Web TVPas


Friday, January 15, 2010

Gerhana Matahari

Zulkifli Nordin

Hari ni dijangka akan berlaku gerhana penuh matahari dimana bulan akan berada diantara matahari dan bumi lalu menutup keseluruhan cahaya matahari. Fenomena ini akan berlaku khususnya diseluruh benua India dan China. Bagi rakyat Malaysia, mereka yang berada di utara tanah air khususnya insyallah akan dapat melalui peristiwa ini esok Rabu 29 Rejab 1430/ 22 Julai 2009. Di Malaysia, gerhana penuh matahari ini dijangka berlaku mulai jam 08.23am sehinggalah jam 09.48am.

Didalam surah Al Fussilat: 37, ALLAH berfirmaN, "Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah kamu pula kamu sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada ALLAH yang menciptakannya...".

Dan Rasulullah bersabda, "bahawa matahari dan bulan itu tanda daripada segala tanda yang menunjukkan keesaan dan kekuasaan ALLAH. Berlaku gerhana (bulan & matahari) bukan kerana kematian seseorang atau kerana hidupnya. Maka apabila kamu lihat perkara itu (yakni gerhana), hendaklah kamu sembahyang dan berada sehingga hilang gerhana".

Didalam hukum 'ilmu falak, gerhana matahari dikenali sebagai "al-kusuf", manakala gerhana bulan dikenali sebagai "al-khusuf". Kebetulan semasa anak Rasulullah iaitu Ibrahim meninggal dunia berlaku suatu gerhana, maka ramai yang mengaitkannya dengan peristiwa itu. Sebenarnya kata Rasulullah ianya tiada kaitan sama sekali, lalu Rasulullah bersabda sebagaimana hadis diatas tadi.






Sebenarnya umat Islam digalakkan mengerjakan solat gerhana apabila berlaku mana-mana gerhana. Menurut pendapat jumhur ulama', hukum mengerjakannya sunat tetapi afdhal solat gerhana didirikan secara berjemaah didalam masjid, tanpa azan atau iqomah, tetapi diseru secara "assola tu jami'ah". Bagaimanapun diperbolehkan mana-mana orang, lelaki atau perempuan, melakukannya secara sendirian jika perlu.

Bermulanya solat itu ialah apabila bermulanya proses gerhana berlaku, dan berakhir pada habisnya proses tersebut. Namun sekiranya solat sudah mula didirikan diwaktu gerhana tetapi matahari/ bulan muncul semasa solat sedang didirikan, maka hendaklah solat gerhana itu disempurnakan juga. Apa yang penting permulaan solat itu dibuat semasa gerhana sedang berlaku. Bermakna tidak ada solat gerhana sebelum atau sesudah gerhana.

Kaifiyat solat gerhana menurut pendapat jumhur ulama' ialah dengan didirikan solat sunat dua roka'at tetapi mengandungi empat qiyam, empat ruku', empat sujud dan satu salam. Caranya ialah setelah selesai berniat dan takbirrotul ihram, bacalah Al Fatihah dan mana-mana- surah yang panjang (Nabi membaca sepanjang surah Al Baqarah!). Kemudian ruku' dan bertasbih, setelah naik i'tidal (dengan takbir "Allah huakbar" bukan "sami ALLAH huliman hamidah"), hendaklah qiyyam dan baca surah Al Fatihah (kedua). Kemudian baca mana-mana surah tetapi tidak sepanjang surah pada rokaat pertama. Setelah itu ruku' semula dan bertasbih. Setelah itu naik i'tidal sebagaimana solat biasa (iaitu membaca "sami ALLAH huliman hamidah") dan setelah "robbanaa walakal hamd" sujudlah saperti mana biasa. Di ulangi kaifiyat yang sama pada roka'at kedua, cuma bacaan-bacaan surah tidak sepanjang bacaan-bacaan surah pada roka'at sebelumnya tadi.

