Web TVPas


Monday, July 6, 2009

Nostalgia Manik Urai

Sekitar tahun 70-an Manik Urai merupakan suatu tempat yang terpencil. Untuk ke sana kami sekeluarga terpaksa menaiki kereta api 'local' yang mengambil masa sehari suntuk dari Pasir Mas ke Manik Urai. Apa tidaknya boleh dikatakan hampir semua stesen di sepanjang perjalanan itu kereta api 'local' tersebut berhenti seperti Paloh Rawa, Temangan dsbnya. Kebetulan pula makcik aku tinggal di sana. Pernah kami berkumpul sedara mara di Manik Urai untuk meraikan perkahwinan sepupu kami iaitu Kak Ros di Kg Mesek(Manik Urai). Makcik aku berkahwin dengan pengusaha getah yang berjaya dan memiliki kebun getah yang cukup luas dan mempunyai pekerja yang cukup ramai. Pekerjanya kebanyakan diimport dari Thailand. Tidak hairanlah dua orang anaknya telah berkahwin dengan anak-anak pekerjanya dari negara jiran tersebut.
Untuk sampai ke Kg Mesek(Manik Urai) pada waktu itu terpaksalah diangkut dengan manaiki motorsikal dari stesen Kereta api Manik Urai Lama. Abang sepupu aku yg mempunyai motorsikal jenis 'Norton' pada waktu itu terpaksa memunggah kami berulang kali melintasi sungai Lebir melalui jambatan kereta api dengan laluan yang cukup sempit yang cukup mengerikan. Pada waktu itu itulah satu-satunya laluan untuk ke kg tersebut


Dan kini suasana tersebut sudah banyak berubah. Walaupun tidaklah sepesat di Kota Bharu tetapi jambatan yang boleh muat hanya sebuah kereta sudah dibina untuk sampai ke Kg Makcik aku. Seringkali apabila pulang ke Kelantan aku akan singgah di kg tersebut. Pada aku walaupun pembangunan Manik Urai tidak sepesat di tempat lain tetapi penduduknya cukup selesa dengan keadaan tersebut. Banyak tanah hutan pada waktu itu telah diteroka untuk ditanam dengan getah serta pokok kelapa sawit.
Aku cukup 'berbulu' dengan kenyataan Ketua Wanita UMNO bahawa "apa yang didoakan oleh Nik Aziz?" Kalau macam ni mentaliti yang dibawa oleh UMNO, aku rasa sampai bila-bila pun UMNO tidak akan menang di Kelantan apatah lagi di Manik Urai. Lihatlah apabila Zulkifli Omar (BN) memenangi kerusi tersebut pada tahun 2004. Apa yang dibawa ke Manik Urai? Kalau ada pun rumah mewah beliau yang dibina di kawasan tersebut. Rakyat apa yang dapat? Bak kata YB Husam dalam satu rancangan debat di RTM pada suatu waktu dahulu.."Tangan dan kaki kami diikat, kemudian disuruh berenang untuk berlawan dengan mereka..." Jadi tidak usahlah mengeji orang serta menabur janji yang pelbagai kalau tidak mampu untuk menunaikannya. Kalau royalti minyak tidak dapat diberi kepada Kerajaan Kelantan sebagai hak milik rakyat Kelantan..maka adakah parti UMNO yang boleh diharap untuk memerintah Kelantan serta memenangi PRK ini?
Rakyat Kelantan sudah cukup selesa dengan keadaan sekarang.
Apalah erti pembangunan jika menjauhkan diri dengan Ilahi.
Apalah erti pembangunan jika maksiat mula menghiasi diri dan
Apalah erti pembangunan UMNO jika ulama sudah di keji.
Jadi, janganlah dok maki-maki nanti membakar diri. Kepada calon PAS, Abe Uji selamat bertanding dan kekalkanlah kemengan rakyat.

No comments:


Sila Klik

Pages