Selepas kaitkan DSAI dengan Yahudi kini ada pula suara yang kaitankan beliau dengan Raja Petra. Bermulanya kes liwat bodoh rekaan Umno, maka kita tahu Umno sudah berada di garisan permulaan.
Kita faham seluruh hulubalang dan juak-juak BN terutama Umno telah dikerah untuk memulakan serangan cara bertali arus terhadap DSAI, memandangkan pilihanraya umum sudah hampir tiba. Jadi ini bukan barang pelik.
Banyak lagi selepas ini barang yang masak dan separuh masak akan dikeluarkan satu persatu. Maka bertaburanlah hulubalang Umno atas muka bumi ini mencari apa saja bahan yang boleh dijadikan isu, sebagai senjata untuk terus menerus menyerang PR dalam menghadapi PR umum nanti.
Kita yakin kali ini Umno tidak akan kering gusinya.
No comments:
Post a Comment