Web TVPas

Wednesday, May 6, 2009

Kepimpinan Ulama' perjuangan hidup mati UMNO

Tetapi cita-cita Tok Guru Nik Aziz amat merisaukan UMNO dan mesti digagalkan. UMNO mesti memastikan supaya imej PAS tetap sebagai imej Tok Lebai Kampung. UMNO mahu PAS terus dengan imej penceramah agama yang bercakap bersembur-sembur dan menakutkan orang yang belum tinggi pengetahuan agamanya dari mendekati mereka.


Respons By Readers

“Lihatlah sejarah, jangan mudah lupa siapakah yang dulunya pahlawan-pahlawan PAS yang lantang sehingga banyak daripada mereka yang mengkafirkan dan menyesatkan UMNO, kemudian masuk UMNO kerana sebab-sebab tertentu, dan mengeluarkan pula’fatwa’ yang PAS yang sebenarnya sesat. Maklumlah mereka ulama, maka mereka mempunyai A.P untuk mengeluarkan fatwa dan memutuskan hukum-hakam:

Antara nama-nama yang tertonjol ialah:

1.Al-Fadil Prof Madya Ustaz Mohd Nor Idris
2.Al-Fadil Ustaz Datuk Mustafa Taib
3.Al-Fadil Ustaz Wan Ismail Machang
4.Al-Fadil Ustaz Abdul Latif Besut
5.Al-Fadil T.Guru Hj Ghazali Losong
6. Al-Fadil T. Guru Hj Omar
7.Al-Fadil T.Guru Mohd Nor Teliar

Agaknya ketua Dewan Ulama PAS terlupa nama-nama besar ini kerana terlalu semangat hendak mempertahankan asabiyyah geng pengajian aliran arab .

Lihatlah juga ketika terbentuknya BERJASA, siapakah tokoh-tokoh pemimpin PAS yang bersama-sama Ibrahim Ali membela Datuk Mohd Nasir? dan menyertai BN selepas PAs ditendang?. Ketua Dewan Ulama tentu masih ingat, kerana kita orang biasapun masih ingat bagaimana beliau dengan sikap kasarnya (kurang adab?) menyerang bapa mertuanya, yalah walaupun berlainan faham.Bukankah ramai yang berhijrah meninggalkan PAS ketika itu adalah golongan ulama?

Bagaimanapun kerana Ketua Dewan Ulama yang sekarang dan yang telah pencen berkata perkara yang di sebaliknya, maka kita akan terus menyokong mereka, maklumlah mereka adalah ulama, maka kita akan laungkan “betul!, betul!, betul! - Saud Said




“one thing I always wondered is why PAS always thinking SMALL?
I remember one of the reasons why many of my collegues (among Malay professionals) do not want to vote PAS was because they think PAS never project a clear vision as an alternative to UMNO let alone as a credible force to govern Malaysia….

This ill-advised and stupidity about the unity government with the corrupt umno will most definitely take away some muslim and non-malay votes in the next GE if PAS does not do a proper damage control….

PAS will be remebered as another wolf in a sheep clothing. It’s as racist as umno after all. When push comes to shove…they would rather run away and join UMNO which has been kicking them like dogs eternally and what is worse corrupted to the gills. How low can PAS get than this?…

And for the ‘mee -goreng’ ulamak their primary role is to be the elder statesmen in majlis syura’ , strenghthen and improve the majlis, and guide these leaders in the Islamic aspects if you think you’re better then them. - Botobudu Hija
“so, u nak kata yg Dewan Ulama juga telah digunakan oleh UMNO utk propaganda mereka????”

ada di antara ahli ahlinya, yes!…

“pecahkan benteng yang dibina UMNO selama ni…”

mana mungkin kalau masih ada “yang nak perkasakan umno”? - Hussin AbdAziz

Original Post

UMNO akan pertahankan bermati-matian Kepimpinan Ulamak di dalam PAS demi masa depan UMNO dan Barisan Nasional. Atas tujuan itulah, Utusan Malaysia diarahkan menjadi lidah rasmi bagi golongan Pro UMNO di dalam PAS.

