Web TVPas

Friday, July 17, 2009

PDRM DAN SPRM ....tunggu...Pakatan Rakyat tidak akan lepaskan anda...

Malam tadi, beratus-ratus rakyat Malaysia berkumpul di perkarangan Plaza Masalam di mana terletaknya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di tingkat 14. Rakyat Malaysia berbilang kaum itu marah apabila Teo Beng Hock ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan tersebut (laporan Bernama).

Jeff Oii melaporkan (komen di sini):
The coffee-shop crowd is very angry. The restaurant crowd is very angry. The whole town is very angry.
Saya rasa Jeff tersilap membuat laporan. You cannot say the whole town is very angry, Bro. There are insane scumbags loitering here and there around town. They do not feel anything. They are not angry. It takes a sane human to feel angry, Bro!

Hari ini, kira-kira 10 pagi nanti, insya Allah, ramai lagi rakyat Malaysia akan pergi ke pejabat SPRM Selangor menuntut penjelasan (sila baca "The writing was already on the wall so long ago" oleh Raja Petra Kamarudin).



Malaysian Insider (komen di sini) memetik Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata:
"So far the police do not see any suspicious circumstances in this case and will wait for the report. We will carry out the investigation properly and thoroughly".
There are people who believe you are not blind, Khalid. If they are right in what they believe, let me ask you, what do you really see, Khalid?


You said, the police do not see any suspicious circumstances. So, what do you see?

He slipped and fell from the building?

You are not only answerable to us, the rakyat. You will be answerable to Allah s.w.t. too. I really hope The Almighty will believe you!

Anybody believes SPRM investigation division director, Datuk Mohd Shukri Abdull?!!

Ada siapa-siapa yang percaya Mohd Shukri? Jangan tuduh, tengok sahaja body language dia dalam gambar di sebelah tu (kenyataan dia di sini).

Saya percaya penjelasan Mohd Shukri.

Saya percaya. Tinggal lagi, nak tanya satu perkara ja. Katanya, baju Teo terkoyak. Kalau betul, kenapa baju dia terkoyak?!!

Saya percaya. Dah jatuh bangunan memang la mati. Tetapi, macam mana baju dia terkoyak? Ada tersangkut kat mana-mana ka? Tersangkut lagu mana? Apa pula penjelasan polis tentang baju yang terkoyak tu? -penarikbeca

Keghairahan SPRM Mengundang Padah

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata keghairahan Umno-BN memperalat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini mengundang padah dengan kematian seorang saksi dalam tahanan mereka.

Beliau berkata SPRM bertanggungjawab untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat dengan mendedahkan siapa yang mengarahkan operasi besar-besaran memburu dan menyiasat adun-adun Pakatan Rakyat.

"Saya menyelar keras tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selaku alat pimpinan UMNO satelah menyaksikan betapa ghairah SPRM bertindak terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor," kata Anwar.

"Walhal rasuah yang melibatkan dana berbilion ringgit saperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, pembelian senjata, dan lain-lain cuba dilenyapkan! Dan hari ini, akibat tindakan kasar terhadap petugas Pakatan Rakyat, menyaksikan tragedi kematian pembantu YB Ean Yong Hian Wah iaitu mendiang Teo Beng Hock," tambahnya lagi. - TVA

KEMATIAN MENGEJUT?

Jika sebelum ini kita sering kali mendengar berita tahanan polis 'mati mengejut' ketika berada dalam tahanan sewaktu masih dalam proses soal siasat. Itu belum lagi dikira tahanan yang mendakwa dibelasah dan 'dikerjakan' sewaktu berada dalam tahanan polis. Malah sebelum ini kita pernah mendengar tahanan wanita yang dibogelkan dan diminta ketuk ketampi dalam keadaan mengaibkan dan dirakam secara sulit untuk mendapatkan 'bukti'. Malangnya semua dakwaan dan bukti yang dikemukakan seperti kes A.Kugan akhirnya senyap begitu sahaja.





