Web TVPas

Sunday, July 18, 2010

TPM dimalukan oleh 4 Adun BN..padan muka!

Hisham: 4 ADUN BN 'tak hormat' TPM

Jul 17, 10

Kegagalan empat wakil rakyat kawasan Setiu menghadiri persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu seolah-olah tidak menghormati Timbalan Perdana Menteri yang merasmikan majlis itu, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Seputeh di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata majlis itu masih perlu dihadiri meskipun mereka mempunyai masalah dalaman.


"Itu bukan cara kita. Sekurang-kurangnya kita mesti menghormati perasmi, lebih-lebih lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menghormati bahagian kita kerana bahagian lebih penting daripada diri kita sendiri serta menghormati parti. Siapalah kita kalau tidak kerana parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekecewaan Muhyiddin apabila Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Jabi, Ramlan Ali, Adun Permaisuri Abd Halim Jusoh, Adun Langkap Asha'ari Idris dan Adun Batu Rakit Khazan Che Mat tidak hadir pada persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu semalam.

Berkongsi kekecewaan dengan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, Hishammuddin berkata pihaknya akan menasihatkan keempat-empat wakil rakyat berkenaan.

"Kita akan sedarkan pihak berkenaan, kedudukan dan jawatan yang mereka pegang datang daripada sokongan orang ramai, datang daripada pengiktirafan terhadap parti. Apa juga alasan diberi mereka, boleh mencemarkan dan menjejaskan Setiu sendiri," katanya.

Dalam isu berbeza, Hishamuddin berkata beliau tidak meletakkan harapan perbincangan mengenai perjuangan bangsa dan agama hanya kepada seorang pemimpin dalam PAS, termasuk Musyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Kita kena tengok pendirian secara menyeluruh daripada parti PAS sendiri," katanya ketika ditanya mengenai pendirian Nik Aziz yang dilihat berdolak-dalik dalam memberi kenyataan berhubung kerjasama antara Umno dan PAS.

--Bernama

No comments:


Sila Klik

Pages