Ringkasan kaifiyat (cara) mengerjakan solat sunat gerhana (bulan atau matahari) adalah saperti berikut:

Roka'at Pertama:
1. Niat;
2. Takbirrotul ihram;
3. Baca Al Fatihah;
4. Baca suatu surah yang panjang (Nabi membaca sepanjang surah Al Baqarah!);
5. Ruku' serta bertasbih biasa;
6. I'tidal iaitu naik qiyyam dengan takbir "ALLAH hu akbar";
7. Berdiri qiyyam (iaitu tegak);
8. Baca Al Fatihah;
9. Baca suatu surah yang panjang (tetapi tidak sepanjang surah pertama tadi);
10. Ruku' serta bertasbih biasa;
11. I'tidal iaitu naik untuk qiyyam dengan lafaz "sami ALLAH huliman hamidah";
12. Tasbih "robbana walakal hamd";
13. Terus sujud berserta tasbih biasa;
14. Duduk diantara dua sujud serta bertasbih biasa;
15. Sujud serta bertasbih biasa;
16. Naik qiyyam untuk roka'at kedua.

Roka'at Kedua:

1. Baca Al Fatihah;
2. Baca suatu surah yang panjang (tetapi tidak sepanjang surah kedua tadi);
3. Ruku' serta bertasbih biasa;
4. I'tidal iaitu naik qiyyam dengan takbir "ALLAH hu akbar";
5. Baca Al Fatihah;
6. Baca suatu surah yang panjang (tetapi tidak sepanjang surah ketiga tadi);
7. I'tidal iaitu naik qiyyam dengan lafaz "sami ALLAH huliman hamidah";
8. Tasbih "robbana walakal hamd";
9. Terus sujud berserta bertasbih biasa;
10. Duduk di antara dua sujud serta bertasbih biasa;
11. Sujud berserta bertasbih biasa;
12. Tahhiyyat akhir;
13. Salam.

Semoga kita semua ummat Islam akan dapat memenafa'atkan peristiwa gerhana matahari penuh yang dijangka berlaku esok insyallah. Dan laluilah peristiwa yang besar ini dengan cara Islam, sebagaiman yang di ajarkan kepada kita oleh Rasulullah saw. Bukan sahaja kita mendapat 'ilmu dan pengalaman baru, kita juga akan melaluinya dengan 'ibadah dan insyallah diberi ganjaran pahala. Menurut perhitungan falak, gerhana penuh matahari hanya dijangka akan berlaku semula pada 15.01.2010, 09.03.2016 dan 26.12.2019; walaupun dicelah-celah tarikh-tarikh itu dijangka juga akan berlaku peristiwa gerhana matahari dan bulan yang tidak penuh.

Bagi mereka yang berminat, saya galakkan bawalah anak-anak ke Planetarium di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur. Disana kita akan dapat melalui pengalaman melihat peristiwa gerhana ini dengan panduan dan bantuan daripada golongan yang pakar dan professional, disamping dapat menggunakan peralatan dan teknologi yang canggih. Bagi yang tidak berkesempatan tetapi mahu merasai peristiwa gerhana ini, kita boleh melakukannya tetapi JANGAN lihat terus ke langit dengan mata kasar. Kita boleh melihat dengan menggunakan pantulan cermin atau permukaan air. Kalau ingin melihatnya terus pun, PASTIKAN anda memakai kanta gelap pencerap cahaya matahari.



Bagi yang tidak berkesempatan untuk keluar, saudara/i boleh melihat peristiwa ini secara langsung ("live") dengan melayari laman berikut pada waktu yang disebut tadi (0823-0948hrs):

www.live-eclipse.org; atau
www.eclipse-tv.com.

Selamat bergerhana matahari.

Entri tambahan PASTPJP

cara-cara melihat gerhana dgn selamat

1. Membuat lubang titik di sehelai karton, lalu letakkan menghadap matahari, sehingga ”bayangan” akan muncul di belakang layar penerima, matahari akan nampak di sana, walau tidak tajam, namun bisa menunjukkan saat-saat terjadi gerhana




2. Amati bayangan pohon-pohon di tanah pada saat gerhana, kamu akan menemukan bayangan yang menakjubkan
Sekali lagi JANGAN memandang matahari secara langsung (kecuali pada saat gerhana matahari total terjadi), jangan pula menggunakan film bekas, keping CD, sebagai filter, alat-alat itu tidak menjamin mata kamu ”aman”, kecuali kamu menggunakan filter yang memang dijamin keamanannya yang biasanya dijual di toko-toko teleskop

No comments:


Sila Klik

Pages