Semalam, negara digemparkan lagi tentang kematian 'mengejut' tahanan sewaktu sedang disoal siasat. Cuma kali ini bukan dalam tahanan polis tetapi sewaktu dalam soal siasat SPRM. Apakah ini satu lagi kes kematian 'mengejut'? Teo Beng Hock, 30 tahun ditemui mati ketika berada di tingkat 14 pejabat SPRM di Shah Alam. Persoalannya bagaimana Teo boleh jatuh? Lebih malang, dia dijadualkan melangsungkan perkahwinannya hari ini. Bagaimana seorang yang berada di bawah kawalan SPRM boleh mati 'mengejut'? Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar awal-awal lagi mengklasifikasikan ia sebagai kematian 'mengejut'. Bagaimana beliau boleh membuat kenyataan 'mengejut' sebelum siasatan forensik dan bedah siasat belum lagi dilakukan?

Bagi saya, apa pun yang berlaku kepada Teo dalam hasil bedah siasat nanti, sama ada terjatuh, menjatuhkan diri atau dijatuhkan, SPRM perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana Teo berada di bawah kawalan dan siasatan SPRM ketika itu yang sedang menyisat kes berkaitan rasuah yang didakwa melibatkan Exco Pakatan Rakyat Selangor. Dalam hal ini kita tidak boleh menyalahkan orang ramai yang membuat spekulasi berkaitan kematian ini kerana ini bukan kematian biasa tetapi mati 'mengejut'. -angkasanuri

Tubuh suruhanjaya bebas siasat kematian Setpol Exco Selangor dalam tahanan SPRM

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menggesa satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah semasa dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teo Beng Hock dilaporkan terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat SPRM Selangor di Shah Alam.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan Dun membabitkan beberapa Adun Pakatan Rakyat negeri itu.

Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata perlu satu siasatan menyeluruh bagaimana Teo terbunuh walaupun dakwaan menyatakan beliau terjatuh bangunan.

"Kes ini memberi kesan buruk kepada keyakinan masyarakat akan keselamatan pihak saksi yang ditahan oleh SPRM kerana mereka seharusnya dijaga dari segi keselamatan ketika berada di bawah tahanan SPRM," ujar Mahfuz.

Peristiwa mati dalam tahanan sebelum ini banyak berlaku tetapi membabitkan dalam tahanan polis, namun kali ini lebih mengejutkan ia berlaku di SPRM, katanya.

Justeru, beliau mendesak satu siasatan menyeluruh dilakukan dengan suruhanjaya bebas ditubuhkan.

Dalam perkembangan berkaitan, pemimpin DAP bergegas ke pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.

Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.

Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Dato' Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.

SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Sementara itu, peguam M Manoharan, yang menemani Teo ke pejabat SPRM semalam berkata, mendiang kelihatan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi sebarang tekanan.

"Dia nampak gembira dan tenang. Saya menasihatkannya bagaimana hendak mengendalikan soal siasat tersebut kerana saya tidak dibenarkan untuk bersamanya" katanya.

Manoharan, yang juga ADUN Kota Alam Shah kali terakhir melihat Teo pada kira-kira jam 7 petang semalam.

Setakat jam 6 petang ini, mayat Teo masih berada di atas bumbung tempat dia jatuh.

Pejabat Ean telah diserbu SPRM semalam di mana sebuah komputer riba milik Teo dan sebuah komputer meja telah dirampas.

SPRM juga menyerbu pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Selain Ean dan Lau, lima lagi wakil rakyat Pakatan turut disiasat, iaitu Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama) and Edward Lee (Bukit Gasing).

SPRM sebelum itu telah menyoal siasat beberapa orang, termasuk pembantu lima wakil rakyat - Ean, Lau, Kok, Wong dan Yeoh.

Wakil rakyat Pakatan Selangor masing-masing diberi RM500,000 setahun untuk membiayai program kemasyarakatan di kawasan masing-masing. SPRM mendakwa dana tersebut telah disalahguna.

R Sivarasa, yang juga ahli Parlimen Subang berkata, kematian Teo berlaku dalam keadaan yang meragukan.

"Sehingga ini, kita mempertanggungjawab SPRM terhadap kematian tersebut sehingga kita mendapat penjelasan yang memuaskan," katanya. -harakahdaily





petikan daripada kelab greenboc
tkasih

No comments:


Sila Klik

Pages