Tiada perpecahan di dalam PAS dan PAS tidak berpecah kepada golongan Ulamak dan golongan Profesional seperti yang digembar-gemburkan. Meminjam kata-kata Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz, apa yang ada hanyalah Ulamak-Profesional. Iaitu, golongan ulamak yang juga berkebolehan tinggi dalam profesion masing-masing dan golongan profesional yang juga ulamak didalam bidang mereka.

Apakah itu ulamak dari sudut bahasa? Apakah itu definasi ulamak dari sudut agama? Jadi jelaslah jika di ambik dari konteks jawapan Tok Guru Nik Aziz, para pemimpin PAS hari ini bukanlah pemimpin yang jahil dan tidak berpengetahuan terutama di dalam bidang agama dan hukum walaupun itu bukanlah kepakaran mereka.

Tidak seperti di dalam UMNO dimana hanya pemimpin mereka yang berpendidikan formal dalam bidang agama sahaja berpengetahuan luas dalam bidang agama dan boleh diharapkan untuk bercakap soal agama tetapi, di dalam PAS, tak kira apa kelayakan ijazah pertama, atau ijazah sarjana pemimpinnya, semua telah melalui satu proses yang sungguh rejimental dan menjadikan mereka amat luas pengetahuannya didalam bidang agama.

Sebab itulah kadang-kadang Tuan Guru sendiri secara peribadi meminta pemimpin PAS yang bukan berkelulusan bidang agama menggantikannya mengajar agama di kuliah Jumaatnya di Medan Ilmu.

Di dalam ucapan-ucapannya, Tuan Guru sering mengulangi bertapa dia bercita-cita mahu pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan Negeri Kelantan kelak dipimpin oleh profesional yang juga al hafiz dan dalam ilmu pengetahuan agamanya. Sehinggakan Tok Guru sendiri memuji seorang Pegawai Tinggi Polis Kelantan kerana membaca khutbah Jumaat.

Maka amatlah gembira dan sejuk hati Tok Guru bila pemimpin-pemimpin PAS yang berkelulusan undang-undang, perubatan dan ekonomi boleh mengajar agama kepada masyarakat. Maka lahirlah generasi Ulamak-Profesional, Profesional-Ulamak didalam PAS.

Tetapi cita-cita Tok Guru Nik Aziz amat merisaukan UMNO dan mesti digagalkan. UMNO mesti memastikan supaya imej PAS tetap sebagai imej Tok Lebai Kampung. UMNO mahu PAS terus dengan imej penceramah agama yang bercakap bersembur-sembur dan menakutkan orang yang belum tinggi pengetahuan agamanya dari mendekati mereka.

UMNO takut PAS akan keluar dari kepompong imej itu. UMNO mahu PAS hanya terus disokong oleh golongan yang mahu ke ‘syurga’ semata-mata.

Oleh yang demikian, UMNO perlu pastikan Ulamak-Profesional, Profesional-Ulamak yang dikata Tok Guru tidak berjaya melangkah ke puncak kepimpinan PAS. Apalagi jika Ulamak-Profesional, Profesional-Ulamak ini dilihat sebagai tokoh yang berkaliber oleh semua lapisan masyarakat baik Melayu atau bukan Melayu, baik Islam atau bukan Islam.

Hanya dengan memastikan golongan ini tidak menerajui jawatan-jawatan tertinggi dalam PAS, UMNO akan dapat mengekalkan kedudukannya sebagai parti induk orang Melayu.

