Thursday, July 8, 2010
Nah, Ambik Engkau YB Zul! Bravo Pak MSO
oleh Pak MSO
KEBUSUKAN itu kalau sudah terlalu sangat ia tidak dapat disembunyikan lagi. Usahalah macam mana hendak melindunginya ia tetap juga akan berbau. Sebaliknya makin ditutup ia makin melarat. Sudah menjadi sunatulah, bahawa kebatilan itu tidak boleh ditegakkan.
Begitulah apa yang dapat disimpulkan dengan sikap dan tindak tanduk ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin. Busuknya bukan setakat memualkan tetapi sudah ke peringkat memuntahkan. Semasa berlaku tsunami di Aceh dulu saya tiba ke negeri berkenaan. Bau mayat Tuhan saja yang tahu. Betapa pun busuk namun bau itu terpinggir juga dari deria rasa dan ingatan saya. Namun kebusukan Zulkifli Nordin ini tidak mahu beralih dari saraf pengalaman saya.
Semalam di parlimen tanpa didesak dan diminta sesiapa dia sendiri mengakui berbohong kepada orang ramai di sepanjang kerjaya politiknya. Dia mengakui berbohong mengenai Anwar Ibrahim diracun dengan arsenik. Dia memberi tahu dunia segala apa yang dilemparkan kepada kerajaan sebelum ini ada strategi yang diatur dan disusun oleh Anwar. Nauzubilahimina zalik.
Dia mengakui dialah yang membawa isu Anwar dirancun dengan arsenik. Dia mengakui dia ke depan dalam isu berkenaan. Dakwaan itu betul, cuma yang beluknya dia meletakkan kesalahan itu kepada Anwar Ibrahim yang membuat strategi itu. Dia kata dia disuruh berbuat demikian. Kalau benar Anwar menyuruh dari situ orang sudah dapat merasakan betapa ahli parlimen ini seorang yang pandir dan tidak bertindak mengikut akal yang sihat.
Soalnya benarkan Anwar yang menyuruhnya?
Apa yang diperkatakan Zulkifli dulu, kini dan selamanya (pinjam slogan Umno) adalah temberang besar yang mungkin sudah tercatat di langit akhirat mengenai Zulkifli Nordin.
Catatan ini kabur untuk dilihat hari ini tetapi ia akan menjadi besar dan terang bersama segugusan pembohongan beliau yang akan datang dari masa ke semasa. Tengoklah...
Hari ini diamengakui dia silap dan telah menyesali atas apa yang berlaku. Betulkan dia menyesali dan insaf. Saya secara yang mengenali dia secara peribadi tidak fikir dia akan insaf. Kalau dia benar-benar kesal dan sudah bertaubat dia tidak permainankan Tuhannya. Kerana hari ini dia terus galak dan mencipta pembohongan demi pembohongan baru bagi menghidupkan aksi politik munafiknya.
Apakah wakil rakyat bebas ini sudah memohon keampunan atas apa yang berlaku? Mungkin. Tetapi bila sekali lagi dia menyalahkan Anwar terhadap tindak tanduknya itu, menyebabkan kita keliru apakah dia insaf atau pun bertaubat atas perbuatan beliau itu.
Apa yang berlaku ke atas Zulkifli itu umpama tangki najis di belakang rumah yang sudah penuh dengan tahi. Ia sudah sebak dan membuak ke atas. Walaupun ditutup tetapi membuak-buak ke atas juga. Kita percaya Zulkifli cuba menutup segala kebusukan sejak beliau berpaling tadah dan pelahap dengan wang dari UBN. Tetapi kerana ia terlalu banyak menyebabkan tidak mampu melindungi. Beranikah dia menanfikan beberapa perjanjian dan persetujuan yang beliau sebut dan buat dengan Najib Razak, dan seorang menteri? Saya dengar dan saya ingat semuanya.
Umpama tangki najis tadi ia melimpah dan terkena ke atas batang hidungnya sendiri. Sebab itu saya kata dia ini umpama bunga kembang pagi saja. Molek dan cantiknya setakat pukul lapan, tetapi akan kecut menjelang tengah hari dan akan hancur bila tiba waktu Asar. Kini periodenya untuk menempuh kehancuran. Habis saja penggal parlimen ke 12 ini maka masuk kubur Zulkifli bersama geng-geng bebas yang lain.
Mengenai kebejatan dan kebijangan politik beliau ini saya sudah meramlkan setahun sebelum beliau membuat onar melarikan diri. Malangnya ada penyokong Pakatan otak kemetot menuduh saya membuat fitnah. Hari ini dunia mengetahui apakah yang saya spekulasi itu fitnah atau apa?
Teringin saya mendengar ulasan si otak kemetot berhubung dengan kedudukan Zulkifli Nordin hari ini. Apakah dia masih balik ke Kulim dan masih memegang tongkat di mimbar menyampakai khutbah Jumaat? Atau pun masih mengadakan ceramah dan kuliah agama dengan mendapat wang seratus dua yang kononnya untuk diberikan kepada parti? Ceritalah.
Dengan gelagat dan kebusukan yang Zulkifli lumurkan sendiri pada diri itu, marilah kita tutup kisah si budak kecil ini. Biarlah dia bermain dengan guli-guli politiknya di bawah rumah. Penyokong Pakatan Rakyat khasnya dan rakyat umumnya jangan terkilan dan sedih atas apa yang berlaku. Sama-sama kita dengar suatu hari nanti mengenai berita Zulkifli Nordin terlekat biji guli di tengkok. [wm.kl. 12:00 t/hari 09/07/10]
pastpjp : Inilah ulasan yang ditunggu oleh pastpjp terhadap keceluparan YB ZUL. Banyak ucapan dan kata beliau semakin melalut dan penuh dgn kehanyiran. Sedarilah Zul tindakan anda sdg diperhatikan oleh rakyat dan Allah swt
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment