak mempercayai orang selain dari diri sendiri..sehingga sekarang sesiapa pun yang mendampingi saya sebagai rakan atau kawan atau sahabat tidak akan mendapat kepercayaan penuh dari saya.

Kisahnya simple, saya mendapat kerja di 7E ketika zaman ekonomi mula gawat yang mengakibatkan ramai yang hilang pekerjaan. Syukur Alhamdulillah bila dapat kerja di 7E tatkala saya baru berhenti kerja kilang di kawasan Pandamaran, KLANG(merantau mengikut keluarga kakak saya ke sana).saya mendapat kerja di cawangan 7E Taman Selatan, Klang.


Pada mulanya saya bekerja sebagai pekerja biasa, memang seronok walaupun terpaksa kerja shift yang panjang. Supervisor, SM, dan Boss Cawangan memang baik sangat dengan saya...kiranya ajaib sekali 3 hari saya bekerja di situ sudah di lantik sebagai SUPERVISOR, dan supervisor yang lama di naikkan ke SM.Pemegang jawatan yang lama berhenti kerja kerana di tuduh mencuri wang...pada ketika itu saya hairan jugak kenapa orang sebaik ex-SM sanggup mencuri?saban hari saya bekerja, saya memohon cuti 2 hari untuk pulang ke kampung bersama keluarga kakak saya setelah mendapat duit gaji yang pertama selama seminggu.
Bila sekembalinya saya ke Klang, pada malamnya saya mahu kembali bertugas di shift malam..sebelum masuk kerja, lepak makan malam di kedai makan sebelah 7E tersebut. Salah seorang rakan yang kerja di 7E jugak ajak saya berhenti kerja..saya hairan jugak kenapa dia beria-ia ajak saya balik dan berhenti? Walhal saya seronok bekerja di situ..rakan saya ketika itu memberitahu dia telah pun berhenti kerja sehari sebelumnya..bertambah hairan saya ketika itu..saya terus kembali bertugas..apa yg menghairankan saya, memasing pekerja termasuk SM memberi riak muka yang semacam...sejam selepas saya bertugas..geng2 bos cawangan dan SM menyerbu masuk 7E dan memaksa saya ke bilik stor..saya jadi terkejut dengan tindakan kasar mereka...saya di paksa mengaku pecah amanah RM20,000! mereka ugut mahu membelasah saya, di paksa menandatangani surat yang menyatakan saya mengaku saya pecah amanah RM20,000..Dalam kekalutan tersebut saya tetap tidak bodoh..saya tandatangan jugak tetapi no kad pengenalan saya tulis tak betul..bila saja saya tandatangan surat tersebut, tetiba ja ada anggota polis yang datang mahu bawak saya ke balai polis KLANG..untuk sedapkan hati saya yang mula mempersoalkan tindakan mereka dan mahu menghubungi keluarga saya, geng2 7E memujuk saya kata pi balai sekadar mahu membuat statement sahaja..

sesampainya saya di balai polis Klang,mata saya mula liar, sebab saya memang dari kecil telah banyak di beri nasihat untuk simpan dalam memori sebanyak yang mungkin jika berlaku sesuatu kejadian. Saya dapat lihat depan mata saya pegawai polis (inspektor) yang ada bersama anggota yang lain sudah pun bersedia di ruang depan balai polis.Dan pada ketika itulah saya sempat menyaksikan pegawai polis tersebut menerima wang dari pihak 7E serta anggota2 polis yang menerima bungkusan (maybe benda makan) dari 7E.

saya di soal siasat dan terus di bawa masuk ke dalam lokap tanpa sebarang pertuduhan yang jelas. Tetapi seorang anggota polis berpangkat sarjan (SINGH) yang menyiasat latarbelakang saya terkejut yang abang ipar saya adalah seorang pengurus bank yang telah meluluskan pinjaman peribadi beliau. Dan Sarjan ni memberi peluang saya untuk menelifon kakak saya untuk memberitahu kejadian tersebut.

