Web TVPas


Saturday, July 3, 2010

Kalau Kalah Confirm Tinggal Sehelai Sepinggang

Semasa prk Hulu Selangor yang lalu petugas Umno -Bn di Hulu Selangor 'berkubu' dalam khemah-khemah di bawah pokok berdekatan Ampang Pecah kalau aku tak silap. Ini sebab Umno-Bn dah tak boleh guna harta dan dewan kepunyaan kerajaan negeri Selangor sebab depa dah tak jadi pemerintah. Hari ini Malaysiakini melaporkan Sukarnya bila hilang kuasa, kata Nong Chik;

BN hanya boleh memberikan perkhidmatan kepada rakyat jika kekal berkuasa, kata Pengerusi Umno Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Katanya, jelas sekali bahawa di kawasan kita kalah, anggota BN lumpuh apabila kemudahan yang ada dimonopoli oleh Pakatan Rakyat.

"Saya daripada bahagian di mana kita kalah. Mereka beritahu saya betapa sukarnya bagi mereka berada di bawah Pakatan," katanya dalam mesyuarat tahunan bahagiannya di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

"Mereka perlu bekerja keras, (sampai) berkempen bawah khemah di rumah mereka.

"Inilah yang berlaku kalau kami tidak lagi berkuasa," katanya yang juga menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar Malaysia.-Malaysiakini.

Laporan itu mengesahkan apa yang dilihat di Prk Hulu Selangor bila petugas Umno tidur dalam khemah di bawah pokok.Aku rasa pertama kali petugas Umno-Bn di Selangor jadi lagu tu setelah berkuasa selama 50 tahun di Selangor.Jika Umno-Bn terus kalah di Selangor dalam pru akan datang lambat-laun tinggal gusi dengan lidah la alamatnya.

Semua kemungkinan boleh berlaku dalam pru akan datang. Yang menang jika terus diulit mimpi tak akan kalah akan merana jika silap strategi . Yang kalah boleh menang , yang sedia berkuasa boleh kalah dan begitulah sebaliknya. Rakyat raja di hari mengundi!

No comments:


Sila Klik

Pages