Sejak 8 Mac 2008, PAS buat pertama kalinya telah berjaya menikmati sokongan kuat pengundi-pengundi bukan Melayu dan pengundi-pengundi Melayu urban dan muda. Dua faktor utama mengapa ini berlaku ialah pertamanya imej yang dibawa oleh Tok Guru Nik Aziz dan kepimpinannya telah mula tersebar keluar menerusi jaringan teknologi komunikasi moden hari ini. Kalau sebelum ini UMNO berjaya memberi persepsi bahawa kepimpinan PAS di Kelantan amat daif dan amat mengerikan kepada bukan Islam dan anak-anak muda, dengan kemodenan teknologi komunikasi hari ini, UMNO tidak lagi mampu menyekat pengaliran informasi tulen dari terus ke khalayak. Orang-orang bukan Islam dan anak-anak muda mula jatuh hati dengan Tok Guru yang bagi mereka suatu ciptaan yang indah di dunia ini.

Faktor keduanya ialah bangkitnya pemimpin-pemimpin baru dari PAS yang berjaya memberi persepsi segar kepada masyarakat massa. Pemimpin yang bagi mereka bijak, bertamadun tinggi dan bersikap terbuka. Pemimpin-pemimpin ini telah berjaya membuat mereka tidak lagi takut kepada Islam seterusnya menerima PAS bukan sebagai parti yang terdiri daripada golongan ektremis dan fanatik agama sebaliknya, Parti yang akan membawa harapan baru kepada mereka yang mahukan kerajaan yang bersih, jujur dan bertanggungjawab.

Jika orang-orang bukan Islam sudah boleh mempercayai PAS, sudah tentu lebih mudah bagi orang-orang Islam dan Melayu untuk menerima PAS. Ini tidak mungkin boleh dibenarkan berlaku oleh UMNO. Oleh itu UMNO perlu membantu segelintir dalam PAS untuk mendefinasikan semula Kepimpinan Ulamak dan UMNO perlu memberi persepsi kepada Masyarakat bahawa PAS adalah parti yang kolot.

Cerdik pandai dalam ilmu dunia tidak akan mungkin meneraju PAS kerana PAS adalah parti untuk akhirat semata-mata. Itulah slogan yang UMNO mahu dari PAS. Oleh itu, mereka yang masih mahu hidup di dunia ini seperti mereka akan hidup seribu tahun lagi tidak akan mengundi PAS. Hanya mereka yang merasakan mereka akan mati esok hari sahaja yang perlu mengundi PAS. Itulah tugas Utusan Malaysia.

Muktamar PAS pada Jun ini adalah peluang terakhir bagi UMNO untuk mengekalkan ketuanan UMNO mereka. UMNO perlu menyakinkan perwakilan PAS untuk mengekalkan status quo dan melantik mereka yang ‘UMNO friendly’ and ‘Malay Unity friendly’ ke singgahsana.

Sebabnya ada dua. Pertama ialah kemungkinan penyatuan antara UMNO dan PAS boleh berlaku tidak kira didalam apa bentuk demi mengekalkan ketuanan UMNO. Jika ada persefahaman antara UMNO-PAS, UMNO akan dapat mengelak daripada bersemuka dengan PAS didalam PRU 13 kelak. Oleh itu berterusanlah status quo. UMNO selamanya akan lebih besar dari PAS dan selamanya agenda Melayu akan lebih besar dari agenda Islam.

Namun, jika ini tidak perlaku, tidaklah satu kerugian bagi UMNO, kerana UMNO telah berjaya membantu mengembalikan jenama lama kepada PAS. PAS bukan lagi tempat harapan masa depan bagi mereka yang tidak berpendidikan formal agama. Maka imej lama PAS sebagai parti ustaz dan lebai akan kembali semula. Mana-mana pemimpin muda yang istimewa bakatnya tetapi tidak berpendidikan formal dalam bidang agama juga mungkin merasakan PAS bukan parti yang sesuai untuk mereka masuki kerana masadepan mereka takkan ke mana.

Hari-hari yang akan datang merupakan detik-detik penting didalam proses pemulihan semula UMNO dan hari-hari yang amat meletihkan kepada wartawan dan penyunting Utusan Malaysia.

oleh ; Kickdefella

No comments:


Sila Klik

Pages