Web TVPas

Friday, May 22, 2009

Peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Nizar Jamaludin memberitahu “Seseorang Menteri Besar tidak boleh dilucutkan darpada jawatannya, walaupun dia kalah dalam undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri”.

Sulaiman berkata demikian dalam Mahkamah Rayuan yang bersidang bagi mendengar kes untuk menentukan siapakah sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah di sini semalam.

Beliau membuat kesimpulan tersebut berdasarkan kes Stephen Kalong Ningkan tahun 1966, yang telah membawa kepada pindaan kepada undang-undang negeri Sarawak dibawah peruntukan darurat (emergency legislation) bagi memberi kuasa kepada Gabenor Sarawak melucutkan jawatan Ketua Menteri.
Dalam kes Stephen Kalong Ningkan, mahkamah telah memutuskan cara untuk membuktikan Ketua Menteri telah hilang kepercayaan majoriti wakil rakyat adalah hanya dengan undi tidak percaya dan sidang DUN.


Suleiman berkata, walaupun mahkamah memutuskan demikian, krisis politik Sarawak ketika itu tidak selesai kerana Stephen Kalong Ningkan masih enggan meletakkan jawatan.

Oleh itu kerajaan persekutuan terpaksa menguatkuasakan perintah darurat di negeri Sarawak bagi membolehkan satu pindaan dibuat, memberikan kuasa kepada Gabenor untuk melucutkan jawatan Ketua Menteri.

Peruntukan yang dipinda tersebut walaubagaimanapun hanya bertahan selama enam bulan dan terbatal setelah perintah darurat ditamatkan.

Suleiman berkata, pindaan undang-undang melucutkan jawatan Ketua Menteri bagi kes Ningkan, terpaksa dibuat dibawah perintah darurat, adalah satu kenyataan bahawa seorang Ketua Menteri atau Menteri Besar itu tidak boleh dilucutkan jawatannya.

Ia adalah kerana tidak ada peruntukan yang wujud dalam undang-undang bagi melucutkan jawatan seoang Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Sulaiman telah menggunakan fakta tersebut untuk menyokong hujahnya mengapa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak boleh meminta Nizar meletakkan jawatan atau menganggap jawatan Menteri Besar adalah ‘kosong’ sekiranya Nizar enggan meletakkan jawatan.

“Undang-undang negeri Sarawak tidak memperuntukkan kuasa keatas Gabenor untuk memecat atau dengan makna lain, untuk memaksa Ketua Menteri meletakkan jawatan, walaupun telah di buktikan Ketua Menteri tersebut telah hilang keprcayaan majority.

“Oleh kerana Stephen Kalong Ningkan tidak meletakkan jawatan, jawatanya (pejabatnya) tidak boleh dianggap kosong. Oleh yang demikian, undang-undang darurat dikuatkuasakan bagi membolehkan satu pindaan dibuat untuk melucutkan jawatan Stephen Kalong Ningkan,”kata Suleiman yang menambah undang-undang negeri Sarawak adalah sama dengan undang-undang negeri Perak

Mahkamah Rayuan telah menangguhkan keputusan persidangan semalam sehingga jam 3 hari ini (22 Mei)

http://buletinonline.net

No comments:


Sila Klik

Pages