Web TVPas

Monday, May 11, 2009

Dialog Lalat dan Lebah

1.Satu hari Si Lebah terserempak dengan Sang Lalat yang sedang mengerumuni dan makan taik.Si Lebah bertanya :"Wahai kekanda mengapa suka makan taik?Mengapa tak nak makan madu bunga , ia sedap , wangi dan bersih.Taik kotor dan busuk"Jawab Sang Lalat."Ia memang makanan aku.Kalau tak makan sehari , aku terpaksa masuk hospital kerana sakit teruk.Madu bunga aku dah cuba tapi tak ada selera , badan aku jadi kurus kering.Kata Si Lebah "suka hati kekandalah , aku dah nasihat tanggungjawab aku dah selesai".Lantas Si Lebah mohon diri untuk berpisah.

2.Polimik politik di Perak tentang siapa betul , siapa salah antara UMNO/BN dan Pakatan Rakyat boleh dijawab dengan memahami intisari dialog antara lalat dengan lebah diatas.UMNO/BN mempertahankan tindakan merampas kuasa di Perak sebagai betul kerana mempertahankan Melayu.Walaupun tindakan tersebut melibatkan penculikan , peras ugut , perangkap seks dan imbuhan rasuah untuk mendapatkan sokongan katak-katak lompat.

3.Bagi Pakatan Rakyat pula tindakan menubuhkan kerajaan dengan membelakangkan pilihan rakyat dan membuang speaker secara paksa tanpa melalui usul yang teratur tetap salah dan tidak mengikut perlembagaan.Bagi Pakatan Rakyat rasuah ,perangkap seks dan guna 'BOMOH' adalah keji dan dosa-dosa yang besar.

4.Kalau nak berhujah , sehari suntuk pun tak akan selesai.Bawa ke mahkamah pun tak akan selesai kerana manusia yang beriman dengan manusia yang zalim atau fasik mempunyai sistem nilai yang berbeza.Bagi orang beriman kebenaran adalah dari Allah S.W.T dan tidak ada keraguan padaNya.Dosa dan pahala garis pemisahnya jelas.Bagi orang-orang zalim atau fasik kebenaran atau kebatilan boleh berubah mengikut kepentingan diri dan hawa nafsu.Yang memimpin mereka adalah Syaitan dan Iblis.

5.Dalam negara kita ramai ahli-ahli politik sekular dan tidak ketinggalan juga terdapat orang-orang yang diberikan amanah untuk menjaga undang-undang baik polis atau hakim-hakim yang berpegang kepada falsafah lalat.Bagi mereka kebenaran tidak penting asal saja kocek dan perut mereka dibuncitkan dengan duit-duit haram.Bagi mereka kuasa bukan amanah tetapi wasilah untuk menempah tiket untuk ke 'NAR'!!!


MEREKA SEBENARNYA LEBIH HINA DARIPADA LALAT!!!

No comments:


Sila Klik

Pages