Web TVPas


Thursday, July 8, 2010

Hoi..Ezam..dulu kotak apa cerita? Nak buka kotak baru pulak

Ezam akan serahkan bukti
KUALA LUMPUR 5 Julai - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Ezam Mohd. Noor mendakwa, beliau mempunyai segala bukti mengenai agenda jahat akhbar The Star dan portal berita propembangkang, Malaysiakini untuk memburukkan imej Istana Negara.

Sehubungan itu, katanya, segala maklumat dan bukti tersebut akan diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Raja-Raja Melayu dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

"Saya ada semua bukti bahawa The Star dan Malaysiakini mempunyai agenda jahat terhadap projek Istana Negara yang sedang dibina. Mereka berselindung di sebalik isu buruh asing.

"Fokus mereka adalah untuk menimbulkan rasa marah rakyat terhadap institusi diraja dan bagi mencapai maksud tersebut, mereka sengaja memperbesarkan isu gaji buruh asing," kata melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kelmarin, beliau menafikan laporan Malaysiakini yang mendakwa Istana Negara baru itu kononnya 'istana air mata' kerana masalah pembayaran gaji membabitkan beberapa pekerja asing.

Sebaliknya Ezam menegaskan, Istana Negara adalah lambang keagungan sebuah institusi diraja bagi mencerminkan kedaulatan Malaysia dan semua rakyat negara ini wajib mempertahankannya.

Dakwanya, The Star bersekongkol dengan beberapa pemimpin kanan parti pembangkang bagi mencemuh projek pembinaan istana berkenaan.

"Saya tegaskan bahawa perkara ini merupakan bukti wujudnya manipulasi jahat oleh anasir-anasir untuk merosakkan institusi asas negara.

"Istana Negara bukan isu rasis, ia bukan istana sesuatu bangsa tetapi ia istana bagi negara ini. "Hanya mereka yang rasis sahaja melihat isu ini sebagai isu bangsa," katanya

No comments:


Sila Klik

Pages