Web TVPas


Wednesday, May 13, 2009

Mandela dan Ghandi pejuang kemerdekaan bangsa, Zambry pejuang yang merompak suara majoriti rakyat

Sebenarnya saya hendak menulis mengenai perkara ini malam tadi lagi. Ia berkaitan kenyataan Zambry yang dipetik di Petaling Jaya kelmarin yang menyamakan perjuangannya dengan Nelson Mandela dan Mahatma Ghandi. Berejam-rejam saya memikirkan di manakah persamaan watak dua kelompok manusia ini, di mana persamaannya antara Mandela/Ghandi dengan Zambry? Pikir punya pikir, tak dapat juga, hingga mata pun terpejam di meja komputer, tak dapat tulis apa-apa….

Hari ini bangun pagi memikir lagi di mana persamaan Zambry dan dua tokoh popular itu? Sungguh, saya tak dapat jawapannya, kecuali:

Mandela dan Ghandi pejuang kemerdekaan bangsa, Zambry pula pejuang yang merompak suara majoriti rakyat.

Mandela dan Ghandi pejuang persamaan hak manusia universal tanpa mengira perbezaan warna kulit dan agama, Zambry pula pejuang yang mempertahankan ketuanan Melayu sempit.

Mandela dan Ghandi pejuang yang rela masuk penjara demi mempertahankan negara, Zambry pula pejuang pangkat yang rela menggunakan mahkamah untuk kembali menduduki takhta MB yang bukan haknya.

Mandela dan Ghandi tidak mementingkan kuasa, Zambry lari sana-sini untuk mempertahankan kuasa.

Mandela dan Ghandi berperwatakan pemalu, Zambry pula tidak malu mengaku dirinya MB yang tidak pernah diiktiraf oleh mana-mana mahkamah.

Mandela berkulit hitam, Zambry pun berkulit hitam.
Ghandi pejuang India, Zambry moyangnya berasal dari India.

Oh, akhirnya saya telah mendapat jawapannya, itulah persamaan antara mereka yang saya cari-cari sejak malam tadi! :

Mandela berkulit hitam, Zambry pun berkulit hitam
Ghandi pejuang India, Zambry moyangnya berasal dari India.

http://pendikargunung.blogspot.com

No comments:


Sila Klik

Pages