Kejadian ni memang mengejutkan keluarga saya. bayangkan mak dan abah saya malam tu jugak dari alor setar datang ke Klang..abang ipar saya sempat datang ke balai malam tersebut..setelah mendengar cerita dari saya, abang ipar saya menasihatkan agar saya bermalam di lokap.

inilah kali pertama saya mengenali LOKAP.pengalaman memang ada manis dan pahit..disebabkan saya terlalu muda (lepas SPM)..saya menjadi perhatian OKT2 yang ada dalam lokap..saya di letakkan di sel bersama orang melayu sahaja..sebab bila buh bercampur..kira nak bergaduh ja melayu(termasuk indonesia) dengan geng OKT india. yang bertambah menarik..geng OKT yang memang memasing kesalahan menakutkan saya, mereka paksa saya solat Isyak!bagi mereka saya tak sepatutnya ada dalam lokap ni dan tak sepatutnya saya lupa pada ALLAH..dan mereka membuat pagar manusia ketika OKT india cuba mengganggu solat saya dengan menyimbah air dan memacam lagi, tetapi di tenangkan oleh anggota polis yang bertugas..tambahan pulak saya seorang yg peramah..memang mudah dapat kawan(tak semestinya kawan dengan orang jahat kita mesti jadi jahat)..banyak pengalaman hidup mereka yang saya dapat dengar..memacam jenayah yang mereka lakukan..tapi tak serik!

Pada keesokannya hampir keseluruhan keluarga saya hadir di balai..kiranya pertuduhan pada saya pada mulanya ialah pecah amanah 7E bernilai RM20k, pastu turun RM15k, pastu RM10k, pastu RM5k...sampailah pertuduhan jadi ke hanya mencuri barangan 7E.Dan bukti surat pengakuan saya pun tidak dapat digunakan sebab no kad pengenalan saya yang salah...
kiranya, Inspektor yang pegang kes saya berapa kali kena cekak lehernya oleh keluarga saya (semua anggota PDRM jugak, termasuk arwah pakngah saya yang jadi sarjan mejar di pulapol yang jugak cikgu kepada inspektor tersebut).mereka memang tak percaya saya ni pecah amanah..yer la..budak macam saya yang tak pernah ada rekod jenayah atau kesalahan mencuri..tetiba jadi camtu...

Saya menceritakan apa yang terjadi termasuklah kejadian rasuah yang di berikan oleh geng 7E dekat family saya.....akibat dah pecah lobang...inspektor tersebut berjanji akan gugurkan kes tersebut dalam masa yang terdekat..dieorang tak leh gugur serta merta kes tersebut kang nampak sangat ada yg tak kena..
kiranya reman terhadap saya selama 9 hari amat memeritkan..memang makan minum sentiasa di beri..tapi bila hidup di kalangan penjenayah2 dan terkurung..memang perit..akibat tidur atas simen lokap, pinggang saya sakit (sampai sekarang)..
Hari ke9..saya di lepaskan setelah kes digugurkan..walaupun keluarga saya di offer agar buat laporan polis terhadap apa yg geng 7E lakukan..saya menolak..sebab bagi saya..dekat dunia depa leh la lepas...kat akhirat nanti...takkan ALLAH nak biarkan orang camtu terlepas...

ketika hendak di lepaskan, inspektor berkenaan memberi penjelasan yang 7E selalu buat tuduhan pecah amanah terhadap pekerjanya agar mereka dapat menuntut pampasan Insurans akibat kerugian mereka..maknanya..dah ramai yg teraniaya sebelum saya..dan tuntutan mereka kali ini tidak berjaya bila inspektor tersebut kata "kes yang OKT silapharibulan mereka tuduh"
Dan alhamdulillah sepanjang saya di Lokap..sekali pun saya tak pernah kena sentuh atau kena pukul oleh anggota polis..
jika 7E beroperasi sejahat sebegini..ramailah yang akan teraniaya oleh mereka...sampai sekarang saya kesian dekat pekerja2 7E..adakah mereka selamat dengan kerja di 7E?

wallahualam

Al Amin Ahmad.


1 comment:

perfumealhabib said...

Boleh saya dpt no contact tuan


Sila Klik

Pages