Web TVPas

Thursday, May 14, 2009

Nak bincang apa? Bubarkan saja DUN tu...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau bersedia mengadakan perbincangan dengan Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.

Bagaimanapun, katanya, tidak harus ada sebarang prasyarat untuk mengadakan perbincangan tersebut dan ia harus terbuka untuk menerokai semua kemungkinan.

"Saya telah berkata, prinsip nombor satu ialah hormat menghormati antara satu sama lain," katanya kepada pemberita di Putrajaya pagi ini.

"Nombor dua, kita mesti mengikut aturan dan peraturan dalam Dewan dan di luar Dewan," tambahnya.

Perdana menteri juga menolak tanggapan bahawa BN takut untuk berdepan dengan pilihanraya di Perak - sepertimana yang dikehendak Pakatan - kerana bimbang BN akan kalah.

"BN tidak takut. Jika kita perlu berdepan dengan rakyat, maka kita akan berdepan dengan rakyat. Kita telah banyak kali berdepan dengan rakyat," tambahnya.

Najib juga ditanya mengenai gesaan pemimpin BN bahawa penyelesaian kemelut politik di Perak adalah dengan mengadakan pilihanraya baru di negeri itu.

Katanya, itu adalah satu daripada pilihan tetapi menegaskan bahawa di bawah perlembagaan, ia tidak semestinya sedemikian.

"Ia bergantung kepada Sultan untuk menimbangnya," tambahnya.

Beliau juga menolak kebimbangan bahawa krisis di Perak akan membawa kepada keadaan sepertimana yang berlaku di Thailand.

Perak dilanda kemelut politik yang membabitkan perebutan kuasa antara BN dan Pakatan yang menang di negeri itu dalam pilihanraya umum lalu.

Bagaimanapun, kemelut itu tercetus apabila tiga ADUN Pakatan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas serta menyokong BN.

Ekoran itu Sultan telah meminta Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya melepaskan jawatan menteri besar.

Baginda kemudiannya melantik Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN sebagai menteri besar yang baru.

Bagaimanapun, Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Zambry kemudiannya mendapat perintah penangguhan penghakiman tersebut sehingga selesai rayuannya.

Semalam, Nizar pula memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah penangguhan tersebut, yang akan didengar Isnin ini.

2 comments:

HASMAWI said...

APASALAH GENG PR NI DOK KALUT NAK BUBARKAN DUN.


KUASA YANG ADA PADA SULTAN BOLEH DIKATAKAN 3 PERINGKAT..

1. SAPA ADA MAJORITI DIA JADI KERAJAAN. SO, KALAU PAKATAN BOLEH DAPATKAN BALIK MAJORITI ADUN YG MEMIHAK KEPADA MEREKA ESOK, AKU SURE SULTAN PUN TAKKAN NAK BAGI BN MEMERINTAH PULAK. MAU HURU-HARA LAGI TERUK PERAK TU...
P/S... JANGAN KITA TUDUH ORG YANG MELOMPAT TU TAK BERSIH / SEPERTI MENERIMA RASUAH KALAU SEKADAR DGR2 ATAU BACA DARI BLOG TANPA PERTIMBANGAN, KALAU DULU ANWAR IBRAHIM JADI MELOMPAT "KATAKKAN" 30MP DARI BN UTK NAK TUBUH KERAJAAN PERSEKUTUAN BARU UNDER PR...HANG RASA SEMUANYA 100% IKUT JE...TAK DIRASUAH.

2. SELAIN DARI MENGGUNAKAN MAJORITI ADUN, SULTAN BOLEH BUBARKAN DUN. BETUL... MEMANG SULTAN BOLEH TAPI YANG HANG NAK KALUT DOK BUBAR DUN TU BUAT APA, BARU SETAHUN PRU12, KATAKAN BN MENANG & MAJORITI 2,3 ORG ADUN JE...PASTU PR PULAK KATA BN TAKTIK KOTOR, BAWAK PENGUNDI HANTULAH, TIPU UNDI POS LAH & MACAM2 LAGI. ATAU PR MENANG DGN MAJORITI YANG SAMA JUGAK, PASTU 2,3 BULAN ADA YANG LOMPAT PULAK MASUK BN PASTU...PASTU...PASTU...APA PULAK YE...DUIT CONFIRM BERJUTA DAH HABIS. PILIHANRAYA SATU NEGERI BEB BUKAN SIKIT.LOMPAT PARTI TAK SALAH LA DARI SEGI UNDANG2 WALAUPUN DARI SEGI MORAL AKU PUN TAK BERAPA SETUJU...KALAU RASUAH YANG BERJAYA DIBUKTIKAN TU MEMANGLAH SALAH….

