Web TVPas


Tuesday, May 19, 2009

MIC vs PPP

Baru hari ini saya tahu rupanya MIC itu maknanya parti Monyet Dalam Sangkar (Monkey In Cage = MIC). Kononnya Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas iaitu salah satu kerabat BN sendiri yang memberi gelaran itu dalam perjumpaan PPP pada minggu lepas. Gelaran itu disahkan oleh anak Datuk Samy Vellu, Vel Paari.

Sekali ini saya sokong Kayveas. Saya rasa apa yang dikatakannya memang benar - MIC memang macam parti monyet dalam sangkar. Monyet dalam sangkar memang tak boleh duduk diam, jerit sana jerit sini, panjat sana panjat sini. Kalau kita dekat bagi dia makan, silap-silap tangan kita digigitnya.

Tapi yang seronok sekali tengok perangai bapa monyet. Bapa monyet yang makin tua rambutnya makin lebat itulah. Walaupun orang sudah halau bapa monyet itu dari Sungai Siput dan buang sangkarnya dalam longkang yang penuh siput, tapi si-bapa monyet masih anggap dia kuat lagi. Cakapnya masih besar, masih berdegar-degar, tak sedar diri, tak pernah mengaku kalah!

Tapi jika MIC maknanya ialah Monkey In Cage, PPP itu pula apa maknanya? Tak kan maknanya ialah parti tak guna: Pooorah Poooorah Pooorah? - pendikargunungkriang

No comments:


Sila Klik

Pages