8:24 Ketika ini anggota polis masih belum kelihatan di sekitar kawasan Istana Kehakiman
8:59 Wakil Datuk Seri Mohammad Nizar bersama peguamnya sudah memasuki Mahkamah Rayuan bilik bicara 3.
9:07 Datuk Seri Nizar bersama isteri memasuki Mahkamah Rayuan bilik bicara 3
9:15 Peguam Negara memasuki bilik bicara 3 Mahkamah Rayuan
9:22 Penyokong Nizar hadir mengikuti perbicaraan. Keadaan terkawal ketika ini
9:24 Peguam Zambry memasuki Bilik Bicara 3 Mahkamah Rayuan
9:31 Zambry masih tidak kelihatan
9:32 Perbicaraan nizar lwn zambry sudah bermula
10:00 Peguam Zambry sedang kemukakan hujah mereka
10:15 Kelihatan Dr Hatta bersama penyokong Nizar menunggu di luar Bilik Bicara 3 Mahkamah Rayuan
10:17 Kedatangan penyokong Nizar semakin bertambah. Mereka berkumpul di lobi
10:34 Peguam BN masih berhujah
10:39 Suasana di lobi dan luar kawasan Istana Kehakiman tenang. Pihak polis menjalankan tugas mereka bagi mengawal keselamatan di sini
10:59 Kelihatan peguam Nizar, Sulaiman Abdullah keluar dari Bilik Bicara 3
11:10 Peguam Zambry, Datuk Cecil Abraham kemukakan hujah berdasarkan 24 alasan rayuan
11:11 Galeri awam Mahkamah Rayuan penuh sesak sehingga sesetengahnya duduk di lantai.
11:11 Kelihatan Adun-Adun Pakatan Rakyat sedang berbincang sesuatu di lobi Istana Kehakiman
11:17 Peguam Zambry, Cecil, berhujah alasan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa Sultan Perak tidak mempunyai kuasa meminta Nizar kosongkan jawatan Menteri Besar adalah satu taksiran salah
11:17 Aku nak pi minum sekejap.....just stay tune...jangan kemana-mana
11:30 Ketika ini ada dua kes dibicarakan di Mahkamah Rayuan. Difahamkan, ketika ini hakim hanya mendengar kes semakan Zambry mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi KL. Kes rayuan Nizar bagi mengenepikan rayuan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu masih belum didengar hakim Mahkamah Rayuan
11:45 Keputusan Mahkamah Rayuan belum dapat dipastikan sama ada hari ini atau ditangguhkan kerana peguam Zambry masih berhujah.
11:50 Mahkamah ketika ini berehat selama 15 minit
11:59 Nizar dan isteri menuju ke kafeteria Istana Kehakiman untuk menjamu selera ketika mahkamah ditangguhkan.
12:00 Selepas rehat, Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail akan kemukakan hujah
12:06 Terdapat ramai pemberita antarabangsa datang untuk membuat liputan disini\
12:25 Mahkamah sambung semula dengar rayuan Zambry dan Peguam Negara mulakan hujah sebagai pencelah.
No comments:
Post a Comment