3. PAYAH2 SGT KUASA TERAKHIR YANG ADA KAT SULTAN, BAGINDA ISYTIHARKAN JE DARURAT, 2,3 HARI CUKUP LE, WAKTU TU BAGINDA NAK PILIH SAPA SEBAGAI WAKIL UTK MEMERINTAH UNTUK NEGERINYA, IKUT SUKALAH. TAPI CARA NI YANG PALING LECEH & BEBANKAN RAKYAT.

KESIAN LE KAT ORG PERAK TU (WIFE AKU ORG SANA JUGAK ( BUKIT GANTANG). AKU RASA TERIMALAH BN ADA MAJORITI & DEPA MEMERINTAH SAMPAI PRU KE 13 NANTI NAK PANGKAH SAPA PULAK IKIUT SUKALAH..

AKU RASA TAK MATI KEBULUR LAGI RAKYAT PERAK TU KALAU BN MEMERINTAH SAMPAI PRU KE13. TAPI KALAU PR YANG MEMERINTAH MUNGKIN JUGAK TAK KEBULUR TAPI MAJORITI MELAYU PERAK MAU ADA YANG KENA DUDUK BAWAH JAMBATAN SEBAB TANAH DAH BAGI KAT ORG LAIN....KATA SBLM NI BN BYK BAGI TANAH KAT TOKEY CINA, DAH TU PR MEMERINTAH HANG PA NAK BAGI LAGI KAT CINA2 DI KG BARU TU, DEPA DUDUK SITU DULU PUN BRITISH YG BUKA TANAH SBB NAK KURANGKAN PENGARUH KOMUNIS ( DUDUK FREE LE ), KALAU PI "MUGAQ" / TEROKA MACAM ORG MELAYU KAT FELDA TU TAK PA JUGAK.(BRITISH BUKA TAPI "KULI" NYA ORG MELAYU LE DOK MENEBAS KAWASAN TU, PASTU CINA2 NI DUDUK FREE, 99 TAHUN TAK CUKUP KE...KENAPA NAK 999TAHUN JUGAK)

BILA HANGPA BAGI LAGI, LAGI LA BODOH, KAT KG BARU TU KEBANYAKKAN CINA2 TUA JE, ANAK2 DEPA DAH KAYA RAYA....TANAH KAT TEMPAT LAIN BELAMBAK DAH...HA TU BAGI LAGI...LAGI...

BIAQ BN MEMERINTAH SAMPAI PRU13, KALAU DEPA DOK MACAM TU JUGAK BARU TUKAR. BN DAH MEMERINTAH 50 TAHUN TAKDE LAGI MATI KEBULUR ORG PERAK TU, WALAUPUN DEPA PASTINYA ADA MELAKUKAN KESILAPAN DULU TAPI BUKANNYA KELAM KABUT NAK BAGI TANAH SAMPAI 999THN. MUNGKIN DAH KIAMAT DAH WAKTU TU. HANG INGAT SENANG KE NAK DPT BALIK TANAH TU.

NAK ROSAKKAN SESUATU KEJAYAAN TU TAK PAYAH 50 TAHUN SETAHUN PUN DAH CUKUP LA, NI NAK BAGI MEMERINTAH LAGI 5 TAHUN. BAGI PR & BN TU SEDAR SIKIT APA YANG PENTING UTK RAKYAT. KALAU PR MENANG ISU NI, CONFIRM DEPA KATA BAGI TANAH KAT CINA 999TAHUN PUN TAK PA, RAKYAT PERAK SEMUA SETUJU, SOKONG DEPA....

KAT KEDAH YB. UST AZIZAN NAMPAK SMART & COOL WALAUPUN ADA JUGAK ORG2 DALAM PAS SENDIRI KELAM KABUT NAK BUAT ITU INI YANG AGAK DRASTIK. BILA KAT PERAK DOK KECOH PASAL TANAH 999TAHUN , UST. AZIZAN RELAX JE, DIA SURUH KERAJAAN KEDAH SAMBUNG LAGI MANA2 TANAH KAT KAMPUNG BARU / DIBANDAR KAT KEDAH JADI 99 TAHUN..... ITULAH PASAL KAT TERENGGANU DULU DAPAT MEMERINTAH SATU PENGGAL JE..SEBAB BUAT APAPUN DRASTIK SGT...

PAS TAMAN PAYA JARAS PERMAI said...

Terima kasih atas respon saudara. Masalahnya di sini..betul ker BN ada majoriti. Adakah tiga ADUN yg lompat tu ada integriti? Kut-kut kalau mereka tu melompat belah sini pula. Hang nak kata apa? Mahkamah dah pun memutuskan bahawa NIzarlah MB yang sah. So..kuasa sultan yang hang habaq tu dah digunakan secara betul atau telah di'control' oleh Najib dan kuncu-kuncunya


Sila Klik

Pages