Web TVPas

Saturday, July 11, 2009

Strategi Jahat UMNO menyuburkan PAs ~MSO

Marah betul kawan saya (seorang bloger) kepada sepasang guru yang juga pengundi di Manik Urai kerana tidak bersedia mengizinkan rumahnya dijadikan tempat makan malam Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yaasin. Pasangan itu adalah guru, suami mengajar di Sekolah Menengah Manik Urai dan isterinya mengajar dii sekolah Menengah Lakloh.

Menurut catatan kawan itu dalam blognya, suami isteri itu mengunci rumahnya dan lari meninggalkan rumah apabila menyedari Umno mahu menjadikan rumahnya sebagai tempat makan malam atau persinggahan sambil berkempen oleh Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran.


Alasan kenapa rumah pasangan itu dipilih ialah kerana ia mungkin agak selesa berbanding dengan rumah orang lain.

Membaca catatan itu saya bukan terkejut dengan tindakan pasangan itu tetapi terkejut dengan kawan itu yang marah kepada pasangan guru berkenaan. Katanya sikap guru itu sebagai tidak tahu nilai kemanusiaan dan sebagai ‘out date’ kerana tidak menyokong Umno dan tidak membenarkan menteri naik ke atas rumahnya.

Saya tidak tahu apakah relationship kawan saya itu dengan guru itu. Tetapi yang jelasnya kawan saya itu ahli Umno Kelantan. Pernah bertanding sekali tetapi kalah. Pernah pegang jawatan Ketua Pemuda peringkat kawasan. Apakah pasangan guru itu warisnya maka beliau begitu marah sekali?

Saya turunkan catatan kemarahanya;
Disini nampaklah bahawa masih ada dikalangan guru-guru yang 'out date' kerana tidak menyokong UMNO/BN mereka rela tidak mahu menerima seorang pemimpin negara naik kerumahnya yang pelik lagi mereka tidak sedikit pun memberi muka kepada Menteri Pelajaran iaitu majikannya untuk bertemu mata.

Itulah yang dikatakan penganut parti yang kolot, yang bodoh, yang tidak ada nilai kemanusiaan, dah lah mujur dapat mengejar didepan rumah, ditunjuk pula dengan jelas bahawa mereka tidak menyokong Kerajaan, Hagas, Hagas benar (Sombong benar). Tapi orang UMNO Kuala Krai tak ada batu kalu.

Nampaknya kawan ini beremosi benar. Sudahlah marah kepada pasangan berkenaan tetapi dihalaknya supaya Umno mengambil tindakan kepada pasangan berkenaan. Beliau mencabar dan menyindir Umno Kuala Krai sebagai tidak ada 'batu'... maknanya orang Umno boleh pandang begitu saja kepada pasangan itu tanpa mengambil tindakan.

Saya hanya tersenyum saja membaca catatan itu sambil bertanya diri sendiri siapakah sebenarnya yang ‘out date’ meminjam istilah kawan itu. Apakah pasangan itu atau pun dirinya sendiri yang 'out date' atau kolot dan tidak memahami erti dan makna demokrasi?

Saya rasa walaupun kawan ini sudah berpolitik sejak bah merah lagi, (bah besar melanda Kelantan tahun 1960-an) tetapi dia tidak faham-faham mengenai demokrasi dan politik. Dia tidak faham mengenai hubung-tara antara pegawai kerajana (guru) dengan Umno dan kerajaan. Masih lagi dia beranggapan Umno dan kerajaan itu dua perkara yang sama, tidak terpisah. Seolah demokrasi mewajibkan semua pegawai kerajaan menyokong UBN. Kalau begitu di manakah kebebasan bersuara yang dilaungkan dalam demokrasi!

Kalau dalam agama tidak ada paksa untuk menerima mana-mana agama, apa lagi dengan parti politik?

Atau pun dia faham tetapi kerana merasakan Umno terdesak di Manik Urai maka buat-buat tidak faham. Guru itu adalah pegawai kerajaan. Dia harus taat kepada Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran (majikan) tetapi bukan sebagai Timbalan Presiden Umno. Mungkin pada firasat pasangan itu kehadiran Muhyiddin itu atas kapasitinya sebagai timbalan presiden Umno bukannya sebagai meteri pelajaran maka mereka tidak benarkan Muhyiddin memijak rumah mereka.

Mungkin pasangan itu menganut ideologi politik Pas. Jadi dalam rukun parti dan oragnisasi adalah satu kesalahan kalau dia membenarkan orang nombor satu Umno pergi makan di rumahnya apa lagi dalam keadaan sekarang, berpilihan raya kecil. Tetapi kalau Muhyiddin hendak tumpang sembahyang di rumahnya di luar keadaan hari ini mungkin akan diizinkannya, bahkan akan ditanak pulut makan dengan durian kunyit.

Mengenai cadangan agar Umno mengambil tindakan ke atas pasangan guru itu, ia adalah tindakan yang kolot dan tidak tamadun. Inilah perangai orang Umno dulu, kini dan selamanya. Bila mereka mendapati mana-mana pegawai kerajaan khasnya guru tidak menyokong mereka, maka ditukarlah guru jauh ke pedalaman. Disusapayahkan kehidupan mereka, diasingkan dari isteri ayah, anak-anak dan ibubapa dan keluarga lain. Tujuannya supaya tidak aktif dalam Pas.

Tahun-tahun 1960an, 70-an dulu mana-mana guru yang dikenali pasti menyokong Pas, hatta tidak menjadi ahli pun dan hanya pergi ke tempat cermaah Pas saja nombor kereta mereka akan dicatat dan dihantar ke pejabat pelajaran. Dua tiga bulan kemudian guru berkenaan akan dikirimkan jauh di pedalaman termasuk ke kawasan Manik Urai itu sebagai hukuman.

Umno harus sedar dan membuang tektik dan kerja-kerja jahat bersifat hukum rimba itu. Umno tidak sedar disebalik tindakan jahat mereka itu menyebabkan Pas berkembang subur. Mereka yang menghidupkan Pas di kawasan pedalaman, menubuhkan cawangan-cawangan Pas di hulu ialah guru-guru yang mereka hantarkan itu. Strategi jahat Umno itulah yang mengembangkan Pas.

Makanya bila hari ini Umno cuba berjinak dengan mereka, sudah pastilah mereka akan menutup pintu rumah mereka. Mungkin juga pasangan berkenaan adalah mangsa tindakan jahat Umno sekitar tahun 70-an dulu, di mana mereka bermukim di situ barangkali kerana ayah mereka ditukar ke kawasan pedalaman itu. Sebab itulah mereka jadi alergik kepada UBN.

petikan dari Blog MSOMelayu



No comments:


Sila Klik

Pages