Web TVPas


Wednesday, July 15, 2009

Hakim Tolak Permohonan Anwar Ganti Peguam~PDODaily

Mahkamah hari ini menolak secara sah menolak permohonan Anwar Ibrahim untuk mendapatkan peguam terbaik mengetuai pasukan pembelaan. Hakim Zabidin Md Diah menolak permohonan itu selepas pasukan pembelaan membuat permohonan rasmi di Mahkamah jam 2 petang tadi. Ketua pasukan pembelaan Sulaiman Abdullah terlantar sakit di Hospital Kuala Lumpur. Beliau berpengalaman luas mengendalikan kes berprofil tinggi seperti kes Anwar Ibrahim. Di kamar mahkamah, peguambela Sivarasa Rasiah menegaskan Anwar berhak untuk mendapatkan peguam terbaik bagi membela dirinya seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Pihak pendakwaraya bagaimanapun berkata Anwar tidak sepatutnya diberi masa untuk mencari peguam pilihannya kerana kes ini adalah kes berkepentingan umum. Hakim Zabidin Md Diah menerima hujah tersebut dan meneruskan perbicaraan menuntut bukti dari pendakwaraya. Sementara itu, wartawan berkerumun di luar kamar mahkamah. Dalam pada itu mangsa liwat, Saiful Bukhari Azlan, yang menuduh Anwar dilihat masih belum kelihatan di dalam kamar.

No comments:


Sila Klik

Pages