Web TVPas


Tuesday, September 15, 2009

Sekitar Tazkirah Ramadhan di Surau Darul Mus'ada

Tazkirah merupakan satu elemen yang cukup penting terutamanya pada bulan ramadhan. Kalau di bulan lain dipanggil kuliah. Surau Darul Mus'ada merupakan surau Taman Paya Jaras Permai yang cukup aktif dalam mendambakan ilmu. Kebanyakan ustaz yang dijemput sempena ramadhan pada tahun ini kaw-kaw belaka. Antara yang paling kaw ialah Ybhg Saudara Mohd Sabu, di samping penceramah yang lain seperti Ustaz Nik Radzi b Nik Mat(adik TG Nik Aziz), CN AlAfghani(mangsa ISA), dan Ustaz Mansor Dahalan.
Sewaktu pemerintahan BN yg menguatkuasakan larangan tazkirah pun, surau ini tetap meneruskan kuliah/tazkirah tanpa mempedulikan arahan dan amaran yang dikeluarkan oleh JAIS. Uniknya Pengerusi Surau adalah merangkap Ketua Cawangan UMNO TPJP. Tapi malangnya sepanjang ramadhan tahun ini muka beliau tidak kelihatan bersama jemaah suaru lagi. PAS TPJP menganggap beliau mungkin berjemaah bersama keluarganya di rumah atau mencari surau atau masjid yg berdekatan. Biarlah..moga mendapat hidayat hendaknya.


Tazkirah yang disampaikan oleh Hj Mohd Sabu pada malam ke-20 yang lalu amat menarik perhatian. Kedatangan beliau ke suaru ini telah menggamit pimpinan Subang untuk bersama-sama berjemaah dan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh beliau. Hj Mohd Sabu merupakan seorang pemidato PAS yang cukup diminati oleh penyokong2 PAS. Dalam tazkirah itu beliau mempersoalkan tentang erti kemerdekaan. Menurut beliau kemerdekaan yang sebenar bukanlah hanya dengan menghalau penjajah dari tanahair sendiri tetapi meninggalkan segala tinggalan penjajah seperti pentadbiran, undang-undang dsbnya. Malaysia pula merdeka dengan tetapi mengambil dan berpegang dengan undang2 penjajah..kemerdekaan belum lagi dalam erti kata yang sebenarnya. Beliau mengambil contoh ttg penduduk Kemboja yang diperintah oleh Pol Pot yang merupakan anak tempatan telah membunuh jutaan manusia tetapi diebebaskan oleh Vietnam yg merupakan kuasa luar. Sebaliknya di Myanmar, pejuang demokrasi Aungsan Su Kyi telah ditahan dan dikurung oleh junta tentera sampai sekarang.


Tazkirah oleh CN AlAfghani pula banyak meneyntuh tentang pejuang Memali dan ISA. Menurut beliau setelah berbelas tahun berlalu...mahkamah telah mengisytiharkan pihak polis SALAH dalam tindakan mengepung dan menggempur penduduk Memali. Setiap balu telah diberikan RM20000 sebagai pampasan atas kesilapan pihak berkuasa pada masa itu..setelah pejuang memali dianggap bughah(penderhaka)..setelah pejuang Memali difitnah dengan pelbagai tohmahan seperti pemakaian tangkal, ajaran sesat dsbnya. Tetapi yang paling mengharukan apabila beliau menceritakan bagaimana seorang isteri kpd tahanan ISA telah ditangkap pada waktu malam. Sedangkan pada waktu itu, anaknya yang berumur 4 tahun telah ditinggalkan menangis keseorangan setelah ibunya ditangkap oleh pihak berkuasa.

Itulah sahaja catatan yang sempat diingat oleh PAS TPJP...nanti gambar akan menyusul..sekian

No comments:


Sila Klik

Pages