Web TVPas


Sunday, July 5, 2009

Manik Urai : Ibrahim Ali yang ku kenal

Lompat si katak lompat, lompat tinggi-tinggi

Itulah bait lagu yang menjadi kegemaran kanak-kanak dari dulu sehingga kini. Namun apabila disebut sahaja 'si katak' yang dok di PAsir Mas itu menjadikan darah aku menggelegak(mendidih). Katak itu memang aku kenal sejak aku bersekolah lagi. Pada waktu itu bapa aku merupakan orang kuat UMNO di Pasir Mas apatah lagi sepupunya sendiri merupakan Ketua bahagian UMNO Pasir Mas dan Adun Pengkalan Pasir pada waktu itu. Apabila datang ke kg aku si katak itu akan mengunjungi bapa aku terlebih dahulu kerana beliau seorang yang amat disegani oleh penduduk kg aku tidak kira org UMNO atau PAS.
Pilihanraya tahun 1990 si katak itu bersama dengan Kuli (Tg Razaleigh) telah menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 dan bergabung dengan PAS yang dikenali sebagai Angkatan perpaduan Ummmah. Namun bapa aku pada waktu itu masih kental dengan darah biru pekat UMNO telah memutuskan untuk tidak bersama dengan si Katak tersebut. Selepas itu hubungan mereka menjadi semakin renggang.


Apabila si Katak itu berceramah untuk menghadapi pilihanraya umum 1990 beliau telah mengatakan bahawa tidak sesekali masuk UMNO, jika masuk juga beliau akan 'CIUM BUNTUT MAHATHIR' - PM pada waktu itu. Si Katak itu juga meggelarkan Ketua Kampung(Tok Penghulu)- UMNO kg aku sebagai Tok Penghulu 'Kera'. Kata-kata si katak itu amat mengguris perasaan org2 kg yg berfahaman UMNO pada waktu itu. Keceluparannya telah mempengaruhi sepupu aku untuk bercakap dan bertindak persis si katak tersebut. Sepupu aku itu bertugas sebagai guru agama (ustaz) tapi perangainya...Sepupu aku itu pernah ditampar oleh seorang Pemuda UMNO kerana pernah mengatakan mahathir sebagai KAFIR dalam kuliah pengajarannya di sebuah surau. Yang menggelikan hatiku ialah pemuda UMNO yang menampar sepupu aku itu sekarang menjadi aktivis PAS di Kg Bayu Lalang dan menjadi imam di kg tersebut. Sementara yg kena tampar itu telah masuk UMNO dan berperangai macam si katak tersebut. Tidak lama kemudian pada tahun 1993, Si katak dan kuncu2nya termasuk sepupu aku itu telah melompat masuk UMNO. Dalam meniti untuk memegang tampuk kekuasaan di Pasir Mas selepas kemasukannya ke dalam UMNO, si katak itu telah merasuah sebilangan pemuda UMNO untuk bersama dengannya. Ada yang telah mendapat wang untuk melancong ke Kuala Lumpur serta tempat2 yang menarik di Kuala Lumpur. Tiba pemilihan Ketua Bahagian UMNO pada 1994, ayah aku telah ditumbangkan oleh pemuda dan kuncu2nya di kampung aku. Bapa aku seolah-olah telah 'diterajang dan disepak' ke longkang dengan penuh kehinaan. Markas UMNO yang dibina berhampiran dengan rumah aku telah diroboh dan dipindahkan ke rumah kuncu-kuncunya iaitu di rumah Tok Penghulu yg si katak itu gelarkan 'kera' sebelum ini. Namun demikian peristiwa telah menjadi hikmah kepada bapa aku kerana selepas itu beliau sudah mula memangkah PAS dan menyokong PAS. Syukur

* Kg aku sekarang sudah berada dalam parlimen Rantau Panjang dan sudah tiada hubungkait dengan Pasir Mas.

Untuk itu bacalah posting oleh WFauzdin SERTA DIKIR BARAT FROG untuk tatapan pengunjung semua :

SEMPENA PRK Manek Urai ini, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar raja katak yang masih `menenggek’ di kerusi Pas di Pasir Mas sekarang memasuki Umno segera. Sebaik-baiknya, dan masa yang paling tepat adalah ketika kempen sedang rancak di Manek Urai sekarang. Malam mengundi nanti, kita doakan agar Umno mengadakan majlis `mengucap’ sahadat kali yang entah ke berapa buat raja katak ini. Lagi cepat raja katakberada di dalam Umno sudah tentunya mempercepatkan kehadiran `sakratulmaut’ buat Umno di Kelantan.

Pas terpaksa terima hakikat telah membuat satu kesilapan dahulunya apabila bersangka baik terhadap raja katak. Katak tetap katak, katak takkan menjadi kancil yang cerdik. Apa pun, hikmahnya rakyat dapat menilai bahawa Pas sememangnya tidak pernah ingin bersangka buruk terhadap sesiapa, sebab itulah Pas sering menjadi mangsa. Tetapi, Alhamdulillah, berkat itu semua Pas semakin kuat dan dilindungi Allah SWT.

Adalah diharapkan selepas ini Pas harus lebih berhati-hati di dalam menerima insan yang mempunyai darah daging katak seperti raja katak ini. Baru-baru ini raja sesumpah pun ada niat untuk sertai Pas tetapi dengan syarat Pas mesti mengetuai PR. Ini lagi jenis yang tak boleh dipakai, ego, sombong dan terasa dia hebat. Sedangkan di dalam Umno pun raja sesumpah hanya dijadikan `kerbau pembajak’ sahaja.

Mari kita pastikan Pas benar-benar mentalkinkan Umno di Manek Urai. Biar sejarah melakarkan bahawa seseorang yang dikatakan lebih terpelajar kononnya akan terduduk oleh penangan seorang peniaga ikan. Buktikan kelulusan yang tinggi tidak akan menjamin seseorang itu bertakwa kepada Allah.

Dan untuk sikatak Berahim ni tunggulah masanya nanti bilamana bertanding berlambangkan ‘keris tumpul’ tu pastinya anda akan berkubur sekali dengan umno di PRU 13…InsyaAllah.

Sumber: wfauzdin

Katak oh katak...


No comments:


Sila Klik

Pages