Web TVPas


Thursday, July 9, 2009

Ceramah oleh YB Dr Hayati di Temalir, Manik Uari




Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Hj Othman mengingatkan pengundi-pengundi UPU Temalir malam semalam agar memilih calon yang bertakwa 14 Julai ini ini.



Beliau yang bercakap di ceramah umum memulakan dengan serangkap pantun;


Pak Lah bawa Islam Hadhari,

Najib tukar jadi One Malaysia,

Di Penanti UMNO cabut lari,

Di Manek Urai kenapa mahu lawan pula?!



“Kepimpinan yang kita hendak mestilah yang punya ketakwaan tinggi. PAS sedia membentuk satu pentadbiran yang telus, dan yang tidak menzalimi rakyat.” katanya.


“Abe Uji sudah siap diuji – keluarga, perniagaan dan parti. Beliau telah lulus ujian kehidupan. Oleh itu kami yakin Abe Uji mampu membawa Manek Urai kepada pembangunan.”





Bercakap di majlis yang sama, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayyub berkata, ”Kalau kita menang di Manek Urai, jalan menuju ke Putra Jaya semakin dekat. Kita tidak perlu lagi beri nayawa kepada Umno untuk hidup. Semenjak penjajah meninggalkan Tanah Melayu, Umnolah memerintah sehingga lebih 50 tahun.”


“Umno selalu mendakwa mereka pejuang kemerdekaan, tetapi banyak yang mereka lakukan telah menzalimi rakyat.”

Dipetik dari laman PRK N41

No comments:


Sila Klik

Pages