Web TVPas


Wednesday, July 8, 2009

Penyebab marah

Imam Ghazali berkata: “Kemarahan manusia bermacam-macam, Sesetengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Sesetengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Sesetengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yang terpuji.”Tapi bagaimana Rasulullah SAW apabila beliau marah? Kemarahannya adalah kerana kebenaran, ertinya kerana kebenaranlah baginda melahirkan kemarahannya. Tetapi dengan cara sopan, sesuai dengan doanya ini iaitu: “Aku pohonkan kepada Engkau kalimat kebenaran pada masa marah dan suka.”Maksudnya, Rasulullah Saw tidak berkata kecuali yang benar saja sama ada waktu marah atau waktu tidak marah. Kemarahan Rasulullah Saw kerana ada perkara yang tidak disukai yang menyalahi dari yang benar sebagaimana yang diajarkan agama atau yang terang-terang dilarang oleh agama. (Kitab Matan al-Arba’in – Syeikh Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al-Nawawi)

ANTARA PENYEBAB TIMBULNYA MARAH

1. Lapar atau Tidak Punya Wang
Seorang hakim jika hendak memutuskan satu perkara ia tidak boleh dalam keadaan lapar, agar hasil keputusan yg dikeluarkan tidak dikotori oleh misi-misi pribadi.

2. Sakit.
Orang yang sedang sakit, meskipun sakitnya tidak terlalu berat, seperti selsema, pening dan demam, masuk angin dan sejenisnya, juga termasuk salah satu orang yang mudah terpancing emosinya, sehingga ia akan mudah marah. Hal ini terjadi kerana keadaan tubuhnya yang sedang sakit sangat berpengaruh terhadap kejiwaannya. Oleh sebab itu juga orang yang sakit perlu diberi bimbingan dan pesan-pesan spiritual untuk tetap semangat dan konsisten dalam keimanan dan kesabaran.

3. Mengantuk atau Sedang Tidur
Orang yang dalam keadaan sangat mengantuk, ia punya satu kepentingan yang sangat pribadi, iaitu ingin tidur dan istirihat. Dalam keadaan begini, ia tidak ingin diganggu, apalagi ia sedang tidur, emosinya akan mudah terpancing dan gilirannya akan mudah marah.

4. Letih
Letih dan penat juga dapat menjadi penyebab timbulnya kemarahan. Dalam keadaan yang seperti ini biasanya seseorang sedang menginginkan sesuatu, iaitu bersantai (rileks) dan istirehat, samada rehat dalam bentuk mencari tempat berteduh dari kepanasan terik matahari, atau rehat dalam erti tidur sejenak.

5. Sibuk
Orang yang sedang sibuk memerlukan dua tenaga sekaligus, iaitu fizikal dan fikiran. Itulah sebabnya sebahagian orang yang sedang sibuk tidak dapat menerima telepon, tidak bersedia menerima tetamu, atau tidak mahu diganggu. Bahkan ia cenderung mudah marah kerana fizikal mahupun fikirannya mengalami keletihan.

6. Hamil
Orang yang sedang hamil memiliki beban dan tanggungjawab yang lebih dari biasanya. Oleh kerana itu, sebahagian orang yang sedang hamil, emosinya mudah naik. Namun ada juga wanita hamil tidak mengalami hal ini.

7. Haid
Pada kebiasaanya wanita yang akan datang bulan sensitifitinya naik, mudah marah dan emosinya menjadi tidak terkawal. Hal ini disebabkan akan terjadi perubahan dalam tubuh seorang wanita, dimana sel-sel telur di dalam rahim seorang wanita mengalami pengelupasan dan akan keluar dalam bentuk darah haid. Sebahagian wanita mengalami sakit yang sangat pada saat-saat akan keluar darah kentalnya. Faktor-faktor inilah yang menyebabkan banyak wanita kehilangan kesedarannya sehingga membuat mereka menjadi sensitif dan amat mudah marah.

8. Persekitaran
Persekitaran yang kurang kondusif sering menjadi salah satu pemicu timbulnya sikap marah. Fenomena ini berlaku ketika cuaca sangat panas, jalan penuh sesak, polusi udara atau asap rokok, jiran tetangga yang sering bertengkar atau buat kebisingan dan persekitaran lainnya yang menggangu keselesaan insan bermasyarakat.

9. Orang lain.
Kata-kata yang keluar dari mulut orang lain sering memancing emosi seseorang, hal ini terjadi kerana pelbagai faktor, boleh jadi orang tersebut sengaja mengeluarkan kata-kata provokasi untuk menyakiti dan memancing kemarahan si pendengar, atau berkata ingin sakit hatinya. Boleh jadi pula kerana ingin memperolok-olok dan menghina si pendengar, atau mungkin tidak sengaja mengeluarkan kata-kata tersebut, namun ternyata kata-kata yang dikeluarkan membuat sakit dan memancing kemarahan si pendengar.

Bersambung......

dipetik dari blog Ustaz Kamal Azhari

* Ustaz Kamal merupakan penceramah tetap Surau Darul Mus'ada setiap Selasa malam Rabu..sila rujuk jadual pengajian di blog ini

No comments:


Sila Klik

Pages