Web TVPas


Wednesday, January 20, 2010

Kecoh-kecoh! Amerika mengugut untuk membuat sekatan terhadap Malaysia

Malaysia berdepan dengan ugutan sekatan ekonomi dari Amerika Syarikat sekiranya kerajaan pemerintah UMNO Barisan Nasional masih enggan menangani 2 isu berkaitan kehilangan enjit jet F-5E dan serangan keatas gereja.

Suara Keadilan dipetik sebagai berkata sekeping nota diplomatik telah dihantar Washington mencerminkan keseriusan negara berkuasa besar itu melancarkan sekatan ekonomi terhadap Malaysia.

Menurut sumber- sumber dari Wisma Putra, Presiden Barrack Obama menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tidak memandang ringan isu yang menjadi perhatian semua pihak.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menyifatkan ugutan sekatan ekonmi ini sebagai satu lagi siri kegagalan UMNO Barisan Nasional dalam memacu hala tuju negara.

"Ini bukti kerajaan BN gagal menguruskan isu ini. Kehilangan enjin jet ini berlaku dalam 2007. Waktu itu Menteri Pertahanan adalah Perdana Menteri sekarang. Jadi maklumat itu sudah ada pada beliau. Kenapa beliau tidak siasat ? Mereka tidak berlaku telus. Bila Amerika tahu baru mereka mahu mengaku. Ini buatkan kerajaan AS hilang keyakinan pada Malaysia."

Tindakan kerajaan pemerintah yang sentiasa berdolak dalih melengah-lengahkan penyelesaian isu pertikaian penggunaan kalimah Allah mengundang impak yang begitu besar.

Bukan sahaja ketegangan antara agama tercetus, lebih buruk lagi nasib negara menjadi percaturan.

"Serangan keatas gereja. Memang kerjaan BN mempolitikkan isu ini. Mereka kata penggunaan kalimah Allah dibolehkan di Sabah dan Sarawak. Kenapa ? Sebab di sana banyak orang Kristian. Dan di Semenanjung orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah. Kenapa ? Sebab mereka mahu ambil hati banyak orang Islam di Semenanjung. Ini jelas. Mereka politikkan isu ini."

Amerika adalah rakan dagangan terbesar Malaysia dengan nilai perdagangan antara kedua- dua negara bernilai lebih 3.7 AS Dollar setahun.

"Sekarang kita menderita. Singapura sudah lama keluar dari kemelut ekonomi ini. Tapi kita masih terperangkap. Rakyat yang akan menderita. Ini akan buat keadaan tidak stabil."

No comments:


Sila Klik

Pages