Web TVPas


Monday, April 6, 2009

Awas: Koya Kutty returns


Selepas satu jurang tempoh kira-kira empat tahun bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali turun gelanggang untuk membantu Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya.

Hari ini beliau berada di bahagian Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Kali terakhir Dr. Mahathir membantu calon BN ialah semasa pilihan raya umum 2004 yang diadakan enam bulan selepas beliau bersara.

Kehadiran beliau disifatkan oleh pemimpin-pemimpin BN khususnya Umno sebagai satu suntikan semangat dan sokongan menghadapi hari penentuan esok.

Umno semakin kucar kacir walaupun sudah bertukar Presiden yang baru. Mereka tidak mampu berhadapan dengan kekuatan Pakatan Rakyat.Walaupun jentera dan media massa telah di" umnonisasi "kan .Kenyataannya mereka masih terpinggir .

Laungan berubah yang dicanangkan Najib nampaknya masih belum mampu meyakinkan rakyat.Pada ucapan sulungnya sebagai PM yang baru beliau mengajak rakyat melakukan tranformasi .Diakhirnya ucapannya beliau memberikan sedikit" gula - gula " kononnya menarik balik larangan penerbitan dua akhbar pembangkang yang sangat berpengaruh.

Untuk meraih populariti segera ( seumpama mee segera ) Najib mengumumkan pembebasan 13 tahanan I .S.A .

Dr Mahathir pula menyifatkan tindakan Najib itu mempunyai persamaan . Kerana ketika beliau mula - mula dilantik sebagai PM juga telah membebaskan 21 orang tahanan ISA.

Tetapi Dr Mahathir mudah terlupa . Selang beberapa tahun menjawat jawatan PM beliau merelakan penangkapan puluhan tokoh - tokoh politik didalam operasi Lalang .

Apakah Najib juga akan bertindakan sedemikian ?.

Kini UMNO mendakwa sudah mendapat kekuatan tambahan dengan peryertaan semula Dr M kedalam UMNO.

Tugas utama beliau berkempen untuk BN .Beberapa stesen TV akan membuat lintas langsung ucapan kempen itu nanti.

Apakah Umno akan berjaya memperalatkan bekas PM itu.? Bagaimana jika UMNO tetap tewas didalam PRK kali ini ?

Rakyat menilai bahawa dengan kehadiran Dr Mahathir adalah membuktikan Umno semakin hilang wibawa . Sehinggakan terpaksa melutut kepada" Wira Tua " agar membantu ' rombongan melayu umno bersatu " .

Jika BN tewas pasti penyokong Tun Pak Lah memulangkan buah keras.

Kerana sebelum ini Che Det mengatakan Pak Lah punca kekalahan BN . Sehingga Pak Lah di singkir secara terhormat.

M.A.H.A.T.H.I.R = Must Always Hentam Abdullah Till He Is Removed .

www.telokbakong.com

No comments:


Sila Klik

Pages