Web TVPas


Wednesday, July 15, 2009

Manik Urai : petanda hayat UMNO akan berakhir?

Keputusan PRK Manik Urai telahpun selesai dengan keputusan Pakatan Rakyat khususnya PAS masih pemain utama dalam politik Malaysia. Di mana calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50 tahun seorang Pemborong ikan mendapat 5,348 undi yang mengalahkan calon UMNO (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39 tahun, seorang Pengarah Projek berpendidikan tinggi yang mendapat 5,238 undi dengan majority tipis sebanyak 65 undi. Manakala pada PRU 2008, PAS menang agak besar dengan mendapat 5,746 undi dan UMNO(BN) mendapat 4,394 undi , di mana majorit PAS perolehi 1,352 undi.

Jumlah keluar mengundi dalam PRK Manik Urai ini telah meningkat sebanyak 582 undi dari 10,140 pada PRU tahun 2008 kepada 10,720 undi PRK ini. PRK Manik Urai ini telah menunjukkan bahawa undi yang diperolehi PAS telah berkurangan daripada 5,746 undi pada PRU 2008 kepada 5,348 undi pada PRK Manik Urai ini iaitu berkurangan sebanyak 395 undi. Manakala undi yang diperolehi UMNO telah bertambah daripada 4,362 undi pada PRU 2008 kepada 5,283 undi pada PRK Manik Urai ini iaitu bertambah sebanyak 921 undi.


Jika dilihat keputusan dan data-data di atas secara ‘makro’ menampakkan bahawa pengaruh PAS telah merosot dan pengaruh UMNO telah meningkat hampir 1,000 orang. Namum jika diteliti secara ‘mikro’ dan kita zoom ke dalam kempen2 bagi mempengaruhi pengundi dan PRK sebelum ini telah menunjukkan pengaruh Pakatan Rakyat, PAS khususnya masih kukuh dan mampu merobohkan UMNO dalam PRU 13 nanti. Pengundi PAS hanya berkurangan 395 orang pada PRK ini, di mana faktor pengundi muda yang berada di Manik Urai lebih kurang 900 orang telah meresahkan PAS benar-benar terjadi. Semasa diadakan perjumpaan Tuan Guru Nik Aziz bersama pengundi yang berada di luar Manik Urai yang hadir hanya lebih kurang 400 orang.

Faktor ini juga penyumbang kepada kekurangan ini. Sudah menjadi kebiasaan Pilihanraya Kecil pengundi yang berada di luar, ramai yang tidak pulang berbanding Pilihanraya Umum. Apatah lagi mereka melihat kerusi PAS Kelantan masih majoriti besar jika kalah kerusi Manik urai ini dan tidak terjejas. Faktor janji-janji UMNO kepada pembangunan Manik urai seperti jambatan berharga RM7 juta, jika dimulakan tanpa berbentuk ugutan juga sedikit sebanyak boleh mempengaruhi pengundi atas pagar dan mereka mungkin sedia untuk menukarkan undi 1 kerusi yang tidakpun menjejaskan kerajaan Tok Guru. Dilihat faktor pemimpin UMNO turun ke akar umbi dengan taburan wang setiap rumah ada, projek keluarga angkat, menjadi penoreh getah dan sebagainya sedikit sebanyak mempengaruhi orang-orang kampung terutama yang telah berumur dan miskin.

Namun pada Pilihanraya Umum, mampukah UMNO dapat melakukan sebegini? Kadangkala wang untuk penampal posterpun tidak sampai akar umbi. Beratur panjang mengambil wang dari mana dan atas kerja apa? Sudah menjadi trend dari dulu hingga kini, setiap pilihanraya kecil (PRK), undi BN khususnya UMNO akan meningkat khususnya kawasannya Melayu. Kita lihat PRK Bukit Gantang, undi Melayu merosot kepada pembangkang tetapi bukan bermakna pengaruh pembangkang merosot. Jentera BN/UMNO akan digunakan semaksima mungkin termasuk membawa pengundi yang berada dari luar dan sebagainya. PRU mampukah UMNO/BN melakukannya. Semangat rakyat untuk kerusi PAS kelantan yang majoriti besar dan jika kalah tidak menjejaskan kerajaan PAS Kelantan juga faktor.

Berbanding Permatang Pauh, Bukit Gantang dan Bukit Selambau adalah medan sebenar rakyat untuk menunjukkan kebangkitan. Jika ingin melihat buktinya UMNO/SPR boleh mengadakan PRK di Perak yang PR bukan majoriti kerusi DUN yang besar. Jika BN/UMNO menang baru boleh mendabik dada pengaruhnya telah pulih. Kemusykilan juga timbul dari mana datang pengundi untuk UMNO yang meningkat hampir 1,000 orang sedangkan undi PAS merosot hanya hampir 400 orang dan apatah lagi pengundi di luar separuh tidak pulang mengundi. Tidak hairan juga PRK biasanya jumlah pengundi tetiba meningkat. Oleh itu, nyatalah bahawa UMNO tetap akan berakhir, janganlah bermimpi indah dan masih tidak boleh syok sendiri. Timbalan Perdana Menteri yang dilihat dan dikatakan bersih yang turun beratap rumbia di kampung-kampung masih tidak mampu menawan Manik Urai. Dulu dikatakan Tun Abdullah atau Pak Lah puncanya UMNO/BN kalah tetapi kini mahu dituding kepada siapa pula? Wallahu’aklam "

No comments:


Sila Klik

Pages