Web TVPas


Saturday, January 30, 2010

Petunjuk sebenar untuk kenali petualang yang mencemari masjid

Timbalan Presiden Keadilan, Dr Syed Husin Ali menegaskan tindakan Menteri Dalam Negeri dan polis tidak mahu memanggil Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali untuk diambil kenyataan beliau berikutan dakwaannya akan mendedahkan petualang yang terbabit dalam serangan gereja di Desa Melawati kerana ia membabitkan ahli Umno.

Azmin mahu mendedahkan nama petualang itu yang membabitkan ahli Umno selepas mendapatkan maklumat lengkap, ketika beliau melawat masjid yang dicemari dengan kepala babi hutan di Kg Datuk Harun dan Taman Sentosa baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya, Dr Syed Husin juga yakin insiden mencemari dua masjid itu dilakukan oleh orang Melayu berdasarkan empat faktor:

- Kawasan di sekeliling masjid di Taman Medan itu didiami oleh orang Melayu dan tidak mungkin bagi seorang bukan Melayu yang dikenali atau tidak dikenali berani memasuki kawasan untuk membuat kerja buruk itu.

- Kepala babi hutan itu dimasukkan dalam plastik dan diikat dengan tali, menunjukkan kemungkinan besar ia diletak dekat masjid oleh seorang atau lebih Muslim yang tidak mahu memegangnya kerana tahu ia dilarang dalam Islam.




(Kepala babi hutan-Gambar hiasan)

- Ramai penduduk Taman Medan menganggap kerja ini mungkin dilakukan oleh beberapa orang extremis, termasuk ahli Umno, kerana mereka biasa dengan cara lama Umno ini untuk mengapikan kemarahan kaum," katanya.

- Ketua Polis Negara, Musa Hassan mengandaikan bahawa kepala babi itu mungkin dibeli dari restoran, dan ekoran dari andaian ini ramai penduduk mengesyaki ada anasir polis yang boleh jadi terlibat, kerana mereka saja yang boleh mendapatkan empat kepala babi hutan dari restoran sekaligus.

Sehubungan itu beliau menggesa pihak berkuasa menyiasat dengan segera dan teliti segala kesimpulan orang ramai ini sebelum ia merebak.

No comments:


Sila Klik

Pages