Web TVPas


Wednesday, July 15, 2009

Simpton penyakit Chikuhunya

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Ia mula dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara termasuk juga benua Eropah

Chikungunya bukanlah suatu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya. Ia adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.


Di mana, virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Simptom (gejala) penyakit ini ialah demam panas mengejut; sakit teruk pada sendi; ruam pada badan dan sakit kepala. Seorang pesakit boleh demam antara 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Menurut Johari Hat, 56, pengidap simptom Chikungunya, beliau mendapat demam yang agak teruk dalam tempoh masa yang lama iaitu lebih 40 hari. Seluruh badan rasa lemah dan lenguh di bahagian sendi kaki dan tangan.

Katanya, sapa yang kena sakit macam ni, dia baru tahu rasanya. Badan jadi rimas, lenguh bahagian sendi dan malas nak buat kerja. Isteri saya kata, muka saya pun pucat… macam orang kurang zat”.

“Sakit ni saya tahu bila pergi buat pemeriksaan doktor… lepas doktor periksa, dia (doktor) kata saya ada simptom demam chikungunya”, katanya kepada wakil syarikat DBY Trade Corporation Sdn.Bhd. yang menemuinya di rumahnya di Changlun, Kubang Pasu kelmarin (14 Julai).

Johari berkata, dia mula mendapat simptom demam chikungunya pada bulan Jun lalu. Pelbagai jenis rawatan dan ubat-ubatan telah saya ambil termasuk dari hospital kerajaan, klinik swasta dan dapatkan penawar perubatan secara tradisonal”.

Katanya, macam-macam ubat dah makan…tapi nampaknya tak jalan juga (berkesan). Bukannya tak usaha, duitpun dah banyak habis”.

Di samping terus mengamalkan ubat-ubatan yang diperolehi dari pihak hospital dan klinik, Johari juga mengakui amalkan produk pemakanan kesihatan iaitu susu Gluco LPD Plus yang diperkenalkan oleh salah seorang agen Puan Fauziah Tan Sri Mohd Zahir pada 4 Julai lalu.

“Alhamdulillah..bersyukor kepada Allah SWT, ..setelah makan susu (minum susu Gluco LPD Plus) dalam 4 kali..masalah senggai-senggai kat sendi dah hilang. Macam Sakit tu..orang pi ‘kutey (cubit) tauk buang, katanya lagi dalam loghat Kedah.

Katanya, “Saya minum 2 kali sehari …..satu cawan (susu) waktu pagi dan satu cawan waktu petang. Sebelum minum saya baca sama Al-Fahtihah”.

Ketika menemuinya, wakil syarikat mendapati ia begitu ceria dan cergas.

Sementara itu, Johari berkata, mana-mana pesakit simptom Chikungunya eloklah cuba amalkan susu ini kerana memang terasa sungguh kesan baiknya.

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Bagi pesakit yang termasuk dalam golongan berumur ia boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun. Seperti penyakit-penyakit bawaa virus lain , ia tiada rawatan yang khusus, sebaliknya ia diberi rawatan berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja.

Sejumlah 86 kes telah dilaporkan di seluruh Malaysia pada minggu ke – 6, 2009. Kes-kes yang dilaporkan adalah melibatkan 81 lokaliti di 10 buah negeri iaitu Kelantan (27 kes), Selangor (20 kes), Perak (17 kes), Johor (7 kes), Pulau Pinang (4 kes), Perlis (3 kes), Pahang (3 kes), Terengganu (2 kes), WP Kuala Lumpur (2 kes), Putrajaya (1 kes).

Sehubungan itu, mana-mana individu yang menghidap penyakit seperti darah tinggi, gout, ulser usus, Tibi, kencing manis, berat badan berlebihan (obesity), angin ahmar, selesema dan lelah ingin mencuba susu kesihatan Gluco LPD Plus, bolehlah menghubungi : 016-423 7585 (Ibu Pejabat), 012-4275036 (Fauziah Tan Sri Mohd Zahir), 019-4402371 (Mohd Noor), 012-416 8002 (Kedah) 019-9823201 (Kelantan) 013-4077525 (Pulau Pinang).

No comments:


Sila Klik

Pages