Web TVPas


Friday, May 8, 2009

Strategi supaya SPEAKER tidak mudah diangkat

Hari ini apabila bertemu kengkawan, ramai yang komplen, merungut sebab insiden DUN Perak kelmarin tu sangat memalukan.

"Satu dunia tahukan hal tersebut!"

"Malulah kita, selama ini mana pernah ada kejadian yang macam ini berlaku dimana-mana dalam duniam!"

"Macamana beruk-beruk tu boleh angkat Speaker dengan kerusinya sekali?"

Ramai yang geleng-gelengkan kepala.Masing-masing berdendam. Mereka kata, pilihan raya akan datang tahulah mereka mengajar puak-puak Umno/ BN tu!



Saya hanya gelak-gelak saja dan katakan kepada mereka: Ala... korang nanti dapat projek itu ini dalam setahun dua ni , korang lupalah! Macam Ibrahim Ali dulu tu yang kononnya nak jilat pungkok Mahathir...macam Rais yatim tu... yang katanya saya dah bakar jembatan di belakang saya...

Kawan-kawan pun hanya senyum kambing.Itu lain, kami lain balas kawan-kawan.Saya katakan kepada mereka pasal kekecuhan di DUN kelmarin tu - pasal mengangkat Speaker Sivakumar keluar dewan tu adalah kesilapan kita sendiri.

Macam mana pula tu? Tanya mereka beriya-iya benar ingin tahu.

Kita sepatutnya tidak boleh pilih Sivakumar jadi Speaker Dewan Undangan Negeri. Pakatan Rakyat perlu buat perubahan yang realistik untuk berhadapan dengan situasi sekarang ini supaya mereka tidak mudah mengusung atau mengangkat Speaker keluar dewan.

Nampak menarik dan teruja kawan-kawan mendengar cadangan saya sampai terlopong lubang hidung masing-masing...

Bagaimana ? seorang tu bertanya tak sabar-sabar. Senang saja balas saya, Pakatan Rakyat kena lantik orang macam Zainal ni barulah susah depa nak buli kita!

Jom kita lihat Zainal yang saya maksudkan itu di bawah ini :




Daripada : Alhussein

No comments:


Sila Klik

Pages