Web TVPas


Friday, May 22, 2009

Keputusan mahkamah rayuan : Ulasan oleh YB Zul Nordin

Salam 2 all.
Kes rayuan Dato Seri Zambry Abdul Kadeer terhadap keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi Dato Abdul Aziz Abdul Rahim yang mengisytiharkan Dato Seri Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar yang sah bagi Negeri Perak telah didengar pagi tadi oleh Mahkamah Rayuan di Kompleks Kehakiman Putrajaya.
Sidang Mahkamah tersebut di ketuai oleh YA HMR Datuk Mohd. Raus Shariff dan bersama dengan beliau adalah YA HMR Datuk Zainun bt Ali dan YA HMR Dato Ahmad Maarop.
Perbicaraan bermula dengan hujah dukemukakan oleh peguam DS Zambry iaitu Cecil Abraham, kemudian diikuti oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Peguam DS Nizar mengemukakan hujah balas disebelah tengahari.
Mahkamah kemudiannya menetapkan esok jam 03.30pm untuk keputusan.
Saya melihat kepada panel Hakim yang bersidang adalah terdiri daripada Hakim-Hakim yang agak berwibawa dan punya integriti yang agak baik dikalangan kami para peguam. Kebetulan pula saya pernah berkesempatan mengendalikan kes-kes dihadapan mereka semasa mereka di Mahkamah Tinggi dahulu.
Oleh itu saya merasakan bahawa kita boleh meletakkan harapan bahawa apa juga keputusan mereka sudah pasti akan berlandaskan kepada undang-undang dan tidak mirip kepada mana-mana pihak atau pun partisan.
Secara peribadai saya akan menerima dan menghormati keputusan mereka tanpa mengira ianya memihak kepada samada DS Zambry ataupun DS Nizar.
Apa yang jelas, apa pun keputusan mereka kedua-dua pihak mempunyai hak untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan sebagai Mahkamah terakhir negara. Dan saya kira apa pun keputusan sudah pasti akan ada pihak yang memohon penggantungan apa-apa periintah.
Ini kerana jika ianya memihak kepada DS Nizar, sudah pasti DS Zambry akan memohon penggantungan perintah kerana jika tidak, DS Nizar sebagai MB boleh memohon pembubaran Dewan dan ini sudah pasti akan menjejaskan kedudukan DS Zambry sebagai MB.
Sebaliknya jika ianya memihak kepada DS Zambry, sudah pasti DS akan memohon penggantungan perintah kerana sebagai MB DS Zambry berhak memanggil Dewan Undangan Negeri bersidang. Jika ini berlaku, suatu undi tidak percaya boleh dikemukakan terhadap DS Nizar dan ini akan menjejaskan usaha DS Nizar merebut kembali jawatan MB.
Walau apa pun, insyallah Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan esok jam 03.30pm di Kompleks Kehakiman Putrajaya. Apa hal pun, saya rasa apa juga keputusan Mahkamah Rayuan ini perlu dihormati oleh kesemua pihak, termasuk BN dan PR. Bagi yang berminat untuk menghadiri keputusan, sidang tersebut adalah terbuka. Cuma pastikan bawa IC, dan kalau boleh elakkan pakai baju hitam. Nampak gaya macam pak polisi kita ni ada fobia dengan baju kaler hitam.. :))
Adios amigos..grasias..

No comments:


Sila Klik

Pages